Sunday, December 25, 2011

Perselisihan tetap utuhkan Pas


SHAH ALAM 23 Dis – Seluruh anggota Pas diingatkan supaya mengikut haluan dan hala tuju parti serta cara perjalanannya yang tersendiri, berlandaskan Islam secara feqah dan bukan hanya berpaksikan semangat tanpa ilmu dan fahaman sahaja.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sesiapa yang berlagak pandai dan menganggap dirinya paling bijak dalam Pas pasti tersungkur serta menjadi mangsa serigala politik musuh.

Menurutnya, setiap ahli seharusnya menyedari bahawa tindakan bersendirian dengan membelakangkan parti pasti akan gagal namun Pas tetap selamat dan menjadi parti Islam yang makin gagah perkasa.

“Seluruh ahli Pas wajib bertambah yakin bersama perjuangan di atas bahtera parti dengan setiap pengalamannya walaupun tidak diberi hak yang adil, inilah sifatnya  perjuangan Islam.

“Pas telah berjaya menghadapi semua pengalaman di sepanjang perjuangannya sejak ditubuhkan, sama ada secara bersendirian, bersefahaman  dengan kerajaan, pembangkang dan NGO, Islam atau kalangan bukan Islam,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang turut menegaskan bahawa pendekatan politik bersama Pakatan Rakyat (PR) adalah kesinambungan amalan politik Islam secara feqah, bukannya secara remeh temeh.

“Kejayaan dicapai apabila kalangan bukan Islam menerima konsep perlembagaan,  Islam menjadi agama negara dengan hak yang diberi secara adil kepada penganut agama lain, hak Bumiputra, Bahasa Kebangsaan dan Raja Berpelembagaan,” katanya.

Selain itu Abdul Hadi turut mempersoalkan kenapa Umno yang menjadi teras kerajaan Barisan Nasional (BN) masih gagal menjadikan Islam mengikut makna Al Quran dan ajaran Rasulullah SAW yang sebenarnya.

“Apakah tempoh masa lebih lima puluh tahun masih tidak mampu melakukan muhasabah?” katanya.
KOTA BHARU 23 Dis - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meredakan kebimbangan ahli Pas dengan memberi jaminan parti itu tidak akan tersasar dari landasan perjuangan sebagaimana dakwaan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

Mursyidul Am Pas itu berkata, Majlis Syura Ulama selaku badan pemantau kepada Pas sama sekali tidak akan berpeluk tubuh jika dasar parti dilanggar atau dirombak.

“Dakwaan konsep negara berkebajikan yang disebut oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa dalam ucapan dasarnya di dalam Muktamar Tahunan Pas baru-baru ini sudah tersasar dari perjuangan asal Pas adalah merupakan kenyataan yang tidak berasas.

 “Di pihak Majlis Syura, kita menganggap idea negara berkebajikan yang disebut oleh Presiden bukannya menggelincirkan Pas dari landasannya bahkan lebih mendekatkan masyarakat kepada perjuangan Pas yang bercita-cita mendaulatkan Islam di dalam sistem pemerintahan,”katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Tuesday, December 20, 2011

Kajian UM di Perak: Video seks Anwar TIPU

KUALA LUMPUR, 19 Dis: Kajian yang dibuat oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) mendapati majoriti respondan mereka tidak percaya kepada video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

54 peratus respondan pula berkata, PAS mampu menjadi alternatif kepada Umno untuk menjaga kepentingan Melayu.

Kajian itu juga mendapati, tahap kepercayaan yang rendah terhadap media arus perdana dalam membuat laporan tentang politik.

Keputusan ini diperolehi dalam kajian yang dijalankan mereka pada 23 - 30 Oktober 2011 di Perak. Ia melibatkan responden seramai 1304 orang dengan menggunakan kaedah temubual secara bersemuka menggunakan soalan kaji selidik berstruktur.

Demikian kata Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman, Pengarah UMCEDEL, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya dalam satu kenyataannya hari ini. Kajian itu mendapati, hanya 18 peratus percaya kepada video seks itu, 46 peratus tidak percaya manakala 36 peratus lagi tidak pasti.

Selain keputusan itu, mereka juga mendapati majoriti pengundi di Perak telah membuat keputusan parti yang akan dipilih pada PRU ke 13 nanti.

Persepsi pengundi di Perak terhadap kerajaan BN pula berada pada tahap yang tidak membanggakan. 45 peratus dari respondan tidak menyokong kenyataan BN telah menunjukkan prestasi yang baik di Perak, hanya 38 peratus bersetuju dan 17 peratus tidak pasti.


PAS pula dilihat mampu menjadi alternatif kepada Umno untuk menjaga kepentingan Melayu. 54 peratus dari mereka bersetuju dengannya, manakala hanya 19 peratus kata PAS tidak mampu sementara 27 peratus tidak pasti.

Mereka juga mendapati pendekatan program 1Malaysia masih belum mampu untuk meningkatkan sokongan terhadap BN di Perak. Kajian ini juga mendapati majoriti etnik Melayu menyokong BN sementara majoriti etnik Cina menyokong Pakatan di negeri itu.

Sunday, December 18, 2011

Konvensyen Media Sosial, rakan yang tak boleh dibeli

Pulau Pinang 17 Dis Saya dan rakan-rakan dari Perak berpeluang menhadiri Konvensyen Media Sosial anjuran bersama Kerajaan negeri Pulau Pinang yang telah diadakan seharian di Strait Quay Marina, Tanjong Tokong. 

Program ini sebagai pertemuan suai-kenal, bertukar pandangan ia juga sebagai pengiktirafan kepada penggiat media alternatif di ruang teknologi maklumat (IT) kerajaan Pakatan Rakyat. Lebih dari 100 peserta ‘cyber bloggers’ ini datang dari seluruh Malaysia termasuk Sabah/Sarawak dengan penginapan dan pengangkutan disediakan penganjur.

Moderator yg otai seperti Tukar Tiub (Hishamudin Rais), Milosuam, TopengPerak, Malaysiawaves, Sokmakol-47, dan lain-lain menghangat konvensyen yang bertema ‘Frenz of Penang’ ini. Manakala blogger ahli politik terdiri dari Ahli Parlimen Lembah Pantai -Nurul Izzah, Ahli Parlimen Shah Alam -Khalid Samad dan Ahli Parlimen Ipoh Timur -Lim Kit Siang.

Ada juga sessi soal-jawap perbincangan mengenai di berita semasa, penggunaan facebook, tweeter yang berkesan sebagai medium sebaran maklumat.

Ketua Menteri YAB Lim Guan Eng pada ucapan aluannya menyatakan keterbukaan menerima kritik  dan teguran tetapi biarlah dengan fakta dan bukti.

“Saya manusia biasa yang tak sempurna dan saya rela dikritik dan saya bertanggungjawap jika ada salah, tetapi biarlah ada fakta dan bukti sebelum membuat tuduhan. Jangan kerana tidak sealiran fahaman dan sebab berbeza bangsa seseorang boleh bertindak membenci dengan fitnah”, katanya.

Lim Guan Eng turut menyentuh blogger jahat Papagomo yang pro-BN memfitnah anaknya yang langsung tak terlibat politik dengan tuduhan anaknya melakukan serangan seksual, sedangkan gambar mangsapun adalah orang lain. Beliau turut dikatakan berurusan dengan keluarga mangsa untuk membayar gantirugi.

Berkaitan wang gantirugi RM200,000 yang diarah bayar Utusan kepadanya, beliau akan memdermakan kepada badan amal kerana menurutnya yang penting adalah pengiktirafan dan pengesahan Mahkamah yang DAP bukan anti melayu dan anti Islam. Keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang 14 Dis lalu Utusan Malaysia diperintah membayar RM200,000 bentuk ganti rugi kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng kerana laporan tidak benar, berniat jahat dan fitnah menggambarkan beliau dan DAP sebagai parti anti-Malay dan anti-Islam.

“Penulis mestilah menjadi penyebar maklumat yang berprinsip, berintegriti dengan mengkritik samada kawan ataupun lawan atas dasar demokrasi. Matlamatnya untuk kebenaran dan keadilan rakyat. Jiwa rakyat sentiasa prihatin membela nasib rakyat tentunya tidak akan berdiam diri. Askar upahan boleh bayar tetapi kawan bolehkah mereka beli” kata Lim merujuk kepada blogger upahan BN.

Kepada blogger PR mereka patut jauhi isu-isu sensitif melibatkan kepimpinan dengan mengadu-domba yang akhirnya merugikan akibat pecah belah. Kewibawaan terletak pada kebenaran dan keadilan bukan berkepentingan tertentu.




Terima kasih kepada pengelola dan petugas negeri Pulau pinang yang memjayakan konvensyen ini. Diharap kerajaan Negeri Pakatan Rakyat lain dapat mengadakan konvensyen seperti ini di masa lain pula.
bumiperak

Wednesday, December 14, 2011

Perjalanan terakhir seorang negarawan

 IPOH 14 Dis: Abdul Majid Salleh atau lebih dikenali sebagai Pak Imam Majid Salleh telah kembali kerahmatullah awal pagi tadi di rumah anaknya Kampung Sengat, Simpang Pulai pada usia 88 tahun.

Allahyarham dilahirkan di Kampar Perak pada tahun 1923, pernah aktif dalam Angkatan Pemuda Insaf dan Persatuan Kebangsaan Melayu Muda bersama tokoh-tokoh ternama seperti Dr Burhanuddin al Hilmy, Ahmad Boestamam dan seluruh pejuang kemerdekaan yang tulen yang lain dalam menentang British sehingga beliau ditahan dan dipenjarakan.

Seawal pada 17 Oktober 1945, beliau telah menubuhkan cawangan pertama PKMM di Simpang Ampat, Kampar, Perak sebagai ahli jawatankuasa. Kemudian beliau telah berpindah ke negeri Johor untuk melebarkan pengaruh PKMM. sehingga berkembang ke seluruh daerah di Johor. Seorang pejuang kemerdekaan yang berani menentang penjajahan Inggeris sehingga beliau dipenjarakan oleh Inggeris selama tujuh tahun di Singapura.

Dengan kebolehan berbahasa Inggeris, Mandarin dan juga bahasa Arab, beliau pernah ditawarkan jawatan dalam kerajaan tetapi menolaknya kerana tidak sesuai dengan perjuangannya.

Selain itu beliau juga pernah menjadi Yang Dipertua PAS Kawasan Gopeng pada tahun 80an dan juga pernah bertanding dalam Pilihanraya menentang presiden MCA Tan Kon Swan pada tahun 1986 di Parlimen Gopeng.

"Pemergian Allahyarham Abdul Majid Salleh merupakan kehilangan besar pejuang rakyat sewajar dicontohi pengorbanan dan semangat juang Pak Imam Majid terutamanya generasi muda.

"Semoga Allah SWT meletakkan rohnya bersama para An’biya, Syuhada’ dan Solihin," katanya.

Wednesday, December 7, 2011

Ulama kelirukan Hudud kpd bukan Islam

KUALA LUMPUR 3 Dis 2011 Forum berjudul ‘Hudud dan implikasinya’ di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur bagi menolak beberapa peruntukan dan Enakmen Hudud Kelantan 1993 adalah tidak mengikut al-Quran dan Hadis. Ahli panel terdiri dari Presiden JUST  Dr ChandraMuzaffar, Pengerusi Ulama Muda Umno Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya dan Ustaz Mohd Kamal Saidin selaku penasihat ugama  Mentri besar Terengganu. Hadir bersama adalah Presiden MCA Chua Soi Lek, Naib Presiden Liow Tiong Lai, Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee.
Forum merumuskan PAS sengaja menggubal undang-undang itu demi kepentingan politik mereka atas sebab-sebab demikian:
1.    Mukallaf (akil baligh) ditarifkan sebagai seseorang yang berusia lebih 18 tahun dan boleh berfikir dengan waras, ini undang-undang British dan Eropah, bukan undang-undang Islam. Dalam Islam, Mukallaf adalah pada usia 15 tahun.
2.    Meliwat ke atas isteri juga tidak dimasukkan dan dibenarkan. Dalam Islam, ini sepatutnya haram.
3.    Hukum hudud PAS hanya akan membabitkan orang Islam sedangkan pada zaman Nabi Muhammad SAW, hukum itu juga terpakai kepada bukan Islam. Contoh; mangsa rogol beragama Islam akan dihukum manakala bukan Islam yang merogol gadis atau wanita berkenaan tidak akan didakwa. Jadi, bagaimana boleh ada dua set undang-undang. Ini tidak adil.
4.    Islam ugama adil dan Allah bersifat Pengampunan maka hukuman potong tangan kepada pencuri bukan penyelesaian hukuman.


Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM), Malaysia, menasihatkan Penasihat Agama Menteri Besar Terengganu, Mohd Kamal Sadin tidak bertanggungjawab dan mengelirukan diminta kembali menuntut ilmu Allah yang sangat luas sebelum memberi nasihat yang menyesatkan akibat nafsu serakah politik.
 
Takrifan mukallaf sebagai seorang yang berusia lebih 18 tahun, kononnya adalah undang-undang British dan Eropah, menonjolkan kejahilannya di dalam perselisihan pandangan para ulamak mazhab. Mazhab Hanafi, sebagai contoh, meletakkan umur 18 tahun sebagai umur baligh, manakala Mazhab Maliki meletakkan umur 18 tahun sebegai umur baligh selepas dilihat sifat-sifat yang lain. Oleh kerana itulah ulamak memutuskan, sesiapa yang tidak mengetahui kepelbagaian pandangan, bukanlah seorang yang alim, apatah lagi menjadi penasihat agama seorang menteri besar.

Begitu juga kenyataannya berkenaan meliwat isteri yang kononnya dibenarkan dalam undang-undang berkenaan. Liwat isteri memang tidak dikategorikan sebagai kesalahan yang membawa hukuman hudud oleh rata-rata ulamak, namun ia sama sekali tidak dibenarkan. Perlu diingat bukanlah segala perilaku yang tidak dihukum di dalam kategori hudud itu dibolehkan. Terdapat 1001 lagi perilaku haram yang tidak termasuk kategori hudud tetapi boleh dijatuhi hukuman takzir. Kenyataan tidak bertanggungjawab berbaur fitnah oleh Mohd Kamal perlu ditarik balik.


ILMAM turut menyeru Mohd Kamal, Fathul Bari serta seluruh yang menggelarkan diri mereka sebagai ilmuan di dalam UMNO supaya duduk secara serius dan membentangkan apakah set undang-undang yang benar-benar bertepatan dengan Al-Quran dan Hadis, kemudian mendesak kerajaan supaya memberi penerangan dan pendidikan berkenaannya supaya masyarakat lebih memahami dan tidaklah dikaburkan lagi kerana permainan politik.


ILMAM juga mendesak mereka supaya memberikan penerangan yang lebih jelas berkenaan hudud dan seluruh undang-undang Islam supaya tidak dihina dan terus dihina oleh Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek, seperti mana yang dilaporkan dalam media. Penghinaan seperti mengatakan hukuman Islam, kejam, tidak adil kepada wanita, serta menyebabkan kemusnahan diri, menunjukkan kejahilan yang melampau oleh Presiden salah satu Parti Komponen BN tersebut, serta menampakkan tuduhan yang kedangkalan hujah tanpa fakta ilmiah.

Monday, December 5, 2011

Melayu angkuh dan sombong

Politik Ugutan dan Khurafat oleh Najib Razak pada ucapan penggulungan di Persidangan Agong Tahunan 2011 kepada rakyat kursusnya melayu akan binasa jika berlaku peralihan kuasa dan hanya UMNO yang mampu memerintah telah disiarkan secara langsung serentak di 5 saluran TV Malaysia.

Sedutan dari Ucapan Najib (Bernama) 3 Dis 2011

Ingat.. bila kita balik nanti, kita pastikan barisan kita ini kukuh kerana pilihan raya (umum) ini adalah paling getir dalam sejarah tanah air. Pilihan (raya umum) yang diharapkan oleh rakyat. Pilihan raya umum bukan sahaja tentang Umno dan Barisan Nasional (BN) tetapi kemuncak bagi semua itu adalah untung nasib umat Melayu serta rakyat Malaysia keseluruhan.

Lakukan Transformasi paling mencabar pada diri sendiri untuk membuat pembaharuan dalam parti. Hindari daripada sikap membuat fitnah dan mengadu domba kerana sejarah telah membuktikan bahawa fitnah dan nista telah berupaya merobohkan "lantai-lantai istana dan runtuhkan singgahsana.

Wahai orang Umno, bentenglah parti ini, dakap kukuh perjuangan ini dengan geraham, walaupun apa aral mendatang jangan tinggal bukit hud hud, kibarkan panji, pertahan ia, kendong hingga kudrat terakhir, ayuh ke medan pertarungan, InsyaAllah kemenangan milik kita demi Islam, bangsa dan negara.

Orang Melayu akan merempat di tanah sendiri, kehinaan akan tiba di muka pintu dan akan berlaku kehancuran jika mereka membuat pilihan yang salah dengan memilih pakatan pembangkang pada pilihan raya umum ke-13.

Andainya Umno tersungkur sudah dan andainya Umno lenyap, adakah masih terjunjung Islam yang suci, apakah masih terpandang mulia orang Melayu dan adakah masih tersanjung raja kita.

Jangan leka, alpa, lalai dan masih bersengketa jika rakyat mahu melihat masa depan negara yang cerah dan maju, mereka tidak mempunyai pilihan selain daripada memastikan kemenangan Umno dan BN pada pilihan raya umum akan datang.
-Bernama

Tanpa UMNO tiada Melayu adalah pemahaman karat yang sukar dikikis dari pemikiran sebahagian bangsa melayu. Biarpun orang melayu hidup susah melarat asalkan melayu pegang kuasa. Jika berlaku penyelewengan dan menyalahi hukum ugama pemimpin itu dengan mudah beranggapan siapapun melakukan yang sama bila berkuasa.

Maka tak hairan apabila Pas menyatakan kebenaran dan perlihatkan kejayaan, mereka mengatakan ia bayangan kafir kerana kerjasama selain UMNO. Sebenarnya mereka bukan tak tahu tetapi dihati mereka ada sikap sombong dan angkuh seperti riwayat Abu Jahal bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w yang enggan menerima Islam tahkala bertemu sahabatnya Abu Dzar Al Ghiffari yang menerima ajaran Islam Nabi Muhammad saw.

“Kau tahu, sahabatku Abu Dzar Al Ghiffari, jika aku menjadi pengikut anak saudaramuku sendiri, maka kedudukan dan wibawaku akan hancur. Dimana akanku letakan mukaku di hadapan bangsa Quraisy?”, kata Abu Jahal.
Begitulah Melayu! - Bumiperak

AGM sudah tutup tirai, Umno masih relevan?

4 Dis 2011 - Perhimpunan Agung Umno yang disifatkan sebagai perhimpunan terakhir sebelum pilihan raya umum sudah berlalu. Perwakilan dan pemerhati sudah tiba di kampung masing-masing malam tadi.

Seperti biasa setiap kali Perhimpunan Agung Umno berlangsung, para perwakilan bukan main bersemangat membawa pulang mesej yang disampaikan presiden parti. Namun mereka tidak menterjemahkan mesej itu dalam bentuk pelaksanaan. Sebab itu setiap kali perhimpunan yang diadakan sebelum pilihan raya umum, setiap kali meeka menghadapi masalah sabotaj dalam pilihan raya.

Apa yang diucapkan oleh Datuk Seri Najib Razak supaya orang Umno bersatu padu, setia kepada parti bukanlah perkara baru. Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah mengingatkan orang Umno perkara yang sama. Akan tetapi kenapa masalah ini tidak pernah selesai bila tiba pilihan raya umum? Sebab itulah kali ini Najib memperkenalkan istilah ORANG UMNO. Orang Umno akan setia kepada parti walaupun tidak dipilih sebagai calon, sebaliknya ahli Umno tidak akan berbuat demikian. Najib menekankan istilah orang Umno dan bukannya ahli Umno.

Sejauh mana peringatan Najib akan dipatuhi orang Umno kali ini? Adakah mereka bersedia menjadi orang Umno yang setia kali ini? Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yasin telah mengetuai ikrar yang mahu orang Umno tidak hasad dengki dan patuh kepada parti ketika menggulung perbahasan semalam. Sejauh mana para perwakilan itu ikhlas dengan ikrar yang mereka baca itu?

Para perwakilan telah mengupas calon boleh menang dengan pelbagai tafsiran. Wakil Kedah, Kamal Saidin mahu orang Umno tidak melobi jadi calon kerana itu bukan cara Islam. Manakala tangisan wakil Kelantan, Datuk Che Alwi Haji Ahmad yang menceritakan betapa Khalifah Umar Alkhatab menolak nama anaknya Abdullah dicalonkan sebagai khalifah ketiga dengan mengatakan cukuplah seorang sahaja dari keluarga Umar memasuki neraka menunjukkan betapa susahnya menjadi pemimpin menyedarkan orang Umno menjadi calon bukannya satu glamour tetapi satu amanah. Wakil Pemuda, Datuk Megat Firdaus Megat Junid mahu calon boleh menang bukan calon kabel. Apakah maksud calon kabel?

Atau adakah dia menyindir Khairy?

Tiga sayap parti berikrar beri sokongan penuh kepada Najib memilih calon boleh menang. Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Jalil yang kini didakwa menjadi liabiliti kepada Umno berikrar Wanita akan bantu menawan 222 kerusi Parlimen. Ketua Pemuda pula Khairy Jamaluddin berkata Pemuda tidak akan berarak ke Seri Perdana jika tidak dipilih sebagai calon.

Menurut seorang veteran Umno, Syed Abdullah Syed Ibrahim, Najib tidak perlu bertempik ketika berucap. Katanya, Dr Mahathir tidak pernah bertempik waktu berucap tetapi orang fokus kepada ucapannya.

Beliau yang juga bekas Setiausaha Umno Bahagian Cheras berkata  orang Umno sudah muak dengan retorik pemimpin tetapi pengundi tua boleh terpikat dengan wang ringgit dan kain pelikat sedangkan Umno berdepan dengan pengundi baru yang terdedah dengan pelbagai maklumat melalui facebook, twitter, blog. Inilah dilema Umno dalam menghadapi pilihan raya ini.

Penganalisis politik Prof Datuk Dr Agus Yusof menimbulkan persoalan sama ada Umno masih relevan? Sama ada Umno relevan atau tidak, ia akan terjawab pada pilihan raya umum nanti.

Saturday, December 3, 2011

Lawak.. Sharizat selak kain kerana lembu Fidlot

Oh, mentang-mentang saya SAPU waktu ketua di zaman krisis, jangan siapa fikir saya lemah walau senyum saya meleret.. Ehh Senyum punya senyum, saya tak larat nak senyum lagi...

Hah… mari sini, itu belum angkat kain lagi!!.
Wahai Zuraida, ketua (Wanita) PKR yang biadap, Cik Puan ingat kami takut dengan kamu.

Oooo... kau suruh aku letak jawatan, yek? Apasal aku kena letak jawatan?? siapa kamu?  Yang dapat projek tu LAKI aku bukannya aku. Sekarang, aku cabar kau. Kau desak Anwar letak jawatan. Dan... aku juga desak Wann Wan Azizah letak jawatan!!

Anak muda ini, apa namanya? Rafizi? Mafizi? Tu.. (Dia) adalah si Tanggang muda, sepatutnya belajar dengan ibu-ibu di sini, bukan jadi anak derhaka, jual agama dan bangsa,"

Bangun semua Wanita UMNO.. Kita Wanita tak pernah curang. Tetapi bila kita susah, apakah mereka bantu kita? Adakah mereka setia bersama kita?

"Usah dilayan lembu meroyan!! Orang terdesak..... macam tu lah psikologinya dan begitulah peelnya. Meroyan dan giler lembu jadinyer.

Bukan lagi terselak kain, dah terlondeh pun"
Kah kah kah kah...

Thursday, December 1, 2011

Muhyiddin Mujahidku

Datuk Seri Muhyidin bin Mohd. Yassin Timbalan Perdana Menteri Malaysia Malaysia dan Timbalan Presiden UMNO amat berbangga dengan kejayaan anaknya yang dianugerahkan Artis Baru Terbaik serta Lagu Inggeris Tempatan Terbaik (Got To Go) Anugerah Industri Muzik Malaysia 2011 ke-18 (AIM18) baru ini. 

Najwa berkata, dia tidak percaya dengan badi yang sering dikaitkan dengan anugerah itu bila dikaitkan menang atas populariti bapanya.
"Saya tak percaya pada badi anugerah ini. Apa yang penting, kita kena melipatgandakan usaha dan tidak membiarkan hasil kerja kita terhenti setakat ini saja,” katanya.

"Bagi saya, anugerah itu lebih kepada pembakar semangat untuk saya meneruskan perjuangan dalam bidang ini.

Ada lagu untuk Muhyiddin yang juga bekas Menteri Besar Johor yang diilhamkan difacebook;
Ayahanda di medan jihat
Anakanda di medan seni
Sama-sama berkubang
Sama-sama berbakti
Semoga tabah hati

Majulah Ayahanda maju jangan undur
Anakanda mohon doa restu
Rela sehidup semati bersamamu
Oh! Mujahidku


Wednesday, November 30, 2011

Muhyiddin buktikan Umno sudah kering idea

29 Nov 2011 Telah berlangsung malam tadi persidangan serentak 3 sayap Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bertajuk "Menunjangi Survival Bangsa: Suatu Jihad" di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara malam ini yang dirasmikan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin.

Mahyiddin mengingatkan anggota parti itu bahawa pilihan raya umum ke-13 adalah "ibu segala pilihan raya" maka perjuangan adalah jihad untuk agama, bangsa dan negara.. Pilihan raya ini adalah medan jihad iaitu Jihad untuk keadilan dan Jihad untuk pertahan hak dan saudara-saudari adalah para mujahid dan mujahidah," tegasnya lagi.

“Apa yang berlaku hari ini bukan PAS ganti Umno seperti yang dicanang oleh mereka. PAS takkan boleh menggantikan Umno kerana Umno tiada galang-ganti.Yang sebenarnya berlaku ialah DAP ganti PAS. DAP bercakap mengenai Islam, PAS mengiyakan sahaja,” kata Timbalan Presiden Umno

Tuesday, November 29, 2011

Lori rempuh 8 kereta di persimpangan lampu insyarat

IPOH 29 Nov 2011 Sebuah lori muatan pasir hilang kawalan telah merempuh 8 buah kereta di persimpangan lampu insyarat di Medan Gopeng Ipoh pada pukul 2.20 petang tadi. Lori berkenaan dipercayai gagal berhenti akibat fungsi brek namun kemalangan ini diberitakan hanya seorang pemandu kereta yang cedera ringan. Kemalangan ini mengakibatkan kesesakan jalanraya sehingga 2 KM. -BP




Tuesday, November 15, 2011

Pemuda dan pemudi Umno terlibat Kumpulan haram Genki 7

Akhbar Harian Metro semalam 14 November 2011 memaparkan  sebuah berita mengenai serbuan terhadap segerombolan kumpulan dan entity gangster di Sebuah resort kawasan Teluk Batik , Virgo Resort.

Penubuhan kelab yang dipanggil Genki (Generasi Kini) Seven kononnya mengadakan Hari Keluarga yang terdiri dari kalangan anak-anak muda yang majoritinya berbangsa Melayu.

‘Hari Keluarga’ yang diraikan dari kalangan bukan muhrim itu kononnya telah booking sebanyak 300 buah bilik hotel untuk mereka bermalam. Samada bermalam sesama jantina atau berlainan jantina, itu hanya mereka sahaja yang menentukan.

The best part is, majority yang terlibat dalam kumpulan Genki Seven itu merupakan ahli-ahli Pemuda dan Puteri UMNO. Wahhhhh….. dahsyat pemuda pemudi UMNO hari ini, pandai mencari dana untuk menganjurkan Program yang melibatkan kos yang agak tinggi.

Yang menariknya lagi, mereka ini terdiri dari kalangan UMNO NEGERI…….. Betul ke? Dengar juga, seseorang yang agak berada dan semakin kehilangan pengikutnya.

Kalau dah jadi Pemimpin pada anak-anak muda kawasan masing-masing, pantau lah sikit tingkah laku diorang ni cik kak dan cik abang oiii…. Jangan tau cari glamour dan publisti jer. Pemuda dan Puteri masing dibiarkan bergelimpangan mencari arah tuju.

Dengan penglibatan hampir beratus orang, book 300 buah bilik, siap dengan BBQ dan dengar kata, Puteri2 yang hadir malam itu dikatakan mengadakan Caltwalk dengan hanya memakai Pario atau lebih senang di panggil pakaian Pantai.

Kalau dah berpakaian Pantai, dah tentu pakai jenis kain tak cukup, selak bahagian dada, selak bahagian Peha, selak bahagian pinggul. Wakden tengok pun boleh terliur.

Dengar khabar dan risik-risik yang dilakukan oleh wakden hari ni, beberapa ahli Genki Seven akan berjumpa dengan Ketua Biro Harian Metro untuk menjelaskan balik perkara ini dalam Akhbar. Semoga Berjaya lah yer, kami akan tunggu dan saksikan apa muslihat orang-orang muda ni. Pktoday

MANJUNG 13 Nov 2011 (BHarian): Sekumpulan individu dipercayai dianggotai penjenayah dikesan cuba merekrut ahli baru mereka termasuk membabitkan pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hari ini, menerusi penganjuran satu majlis khas di sebuah resort di Teluk Batik, di sini, malam kelmarin.

Monday, October 31, 2011

Karpal dangkal mengenai hudud

Pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh menolak cadangan kerajaan negeri Kelantan bahawa undang-undang sivil harus setegas seperti undang-undang hudud .

Karpal, seorang peguam yang berpengalaman luas, berkata bahawa ia tanggapan salah untuk mentafsirkan bahawa hukum hudud atau undang-undang yang tegas seperti hukuman mati boleh menghalang seseorang daripada membuat kesalahan.

Katanya, penyokong hukum akan berhujah, tidak seperti undang-undang jenayah, standard pembuktian adalah sangat tinggi bagi kes-kes jenayah.

Walaupun standard pembuktian bagi undang-undang jenayah adalah "tanpa sebarang keraguan yang munasabah", undang-undang hudud adalah berdasarkan "kepastian", katanya.

"Sebagai contoh, empat orang saksi Islam cukup syarat diperlukan untuk membuktikan kes-kes zina mengikut undang-undang hudud. Ini adalah mustahil dan tidak sesuai untuk negara ini," kata Karpal, pada sidang akhbar di Pulau Pinang, semalam.

"Ia akan menjadi mustahil untuk membuat dakwaan. Penjenayah akan bebas kerana adalah mustahil bagi pihak pendakwa membuktikan kes kerana mememerlukan empat saksi beragama Islam yang cukup syaratnya.

"Malah, akan berlaku lebih banyak jenayah di negara ini apabila penjenayah tahu betapa sukarnya untuk membuktikan kes dan menghukum mereka. Perkara ini perlu dijelaskan kepada semua orang," kata Karpal lagi. -mk

Karpal menulas demikian ketika diminta komen tentang kenyataan Exco Kelantan Nik Amar Nik Abdullah yang dilaporkan memberi cadangan supaya kerajaan negeri untuk meminda undang-undang sivil supaya hukuman jenayah diganti dengan hukum hudud yang termaktub dari undang syariah. Nik Amar beralasan adalah lebih adil  hukuman jenayah antara orang islam dan bukan islam dapat dilaksana sama rata.

Apa yang kita lihat kenyataan Pengerusi DAP mengenai hudud di atas tidak bersandarkan kepada fakta tetapi hanya satu alasan dari pemikiran yang dangkal bagi menyembunyikan kebencian terhadap hukum Islam.

Fakta yang jelas ialah jenayah berkurangan dan amat rendah di negara yang mengamalkan hukum hudud. Sila lihat jadual di bawah.Bandingkan angka-angka jenayah rogol di negara yang tidak mengamalkan hudud dengan negara yang mengamalkannya.

Kajian di atas memaparkan pada tahun 2002, di Kanada yang jumlah penduduknya 33.5 juta terdapat 24,350 kes rogol dicatatkan. Di Amerika dengan jumlah penduduk 306 juta, 95,136 kes rogol berlaku. Di Malaysia sendiri yang jumlah penduduknya 28 juta terdapat 1,431 kes rogol.

TETAPI di negara Arab Saudi yang mengamalkan hukum hudud, daripada jumlah penduduknya yang seramai hampir 25 juta, cuma menghadapi 59 kes rogol.

Jadi dimanakah justifikasi kenyataan Karpal Singh yang menuduh hukum hudud hanya akan menambah bilangan kes jenayah dan bukan mengurangkannya?

Monday, October 17, 2011

Himpunan Sejuta Umat bimbang beri gambaran salah tentang Islam

Isu ugama dikalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia dimainkan kepada isu sentimen dan sentiviti umat Islam yang sediada lemah dan ketinggalan banyak bidang. Lantaran dari isu JAIS buat pemeriksaan dalam gereja lalu, mempercayai kristianisasi berlaku ke atas umat Islam. 

Api pertembungan dicetuskan dan dibesarkan samada untuk cari titik pertemuan atau memporak-prandakan kesepakatan bangsa yang sedia terjalin. Para cendikiawan dan ulama diheret menyatakan tentang kebimbangan umat dan diseru kembali kepada keutuhan bangsa melayu. Kemuncaknya titah raja minta dijunjung agar peraturan dan perundangan Islam terpelihara dari anasir pembaharuan rakyat.

Kemuncaknya penganjur terdiri dari NGO pertubuan Melayu dan islam termasuk Perkasa merancang adakan Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Stadium Shah Alam, Sabtu 22 Oktober ini. Umat Islam dan diseru menyertainya mengira latar belakang politik demi "memperkukuh ukhwah dan kesatuan Islam."

Saturday, October 15, 2011

HUKUM ISLAM: seribu daya atau seribu dalih

Muka depan akhbar-akhbar tempatan Brunei sehari-dua ini bertungkus-lumus "menyelamatkan" aqidah dan memberi pemahaman & penerangan kepada rakyat Brunei akan betapa indahnya undang-undang Islam dan betapa baiknya ia kepada Negara sekiranya ianya diamalkan.

Sultan Brunei juga secara jelas pelaksanaan undang-undang Islam disegerakan & mempersoalkan "siapa kita untuk berkata nanti" untuk melaksanakan undang-undang Islam di Brunei.

Malu aku jadi warganegara Malaysia yang dikhabarkan sebagai sebuah "Negara Islam" termaju di Rantau Asia sedangkan pemimpin tertinggi Negara Malaysia tanpa segan silu & tegas menyatakan bahawa undang-undang Islam tidak akan dilaksanakan di Malaysia.

Wednesday, October 12, 2011

Pemain gitar iringi pejuang Libya di kubu terakhir Gadaffi

Relaxing: One fighter appears to take little notice of the devastation around him as he serenades his comradesLirik Lagu Perwira – Sharifah Aini;
Kekanda di medan perang
Adinda di medan seni
Sama-sama berjuang
Sama-sama berbakti
Semoga tabah hati


SIRTE 11 Okt 2011 This fighter is clearly keeping calm amidst the fierce battle to take control of the Libyan town of Sirte, one of the last strongholds of fugitive leader Muammar Gaddafi.
As he stands surrounded by gunmen in front of a pock-marked wall, the area around his feet strewn with bullet casings, the man seems to be simply playing his guitar while his comrades attempt to gain ground from pro-Gaddafi forces.
The striking image comes as speculation mounts that Gaddafi could gain safe passage through Niger to Mali - where he reportedly has a house in the town of Timbuktu.




Sunday, October 9, 2011

Najib tidak faham Negara Berkebajikan

http://www.niknasri.com/wp-content/uploads/2011/09/konsep-asas-negara-berkebajikan-212x300.jpgBerikutan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan belanjawan 2012 di parlimen semalam bahawa BN telah melaksanakan konsep Negara Berkebajikan, PAS ingin menegaskan bahawa Najib tidak memahami konsep Negara Berkebajikan yang hendak dibawa oleh PAS dan Pakatan Rakyat. Paling penting beliau harus memahami tiga ciri asas Negara Berkebajikan yang hampir tidak dilaksanakan oleh pemerintahan Barisan Nasional sehingga kini.

Pertamanya, Negara Berkebajikan mestilah ditadbir oleh pemerintah yang berintegriti atau beriman dan juga rakyat yang berintegriti. Dengan membazirkan wang rakyat untuk membayar bil air dan elektrik rumah Perdana Menteri berjumlah jutaan ringgit tidaklah menggambarkan pemimpin yang berintegriti.

Bekas Pengarah Pendidikan Perak masuk PAS, cikgu bila lagi?!

TAIPING, 8 Okt: PAS Negeri Perak menerima ahli baru daripada dua tokoh yang dikenali iaitu bekas Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Adnan Ibrahim dan bekas pegawai tinggi TLDM Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid. Kedua-dua tokoh itu telah hadir di Program Pelancaran 'Jom Masuk PAS' di Markas Tarbiyyah PAS, Air Kuning di sini.

Adnan berkata, beliau menyertai PAS setelah mendapat hidayah untuk menyertai perjuangan PAS dan meninggalkan Umno selepas pulang dari tanah suci.

"Ketika saya berkhidmat dahulu, teruk saya maki dan memarahi guru-guru yang menyokong PAS. Saya ketika itu sangat benci dengan PAS dan memandang PAS ini sebagai parti yang mempergunakan agama demi politik," katanya dengan nada kesal.

Beliau mendakwa, Naib Presiden UMNO, Datuk Hishammuddin Tun Husein dan pimpinan Umno memanggil beliau dan menasihatkan agar terus dengan Umno tetapi beliau berpegang dengan pendiriannya untuk bersama dalam PAS demi mendokong perjuangan Islam.

Bagi Mohamad Imran pula, beliau masuk PAS kerana tidak yakin dengan perjuangan Umno.
"Perjuangan Umno hanya retorik semata-mata. Kata memperjuangkan Islam tetapi sebaliknya," katanya yang ingin bersama dalam PAS hingga ke akhir hayatnya.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dalam ucapannya berkata, beliau mengalu- alukan kemasukan dua tokoh besar masyarakat ke dalam PAS. "Bekas pegawai tinggi TLDM dan bekas Pengarah Pendidikan pun boleh masuk PAS, kenapa JKKK dan penoreh getah tidak boleh masuk PAS?" soalnya ketika melancarkan Program 'Jom Masuk PAS' anjuran Badan Perhubungan PAS Perak.

"Sekarang ini, orang dah pencen semua nak masuk PAS setelah lama 'digari' . Mereka tidak percaya Umno. Umno tidak relevan lagi, Umno sudah busuk hingga ke usus," tegasnya lagi.
perak.pas.org.my

Friday, October 7, 2011

Raja Perempuan Muzwin mangkat

Ipoh 7 Oktober 2011 Duli Teramat Mulia, Raja Perempuan Muzwin balu kepada Al-marhum Sultan Idris II Sultan Perak ke-34, telah mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) jam 4.20 petang 6 Okt 2011. Baginda mangkat ketika berusia 82 tahun. Baginda akan akan dimakamkan di Makam diRaja Al-Ghufran Kuala Kangsar hari ini Jumaat 7 Okt. 2011 selepas asar.

Kemangkatan baginda merupakan kehilangan besar kepada kerabat DiRaja Perak dan juga Keluarga DiRaja Johor iaitu bonda kepada Permaisuri Johor Raja Zarith Sofia isteri kepada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar Shah.

Baginda dikurniakan 2 orang putera dan 2 puteri iaitu Raya Mahkota Perak, Raja Dato’ Seri Nadzatul Shima, Tuanku Raja Zarith Sofiah (Permaisuri Sultan Johor), Raja Kecil Besar Perak, Raja Dato’ Seri Iskandar Zulkarnain (Ku9) dan Raja Jamil Ariffin.
/syukury

Thursday, October 6, 2011

Undang Syariah Islam umpama bola yg dimainkan

"Kami turunkan kepadamu (Ya Muhammad) kitab Al-Quran ini bagi menjelaskan tiap-tiap suatu perkara dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan membawa berita gembira bagi orang-orang Islam". An-Nahl ayat 89

"Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) Dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyu-Nya); dan janganlah engkau menjadi pembela  bagi  orang-orang yang khianat. an-Nisa' ayat 105

KUALA LUMPUR, 6 Okt — Tan Sri Harussani Zakaria menasihatkan pentadbiran Najib agar membenarkan undang-undang hudud dilaksanakan di Kelantan sebagai satu “percubaan” selepas kerajaan pusat terus dengan pendiriannya menyekat langkah sedemikian atas alasan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Mufti Perak, Putrajaya perlu memberi peluang kepada kerajaan negeri Kelantan pimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melaksanakan hudud memandangkan undang-undang jenayah syariah Islam itu sudah digubal pada 1993.

Saturday, October 1, 2011

Asri: PAS perlu tokoh diterima semua untuk pimpin Putrajaya

KEPALA BATAS, 1 Okt  Hari ini PAS yang menyambut ulang tahun penubuhan yang ke-60 dan malam tadi berlangsung program Forum Perdana di Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang. Lokasi Kepala Batas dipilih sempena tempat kelahiran parti Islam ini yang wujud enam dekad lalu. Forum turut dibarisi oleh panel Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS YB. Salehuddin Ayob dan moderator Ustaz Idris Ahmad. 

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengulas perlunya PAS ada satu tokoh yang boleh diterima oleh semua rakyat jika mahu menjadi sebahagian daripada kerajaan pusat kelak. Menurutnya PAS sudah berada ditahap matang dalam arena politik, namun menurut bekas mufti Perlis itu, parti Islam tersebut perlu melahirkan ikon yang boleh diterima setiap lapisan masyarakat jika ingin terus kekal relevan.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini mengetuai PAS memerlukan tokoh ikon untuk mendapatkan kepercayaan rakyat berbilang kaum, seorang tokoh yang bukan sahaja diterima ahli PAS tetapi orang di luar PAS. Apa yang kita lihat terdapat 60 peratus pengundi yang belum membuat keputusan untuk melonjak dan menengahkan tokoh itu.

“PAS perlu seorang tokoh yang bukan sahaja disebut nama sudah dikenali macam Burhanuddin al-Helmy... hebat, bukan sebut nama orang dah kenal, tapi rakyat juga lihat dia layak untuk jadi perdana menteri,” katanya.

Burhanuddin asalnya tokoh pejuang kebangsaan merupakan pengasas Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) sebelum memimpin Hisbul Muslimin dan kemudiannya PAS.
“Tokoh ikon perlu diwujudkan iaitu kalangan PAS sendiri yang akan membantu PAS bersama Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya”, katanya.



Hala-tuju politik PAS memerlukan kerangka politik yang baru, kerangka yang lebih besar... kerangka Malaysia bukan kerangka Kelantan. Beliau turut memberi cadangan agar kepimpinan  tertinggi PAS tidak melibatkan diri dalam hal-hal remeh yang boleh diselesaikan di peringkat bawahan.

“Umno bukan piawaian untuk PAS buat perbandingan, PAS perlu berada di tempat lebih tinggi,” katanya. Asri turut menekankan agar kepimpinan PAS terus mempertahankan dasar Islam walaupun dikritik pihak tertentu.

“PAS sudah mencapai usia matang kerana bersedia mendengar pandangan yang berbeza, saya melihat PAS telah berjalan di atas landasan sehingga dunia Islam menyedari tentang kebangkitan Islam.

“Pemimpin-pemimpin dalam PAS perlu terus mempertahankan dasar Islam, PAS perlu realistik dan ketepikan retorik politik, PAS juga perlu bergerak ke hadapan dengan lebih terbuka dan memahami Islam secara meluas,” katanya.

Tambah beliau Pakatan Rakyat agar tidak “melambakkan” idea politik secara terus kepada rakyat, sebaliknya jelas Asri, kaedah terbaik adalah melalui dialog atau perbahasan untuk menjelaskannya kepada rakyat.

Thursday, September 29, 2011

Hudud: Mesyuarat majlis Pakatan Rakyat capai kesepakatan

KUALA LUMPUR 29 Sept. 2011 Keputusan menang-menang tercapai awal pagi tadi setelah 3 jam berlangsung mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang diadakan di Pejabat Agung PAS. Sidang media bersama yang diadakan kira-kira jam 1 pagi tadi dengan kehadiran oleh hampir semua pemimpim utama PAS, PKR dan DAP. Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz tidak menyertainya dan beliau diwakili oleh Exco kerajaan negeri Kelantan yang juga seorang peguam, Datuk Takiyudin Hassan.

Resolusi kata sepakat berjaya dicapai oleh pemuafakatan Pakatan Rakyat semalam untuk membenarkan PAS membuat penjelasan dan penerangan tentang undang-undang jenayah syariah termasuk hudud. Bagaimanapun pelaksanaannya akan bergantung kepada kejayaan untuk mendapat kata sepakat bagi meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan ianya dilaksanakan.Dalam masa yang sama, Pakatan Rakyat juga menerima prinsip bahawa DAP tidak bersetuju dengan undang-undang ini ketika PAS dan PKR menghormatinya, namun ia tidak menghalang PAS untuk terus menerangkannya kepada masyarakat.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media menegaskan “Kenapa kita mesti nafikan hak PAS untuk articulate isu ini, ini proses demokrasi…bukan Umno yang kontrol Pakatan Rakyat…kita hormati hak rakyat untuk membentangkan cadangan mereka. Nafikan PAS untuk articulate kes ini, ia tidak ada. Pakatan Rakyat menghormati inisiatif PAS untuk laksanakannya. Untuk melaksanakannya, ia perlu capai kata sepakat dan seterusnya pinda perlembagaan,” kata Anwar.

Tambah Anwar hak untuk membentangkan isu ini seharusnya diterajui Pakatan Rakyat dalam proses demokrasi ketika konsensus menyebelahi Pakatan Rakyat, “Kenapa kita mesti nafikan hak PAS untuk articulate isu ini, ini proses demokrasi…bukan Umno yang kontrol Pakatan Rakyat…kita hormati hak rakyat untuk membentangkan cadangan mereka. Nafikan PAS untuk articulate kes ini, ia tidak ada.” Anwar menegaskan, “Kita tidak boleh halang PAS untuk memberikan pandangan atau cadangan dalam atau di luar mesyuarat.”

Dengan keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat ini bermakna semua pihak dalam Pakatan Rakyat boleh menyatakan pendirian mereka mengenainya secara terbuka. PAS dibenarkan secara rasmi untuk terus menerangkan undang-undang Allah ini di samping berusaha untuk melaksanakannya dengan syarat usaha untuk meminda Perlembagaan Persekutuan berjaya.

Kini persoalan yang perlu dijawab adalah, bagaimanakah caranya untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan undang-undang ini dilaksanakan?
Anggota Parlimen PAS akan menyokong. Begitu juga anggota Parlimen PKR, mereka juga akan menyokong berdasarkan keputusan semalam. Jelas juga, DAP menyatakan mereka tidak menyokong hukum ini.

Ini bermakna, berjaya atau tidak pelaksanaan undang-undang ini bergantung juga kepada kerjasama dari anggota Parlimen dari Barisan Nasional (BN) khasnya Umno. Pendek kata, undang-undang ini akan berjaya dilaksanakan kalau ia turut disokong oleh Umno kerana parti inilah yang mempunyai ahli paling ramai sekarang dalam Dewan Rakyat.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan mencadangkan agar diadakan satu muzakarah untuk meleraikan kekeliruan dan membetulkan persepsi negatif  yang timbul dalam masyarakat terhadap sistem perundangan Islam di negara ini. Selain itu PAS turut mencadangkan agar muzakarah ini dihadiri oleh para mufti dan Umno mewakili parti pemerintah.

“Muzakarah ini diharap dapat diadakan secara terbuka bagi memberi ruang luas kepada seluruh masyarakat mendengar pandangan semua pihak, bukannya tindakan sebelah pihak,” kata Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini.

PAS mengesyorkan pandangan ini ketika negara menyaksikan kontroversi berkaitan dengan pelaksanaan hukum hudud. Kerajaan negeri Kelantan menggerakkan hasrat mahu melaksanakan hudud pada 1993. Islam sebagai sebuah agama yang ditegakkan di atas nas dan hujah, PAS melihat muzakarah adalah medan menambahkan ilmu dan maklumat secara sihat yang perlu diterima dan disokong oleh semua pihak, kata Tuan Ibrahim. Tegasnya, isu hudud bukan satu isu politik, tapi ia merupakan satu isu yang seringkali dihebahkan terutama menjelang pilihan raya.

“Sedangkan isu hudud merupakan isu yang menyentuh umat Islam secara langsung, dan ianya adalah tuntutan syarak bagi pemerintah untuk melaksanakannya,” kata beliau.
KL-today/Harakahdaily

Saturday, September 24, 2011

Hudud: DAP bersetuju berbeza

IPOH 23 Sept – “Tidak kira undang-undang apa sekalipun yang ingin dilaksanakan, ia harus memberikan keadilan untuk semua tanpa mengira bangsa dan agama,” kata Datuk Ngeh Ko Ham. Pengerusi DAP Perak itu berkata, setiap agama mempunyai pelbagai tafsiran masing-masing berhubung undang-undang, justeru aspek keadilan perlu diberikan perhatian serius.

Katanya, dalam hal ini tidak bermakna DAP menolak hasrat Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang berhasrat menubuhkan negara Islam termasuk melaksanakan hudud di Kelantan. “Tidak kira sama ada sesuatu undang-undang itu menggunakan nama apa sekalipun, ia harus boleh memberikan keadilan kepada semua,” katanya.

Beliau berkata, perkara tersebut telah diperjelaskan bahawa setiap undang-undang jenayah harus di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan satu perjanjian dimeterai untuk menerima perlembagaan.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Pas 1 Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, perkara tersebut tidak menjadi isu kerana sehingga kini Pakatan Rakyat (PR) bersetuju membincangkan isu berkaitan penubuhan negara Islam.

“Dalam perkara tersebut ia tidak kelihatan hanya ingin memberikan fokus kepada hukum hudud semata-mata, malah semasa persidangan sebelum ini, Karpal Singh telah bersetuju untuk membincangkannya,” katanya.

Beliau berkata, pelaksanaan konsep itu sebenarnya perlu diaplikasikan dalam konteks kerangka demokrasi politik sebenar. “Di sini, kita bukan hanya memberi penekanan kepada pelaksanaan hukum hudud, tetapi ia perlu dilihat dalam kerangka yang lebih luas iaitu penubuhan negara Islam.

“Pelaksanaan hukum hudud hanya sebahagian daripada penubuhan negara Islam itu sendiri dan sehingga kini adakah seluruh orang sendiri benar-benar faham tentang konsep tersebut. “Yang lebih penting kedudukan Umno sendiri bagaimana dan apa pandangan mereka terhadap perkara tersebut,” soalnya.
SinarHarian

Thursday, September 22, 2011

Karut, mana ada kes sejarah dibicara di mahkamah

BUTTERWORTH, 21 Sept: Peguam Mohamed Hanipa Maiden menganggap kes yang melibatkan Mohamad Sabu sebagai kes 'karut' kerana mana ada kes yang berhubung sejarah dibicarakan di mahkamah melainkan di Malaysia. Sepatutnya, kata beliau ia dibawa ke medan pentas akademik bukan ke mahkamah seperti mana hari ini.

Pagi tadi, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu telah dibebaskan pada pukul 12.15 tengah hari dengan ikat jamin RM15 ribu. Jika sabit kesalahan beliau boleh dikenakan tahanan dua tahun penjara, didenda atau kedua-duanya sekali.

Kes beliau akan disebut sekali lagi pada 27 Oktober ini dan dibicarakan pada 5 hingga 9 Disember depan di Mahkamah Sesyen di sini.

Beliau dibela oleh Hanipa Maidin dan Amirudin Zulkiply manakala pendakwaan dilakukan oleh Mohamad Hanafiah Zakaria, Ishak Mohd Yusuf dan Suhaimi Ibrahim di hadapan Hakim Ikmal Hisham Ahmad Tajudin.

Turut hadir memberikan sokongan moral kepadanya ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Khalid Man, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kubang Rotan, Kedah, Nasir Mustaffa dan ramai lagi kepimpinan PAS dari Pulau Pinang dan Kedah.

Sementara itu, Mohamad berkata, beliau sedia dibicarakan dan yakin kesnya akan mencapai kemenangan demi memperbetulkan fakta sejarah yang telah diselewengkan oleh penjajah. Umno juga ujarnya, akan kalah untuk mempertahankan fakta yang salah sekaligus meranapkan impian Barisan Nasional (BN) untuk meneruskan pemerintahan negara ini.

"Saya yakin seyakin-yakinnya kita boleh menang kes ini dan Umno tewas dalam hal persejarahan Malaysia ini," tegas beliau ketika berucap ringkas di luar mahkamah.

Katanya, Umno dan BN hanya mahu menggambarkan perjuangan mereka sahaja yang betul mengenai kemerdekaan negara. "Umno dan BN hanya mahu mengambarkan perjuangan mereka sahaja yang betul tentang kemerdekaan dengan membelakangkan perjuangan orang lain walaupun  mereka lebih ke hadapan menentang penjajah," katanya.
-Harakahdaily

Saturday, September 17, 2011

Majlis Profesor Negara (MPN) ditempelak lagi

Terbitan SautunNahdhah siri SN275 dari Pertubuhan Hizbut Tahrir Malaysia menempelak kenyataan profesor Zainal Kling selaku Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio Budaya (MPN) bahawa Malaysia tidak pernah dijajah dan sepatutnya rakyat Malaysia menghadiahkan kepada British sebuah ‘kesyukuran’ di atas ‘jasa baik’ British selama ini yang telah ‘menaungi dan melindungi’ negara kitaBerikut kandungan pandangannya dari edaran risalahnya baru-baru ini. 

(SN275) Hanya dengan sedikit fakta tentang Mat Indera yang disentuh oleh Mat Sabu mengenai isu perjuangan kemerdekaan di dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lepas, Timbalan Presiden PAS itu sehingga kini masih teruk ‘dibelasah’ oleh UMNO dan para penyokongnya. Sudah tiga minggu isu ini dimainkan oleh media arus perdana untuk menghentam Mat Sabu habis-habisan, yang hakikatnya telah menambahkan lagi populariti pemimpin nombor dua PAS itu. Bermula dengan isu Mat Sabu sokong Mat Indera dalam serangan ke atas balai polis Bukit Kepong, kemudian berkembang menjadi isu Mat Sabu sokong komunis, kemudian berkembang lagi menjadi isu PAS sokong komunis. Disusuli selepas itu dengan isu fakta sejarah negara yang diberi amaran oleh UMNO agar tidak diubah oleh PAS.

Kali ini, UMNO nampaknya mengerahkan seluruh kekuatannya dari Perlis hingga ke Johor untuk men’diskredit’kan Mat Sabu yang disifatkan sebagai ayam sabung PAS itu. Pendek kata, selagi ada peluru, walau sekecil mana sekalipun, selagi itulah UMNO terus menembak musuhnya itu. Mat Sabu, disamping mengemukakan pelbagai bukti dan hujah untuk mempertahankan pendapatnya, dalam masa yang sama menganggap bahawa isu ini sengaja diperbesarkan oleh UMNO untuk menutup segala kepincangan parti Melayu terbesar itu sekaligus mengalihkan isu ‘pilihanraya bersih’ yang diperjuangkan oleh PAS dan beberapa NGO lainnya. Dari isu ini juga, UMNO nampaknya cuba menyerlahkan ‘kebaikan’nya dengan terus memuji dan mempertahankan bekas polis dan tentera beserta keluarga mereka yang terlibat dengan peristiwa Bukit Kepong yang selama ini tidak pernah diambil peduli pun.

Tuesday, September 13, 2011

Pembela: Malaya (Malay States) wilayah takluk Jajahan Britain

Dr. Zainal Kling together with National Professors’ Council (MPN), which claims up to 1500 members, recently argued that Malaysia was never colonized by the British. As reported in Malaysiakini and Berita Harian, Their argument in essence reads as follows:

1. Malaya was a British protectorate, not a colony.
2. But the British did have administrative powers in the fields of finance and the exploitation of Malaya’s natural resources.
3. Despite this, Zainal (left) still maintains that Malay sovereignty (kedaulatan Melayu) was still protected.
4. Therefore, what is now Malaysia (with the exception of Malacca and Penang) was never colonized by the British.


1. The argument is illogical 
Colonialism entails the exploitation of the wealth and potential of a nation by another. The scenario is that one nation becomes subjugated by the power and authority of another nation. By the MPN's own admission Malaya’s natural resources and financial authority was exploited by the British “in a breach of trust” rendering Malaya’s actual political power and capacity effectively impotent.

If a nation is exploited in such a manner then in effect that nation’s sovereignty was violated.  Since this was the case in Malaya, as was presented by the facts already in MPN's reasoning, then Malaya was by definition colonized by the British.

At any rate, the remaining question is that if Malaya was merely a British protectorate ('dinaung') then why were the British also exploiting it?


2. Malay sovereignty was not protected under Perjanjian Pangkor. For it gave the British legal mandate to advise and interfere in local affairs.

This has been explicitly admitted in Penilaian Menengah Rendah (PMR) textbooks for decades: that much is even admitted in the Pemuda UMNO website. At any rate, some facts are undisputable:

* The perjanjian was written in English.
* It was signed on a British boat.
* Article 6 of the perjanjian reads as follows: “That the Sultan receives and provides a suitable residence for a British Officer to be called Resident, who shall be accredited to his Court, and whose advice must be asked and acted upon on all questions other than those touching Malay Religion and Custom.”(See H.S. Barlow's Swettenham, p. 45)
* The collection of taxes was to be overseen and managed by the British Resident.
* Due to British pressures and political manoeuvring Sultan Ismail was deposed in place of Sultan Abdullah.

3. They do not understand what sovereignty means
Sovereignty in a basic sense means power. In terms of the modern nation state, political sovereignty basically means that the absolute power and control of a nation and its territory rests in the state. Thus, a country is said to be independent because it has ostensibly gained its sovereignty.
Sovereignty in a basic sense means power. Political sovereignty means that the absolute power and control of a nation and its territory rests in the state.

What this means is that the finances and the natural resources of the state is a part of its sovereignty. Dr. Zainal, for some reason, assumes that because the British left the crumbs of Malay culture and religion under the Sultan’s rule this ought to mean that kedaulatan Melayu was safeguarded. The British, coming all the way from Europe eyeing our wealth, natural resources and economic potential first and foremost, of course had little concern for how we prayed and conducted our superstitions and cultural practices. The British residents had what mattered more in determining the sovereignty of a nation: its economics and an influence in the political system.

4. The argument assumes that colonialism had to be direct. 
But colonialism is rarely direct. Just look at the basics of history.

It is the nature of modern European colonialism that the total size of the colonies is much greater than the size of the colonizing nation. This was the case for Britain as much as it was for France, Spain, Belgium, the Netherlands, Germany and Portugal.

For example: The small nation of Portugal managed to amass the amount of land that covers the size of Brazil. The Dutch did the same in Indonesia, and Spain did the same in the Spanish-speaking Americas. This is to say little of the size and global reach of the British Empire. This applied in all cases of modern European colonialism: much of the globe was overtaken by countries that were small.

The point is that the colonizing nations could not have maintained their global presence for centuries by military power or direct rule alone. They needed other means to legitimize their presence while being outnumbered in foreign lands and cultures. The methods of securing that presence varied: a common strategy is to convert the colonized into the ideology or religion of the colonizers, typically to convince the colonized that they were inferior. Another typical approach was for the colonizers to work with their agents and partners from among the colonized, either as business partners or co-administrators to help facilitate and expedite the exploitation process.

In other words, colonialism had no problems working with a local ruling class as advisors or bureaucrats, or in Malaysia’s case functioning in the guise of being a protector, or serving as “residents”. In fact, that only made colonialism more efficient since the colonizers would have direct local partners to protect and legitimize their presence.

Conclusion
In concluding we ought to recall that Dr. Zainal and the MPN's arguments were made in direct response to Mohamad Sabu’s recent attempts to broaden the scope of Malaysia’s history of anti-colonial struggles.

By concluding that the British were never actual colonizers of Malaysia, he sought to discredit the Malaysians, in particular, the Malaysian left who had made the British – instead of the Communists or to a lesser extent the Japanese - the chief villains in the struggle for Malaysia’s independence.

The lesson to be noted here is not just the deeply ideological nature of Dr. Zainal and the MPN's arguments, but the deeply ideological nature of any struggle for decolonization and independence. The left-right distinction that is slowly surfacing in these debates should remind us that independence is more than just about simply removing a foreign conqueror. What the visceral reactions we are seeing clearly highlight is that the struggle is still much about the principles of what a just society ought to be. Some are content with the way Malaysia turned out, while some believe that there are higher possibilities beyond this.

Memory is where freedom really begins. We can only make the right choices for the future based on what we can recall of our past successes and mistakes. In other words, we are only as good (or bad) as what we want to remember and forget.
-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)

Sunday, September 11, 2011

Sekitar Rumah Terbuka Malaysia sempena Aidilfitri-Merdeka 2011

PERMATANG PAUH 11 Sept (Bernama & facebook GE.Lim) Hujan lebat sejak awal pagi tidak menghalang lebih 25,000 orang pengunjung memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Malaysia sempena Aidilfitri-Merdeka 2011 di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu (SMKGP), di sini hari ini.


Rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat dan kaum itu mengambil kesempatan bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang tiba di padang sekolah berkenaan pada pukul 12 tengah hari diiringi oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Najib mengambil masa lebih setengah jam memasuki ruang utama tetamu kerana bersalam-salaman dengan ribuan pengunjung yang membanjiri kawasan sekolah berkenaan.

"Saya rasa sungguh meriah, kita dapat beraya bersama-sama hari ini," katanya. Perdana Menteri secara berseloroh berkata kedatangan beliau ke Pulau Pinang kali ini disambut dengan pelbagai jenis bendera.

"Saya disambut pelbagai jenis bendera ada bendera negara, biru tua dan biru laut seolah-olah esok pilihan raya tetapi hari ini bukan kerana pilihan raya tetapi kita berkumpul untuk berhari raya," katanya yang disambut sorakan daripada pengunjung yang hadir.

Perdana Menteri juga mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan rombongannya yang turut hadir memeriahkan rumah terbuka itu.
Tazkirah oleh Ketua Menteri Pulau Pinang YAB lim Guan Eng kepada Najib dan Rais Yatim

Pertemuan antara KM Pulau Pinang dan KM Melaka. 


Tangkap sekali lagi Lim Guan Eng dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)?


Peduli apa.. Redah saja dalam Negeri Pakatan