SHAH ALAM 30 Jan. Kerajaan Selangor pertimbang untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri
(DUN) jika Perdana Menteri enggan membubarkan Parlimen selepas perayaan
Chap Goh Meh pada 24 Februari ini.
Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata,
kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan dengan Majlis Pimpinan
Tertinggi Pakatan Rakyat berhubung perkara itu.
“Jika PM belum buat pengumuman berkenaan tarikh PRU 13 selepas Chap Goh
Meh, kami akan pertimbangkan pembubaran DUN lebih awal dari Parlimen,”
katanya dalam twitter.
Bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco hari
ini, Khalid berkata, beliau sebelum ini enggan membubarkan DUN serentak
dengan Putrajaya jika pembubaran berlangsung pada Jun tahun lalu, kerana
mahu menguruskan belanjawan tahunan kerajaan negeri yang masih belum
selesai.
“Tapi kita rasa kita perlu bubar lebih awal sekiranya Pusat masih belum
bubar sebelum Chap Goh Mei. Kita memikirkan untuk pembubaran lebih awal
untuk mendapat mandat baru demi kepentingan rakyat,” jelas Khalid.
Perkembangan ini pasti mencemaskan Najib dan pimpinan BN yang
bermati-matian untuk merampas Selangor setelah dimenangi Pakatan Rakyat
pada Pilihan Raya Umum 2008.
Khalid sebelum ini menyatakan, sebab utama Selangor membuat keputusan
sama ada bubar DUN serentak atau tidak kerana mahu memastikan pengundi
dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) benar-benar bersih.
Oleh sebab itu, kerajaan negeri mewujudkan Program Pengukuhan Demokrasi.
Program Pengukuhan Demokrasi dilaksana Kerajaan Selangor bertujuan
meningkatkan kesedaran mengenai hak demokrasi rakyatnya termasuk
membantah pengundi tidak sah atau diragui dalam daftar pemilih SPR.
Kerajaan BN sebelum ini didakwa membuat pelbagai taktik kotor untuk
merampas negeri itu termasuk memberi kad pengenalan kepada warga asing
yang diarah mengundi BN.
Masa yang sama mengenai air, Khalid berkata pihaknya juga akan bertindak selepas Tahun
Baru Cina dengan mengambil alih SYABAS, SPLASH, Puncak Niaga dan ABBAS.
Beliau berkata kerajaan negeri berpegang kepada kenyataan Timbalan
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Putrajaya tidak ada
halangan untuk Selangor mengambil alih syarikat- syarikat itu.
Khalid bagaimanapun akur kerajaan negeri tidak dapat mengambil syarikat
konsesi jika tidak menerima persetujuan kerajaan pusat mengenai isu
pampasan yang ditawarkan kepada empat syarikat berkenaan.
“Saya sudah menulis surat kepada kerajaan untuk menyatakan saya membuat
tawaran (kepada syarikat konsesi). Jika berlaku perbezaan harga,
kerajaan persekutuan mestilah bersetuju supaya perkara ini dibawa ke
peringkat timbang tara, Kalau timbang tara bersetuju Selangor perlu
bayar lagi, kita bayar lah,” ujar beliau.
Adalah difahamkan Syabas dan Puncak Niaga menolak tawaran pampasan kerajaan negeri yang berjumlah RM11.5 bilion.
~Keadilandaily
Lepas PRU13 pusat tidak bermasaalah lagi dengan negeri, oleh itu semua akan selesai, insyaallah........
ReplyDeletePolitik selalu negatif, selalu mengejar kekuasaan dan tidak ada puasnya. Termasuk di Indonesia
ReplyDeleteLebih baik menjadi blogger