berita lanjut di sini: BH
Selama ini tidak tahu kenapa dia menyakiti rakan yang sama berjuang. Dia menyalahi serta membuat onak kepada kepimpinan dan PAS keseluruhannya. Ustaz Nasharuddin telah bersama dengan seteru iaitu UMNO dengan menyertai program-program mereka bersama dan membelakangi arahan pimpinan.
Namun setelah membaca temubualnya bersama wartawan Berita Harian yang menemuinya di katil di pusat perubatan swasta barulah terbuka pendamnya dihatinya.
IKUTI Temubual bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa dengan wartawan Berita Harian.
“Permulaannya berlaku pada 24 April 2008 dimana Mesyuarat
Syura Ulama PAS memutuskan perbincangan diadakan dengan mana-mana parti politik
bagi memeliharan kepentingan umat Islam dan orang Melayu dengan amanah diberi
kepada Presiden, Setiausaha Agung serta beliau selaku Timbalan Presiden.
“Dalam hal ini, parti terbesar dan secara logiknya untuk
diajak berbincang adalah UMNO. Ketika itu saya mengadakan perbincangan
berkaitan perpaduan dengan Perdana Menteri dan Timbalanya selaku pimpinan
UMNO atas keputusan Majlis Syura Ulama.
(Harus diingat ketika
itu Pakatan Rakyat berjaya menguasai Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan
Kelantan. Isu hangat diperkatakan ahli Parlimen Sarawak akan menyertai Pakatan
Rakyat seterusnya peralihan kuasa politik Malaysia. Ketika itu pimpinan PAS Selangor
melihat ada peluang mendapat jawatan Menteri Besar Selangor kerana pada situasi
undi penentu samada dipihak PR atau BN. Hangat diperkatakan isu Kerajan
Perpaduan (UG) melibatkan pimpinan PAS dan UMNO)
“Bagaimanapun, baru
sampai suku jalan, timbul tanggapan ia seolah-olah untuk kepentingan peribadi
saya dan pertemuan kononnya dilakukan secara rahsia walaupun ia keputusan Majlis
Syura Ulama yang kebetulan TIDAK dihadiri Tuan Guru Nik Aziz ketika ia dibuat.
Saya laksanakan arahan Parti tetapi saya juga dipersalahkan dengan tuduhan
kononnya nak masuk UMNO. Semua itu membuat
saya kecil hati dan berasa dizalimi. Saya suarakan semua ini sebagai ahli biasa
kepada pucuk pimpinan parti.”
Terkilan dengan Nik Aziz
Awal dulu saya terima semuanya sebagai teguran tapi bila berterusan,
saya rasa mungkin Nik Aziz ada isu peribadi dengan saya yang puncanya tidak
saya datang menemuinya sampai hari ini.
“Saya menghormati beliau Murshidul Am PAS sebagai pimpinan
tertinggi parti tetapi beliau terus menerus ‘menyerang’ saya. Nik Aziz menghiris
perasaan secara peribadi termasuk sindiran berhubung statusnya sebagai pemipin
dan ahli PAS serta pelaksana beberapa tugas diamanahkan parti.”
“ Malah istilah yang digunakan pun.. kalau orang biasa
mungkin dah rebah tapi daya boleh bertahan. Saya pernah digelar sampah, diacah
masuk UMNO, dilabel bermacam-macam dan semuanya itu mengguris hati.”
Hahaha dah agak dah! Nasha ni mmg jenis bangsat
ReplyDelete