Akan tetapi di Selangor, Hasan Ali jelas skeptikal apabila umat Islam dilarang memasuki gereja kununnya ada usaha memurtadkan umat Islam, padahal ada majlis sumbangan dan mengutip derma seperti yang dijelaskan bekas pegawai polis terkenal, Zaman Khan.
Apakah sekiranya Lim dan rakan-rakannya yang bukan beragama Islam berbuka puasa di mana-mana masjid di Selangor, mahukah dia mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang sangat cekap menghidu pergerakan dan aktiviti yang mencurigakan, menangkap dan menyiasat??
Inilah padahnya apabila sesuatu maklumat tidak diperhalusi dan disahkan. Umno-APCO mesti mengucapkan "syabas dan tahniah" kerana mereka tidak perlu bersusah payah mencetuskan isu agama dan perkauman.
Cukup dengan dail nombor telefon Hasan Ali dan arahkan JAIS bertindak!
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (harakahdaily): Semua pihak diseru supaya tidak membuat sebarang kenyataan provokatif mengenai isu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu majlis makan malam muhibah Gereja Methodist Damansara Utama yang didakwa kononnya bertujuan memurtadkan orang Melayu.
Ia juga perlu bagi menghormati bulan Ramadan daripada bercakap bohong dan menimbulkan fitnah, kata Ahli Parlimen PAS Parit Buntar Dr Muhajid Yusof Rawa.
Dalam satu kenyataan hari ini, Muhajid melahirkan rasa bimbang isu Jais ini akan memburukkan keadaan hubungan antara agama di negara ini yang semakin tegang masa kini.
“Kegagalan kerajaan menangani isu kalimah Allah tempoh hari berpotensi menimbulkan satu polemik baru pula.
"Semua pihak turut bimbang dengan adanya pulak pihak yang ingin ambil kesempatan utk kepentingan politik sempit mereka. Memburukkan lagi situasi ialah apabila media diperalatkan untuk menimbulkan provokasi dari kenyataan puak rasis dan fanatik agama,” kata beliau.
Dua hari lepas, kira-kira 30 anggota pihak berkuasa Jais dan polis telah memasuki premis Gereja Methodist Damansara Utama pada jam 10 malam semasa satu majlis makan malan muhibbah diadakan. Majlis itu dihadiri antara 100 hingga 120 orang dari pelbagai kaum yang turut dihadiri 15 orang Melayu Islam.
Setelah menerima kritikan hebat, Exco Kerajaan Negeri Selangor bagi hal ehwal Islam, Datuk Dr Hasan Ali menjelaskan bahawa serbuan itu dibuat kerana pihak Jais menerima maklumat ada usaha mahu memurtadkan umat Islam.
Namun sehingga kini, tidak dapat disahihkan apa bukti yang diterima pihak berkuasa terbabit.
Disebabkan itu, Muhajid, yang juga Pengerusi Jaringan Antara Agama Asia Tenggara turut menyeru Jais untuk memberikan penjelasan secara jujur motif tindakan mereka kerana ini melibatkan premis ibadat agama Kristian yang mesti dihormati.
“Ada beberapa isu yang perlu diberi penjelasan. Atas alasan apakah serbuan dibuat? Adakah waren dikeluarkan? Apakah sebenarnya berlaku dalam gereja tersebut?
"Kekaburan tindakan dan penjelasan yang tidak memuaskan hanya akan memberi ruang hubungan antara agama semakin meruncing dan sekaligus menimbulkan ketegangan kaum,” tambah beliau.
Sementara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata pihak kerajaan negeri akan mendapatkan nasihat DYMM Sultan Selangor sebelum mengambil tindakan seterusnya setelah menerima laporan Jais.
"Sebaik menerima laporan Jais saya akan mengadap DYMM Tuanku Sultan untuk mendapat nasihat dalam menyelesaikan isu ini serta memastikan perkara sebegini tidak akan berlaku lagi," kata Khalid.
Khalid turut melarang semua ahli Majlis Kerajaan Negeri (Exco) Selangor dari membuat sebarang kenyataan berkenaan isu ini dan menyeru rakyat meneruskan semangat keharmonian, hormat menghormati dan tolerasi antara agama yang telah wujud sejak sekian lama di negara ini.
"Seperti yang kami katakan semalam kami kesal dengan kejadian tersebut. Kerajaan Negeri yakin rakyat Selangor tidak rasa terbela dengan kejadian tersebut.
"Niat dan tujuan yang baik tidak menghalalkan perbuatan yang gagal mempamerkan keadilan dan kebijaksanaan dalam memimpin masyarakat," kata beliau lagi.
hasan ali seeloknya dipecat dari jawatanya sekarang, dia ni liabilit dalm pr, bahaya
ReplyDeletejangan buat tuduhan melulu..JAIS adalah agesi kerajaan..biar dia buat penjelasan..ni bukan soal masuk gereja. tapi soal agama.. tuduhan nak murtadkan... kalau tak tahu hal jangan nak menulis macam umNO...main belasah aje.. macam isu Azhar Mansor di gereja ipoh dulu....
ReplyDeleteJika kejadian tangkapan jais bukan sebab gerakan nak murtadkan orang Islam, benda ini berlaku adalah berpunca dari kebodohan PAS membenarkan lim ee guan..rasis tu untuk sama-sama berbuka puasa dalam mesjid..tempat suci orang islam. apabila benda yg tk pernah orang lain buat...dibuat olih PAS...PAS sekarang banyak terpesong kerana mengikut anuar yag jahil tu...kalau nak ajak bangsa asing sama-sama makan waktu berbuka buatlah kat dewan/hotel....sekarang dah susah apabila ada kes mengmurtad islam dibuat di gereja susah nak ambil tindakan.Hasan Ali lebih bijak drp Nik aziz /hadi awang.
ReplyDeletekebodohan pas punca segala-galanya.umno tk pernah ajak orang bukan islam ke mesjid
ReplyDeleteRamai pengikut PAS yang dah buta mata dan hati.
DeleteLim Guan Eng suci dari hadas besar kah? Selamber je duduk dalam masjid.
ReplyDeletecina bukan Islam pasang karpet, wiring air cond dlm masjid selamba ja dok dlm masjid.....ada salah ka? Islam ni ikut Quran bukan ikut amalan umno...
ReplyDeleteRamai pengikut PAS macam lembu dicucuk hidung ikut jer ke mana Lim Guan Eng bawak wakkaka....!!
Deletedari lapuran metro bertarikh 6hb ogos.Jais dan Hassan Ali memang menjalankan tugas dengan betul!!apa yg menteri besar selangor takut sangat dgn DAP ..sanggup menggadai agama demi sayangkan politik murahan.biar agama Islam di persendakan olih bangsa asing.JAIS DAH MERAMPAS risalah dan kitab kristian yg diberikan gereja kepada wanita berkenaan.cuba baca metro keluaran 6ogos 2011 m/s 12..dari siasatan dibuat mereka mengaku yg mereka telah di baptiskan..apa yg menteri besar dan pemimpin PAS lain nak menyokong khalid...kami tak nak keadilan memerintah nanti semua melayu Islam di kritiankan.kami tak cina kristian jadi PM kami..ini bukan singapore..khalid awak letak jawatan sebagai MB selangor...kerajaan ISA sahja anuar menyusahkan rakyat..bukan lebih baik..lebih terok adalah...haramkan parti keadilan..
ReplyDeleteini bukan bab cina pasang karpet...cina pasang karpet tu nak mengkristian orng ke????ini sah sah motif dia orng pada malam itu...nak tegak benang basah lagi....apalah manusia....
ReplyDeletekalau masa syarahan,senang-senang PAS cakap UMNO jahil lah tetapi sejak bersekongkol dgn DAP dan KEADILAN...nampaknya PAS lebih jahil drp UMNO....Sedar-sedarlah pemimpin PAS,keadilan hanya menggunakan anda untuk keuntungan mereka.AWAK nak bagi Malaysia seperti Singapore!! cepat sedar, jangan terpengaruh dgn dakyah anuar dan lim guan eng
ReplyDeletegua sokong tindakan Hassan Ali...baru org leh celik dan nmpk situasi sebenar dan guna otak berfikir!kalau dah bg duit la,kitab la tu mmg nk pengaruh tukar agama la beb...org melayu haram takmau tlg org susah...sbb tu org kristian leh amik kesempatan ni bro...mana p zakat2 kita?lu org ni dah x pikir agama ke?tak syg agama dah ke?aku rasa korg p0n akan bt tindakan yang sama kalau korang berada kat tempat dia..
ReplyDelete