Friday, January 9, 2009

Program bersantai MB Perak di Karnival Sua Rasa TV9

Karnival Sua Rasa TV9 telah berlangsung pada 27 dan 28 Dis lalu di Ipoh. Berbagai slot rancangan membuka sudut ruang masing-masing antaranya Busana dan Gadis Melayu dengan peserta-peserta jelitanya, Idola Kecil dan Nick di TV9 untuk rancangan kanak-kanak.

Ada juga sudut Mari Mengaji dan Resipi Ole-ole Chef Wan dengan kehadiran beberapa personaliti dan artis-artis. Terdapat berbagai syarikat jualan mengambil bahagian dengan produk masing-masing memenuhi Dataran Bandaraya Ipoh. Tapak kanival telah dibanjiri pengunjung segenap daerah negeri Perak dan telah tersiar di TV9 secara langsung ke seluruh negara.
Pada seawal pagi Ahad 28 Dis 2008, siaran langsung bersama Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ir Mohd Nizar Jamaludin telah diadakan bersama pengacara Aziz Desa, menyingkap kehidupan, tanggungjawap dan matlamatnya.

Ir. Nizar mempamer pemimpin yang berkarisma, professional dan berilmu telah menjelaskan kepimpinannya seorang Jurutera bukan sekadar membina pembangunan malah membina jatidiri rakyatnya. Sebagai peneraju kepada Kerajaan Pakatan Rakyat berikrar menterjemah 5 prinsip dan halatuju Kerajaan Negeri Perak; Adil, Amanah, Telus, Berwibawa dan Berkebajikan. Ir Nizar berpengelaman dengan pembinaan projek Dayabumi fasa 2 dan 3 mahukan kerajaan yang bersih dari diskriminasi, kronisma dan penyelewengan umpamanya membuka tender secara terbuka.

Konsep berkebajikan pula Kerajaan menyedari Negeri Perak mempunyai 5000 keluarga miskin tegar (fakir) yang 90% adalah Melayu. Memberi tumpuan kepada memajukan industri berasaskan pertanian terutama yang melibatkan kaum wanita dan ibu tunggal.

Negeri Perak mempunyai berbagai sumber pertanian umpamanya jelapang padi di Seberang Perak, Sg. Manik dan daerah Kerian. Manakala itu banyak pantai antara penyumbang terbesar hasil perikanan negara.

Taman Hutan di Belum, Hulu Perak dan kebun Limau Tambun sebagai destinasi kegemaran pelancungan luar. Memajukan bandar Taiping dan Kuala Kangsar destinasi sejarah.

Negeri Perak menerima permintaan pelaburan luar untuk memajukan semula industri perlombongan timah. Lain-lain yang boleh dimajukan adalah pembalakan, industri seramik dan perkilangan.

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mereka yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itulah yang mengharapkan rahmat Allah. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” Surah al-Baqarah ayat 218

Dari maksud ayat Al-quran ini, Ir Nizar akan berusaha membawa 1.5 juta rakyat Negeri Perak dari pelbagai kaum yang bersatu dan dinamik. Menutup program yang boleh melalaikan bagi menyedari tanggungjawap setiap warga tentang keluarga, bangsa dan negara. Membina suasana rakyat yang beramanah, kreabiliti dan saling menghormati sebagai cermin kepada Kerajaan yang ada.

Ditanya karektor dan sikapnya apabila menerima kunjungan rakyat, Ir Nizar menjelas beliau seorang yang mudah didekati, mesra dan boleh berseloroh tetapi sentiasa berdasarkan ketepatan dan ketegasan.

Selepas itu, Ir Nizar mempamerkan kebolehannya memasak ‘Gulai tempoyak ikan Patin’ bergandingan dengan isteri Datin Seri Fatimah Taat menampakkan kemesraan mereka berdua. Adegan menyuapkan pasangan suami-isteri bagai pengantin baru.

2 comments:

  1. Rakyat Negeri Perak amat bertuah mendapat kerajaan Pakatan Rakyat dibawah kepimpinan Datuk Seri Ir Mohd Nizar. Seorang MB yang berkarisma profesional dan berilmu akan dapat mentadbir negeri Perak dengan baik. Beliau juga mesra rakyat mudah didekati dan menerapkan nilai islam dalam pentadbirannya. Ketetapan dan ketegasan boleh dilihat dalam isu pemberian tanah secara kekal kepada rakyat memerlukan walau mendapat bantahan dari Umno/BN dan kerajaan pusat.

    ReplyDelete
  2. HIDUP PAKATAN RAKYAT

    ReplyDelete