Suatu ketika dahulu Lapangan Terbang Ipoh sentiasa sibuk naik-turun pesawat yang menjadi hubungan keluar masuk pelawat dan barangan kargo ke Negeri Perak. Setiap hari ada penerbangan beroperasi iaitu MAS laluan ke Kuala Lumpur. AirAsia laluan ke Senai Johor, KartikaAir ke Medan/Padang/Jakarta dan RiauAir ke Medan.
Gambar: Penerbangan terakhir MAS membawa jemaah Haji dari Ipoh pada tahun 2005
Pada tahun 2005, satu demi satu syarikat-syarikat penerbangan menamatkan operasinya ke ke Lapangan Terbang Ipoh. Ini kerana kekurangan penumpang disebabkan Lapangan Terbang Subang telah beralih ke KLIA, Sepang. Kedua kerana Lapangan Terbang Ipoh tidak dinaiktaraf untuk kapalterbang besar yang semakin bertambah.
Sekarang ini Lapangan Terbang Ipoh sunyi cuma tinggal satu RiauAir dua kali seminggu ke Medan, Indonesia. Firefly masih belum beroperasi untuk laluan Ipoh ke Subang. Berbagai usaha dan persefahaman telah dibuat, namun semuanya tinggal janji. Ada cadangan untuk memindahkan Lapangan terbang ke tapak baru di Seri Iskandar dengan alasan kawasan sediaada di Ipoh terhad.
MB Perak Ir Nizar berpendapat Lapangan Terbang SAS, Ipoh cadangan dari beberapa pihak mengesahkan landasan ini boleh dipanjangkan dan cukup untuk pendaratan Boeing 747.
“Berdasarkan maklumat pihak ini, kita boleh memanjangkan landasan dan pesawat 747 boleh mendarat” kata Ir Nizar kepada pemberita selepas mesyuarat dengan pegawai-pegawai masjid di Ipoh, 21 Dis 2008.
Pada 19 Dis 2008, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat memperbarui kenyataannya bahawa landasan Lapangan-terbang Sultan Azlan Shah Ipoh tidak mungkin dapat dipanjangkan oleh kerana kekurangan kawasan lapang. Yang kedudukannya dikelilingi gunung dan kawasan penempatan yang padat.
Ir Nizar juga menyatakan kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Rakyat sedang melihat kemungkinan memberi potongan 10% ke 30% setiap harga tiket tambang kepada syarikat penerbangan yang mahu beroperasi ke Ipoh.
“Kita akan berunding dengan syarikat penerbangan tempatan dan juga antarabangsa.” ujarnya. Di sini lihat gambar udara Lapangan terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh yang dicadangkan akan dinaiktarafkan...

No comments:
Post a Comment