Monday, January 6, 2014

Khalid Samad: Mufti menyalahi ajaran Al-Quran dan As-Sunnah

PETALING JAYA:  Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini mengecam Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dan bekas Mufti Johor Datuk Nooh Gadot ekoran kontroversi kalimah Allah sekarang ini dan perhimpunan Turun. “Kalimah Allah dijadikan isu. Bekas Mufti kata kufur kalau benarkan. Nabi (Muhammad saw) tidak halang. Para sahabat (Nabi) tidak menghalang. Oooi bekas Mufti, depa semua kufur ke?” kata Khalid yang juga timbalan pesuruhjaya PAS III Selangor dalam laman mikro blog, Twitter.

Pada hari Khamis, Harussani turut mengecam kumpulan TURUN yang berdemonstrasi membantah kenaikan harga barang di Dataran Merdeka di ambang kemerdekaan. Mufti Perak berkata: “Sepatutnya semua peserta perhimpunan ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari hukum syarak, dihalalkan darah golongan bughah.”

Khalid juga membidas terhadap Harussani dan menyatakan Harussani ialah seorang mufti bahlol ekoran label bughah yang diberikan Harussani terhadap peserta perhimpunan Turun.
“Ada pula mufti yg halalkan darah peserta TURUN! Nak gambarkan Islam kejam dan sifat diktator! Kononnya bughah. Mufti bahlol disayangi UMNO! Mufti tak tahu ke, tegur pemerintah adalah wajib? Itu kerja mufti tapi tak buat kerana sibuk mengampu. Maka rakyat buat! Bughah bila bersenjata,” kata Khalid.

Celahan seorang pengguna Twitter menuduh Khalid menyokong gereja Kristian dalam isu kalimah Allah.
Pengguna Twitter itu @jackfadzli berkata: Baguslah sokong puak-puak gereja. Bagi cucu hang baca dak lagi Bible?”
Khalid lantas menjawab: “Quran dah cerita apa yg dceritakn dlm Bible. Tak baca Quran?”
FreeMalaysiaToday

5 comments:

  1. Saya sokong Yb Khalid Samad, pencacai UMNO-BN adalah manusia bahlol belaka, memang mereka ini bukan islam sejati kerana tak baca quran. jika mereka mati mungkin dimasukkan keneraka, ALLAH saja yang tahu. Tak payah bicara pasal bible, pegangan kita adalah al-quran. Tak perlu dengar kata-kata mufti dan bekas mufti ini, mereka adalah setan yang kuat menegakkan kemungkaran dan akan sentiasa bersuara bila UMNO-BN dalam kepayahan. Mereka akan kuat mengampu dan akan berdiam diri seeribu bahasa jika pemimpin UMNO berbuat salah, misalan dalam rasuah, salah urus-tabir dan berbohong serta mungkir janji. Malah akan disanjung perbuatan pemimpin ini, macamana rakyat nak percaya dengan kamu wahai mufti/bekas mufti, tak usah berbicara pasal agama sedangan kamu tidak menunjukkan keislaman. Baik bertaubat sebelum terlambat, pemimpin UMNO-BN tidak kuasa mutlak dapat menyelamatkan kamu dari api neraka andainya berbuat dosa. ALLAH maha berkuasa, dialah penentu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah...pedas nampak sendiran kamu, tak faham-faham lagi bandut dua ekor ni, tak tahu lah. Memang pura-pura buat tak tahu walau pun ilmu agama tinggi tetapi tidak diguna kejalan yang betul. Mengampu adalah sebahagian dari hidup mereka....cari makan dan pangkat dunia yang munafik. Selamatkan malaysia dari dipengaruhi oleh bandut-bandut ini, mengaji sekerat jalan nak berlagak alim ulama. Berhentilah dari mengeluarkan fatwa yang dipertikaikan rakyat, berdiam itu adalah emas dari membuat bising dalam perkara-perkara jika kurang arif.

      Delete
  2. Ada isu yang berbeza..1. Kalimah Allah 2. Bughah
    Kita setuju dengan kalimah Allah tidak digunakan dalam ajaran Kristian kerana ada dakyah untuk menyesatkan umat Islam. Benarlah kata Mahathir: “Kita suruh belajar Bahasa Kebangsaan pun tak belajar, nak bercakap Bahasa Kebangsaan pun tak, tiba-tiba dalam perkara ini nak guna sangat Bahasa Kebangsaan, pasal apa? Ada niat apa?,"
    Soal Bughah memang tidak setuju dengan Mufti Perak yang menyalahi tafsir untuk tujuan politik

    ReplyDelete
  3. abaikan aje mereka berdua tu...kalau kita ikut orang sesat kita pun sesat sama

    ReplyDelete