Saturday, January 3, 2009

MB Perak turut serta Demo Anti Israel di Masjid Negeri, Ipoh

Setelah 7 hari semenjak 26 Dis 2008 jet-jet pejuang Israel melancarserangan ke atas penduduk awam Gaza Palestin menyebabkan 428 mangsa terbunuh dan 2100 orang lain cedera. Pada masa ini masih lagi berlaku pengeboman ke sasaran awam.

Bertempat di Masjid negeri, Ipoh selepas solat Jumaat 2 Januari 2009 telah dianjurkan oleh hampir 2000 orang demontrasi mengutuk Israel. Turut hadir Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaludin dan lain-lain PAS negeri Perak. Antara yang memberikan ucapan dalam majlis itu ialah Ketua Dewan pemuda PAS Perak, Ust. Norazli Musa, Wakil NGO Jamaie, Sdr. Khalilul Rahman, dan wakil dari Dewan Muslimat PAS, Ust. Norbaayah.Laungan supaya dihancurkan Yahudi bergema berselang seli dengan ucapan yang diberikan.

Sebagai tanda simpati satu kutipan derma telah diadakan bagi disalurkan kepada rakyat Palestin yang memerlukan.

Sebelum itu Imam Jumaat yang membaca khutbah Jumaat khusus mengenai rakyat Palestin yang tertindas itu menyeru semua jemaah supaya mengambil langkah yang sewajarnya bagi menunjukkan bantahan kepada serangan itu. katanya antara langkah yang dapat diambil ialah dengan mengadakan sembahyang sunat hajat, memboikot barangan dan unsur-unsur yang berhubung dengan Yahudi dan Amerika serta mengadakan demonstrasi aman.

Sesudah sembahyang Jumaat hampir semua jemaah yang memenuhi masjid mengadakan solat hajat bagi memohon dari Allah supaya diselamatkan rakyat Palestin yang tidak berdosa.


1 comment: