Sunday, January 11, 2009

Perak sedia menerima anak angkat 100 anak yatim Palestin

Ipoh, 9 Jan 2008. Malam Solidariti (satu rasa) Kemanusiaan Palestin di Stadium Indera Mulia, Ipoh berjaya menghimpunkan hampir 4000 orang hadirin bagi menunjukkan rasa simpati kepada rakyat Palestin. Semenanjung Gaza terus dibedil, dimusnahkan oleh Zionis Israel dan setelah 2 minggu semenjak 26 Disember lalu kematian rakyat palestin dilaporkan melebihi 800 orang dengan beribu lagi cedera.


Majlis dianjurkan bersama Kerajaan Negeri Perak dengan Pertubuhan JAMAIY ini mendapat sokongan Pertubuhan-pertubuhan NGO, parti-parti politik, Jabatan dan Agensi kerajaan, individu-individu pelbagai latarbelakang.

Majlis telah dimulakan dengan ucapan Pengarah program Ustaz Zulkifli Ibrahim diikuti dengan ucapan Pengerusi JAMAIY Dr Khairudin Abdul Malek. Kemudian diteruskan dengan ucapan semangat dari wakil Gabongan Mahasiswa (Bersatu Perak), Jemaah Islah Malaysia (JIM), Pengerusi Teras Keupayaan Melayu (TERAS), Encik Azmi Abd Hamid, dan wakil rakyat Palestin seorang bekas tahanan tentera Israel.

Persembahan pentomin pelajar-pelajar mengambarkan kesengsaraan Palestin dan diikuti tayangan multimedia sejarah pencerobohan bumi Palestin dan kezaliman rejim Zionis Israel dengan bantuan British dan Amerika. Umat Islam yang bersimpati diseru bersolat hajat, berdoa, menyumbang bantuan dan memboikot barangan Israel dan Amerika seperti yang dinyatakan.

Majlis diteruskan dari ucapan semangat wakil-wakil parti politik, Ustaz Ahmad Awang (PAS), YB Nga Kor Ming (DAP) dan A.Ayathurai (PKR) jelas kesepakatan menentang kezaliman tanpa perbezaan warna kulit dan agama.

Kemuncak acara sebagai tanda sokongan dan simpati kepada rakyat Palestin, Pelancaran Dana RM1 juta diistiharkan oleh Menteri Besar Perak, Dato Seri Ir. Mohd Nizar. Penyerahan cek bermula dengan sumbangan kerajaan Negeri Perak sebanyak RM 50 ribu yang disampaikan oleh Setiausaha Kerajaan, Dato’ Abdul Rahman Hashim.
Sumbangan yang diterima seterusnya dari Jabatan dan agensi Kerajaan antaranya Lembaga Air Perak, Dewan Bandaraya Ipoh, Perbadanan Kemajuan Ng Perak, Masjid-masjid, Pertubuhan-pertubuhan, Syarikat-syarikat dan individu-individu sehingga berjaya mengutip sejumlah lebih RM130 ribu.

Kempen Kutipan Dana ini akan diteruskan dengan mengatur Program Khas ke seluruh Negeri Perak dan sebuah kereta MPV disediakan khusus untuk menjayakannya.

Disidang media, Ir. Nizar menegaskan Kempen Dana RM 1 juta tidak terhenti dengan jumlah itu, ia adalah berterusan kerana permasalahan Palestin tiada penghujung seperti anak yatim, perubatan dan perlindungan di Gaza bagaikan penjara terbuka terbesar di dunia. Kerajaan Negeri Perak akan membiayai 100 orang anak yatim Palestin sebagai anak angkat sebagaimana negara bukan Islam Sweden yang boleh menerima 800 orang anak yatim Palaestin

No comments:

Post a Comment