Thursday, May 30, 2013

Khalid Samad: Iktibar dari Kota Damansara

Khalid Samad: Oleh kerana banyaknya tulisan yang membincangkan isu Kota Damansara (KD) sedang tersebar melalui blog, komuniti online, laman sosial dan sebagainya; dan sebahagian besar darinya diselitkan fakta dogengan dari penglipur-lara, maka saya rasa terpanggil untuk menulis respon terhadapnya. Ini adalah untuk menyelamatkan sahabat-sahabat yang bersifat lurus dari tertipu dengan fakta-fakta dogengan sehingga memanjang-manjangkan fakta tersebut dan dengan itu mendapat dosa kering.

Saya menulis respon oleh kerana mengambil kira dosa yang mungkin akan ditanggung mereka yang lurus ini dan bukan untuk membela diri semata-mata kerana seperti selalu, saya amat berterima kasih atas ‘pahala subsidi’ yang dihasilkan untuk saya oleh golongan-golongan penglipur-lara ini. Dulu ini juga yang saya alami apabila berhadapan dengan bekas Pesuruh Jaya PAS Selangor yang ingin gagalkan PR. Terdapat orang sama juga yang terlibat dan perkara yang sama seolah berulang kembali. Walaubagaimanapun, kesudahan kepada kisah penglipur-lara ini masih belum tamat dan insyaAllah akan dapat kita saksikan bersama.

Saya akan keluarkan respon saya secara berperingkat. Pertama berhubung strategi, kedua dari sudut akhlak jamaah Islam; ketiga berhubung 2 kawasan contoh dan keempat kisah dogeng berhubung KD. Harap tunggu semua tersiar, baca kesemuanya, baru respon sekiranya mahu.

Pada bahagian keempat penulisan ini saya akan cuba senaraikan fakta dogengan penglipur-lara rekaan golongan ini. Amatlah mendukacitakan apabila dilihat sebahagian dari mereka terdiri dari golongan yang berlatarbelakangkan Agama Islam. Sepatutnya mereka inilah yang menasihati golongan pereka cerita untuk berhenti dari menabur fitnah.

1) BERTANDING DI KOTA DAMANSARA DARI SUDUT STRATEGI

Ketepatan dan kebijaksanaan di sebalik sesuatu keputusan atau strategi biasanya akan dapat dibaca sebaik sahaja ianya dilaksanakan dari kesan dan natijah yang terhasil. Sebagai contoh mudah, keadaan seorang pemandu yang apabila tiba di simpang tiga tidak tahu hendak ke kiri atau ke kanan. Beliau membuat keputusan untuk ke kanan dan selepas setengah jam memandu mendapati keputusannya tersilap! Dari Kajang nak ke KL tiba-tiba baru disedari menuju ke Seremban! Beliau bukan berada di tempat yang ditujui, malahan semakin jauh. Natijahnya adalah bukti keputusannya silap.

Berdasarkan natijah yang tercapai, hakikat bahawa pertandingan tiga penjuru di Kota Damansara adalah satu kesilapan pasti diakui oleh semua yang bersikap objektif dan terbuka, yang melihatnya dari sudut yang tepat, terpisah dari sebarang perkiraan peribadi.

Hakikatnya, hasil dari tindakan ahli PAS di Kota Damansara bertanding setelah PKR menurunkan Dr Nasir sebagai calonnya, natijahnya tiada satu pun yang baik. Kecuali, dapat memuaskan nafsu golongan yang teringin sangat bertanding.

Mari kita lihat pada natijahnya secara objektif dan jawab sendiri samada tindakan tersebut lebih maslahahnya atau mafsadahnya bagi PAS. Maka apakah natijah-natijahnya? Ianya seperti berikut:

i) Kerusi Kota Damansara jatuh pada UMNO/BN.Rakyat ingin menolak UMNO/BN tetapi tindakan PAS menyebabkan pengundi-pengundi Kota Damasara terpaksa menerima UMNO/BN sebagai yang mewakili mereka. Dari sudut ini kita telah khianati kehendak rakyat dan kehendak Pakatan Rakyat sendiri. Sedangkan UMNO adalah saingan utama PAS dan memenangkan UMNO merugikan PAS.

ii) Hubungan PKR dan PAS menjadi tegang dengan tersiarnya kenyataan tegur-menegur yang dieksploitasi akhbar. Hubungan di Kota Damansara sendiri sudah pasti rosak dan isu ini mampu juga merosakkan PR sehingga diperingkat seluruh Negara apabila dilihat tindakan PAS menyebabkan PKR kehilangan satu kerusi.

iii) Hubungan PAS dengan PAS juga terjejas apabila ahli yang tidak setuju dengan tindakan ‘melanggar janji’ oleh PAS KD dituduh pula sebagai terlalu pro-PKR atau pro PSM! Saya diberitahu Cikgu Pa (SUA) sendiri telah diserahkan borang keahlian PSM oleh ahli-ahli PAS KD pada malam beliau turun ke KD untuk mengesahkan calon PKR sebagai calon PR yang rasmi.

iv) Komitmen PAS terhadap PR dipersoalkan masyarakat apabila dilihat PAS sanggup memenangkan calon UMNO di KD. Sepertimana PSM dituduh agen UMNO/BN di Semenyih, kerana sanggup memecahkan undi PR, begitu juga tuduhan sama dilemparkan terhadap PAS hasil tindakan PAS KD. Maka hantu UG dihidupkan kembali oleh musuh musuh PAS yang ingin masyarakat sangsi terhadap PAS!


Amat jelas bahawa kesemua 4 natijah di atas yang dihasilkan adalah tidak baik. Lainlah kalau memang terbuku dihati ingin UMNO menang, supaya hubungan PAS/PKR tegang, PAS/PAS bergaduh dan masyarakat sangsi akan komitmen PAS terhadap PR!

Oleh itu, amat jelas juga bahawa bertanding di KD tidak berbaloi! Sekiranya tindakan sebaliknya diambil pada masa itu (persimpangan untuk membuat pilihan), kesemua natijah buruk di atas insyaAllah dapat dielakkan. UMNO tersungkur di Kota Damansara, hubungan PAS/PKR dan PAS/PAS serta imej PAS tidak terjejas.

Oleh itu dari sudut strategi ianya perlu diakui sebagai satu kesilapan dan ditolak.

Apabila diakui sebagai kesilapan dan ditolak, tidak bererti ditolak orang-orang tertentu. Kita semua faham keputusan berhubung strategi itu adalah ijtihad. Dan pemimpin berhak membuat ijtihad. Tetapi sepertimana kita juga tahu, ijtihad itu boleh betul atau tersilap. Ijtihad silap oleh pemimpin atau hakim tetap mendapat satu hasanah selagi ianya dibuat secara ikhlas. Walaupun mendapat satu hasanah, tidak bererti ianya perlu dipertahankan setelah kesilapannya jelas kelihatan. Mempertahankan ijtihad yang salah, setelah sudah jelas kesilapannya adalah kerja-kerja membodek pemimpin yang dikutuk Allah!

Ringkaskan cerita, saya di sini ingin isytiharkan, sekiranya tiada siapa yang lain sanggup memberitahu pimpinan bahawa mereka tersilap, biarlah saya seorang menyatakannya! Dahulu semasa menyanggah Hassan Ali pun saya seorang diri, maka biarlah kali ini juga saya seorang diri. Yang lain boleh teruskan menyatakan ‘sayang’ mereka terhadap pimpinan dan terus ‘membodek’ mereka.

Sedangkan sayang pimpinan bukan isunya di sini. Dan sekiranya benar sayang sekalipun, betulkan mereka apabila mereka tersilap bukan terus membodek mereka. Itu sayang yang sebenar.

“AsSidduku amaanah wal kadzibu khiyaanah”, kata-kata Saidina Abu Bakar (RA) kepada ummat Islam sebaik sahaja beliau dipilih menjadi khalifah. Cakap benar (iaitu menegur apabila berlaku kesilapan) adalah amanah dan berdusta (iaitu membodek dan menafikan kesilapan pemimpin) adalah khianat!

Saya tidak sanggup khianat.

Bertandingnya PAS di Kota Damansara merupakan satu kesilapan dan natijahnya adalah bukti dan dalil akan kesilapan itu!

Saksikan wahai Allah bahawa saya telah memenuhi tanggung jawab saya pada pimpinan saya!

Bersambung...

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

15 comments:

  1. Assalamualaikum. Yg diharapakan PR, mengalahkan umnobn. Apapun,segalanya telah terjadi dan yg d bicarakan YB Khalid Samad amatlah benar sebagai pendiriannya. Apapun yg dikatakan 5hb Mei SUDAH BERLALU dan yang terjadi sudah pun terjadi. Semua telah menjadi IKTIBAR dan PENGAJARAN buat kita semua. Syukur,Selangor TETAP PR terajui. Biar kita 'BERPERANG' hanya sebagai LUAHAN HATI sahaja. Kuatkan semangat, Kuatkan perpaduan. Berdoalah agar apa yg PR lakukan dan bawa 'PETISYEN' ke mahkamah akan mendapat KEJAYAAN,insyaAllah.

    ReplyDelete
  2. Kalau betul nak baiki PAS kenapa tak melalui saluran dalaman saja? Kalau dah menulis secara publik, saya juga boleh bertanya: Apa pengajaran dari Semenyih dan Jelapang? Bukankah ini kita bercakap hubungan antara parti dalam PR?

    ReplyDelete
    Replies
    1. slm. ada kah pemimpin yg menyerang calun2 PKR semasa PRU13 tempohari mengikut saluran. kenapa mempertikaikan Semenyih dan jelapang. knpa tak babitkan sekali Sg. Aceh. adakah dgn memaki hamun SUAGUNG PAS tempohari ikut saluran. dimana sdr semasa SUAGUNG PAS semasa di maki hamun kat sek7 kota damansara. berhemah ke ahli2 PAS. tarbiah mana yg ahli PAS dpt ni. depan khalayak ramai yg dihadiri olih kaum cina dan india SUAGUNG di maki dicerca, sampai dipanggil bapak munafik.ada kah ini ikut saluran.dalil dan ayat mana sdr pakai. ada kah Dato Pa ni office boy. Dato Pa SUAGUNG PAS. yg cantik ketua skepp subang yg memimpin demo tersebut. apa ni...petugas sendiri yg diamanahkan utk jaga calun jadi ketua pendemo..yg sebenar nya kita buat halal, org lain buat haram...buka lah mata dan minda utk mencari kebenaran....

      Delete
    2. ni pasal kota damansara saja yg ditimbulkan iskandar mat akin pertembungan pkr dgn psm ,dia tak timbulkan,kenapa apa pkr buat tak boleh tegur tapi pas buat boleh tegur pulak manyak cantik.

      Delete
  3. Bagi sahaja Khalid Samad jadi Presiden PAS, kita lihat sejauh mana kemampuanya, menganggap semua org tidak betul, hanya kamu sahaja yang betul....kenapa tidak tegur sebelum pilihanraya, tetapi bila nasi dah jadi bubur, pandai pula itu dan ini...aku rasa diapun ada para pembodek disekelilingnya...jangan duk mengatakan oranglah, apa yg telah kamu buat sepanjang 5 tahun MP Shah Alam....kamu Khalid abang kamu sendiripun tidak dapat kamu tarik sokong PR tetapi ada hati kutuk Presiden PAS, baik masuk PKR lah sebab pemimpin PKR semua bagus-bagus....dan tiada cacat celanya. Pooooodah

    ReplyDelete
  4. apa dgn menegur presiden pas tu satu kesalahan besar,bila tuan presiden cakap pada umum yg calon pkr jual pil kuda,semata2 dgr ada org cakap,tapi tak dapat buktikan sape org yg jual pil kuda tu,kemudian bila di tegur maka macai2 pas pun marah mcm org gila,mcm org kena rasuk syaitan,nak tunjuk kekuatan dan mcvm2 sumpah seranah dan kutukan terhadap org menegur presiden pas,aku pun pelik dgn perangai org yg di didik dgn usrah,tarbiah,kuliah dan mcm2 ilmu politik islam tapi meracau dan mengarok mcm org tersampok org BUNIN pulak...apa dah jadi ni...berpolitik biar le cara matang...jgn mcm org gila yg dah kritikal dah tak boleh di rawat lagi.......klu tak mampu jadi ong politik yg relevan,baik kau pi join jemaah tabligh je le....ajak tok2 guru kau yg dah merapu dan melalut tu sekali ikut jemaah tabligh baweak periuk,tikar dan bantal sekali,krn org2 mcm kau org ni semua akan menghasncurkan harapan rakyat supaya dapat pembelaan dari melepaskan kezaliman kerajaan terhadap rakyat,klu kau tak mampu nak bela rakyat,kau menyibuk dgn politik rakyat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikmatgelap ini aku penyokong/pengundi PAS shj aku tiada berpentingan dalam PR, aku nak bagi tahu kepada kau apa aku tidak suka adalah kaedah membuat teguran itu sahaja, Khalid Samad dia adalah org PAS dan dia ada ketua dia, jikalau nak menegur pergilah jumpa yg tuan diri itu, ikut saluran yg betul yg ini engkau yg kalut sangat mengata bahawa para tok guru dlm pas merapu dan melalut itu perkara yg baik ke seingat aku engkau ini bukan ahli PAS kenapa sibuk sangat dgn perkara dalam kain org.....kalau dah rasa tidak memerlukan tok guru kenapa kau beria-ia sangat mahu berkerjasama dgn parti kami yg kau hina itu, ini yang ditakuti telah berlaku oleh krn kutukan dari Si Khalid tlh menyebabkan para pemimpin PAS dicaci oleh org spt kamu......

      Delete
  5. Hebat sangatkah kau cikmatgelap sehingga sanggup menghalau para tok guru pemimpin PAS dari arena memperjuangkan rakyat. Satu aku nak ingatkan kau bahawa kami dah berjuang berpuluh tahun menentang UMNO, pelbagai cabaran dah kami tempuhi tetapi ingat bahawa PAS tidak terhapus malah makin kuat,kalau sekadar mendapat cabaran daripada orang kecil macam kamu sedikitpun tidak memberi kesan kepada kami. Pada akulah parti kamu baru setahun jagung berada dalam persada politik Malaysia.....dan pada akulah, nasib parti kamu,akan sama seperti parti S46, Berjasa, Hamim, PPP, dan parti-parti lain yg berasal drp serpihan UMNO krn parti kamu itu sekadar memperjuangkan manusia shj....

    ReplyDelete
  6. kita boleh lihat betapa sombog dan bongkak nya org kata berjuang atas dasar islam tapi egonya semacam ala ala firaun,tengok le betapa egonya komen2 dari mereka2 yg bersifat takbur yg seolah olah mereka pejuang tulen,mereka berebut kerusi untuk bertanding,konon2 untuk memperjuangkan rakyat,woi kau dengar sini wahai pecacai2 pas,perjuangan ini rakyat punya ,org2 yg sombong dan bongkak dan takbur tak layak nak jadi pejuang,org2 seperti kamu ada lah layak jadi pecacai aje....jgn nak mendabik dada klu kamu makan kawan yg ada perjanjian dlm patan pun kamu tak amanah

    ReplyDelete
  7. sedih aku tengok komen-komen penyokong pas yang otaknya tidak terbuka dalam menerima teguran, Nampak macam syok sendiri..benar pas dah berpuluh tahun menentang umno..tapi adakah pas menang banyak kerusi semasa menentang umno secara bersendirian..pas hanya menang banyak kerusi apabila bergabung dengan parti-parti lain. Dulu bergabung dengan semangat 46 sekarang bergabung dengan pkr dan dap..ingatlah wahai oenyokong pas kalau bukan kerana kebijaksanaan dan ketegasan arwah fadhil nor untuk membentuk barisan alternative jangan mimpilah pas akan menjadi kuat dan diterima oleh kaum cina..

    Kamu ingat kaumcina memegang bendera pas mereka sudah terima kamu..itu hanyalah ekspresi mereka bagi menyatakan kegeraman mereka terhadap umno bahawa kaum mereka tidak takut untuk buat perubahan

    patutlah umno tak pernah tkut bila lawan dengan pas sebab penyokongnya hanya syok sendiri dan hanya berkempen sesame kelompok sendiri..bukannya nak dakwahkan orang umno malah dimakinya..politik meramaikan kawan bukan meramaikan musuh..bukaka sikit kepala otak tu jangan teralu jumud

    ReplyDelete
  8. Pencacai Pas memang syok sendiri, sebab tu nak tanding semua kerusi..akai duk tang mana?

    ReplyDelete
  9. Setuju dengan YB Khalid Samad, memang Pas kena ambil tindakan dengan Pas Kota Damansara terutamanya menantu Presiden iaitu Din Ayam togel yang tindak tanduknya banyak menguntungkan UMNGOK.

    ReplyDelete
  10. puak2 yg x suke dgn TGHH dan ulamak dlm pas dok canang isu ni mcm khlaid samad tu hahaha nila golongan syaitan ti dak di kenali lebih teruk dri syaitan yg di kenali..sanggup hina dan kutuk presiden sendiri..oiiiiii khalid oii hang sapa sapa yg buat idea thaluf siasi ni sapa pas shah alam ka...TGHH yg buat oiii..awat bodo sgt hang ni dan yg sokong kenyataan hang ni...

    ReplyDelete
  11. saya ucapkan trimaksih kepada MBAH SUKRO,yang sudah membantu ke susahan saya dengan memberi kan nomor goip ke pada saya.
    saya sangat bersukur sekali karana nomor yang di berikan 4d itu tembus 100%.
    berkat semua itu saya sudah lunasi hutang2 saya sebanyak 150 juta di BANK BRI.
    dan saya sudah buka usaha berkat menang nomor togel yang di berikan sama MBAH SUKRO....

    -JIKA ANDA SERING KALAH DALAM BERMAIN TOGEL...

    1. Di Lilit Hutang
    2. Selalu kalah Dalam Bermain Togel
    3. Barang berharga Anda udah Habis Buat Judi Togel
    4. Anda Udah ke mana-mana tapi tidak menghasilkan Solusi yang tepat.
    HUB MBAH SUKRO DI NO:0823-4347-1626.{ KLIK-DISINI } .angka goip yang di berikan MBAH SUKRO.tidak perlu diragukan lagi.saya jamin 100% tembus.soalx saya sudah pernah membuktikan 3x ber turut2 menang.



    Di jamin anda pasti menang seperti saya>>>>>>
    .(`’•.¸(` ‘•. ¸* ¸.•’´)¸.•’´)..
    «´ Thanks sOb rOoMnyA ¨`»
    ..(¸. •’´(¸.•’´ * `’•.¸)`’•.¸ )..
    SELAM KOMPAK SELALU….dan selamat buat yg JUPE hari ini.

    ReplyDelete