Wednesday, January 30, 2013

Nasha: Menangis pun tidak, ketawa pun tidak

nasaruddinmatisa“Saya lihat (pengguguran ini) biasa sahaja, tidak cukup signifikan untuk tukarkan pola pengundian – sebabnya Nasharuddin dah lama terpinggir daripada kepimpinan PAS Pusat.
“PAS pun tidak (akan bertambah) kukuh daripada pemecatan ini. Orang hendak menangis pun tidak, hendak ketawa pun tidak,” Prof Agus.
Pengguguran Nasharuddin Mat Isa daripada Majlis Syura Ulama PAS nampaknya tidak memberi kesan yang besar baik kepada ahli PAS mahu pun para pengundi yang bukan ahli parti.

Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malysia (UKM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berpendapat ahli parlimen Bachok itu tidak mempunyai pengaruh yang kuat mahu pun jumlah pengikut yang ramai untuk memberikan impak kepada 'cuaca' politik tanah air.

"Saya lihat (pengguguran ini) biasa sahaja, tidak cukup signifikan untuk tukarkan pola pengundian - sebabnya Nasharuddin dah lama terpinggir daripada kepimpinan PAS Pusat. PAS pun tidak (akan bertambah) kukuh daripada pemecatan ini. Orang hendak menangis pun tidak, hendak ketawa pun tidak," katanya kepada Malaysiakini.

Pengguguran Nasharuddin diumumkan Setiausa Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh pada 27 Januari lalu.

Ia dikatakan berpunca daripada kegagalan beliau mematuhi beberapa peraturan majlis syura - antaranya ialah kegagalannya menghadiri mesyuarat jawatankuasa itu. Sebelum ini, Nasharuddin sendiri tidak hadir ke muktamar tahunan PAS yang lalu walaupun beliau pernah menyandang jawatan timbalan presiden PAS.

Mengulas lanjut, Agus menegaskan di luar lingkungan PAS, orang ramai melihat pengguguran Nasharuddin sebagai satu isu sampingan.

Justeru Agus meramalkan nasib politik Nasharuddin tidak akan mampu menimbulkan 'gelombang' rakyat - satu fenomena yang menurutnya hanya mampu dicetuskan personaliti seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tengku Razaleigh Hamzah.

"Pengundi kini lebih memberi perhatian kepada isu-isu seperti keadilan sosial dan pentadbiran. Jikalau isu-isu sempit, ia tidak akan memberikan kesan melainkan ia melibatkan isu-isu sejagat," katanya.

Sebelum ini, Nasharuddin dilihat semakin intim dengan kepimpinan Umno terutamanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Penggugurannya juga berlaku sewaktu beliau dalam perjalanan pulang ke Malaysia selepas menemani Najib melawat Palestin.

1 comment:

  1. Kasihan ustad ni ... antara wataknya : dalam majlis PAS pakai lebai, dalam majlis bersama Najib buang lebai. Aduhai, malanganya orang yang bergelar ustad. Payah nak caya orang macam ni. Eloklah dipinggirkan saja ...

    ReplyDelete