“Kejadian terbaru berita muka hadapan Mingguan Malaysia 22 November 2009 yang memuatkan berita “Husam Letak Jawatan?”. Memuatkan berita berunsur provokasi dan murahan dengan hanya memetik dari sumber yang didakwa sebagai (sumber) ‘dalaman’, sedangkan pada hakikatnya isu berkenaan tidak pernah timbul dalam mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan.
“DPPNK merakamkan kekesalan yang teramat sangat terhadap akhbar tersebut, lantaran tindakan media massa berkenaan melanggar etika kewartawanan apabila tidak melaporkan berita yang benar dan mempunyai integriti, bahkan ‘melacurkan’ dunia kewartawanan serta memalukan pengamal kewartawanan umumnya,” katanya.
Ahmad Baihaki yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri menyifatkat akhbar berkenaan sebagai melampau dan keterlaluan di dalam mencari publisiti murahan serta bertujuan melariskan jualan akhbarnya.
“Ini bukan kali pertama kepimpinan negeri Kelantan khususnya diserang dengan laporan sedemikian, bahkan sebelum ini Menteri Besar Kelantan Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri difitnah dengan isu ‘Tidak Masuk Syurga’ dan ‘Islam Plastik’ di mana terbukti akhirnya (diakui mereka) sebagai salah lapor dari akhbar.
“Dengan ini DPPNK menyeru supaya boikot besar-besaran terhadap akhbar berkenaan dilakukan.
“Ini sebagai hukuman daripada rakyat dan pengajaran kepada mereka bahawa rakyat Kelantan khususnya dan Malaysia amnya adalah bangsa yang bertamadun dan cerdik dalam membezakan yang mana (story berdasarkan) fakta dan (yang mana pula berdasarkan) khabar angin,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Demit
Selain dari itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Demit menyatakan bahawa DPPNK menyambut baik keputusan Menteri Besar semalam berhubung dengan kontroversi yang melanda Kerajaan Negeri mutakhir ini.
“DPPNK berharap dengan keputusan itu, segala kontroversi dapat dipadamkan dan jentera Kerajaan Negeri dapat ditumpukan bagi menjaga kebajikan rakyat,” katanya. -harakah daily
baca seterusnya...
Pemuda PAS Kelantan seru rakyat boikot media fitnah kepimpinan PAS
bumiperak, Wednesday, November 25, 2009Kemalangan maut dihadapan bangunan SUK Perak
bumiperak, Monday, November 23, 2009
IPOH 23 Nov 2009 Kemalangan maut berlaku di Jalan Panglima Bukit Gantang berhadapan Bangunan SUK kira-kira jam 7.40 pagi tadi. Seorang kerani wanita berumur 22 tahun bernama Norhayati binti Mohd Yusof dari Kampung Sungai Tapah, Manjoi maut ditempat kejadian. Mangsa yang dalam perjalanan menuju ke tempat kerjanya di Melati Wangsa, Ipoh dikatakan gagal mengawal motosikal yang ditunggangnya lalu dilanggar oleh sebuah lori yang sarat dengan muatan. Motosikalnya diseret sejauh 100 meter hingga terbakar. Sebelum ini sepasang suami-isteri telah terbunuh dalam kemalangan ditempat yang sama -bp

baca seterusnya...
FA Perak diberi pilihan: mengiktiraf atau melepaskan atau mengemis
bumiperak, Friday, November 20, 2009
IPOH 19 Nov 2009 Pengurus Pasukan Bolasepak Perak, Ustaz Nor Azli Musa yang dihubungi melalui telefon semalam berkaitan kemelut yang melanda Pengurusan FA Perak kesal dengan kenyataan yang dihebohkan. Perkara ini menambahkan kekeruhan dan bukannya merungkai masalah kewangan Pengurusan Persatuan Bolasepak Perak (PAFA). Persatuan ini yang dipimpin oleh Presiden Dato’ Seri Ir Nizar Jamaluddin mulai November 2008 dilihat menghadapi masalah dan sesuatu yang tak kena dari prestasi merosot Pasukan Perak di Liga Super Piala Malaysia 2009.
Sebenar Persatuan Bolasepak Negeri telahpun dihadapi hutang lapuk yang dihebuhkan itu semenjak zaman Dato’ Seri Tajol Rosli dan beban hutang ditanggung dikatakan mencecah jutaan ringgit. Ustaz Nor Azli, Pengurusan Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) menjelas pimpinan Nizar tidak membuat sebarang hutang baru atau bayaran tertangguh satu senpun. Berbanding dengan Pasukan Negeri-negeri lain hutang lapuk Pasukan Bolasepak Negeri ada yang mencecah jutaan ringgit malah lebih tinggi lagi.
Nampaknya fahamlah kita Nizar diberi pilihan iaitu memohon melutut mengiktiraf Kerajaan Zambry atau melepaskan pengurusan (PAFA) atau Nizar mengemis mencari dana persatuan.
Sementara itu, Dato Ngeh Koo Ham, Pengerusi DAP Perak juga meminta Kerajaan Negeri Perak mengenepikan ideologi politik demi masa depan sukan bolasepak Perak. Ini dapat dilihat semasa Pakatan Rakyat memerintah telah membantu persatuan dengan lebih RM500,000 ringgit dibelanjakan. Tambahnya, sekurang-kurangnya bantulah sementara ia mampu untuk berdikari sendiri dan mencari penaja.
- bp
baca seterusnya...
Sajak untuk Tuan Guru
bumiperak,
Tok Guru,
Aku tak tau dah banyak mana airmata Tok Guru yang mengalir sepanjang perjalanan perjuangan Tok Guru.
Aku tak tau dah banyak mana tohmahan dan fitnah yang telah dilemparkan terhadap Tok Guru.
Aku tak tau dah banyak mana kesedihan dan keperitan yang dialami oleh Tok Guru.
Tapi aku tau sejauh mana keikhlasan Tok Guru dalam memperjuangkan keadilan dan kesaksamaan.
Aku tau sejauh mana pengorbanan yang telah dilakukan oleh Tok Guru.
Aku tau sejauh mana kejujuran Tok Guru dalam menanggung amanah yang diberikan.
Dan aku sakit hati bila ada orang melakukan khianat terhadap Tok Guru.
Aku sakit hati bila ada orang yang menuduh dan memfitnah Tok Guru.
Aku sakit hati bila ada orang yang cuba menjatuhkan Tok Guru.
Jangan diambil sedekah orang yang khianat.
Jangan diambil budi orang yang berperangai iblis.
Jangan diambil peduli mereka yang cuba mengkhianati Tok Guru.
Aku masih menghormati Tok Guru sebagai pemimpin rakyat.
Aku masih menghormati Tok Guru sebagai pemimpin masyarakat.
Sebab aku tahu
Pengorbanan Tok Guru adalah untuk rakyat.
Air mata Tok Guru adalah airmata untuk rakyat.
Dan doa Tok Guru adalah doa untuk rakyat.
Aku tak ada duit nak sponsor Tok Guru.
Dan aku tau Tok Guru juga tak perlu duit aku untuk pergi Mekah.
Tapi aku sakit hati, bila niat Tok Guru untuk ke Mekah di putarbelitkan oleh orang lain.
Hari ini aku jual getah.
Lepas tolak duit beras.
Lepas tolak duit gula dan kopi.
Lepas tolak duit belanja anak kesekolah.
Lepas tolak duit bayar bil air dan api.
Lepas tolak bayar duit streamyx.
Aku masih ada RM2.00 untuk aku sedekahkan kepada Tok Guru.
Supaya Tok Guru dapat mengerjakan Haji pada tahun ini.
Supaya Tok Guru dapat berdoa didepan Kaabah untuk kesejahteraan kami.
Supaya Tok Guru dapat terus berjuang untuk kebebasan kami.
Dan aku percaya, masih ramai diluar sana yang akan bersetuju dengan aku.
Kita hantar Tok Guru ke Mekah dengan wang rakyat.
Kita hantar Tok Guru ke Mekah dengan duit penoreh getah, duit petani, duit penjaja, duit pekerja kilang, duit nelayan.
Kita hantar Tok Guru ke Mekah dengan penuh keikhlasan.
Kita tidak mengharapkan pembalasan.
Kerana kita tahu…
Pengorbanan Tok Guru adalah untuk rakyat.
Keikhlasan Tok Guru adalah untuk rakyat.
Airmata Tok Guru adalah untuk rakyat.
Doa Tok Guru adalah untuk rakyat.
Kita buktikan….
Bahawa Tok Guru sentiasa dekat dihati rakyat.Sumbangan RM2.00 boleh dibuat disini
baca seterusnya...
FA Perak diasak sebelum ke Liga Malaysia 2010
bumiperak, Thursday, November 19, 2009
Kumpulan Peneraju
Presiden: Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin
Timbalan Presiden: Seah Leong Peng
Naib Presiden 1: Abdullah Hisan
Naib Presiden 2: Khairuddin Ahmad
Ketua Setiausaha: Anuar Hashim Bendahari Kehormat: Tuan Haji Abdul Rahim
Ahli Jawatankuasa Majlis:
Zainol Padzi Paharudin, Isham Shahruddin, Rizal Ali Naiz Ali, Anuar Salim Abdul Moen, Abdul Aziz Yeop Jamaludin, Ruslan Zainal Abidin, Joharuddin Johar Ali, Mohd Shahar Baharuddin, Abdul Manan Salleh, S. Thinakaran, Ajam Suhud, Jamaluddin Mohd Radzi, Mohd Jamil Zakaria
Pengurus: Ustaz Nor Azli Musa
Jurulatih: Raja Azlan Shah Raja Shoib
Pembantu Jurulatih: Abu Bakar Fadzim
Kumpulan Pendesak
Dato Seri Zambry Abdul Kadeer
Mior Ismail Mior Akim: Pengarah Majlis Sukan Negeri
Zainol Padzi Paharudin: Pengerusi Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan Negeri
Abdul Jamil Othman: Presiden Kelab Peminat Bolasepak Perak
Baca lagi di Seladang.net
baca seterusnya...
Pentadbiran PAS Kelantan terima Kunci Petunjuk Cemerlang dari DAP
bumiperak, Monday, November 16, 2009
KOTA BHARU, 16 Nov – Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyifatkan kejayaan PAS mentadbir Kelantan selama lima penggal berturut-turut adalah KPI (Key Perfomance Indicator) petunjuk cemerlang kerajaan PAS mengekalkan sokongan rakyat di negeri ini.
Kejayaan tersebut seharusnya menjadi landasan kepada Pakatan Rakyat (PR) menghadapi pilihan raya umum akan datang dalam usaha untuk menumbang kerajaan Umno – Barisan Nasional (BN) seterusnya menguasai Puterjaya.
Perjuangan ke arah itu mesti diperkasakan sepanjang masa demi menghapus ataupun melenyapkan sistem pemerintahan kerajaan Umno yang angkuh, sombong serta banyak menyusahkan rakyat.
Lim menyedari banyak kepincangan berlaku di dalam pentadbiran kerajaan Umno terutama berkaitan struktur menangani sesuatu isu yang mana rakyat ingin melihat kesannya dari sudut yang adil seperti fungsi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Tegasnya, beliau tetap malah terus dengan pendirian bahawa penubuhan SPRM adalah semata-mata demi untuk menjaga kepentingan politik kerajaan Umno dan ianya jelas menyimpang dari prinsip asal penubuhannya.
“Sampai ke hari ini kes penyelewengan jutaan ringgit dalam Umno melibatkan orang-orang ternama dalam politik Umno hanya bisu. Siasat juga, tapi siasatan tinggal siasatan sampai bertahun-tahun,” katanya pada satu majlis ceramah umum, dekat sini, malam tadi.
Dalam pada itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, menyokong kenyataan Lim merujuk kepada beberapa isu seperti Perwaja, PKFZ yang hingga kini belum ada apa-apa tindakan terhadap mereka terbabit.
Lalu Abdul Hadi menegaskan kezaliman serta pembohongan dilakukan kerajaan Umno tidak boleh dimaafkan kecuali Umno bertaubat kerana perbuatan khianat dilakukan melibatkan hak rakyat.
“Kita mesti faham konsep ini, kalau sebut sahaja hak kerajaan, maknanya ia adalah hak rakyat,” katanya.
Ingatan Presiden PAS kepada blogger dan penulis
bumiperak, Friday, November 13, 2009
Sedutan Ucapan Presiden PAS di Majlis Makan Malam diUlangtahun Penubuhan JITC Jabatan IT PAS Pusat baru-baru ini diharap sebagai peringatan semua.
Firman Allah SWT, “Dan siapakah lagi yang lebih indah cakapnya termasuklah lisannya daripada orang yang menyeru kepada agama Allah juga beramal dengan amalan yang soleh seraya menegaskan sesungguhnya saya termasuk dikalangan orang-orang menyedari Islam adalah sebenarnya.”
Shah Alam 11 Nov 2009 Pertamanya, saya mengucapkan tahniah bersempena dengan ulangtahun ke 10, penubuhan Jabatan IT PAS Pusat.
Satu bahagian penting diwujudkan selaras dengan perkembangan semasa dan kemajuan teknologi moden yang wajib dimanfaatkan oleh PAS khususnya bagi menunaikan tanggungjawab menyampaikan mesej risalah Islam yang diamanahkan kepada kita sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh Nabi Muhammad SAW. Ia bukan sekadar untuk menyampaikan maklumat tetapi untuk mengajak manusia disemua peringkat kepada Islam.
Dalam erti kata yang lain, mengislamkan manusia masyarakat dan negara khususnya dalam cara demokrasi barat yang memerlukan Islam mendapat sokongan yang ramai. Oleh itu, maklumat tentang Islam memang sangat penting untuk menyampaikan hidayah itu ke dalam hati manusia.
Sebenarnya, menyampaikan maklumat sehingga orang itu mendapat hidayah adalah agenda besar daripada pokok amal yang termasuk dalam jihad menghapuskan musuh sehingga meninggal dunia.
Islam memilih pendekatan damai lebih dulu daripada peperangan. Islam melaksanakan peperangan apabila dipaksa selagi ada muwajahah silmiyyah. Kita memilih cara damai.
Oleh sebab itu, semua gerakan Islam yang ditubuhkan atas konsep islah dan tajdid mengambil saluran demokrasi, menyampaikan dakwah, mengajak manusia kepada Islam.
Penyampaian dakwah mestilah dengan maklumat, malah kita disuruh mengambil ruang maklumat untuk dimanfaatkan termasuklah dalam bidang IT.
Ia salah satu percapaian ilmu manusia yang terkini. Namun ia laksana senjata yang digunakan untuk mempertahankan diri atau digunakan sebagai senjata untuk melakukan kejahatan di muka bumi Allah SWT.
Dalam hal ini, PAS sebagai parti Islam wajib mengarahkan seluruh jenteranya, beramal dengan akhlaq dan adab-adab Islam.
Sekiranya kita melaksanakan tugas dengan akhlaq dan adab-adab Islam, maka sangat besar pahalanya dikurnia oleh Allah SWT. Sekiranya kita memilih dari yang lain, iaitu untuk membawa fasad sesama manusia, maka celaka dan balanya pun besar.
Marilah kita menghayati apa yang disabdakan oleh Allah SWT, “Jihad yang paling afdhal adalah berkata benar dihadapan pemerintah yang zalim” Jadikan ICT ini senjata untuk jihad menulis dan menerang, menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran.
Sangat besar fadhilatnya sekiranya kita berjaya menarik seseorang kepada perkara yang baik dengan ilmu dan tenaga yang ada pada kita.
Sabda Rasulullah SAW, “Demi sesungguhnya kejayaanmu menyampaikan hidayah kepada seseorang sehingga ia menerima petunjuk kepada Islam lebih baik jika dibandingkan dengan kenderaan yang paling mahal harganya”.
Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.
Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.
Sesungguhnya, penyampaian melalui tulisan yang dicatit lebih berpanjangan dari ucapan yang diungkapkan. Maka, peranan ICT dalam menegakkan Islam sangat besar.
Terutamanya, teknologi maklumat menjadikan dunia yang lebih luas ini seolah perkampungan yang sempit.
Maklumat disebarkan dengan mudah, dicapai dengan mudah, maka kita juga menjadi sasaran.
Bukan sahaja kita menunaikan tanggungjawab menerang, tapi kita juga diserang. Disini, kita memerlukan kebijaksanaan dalam menangani keadaan semasa.
Kita diwajibkan untuk menggunakan uslub menerang lebih banyak daripada menyerang kerana matlamat kita adalah untuk menyelamatkan manusia.
Bukan untuk menuduh dan menghukum orang walaupun kita boleh menuduh dan menghukum orang itu.
Sekiranya menuduh dan menghukum itu membawa fitnah maka dosanya adalah besar. Sila buka kitab Riyaadus Solihin. Terjemahannya ada dalam bahasa kita.
Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.
Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.
Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.
Disini, memberi peringatan kepada kita betapa kita perlu berhati-hati, apatah lagi kita adalah parti Islam yang menjadi model dan dilihat oleh orang lain.
Kesalahan satu titik dianggap kubah yg besar. Kesalahan yang kecil dibesarkan laksana bukit yang kukuh. Apa yang betul ditutup dan kita perlu bersabar dalam melaksanakan tugas.
Peranan dalam ICT sangat besar. Kita melihat sendiri perubahan politik dalam negara kita.
Kita mencapai kejayaan di kawasan-kawasan bandar dan pinggir bandar. Mencapai kejayaan dalam kalangan mereka yang terpelajar tapi kita gagal mempengaruhi mereka yang jahil dan lalai.
Kejayaan itu kerana kita menganggap mereka yang menggunakan teknologi maklumat dan membawa kepada perubahan pemikiran.
Kita tidak cukup dengan itu sahaja. Kita perlu menambah kadar pengaruh kita dan memikirkan bagaimana maklumat kita dapat disampaikan kepada seluruh rakyat .
Dengan sebab itu, kajian-kajian yang dibuat dalam masyarakat kita, tidak boleh samakan dengan masyarakat di barat. Iaitu masyarakat yang bermaklumat, berilmu dan mempunyai ilmu pengetahuan.
Kita hanya mengambil maklumat sekadar mereka yang mempunyai internet dan handphone. Itu hanyalah segelintir.
Sedangkan satu bahagian yang lebih besar, dikawasan-dikawasan pendalaman, di rumah-rumah setinggan, pekerja petani dan nelayan, merekalah yang menentukan perubahan politik dalam negara.
Muda-mudi pula dihantui dengan hiburan yang melekakan, kerana itu kita perlu selamatkan dan tanggungjawab kita dalam hal ini sangat besar.
Dan terpenting, bukan sahaja kita bekerja dalam bidang teknologi maklumat tetapi kita mesti berusaha untuk menyampaikan maklumat itu ke bawah dengan seluas-luasnya.
Alhamdulillah, PAS sudah mencapai kemajuan dan mendahului parti-parti yang lain termasuk parti BN yg memerintah.
Mereka memang bergantung dengan jentera-jentera kerajaan. Tetapi, kita bergantung dengan jentera dan tenaga kta sendiri yang tidak seberapa.
Tetapi, sering kali Allah menjadikan kemenangan Islam itu dalam keadaan yang tidak seimbang.
Musuh yang lebih kaya, lawan yang lebih canggih alat yang lebih, kebendaan yang lebih banyak dan tenaga yang lebih ramai sehingga empat kali ganda.
Tetapi Allah SWT menyatakan, “Dan bersedialah kamu dengan sekadar kemampuan kamu daripada kekuatan”.
Sering kali kekuatan itu ditafsirkan dengan alat senjata untuk berperang termasuklah kekuatan itu adalah alat untuk menyampaikan maklumat dan menyediakan kekuatan sekadar kemampuan yang ada pada kita.
Mereka yang mempunyai kelebihan mestilah menyumbang dengan ikhlas dan jangan menyembunyikan apa yang ada pada dirinya kerana kemampuan kita diketahui oleh Allah SWT.
Mereka laksanakan tugas dengan ikhlas, semua keikhlasan itu lahir dalam hati sanubari. Kita tidak boleh mengubah hati dan pemikiran manusia melainkan keikhlasan yang ada dalam hati sanubari kita.
Disinilah rahsia kemenangan Islam. Kita melihat sendiri nikmat yang ada dalam PAS. Kita mencapai kejayaan yang besar lebih daripada jangkaan dan kekuatan yang sebenar.
Mengapa? Kerana disana ada pertolongan dari Allah SWT. Walaupun dalam perhitungan pilihanraya ada pasang surut. Ada musim kita menang dan kalah.
Pilihanraya kecil, ada kawasan yang kita menang dan kita kalah. “Itulah hari yang silih berganti dikalangan manusia”
Namun kita perlu menyedari sebenarnya kemajuan kita berterusan.
Tiada berkurangan. Pilihanraya tidak boleh menjadi ukuran dan sukatan. Ukuran kefahaman masyarakat terhadap kita lebih penting.
Sebenarnya kita mendapat kemenangan moral dan besar di Bagan Pinang kerana BN terpaksa meletakkan calon yang tidak bermoral untuk mendapat kemenangan.
Walaupun kita merasakan natijahnya yang zahir namun disana terdapat kemenangan yang tersirat kurnia daripada Allah SWT.
Perubahan boleh berlaku sekiranya maklumat dapat disampaikan kepada rakyat. Maka peranan ICT sangat penting dalam menyampaikan maklumat ini.
Tidak cukup dengan majlis ceramah dan usrah sahaja kerana kita tidak boleh masuk ke dalam semua rumah. Tetapi ICT boleh menyalurkan maklumat dengan pelbagai cara dan lebih luas dan moden.
Disini, pihak ICT perlu membuat muhasabah, kajian dan perhitungan. Kita tidak boleh melihat yang lama sahaja.
Kita mesti mengejar kemajuan yang dicapai dalam bidang ini dan bersama dengan kemajuan itu. Kalau boleh kita mendahului lawan dalam perkara ini.
Alhamdulillah, Jabatan IT PAS Pusat sudah mencapai 10 tahun, satu usia yang sangat bermakna kepada kita.
Sudah tentu keadaannya lebih baik daripada mula ia ditubuhkan. Tidak cukup dengan keadaan yang ada bahkan mesti berusaha untuk mencapai yang lebh baik dan maju lagi.
Mudah-mudahan majlis ini diberkati oleh Allah SWT dan segala amal diterima olehNYA.
Sabda Nabi Muhammad SAW, “Teruskan perjalanan dengan mendapat keberkatan daripada Allah”. Kita rasmikan majlis ini.
Wabillahi Taufiiq Wal Hidayah, Assalamu’alaikum wrt wbt
(Teks ucapan penuh Ucapan Tuan Guru Presiden PAS sempena Majlis Makan Malam 10 tahun JICT PAS)
baca seterusnya...
Ustaz Idris Ahmad: Jadi Blogger penyeru kebaikan bukan penyebar racun fitnah
bumiperak, Thursday, November 5, 2009
IPOH 3 Nov 2009 Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad di Majlis Ijtimak PAS Kawasan Gopeng menyeru ahli-ahli memahami dasar perjuangan PAS yang bermatlamat membina nilai akhlak disamping berpolitik untuk mendapat kuasa. Dengan memperbetulkan niat yang ikhlas maka aturan dan syiar Islam dapat terlaksana berlandaskan syariat Allah dan Rasulullah.
Perjuangan PAS bukan untuk mengumpul harta kekayaan, kedudukan serta nama malah untuk ganjaran disisiNya dengan redha dan ikhlas.
Firman Allah,” Dan hendaklah ada kalangan kamu satu golongan yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (Islam), dan menyuruh kepada ma’ruf serta mencegah dari yang mungkar dan mereka itulah orang-orang yang menang.” Al-Quran Surah Ali Imran ayat 104.
Pemimpin boleh pergi dan jika ketokohan pemimpin dipuja akan berubah tetapi matlamat perjuangan PAS terus kekal. Antara contoh pemimpin PAS yang keluar Ustaz Nakhaie, Dato’ Mohd Asri, Mohd Nasir dan lain-lain tetapi PAS terus hidup dan relevan.
Mengenai isu-isu semasa berkenaan Kerajaan Perpaduan (UG) sebenarnya telah berkubur awal lagi tetapi telah dimainkan semula dan dimarakkan oleh penulis fitnah dari ‘blogger’ di alam cyber. Setengah penulis blogger ini ada yang diupah oleh musuh politik PAS yang sengaja untuk 1. Memporak-puranda dan memecah-belahkan ahli-ahli PAS dan ke-2 menimbulkan keraguan dikalangan bukan Islam yang akan memencilkan PAS dari Pakatan Rakyat. Oleh itu penulis-penulis jauhi dari spekulasi dan fitnah tetapi jadilah pendamai dan pembetulkan fakta.
Selepas sessi soal-jawap dari peserta, PAS Kawasan Gopeng telah melancarkan Kempen Pungutan DANA PILIHANRAYA dalam bentuk Kupon yang berharga RM2.00, RM5.00 dan RM10.00 yang diagihkan setiap Cawangan PAS Kawasan Gopeng. Kepada sesiapa yang ingin memderma terutama dari Pekan Razaki dan Ipoh Jaya, Ipoh boleh dapatkan kupon ini dari saya No. Telefon 019-5210107. Terima Kasih
baca seterusnya...
Majlis Rakyat bersama Pemimpin dihadiri lebih 10,000 orang meskipun hujan renyai
bumiperak, Sunday, November 1, 2009
IPOH 31 Okt 2009 Majlis Rakyat bersama Pemimpin dihadiri lebih 10,000 orang dlm hujan renyai yang diadakan di Markaz Tarbiah PAS Chemor , Ipoh malam tadi. Ceramah disampaikan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS pusat, Dato Seri Ir Mohammad Nizar Menteri Besar Rakyat Perak, Dato Ngeh Ho Kam Pengerusi DAP Perak dan Mustafa Kamil Ayob Pengerusi PKR Perak.
Hal demikian kerana rakyat ingin mendapatkan penjelasan terus dari pemimpin dari peristiwa bersejarah yang baru berlaku iaitu; Krisis 2 Sidang serentak berlaku di DUN Perak pada 28 Okt, Agenda Mesyuarat Khas PAS pusat di Kuala Lumpur berbincang saranan Nik Aziz pada 30 Okt dan Konvensyen pertama Pakatan Rakyat yang di adakan di Ipoh pada 31 Okt 2009.
Majlis Rakyat bersama Pemimpin di Ipoh Sabtu ini
bumiperak, Friday, October 30, 2009
Semua Rakyat Negeri Perak dijemput ke ceramah Pakatan Rakyat di Pusat tarbiah PAS, Pekan Chemor, Bt 11, Jalan Jelapang, Ipoh pada Sabtu 31 Oktober 2009 jam 9.00 malam.
Solat maghrib bersama Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Masjid Sungai Rokam, Ipoh sebelum berkonvoi ke tempat ceramah.
baca seterusnya...
Nizar sangkal dakwaan tidak dihalang dan dikasari memasuki sidang DUN Perak
bumiperak, Thursday, October 29, 2009
Gambar rentetan ADUN Simpang Pulai, Chan Ming Kai dihalang, dikasari dan seret oleh pasukan polis di bangunan Dewan undangan Negeri Perak, Ipoh semalam

KUALA LUMPUR 29 Okt 09 "Kami disekat dengan lima 'check point' (pemeriksaan), di setiap check point itu kami hanya dibenar masuk seorang demi seorang."Keadaan itu sengaja dibuat supaya kami tidak masuk (dewan persidangan) sebelum pukul 10," katanya yang juga Adun Pasir Panjang. Selepas memasuki pagar bangunan SUK, kesemua Adun Pakatan katanya ditolak ke kawasan letak kereta di bawah bangunan tersebut.
Jelasnya, tindakan tersebut bagi menghalang oarang ramai dan pihak media melihat kekasan yang mereka lakukan kepada Adun pakatan. "Mereka menolak kami ke kawasan parking kereta supaya tidak dilihat umum.
"Di situlah mereka menjalankan 'operasi' mencekik sivakumar," ceritanya lagi.
Apa yang diketahui rakyat berhubung insiden semalam katanya, hanya antara secebis yang berlaku yang sempat dirakam oleh petugas media, malah masih banyak kekasaran lain diperlakukan kepada mereka khususnya kepada Speaker, V Sivakumar sebelum memasuki dewan persidangan.
"Saya lihat seorang anggota polis, ASP Bala nama dia, merampas songkok speaker Sivakumar di hadapan kami," katanya lagi.
Beliau juga mendakwa selain dicekik, Sivakumar turut dihentak diperut.
Selain itu, pelbagai tekanan lagi dilakukan kepada Adun pakatan termasuk dipaksa menggunakan laluan tangga kerana lif ke dewan persidangan diberhentikan, komputer riba dan kamera dirampas dan kesemua pintu masuk ke dewan dikunci dengan hanya satu laluan dibuka.
Kehadiran ratusan anggota polis mengawal bangunan SUK itu juga di ibarat Ipoh seperti berada dalam 'zon perang'.
Jelasnya jalan-jalan menuju ke bangunan tersebut yang ditutup, berpuluh trak polis dan simpanan persekutuan FRU merintangi pintu masuk ke bangunan SUK serta notis larangan berada di dalam kawasan 50 meter dari kawasan bangunan SUK seolah-olah wujud ancaman besar terhadap ibu negeri itu.
Ketua Polis Perak Datuk Zulkefli Abdullah semalam berbohong kerana menafikan anggota keselamatan mereka melakukan kekasaran dan menghalang Adun Pakatan Rakyat memasuki Bangunan SUK untuk menghadiri sidang.
Beliau turut menolak dakwaan yang mengatakan speaker yang juga Adun Tronoh V.Sivakumar dikasari sehingga menyebabkan jubah yang dipakainya terkoyak.
Hadir sama pada sidang media tersebut, Adun Pantai remis, Nga Kor Meng dan Adun Setiawan Ngeh Ko Ham.
Semalam, Adun Pakatan memberitahu selain Sivakumar, sekurang kurangnya dua lagi dikasari pihak polis termasuk Nga Kor Meng di mana alat sulitnya dipegang manakala seorang lagi Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai diseret di lantai.
Dalam persidangan berasingan semalam, Pakatan Rakyat telah meluluskan dua usul dan satu usul tergempar.
Usul tergempar adalah rakaman takziah kepada mangsa tragedi program 1Malaysia di Kuala Dipang dan semua kem program latihan khidmat negara dan program luaran lain digantung sehingga siasatan kes tersebut selesai.
Dua usul lagi adalah bersetuju melantik bekas pengerusi PKR Perak, Osman Abdul Rahman sebagai senator dan merakam penghargaan terhadap laporan Ketua Audit Negara, sewaktu pentadbiran Pakatan pada tahun 2008.
-harakahdaily
Semasa: Kerusi Speaker DUN Perak dikawal ketat
bumiperak, Wednesday, October 28, 2009
10.16 am : Polis dikecam. Kami sekarang berehat setelah berlaku pergelutan yang melampau sehingga jubah YB Siva dirampas dan YB Siva sudah ada bersama kami sekarang dan akan masuk ke dewan. Kami mengecam tindakan polis yang melakukan tindakan sebentar tadi.
10.17 am : Kami menaiki tangga.
Lif tidak berfungsi dan semua Adun menggunakan tangga menuju dewan.
10.20 am : Polis Pukul ADUN ??
Laungan pada polis yang pukul Adun bergema dalam keadaan kami cuba melepasi halangan pemeriksaan akhir untuk masuk ke dewan.
10.21 am : Polis halang kami masuk.
Pemeriksaan ketat sebelum masuk.
Semua Adun masih bertahan dan tidak dibenarkan masuk ke dewan. Berlaku kekecohan.
10.32 am : Saya dilarang masuk dengan kamera.
Suasana kecoh....
Polis membantah tindakan saya untuk membawa masuk kamera ke dalam dewan. Pihak polis tidak dapat menunjukkan dokumen yang dikatakan ada larangan itu.
10.35 am : Kami sudah didalam dewan
Kami sekarang sudah berada didalam dewan dan dewan nampaknya berehat, kami diperhatikan oleh Adun BN lain dan Speaker haram.
10.38 am : Sidang dikendalikan oleh Sivakumar berjalan.
Saya menghabiskan bacaan doa menggantikan SU Dewan yang dihalang masuk.
10.40 am : Adun Buntong berucap tanpa diganggu.
Usul mengecam Speaker haram yang disampaikan oleh YB. Sivasubramaniam disampaikan dan sidang yang kami jalankan tidak diganggu oleh Speaker haram.
10.41 am : Sidang terus berjalan. YB. Buntong terus menyampaikan ucapan tanpa diganggu dengan hujah Ganesan tidak layak jadi Speaker.
10.48 am : Hujah PR langsung tidak dijawab Ganesan dan dia terus berada di tempatnya. Ganesan diminta untuk mengosongkan tempat duduknya oleh YB. Buntong tetapi dia masih enggan.
YB Speaker mengumumkan akan mengendalikan sidang di tempat duduk biasa kerana Ganesan tidak mahu mengosongkan tempat duduk sebentar.
10.51 am : Adun BN cuma memerhatikan sidang yang dikendalikan Speaker yang sah
Usul kedua yang dibentangkan oleh YAB MB Nizar mengenai takziah dan simpati kepada anak-anak sekolah di Kuala Dipang yang mengorbankan tidak kurang 3 orang.
Beliau memohon dewan mengucapkan takziah dan usulkan semula program yang melibatkan anak-anak sekolah dihentikan sama sekali untuk memenuhi kehendak PM sendiri supaya program dihentikan.
Dewan mengusulkan ucapan takziah.
10.53 am : Usul disokong oleh Adun Setiawan.
Usul yang disampaikan dibahas dan disokong oleh Adun Setiawan Dato' Ngeh. Pembesar suara sudah ditutup.
10.56 am : Sidang berhenti sebentar.
Sidang ditangguhkan oleh Speaker Sivakumar. Kami Adun PR masih berada di tempat duduk masing-masing dengan tertib sehingga YB Siva menyambung balik sidang.
11.06 am : Usul di bahas oleh MB Pakatan Rakyat
Usul sedang dibahas oleh YAB MB Pakatan Rakyat dengan mengemukakan data tentang prestasi tersebut. Beliau juga merakamkan penghargaan kepada penjawat awam sehingga prestasi itu dicapai.
Usul diterima....
11.07 am : Titi Serong mengusulkan tahniah dan penghargaan dengan prestasi kewangan Kerajaan PR 2008
ADUN Titi Serong membentangkan usul tahniah dan terima kasih atas prestasi kewangan Kerajaan Perak tahun 2008 di bawah kerajaan PR seperti yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara.
11.08 am : Sidang ditangguh oleh Speaker Sivakumar
Sidang yang dikendalikan oleh Speaker sah Sivakumar nampaknya tidak diganggu oleh Speaker haram dan Adun BN.
Ianya ditangguhkan sebentar tadi.11.29 am : Dua sidang dalam satu dewan sedang berjalan
Sekarang ini dua sedang berjalan iaitu sidang iaitu perbahasan Belalanjawan Negeri Perak yang dikendalikan oleh Speaker yang sah V.Sivakumar, dan Speaker haram Ganesan.
11.31 am : BN cuba lulus bajet haram
Laungan Speaker haram bergema Sidang BN yang cuba meluluskan bajet haram oleh Speaker Haram Ganesan.
11.38 am : Bajet haram oleh sidang haram yang dikendalikan Speaker Haram
BN akhirnya melanggar undang-undang dengan membentang dan mengesahkan bajet haram sebentar tadi.
11.43 am : Laungan haram bergema berterusan
Adun Pakatan Rakyat terus melaungkan kalimat haram dan lanun atas tindakan BN meluluskan bajet haram.
Tindakan Adun Pakatan Rakyat langsung tidak dapat diambil tindakan oleh Speaker haram kerana ternyata dia tidak ada kuasa apa lagi untuk meluluskan bajet.
11.50 am : Sidang ditangguh oleh Speaker Sivakumar
Speaker yang sah menangguhkan sidang dalam keadaan Speaker haram masih mengendalikan sidang haram sebentar tadi.
TAMAT -BP
baca seterusnya...
Semasa: Live dari DUN Perak
bumiperak,
Buka blog idhamlim untuk sorotan semasa
Gambar Polis merampas jubah Speaker Sivakumar
7.41am : Suasana Hujan Di Ipoh
Pemandangan Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan DUN Perak, dengan berlatar cuaca yang suram dan berkabus. Disinilah BN akan melakukan sekali pencabulan Undang-undang dengan menganjurkan sidang haram dengan membentang bajet haram dihadapan Speaker haram.
Sejak petang kelmarin hujan sesekali lebat dan renyai turun membasahi bumi Perak semacam mengiringi kesedihan korban jambatan di Kuala Dipang dan kesedihan sekali lagi undang-undang akan dilakukan oleh BN pada sidang haram hari ini.
8.44 am : Ramainya polis di sekitar Bangunan Perak Darul Ridzuan
Saya sampai di kawasan sekitar bangunan SUK yang menempatkan Dewan Negeri yang akan bersidang sebentar lagi.
Kelihatan deretan Black Maria dan kenderaan polis yang lain bersusun di sekitar bangunan itu.
Inilah suasana yang kelihatan dalam keadaan sekitar 50 meter telah diwartakan sebagai kawasan larangan bagi orang awam.
8.45 am : Suasana muram dalam keadaan mula sesak di Ipoh
Entah untuk pergi bekerja di pejabat masing-masing, entah rakyat Perak yang datang untuk menyaksikan sidang bersejarah hari ini. Sepanjang perjalanan dari hotel penginapan saya melewati beberapa persimpangan dan bulatan yang dikawal ketat oleh polis trafik.
8.47 am : Kawasan bangunan dikawal ketat oleh polis
Sekatan yang ketat dilakukan disekitar bangunan SUK. Kenapakah ini berlaku, kami dan rakyat datang untuk menghadiri sidang, bukannya berperang. Suasana semacam akan berlaku rusuhan yang dahsyat di Ipoh hari ini khususnya di sekitar bangunan Dewan Negeri.
Helikopter polis berlegar-legar di lingkaran bangunan SUK, Ipoh
9.20 am : 4 Adun Pakatan dilarang melintasi SUK
Empat Adun Pakatan Rakyat, Dato' Ngeh, YB. Zainuddin, YB. Sum dan YB. Thomas SU dihalang oleh pihak polis semasa cuba melintasi kawasan jalan menuju ke bangunan DAP di sini. Berlaku tikaman lidah antara mereka dan akhirnya mereka di dibenarkan melewati jalan tersebut.
Sebetulnya tidak ada alasan Adun dihalang melewati jalan tersebut, kalaupun ada kaitan dengan warta 50 meter ianya hanya melibatkan orang awam sahaja.
Adun Pakatan Sudah berkumpul dan bila-bila masa akan ke bangunan Dewan Negeri
Sebahagian besar ADUN Pakatan Rakyat termasuk YAB Menteri Besar Pakatan Rakyat berkumpul di satu tempat berhampiran dengan SUK dan bila-bila masa akan bergerak ke dewan bagi mengikuti sidang pada hari ini.
9.39 am : Kami mula bergerak ke dewan Kami mula bergerak ke dewan sekarang, doakan keselamatan kami.
Kawalan ketat menjelang sidang DUN Perak Masih tidak nampak sebarang perhimpunan tetapi ADUN mula memasuk bangunan sekretariat. Antara yang awal tiba ialah pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham Thomas Su tetapi mereka tidak dibenar masuk ke dalam bangunan, menyebabkan berlaku pertengkaran antara kedua mereka dengan polis. Akhirnya, polis membenar Ngeh dan Su masuk.
9.55 am : Siva dihalang kami pertahan YB Siva cuba dihalang oleh polis termasuk semua Adun PR yang cuba dihalang. Berlaku tolak menolak.
9.56 am : Kami mundur ke pintu utama. Semua ADUN PR dan Speaker Sivakumar mundur ke belakang apabila di halang oleh polis.9.58 am : Kami bergerak kembali. Kami cuba sekali lagi ke lif untuk masuk ke dalam dewan dan sekali lagi dihalang oleh Polis, berlaku perlawanan cakap, mereka benarkan semua Adun masuk kecuali YB Speaker.
10.00 am : Kami terus dihalang, undur ke belakang. Ada yang ditolak sampai jatuh dan Speaker cuba ditangkap dan dihalang, kami pertahan sehingga ada Adun yang jatuh.10.01 am : Kami keluar dari pagar SUK Setelah berlaku pergelutan tadi kami mundur dan terus keluar dari Bangunan dan pagar SUK.
Polis halang kami berkumpul di luar pagar dan adakan sidang akhbar MB Pakatan bercakap kepada wartawan swasta bahawa kami ditahan oleh Polis dan halang Adun PR dan Speaker masuk, dia juga Adun Tronoh.
Beliau mengecam tindakan polis itu yang melanggar undang-undang.
10.05 am : Suasana kecoh kembali. Polis terus menghalang kami dan kami bergerak ke pintu masuk untuk masuk ke dalam dewan dengan dikawal ketat oleh ratusan polis.10.07 am : Kami berada dalam pagar SUK sekarang Kami mempertanyakan songkok YB Siva yang dirampas oleh seorang SB bernama Bala.
10.08 am Siaran langsung di PerakFM - Radio Malaysia Ipoh membuat liputan langsung pembentangan Belanjawan Perak oleh DS Zambry Abdul Kadeer
10. 25 am Pembentang Belanjawan Negeri Perak disampaikan oleh Zambry selesai dan Speaker Ganesan menangguhkan sidang dan akan disambung jam 11.00 pagi tanpa kehadiran ADUN Pakatan Rakyat
baca seterusnya...
19 orang murid Perkhemahan 1Malaysia nyaris dihanyutkan
bumiperak,
KAMPAR Isnin 26 Okt 2009 jam 10.30 malam 19 orang murid nyaris dihanyutkan apabila jatuh ke dalam sungai di jambatan gantung runtuh dan seorang dijumpai lemas dan 2 lagi masih hilang, Mayat yang dijumpai dikenali Dina Deve Nathan, 11, dari SK Tamil Mambang Diawan ditemui 2 km ke hilir sungai jam 8.40 pagi ini. Manakala Kedua-dua mangsa yang hilang dikenali sebagai Diryasree a/p Vasudevan, 12, dari SJKT Gopeng dan Davadharshini a/p Maheswaran, 11, dari SJKT Mambang Di Awan.
Jambatan sepanjang kira-kira 50 meter itu baru siap dua minggu lepas dan menurut seorang anggota Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Kuala Dipang, ia dibina bagi menggantikan sebuah jambatan gantung lama yang telah runtuh sebelum ini.






