Berita di TV3 pada 13 Jan 2008 memuatkan berita mengemparkan yang memberi gambaran penindasan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak kepada menyewa gerai PLB di Kpg. Bahagia, Sungai Siput. Liputan dari temubual penyewa yang mengambarkan kesengsaraan kerana arahan mengosongkan permis dan pemotongan bekalan elektrik dan air itu adalah tindakan JKKK. Malah mengaitkan sikap sebenar kepimpinan Kerajaan Negeri Perak dengan peristiwa Tadika Kemas pada 5 Jan 2008 lalu.
Ulasan dan maklumat pula diambil dari ADUN Lintang (UMNO) mengambarkan pihak yang prihatin. Kenapa berita negatif dan sebelah pihak ini mendapat liputan di TV3 sedangkan banyak berita yang positif tidak mendapat tempat?
Maka pihak Kerajaan Negeri Perak iaitu YB Idham Lim terpaksa turun untuk mendapatkan berita sebenarnya tentang peristiwa ini, ikuti laporannya;
ISU GERAI PLB MILIK PEJABAT TANAH DAN DAERAH KUALA KANGSAR/DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT.
Gerai tersebut terletak di Kampung Bahagia Sungai Siput, telah digambarkan oleh TV3 bahawa berlaku kezaliman kepada penyewa. Cerita SEBENARNYA penyewa gerai tersebut yang bernama Fauziah Ahmad 48, telah banyak bulan tidak membayar sewa kepada JKKP yang merupakan penyewa asal gerai tersebut. Selain itu penyewa juga sudah tertunggak bil air dan letrik sebanyak RM 320.
Disamping itu tempoh penyewaan kepada JKKP telah pun tamat pada 31 Dis yang lepas. Oleh itu satu tawaran baru kepada pelbagai pihak dikeluarkan bagi proses mendapatkan penyewa baru. Perlu diingatkan gerai itu hendaklah dikosongkan dan tidak ada jaminan penyewa lama dapat menyewa kembali kerana proses pemilihan dan kelayakan perlu di teliti kembali.
Isu yang diputar belit oleh media sangatlah tidak munasah dengan menggambarkan api dan air dipotong dan penyewa dihalau dari gerai sewaannya. Sedangkan apa yang sebenarnya berlaku adalah keingkaran penyewa mematuhi peraturan yang sedia ada, iaitu membayar sewa kepada pemilik gerai.
Jika berlaku pemotongan letrik dan air itu adalah bukan dibawah bidang kuasa PBT dan Kerajaan Negeri. Kalau sudah banyak bulan tidak membayar bil semua sudah maklum proses pemotongan akan berlaku.
Sangat memalukan apa yang dilakonkan oleh media, ditayangkan ADUN Lintang, Fakeh Adam berdiri di hadapan gerai yang kononnya dirobohkan oleh PBT untuk membuktikan apa yang disebutkan oleh Fakeh porak peranda itu benar .
Saya sekeras-kerasnya menafikan berita tersebut dan merupakan pembohongan belaka. Sebenar yang porak peranda adalah pelakon-pelakon kepada berita rekaan itu.
Gerai tersebut terletak di Kampung Tersusun Kledang Utama dengan penyewanya kebetulan adalah Pengerusi Persatuan Penjaja Sungai Siput bernama Syed Muhamad Syed Aman Syah. Penyewa tidak membayar sewa dari Oktober 2008 hingga Disember 2008.
Dimaklumkan penyewa telah mengubah suai bangunan gerai tersebut tanpa mendapatkan kebenaran dari Majlis Daerah terlebih dahulu. Penduduk setempat menggunakan istilah "buat macam rumah sendiri" kepada penyewa dengan sikapnya itu. Penambahan dibuat untuk tempat tinggal anak-anaknya sendiri. Itulah yang keluar di TV, bukannya gambar gerai kena roboh tetapi gambar bangunan yang ditambah oleh penyewa yang belum siap.
PBT juga tidak pernah menganggu pemilik itu sehingga ke hari ini, cuma yang kita faham bahawa penyewa dalam keadaan ketakutan yang amat sangat dengan pelanggaran undang-undang PBT yang dilakukannya. Sepatutnya penyewa kena berterima kasih bukannya menjadi pelakon kepada klip berita bohong tersebut.
Kepada ADUN Lintang nasihat saya buatlah kerja di penghujung usia yang ada pahala. Dato' pun sudah kalah dalam pemilihan Ketua Bahagian UMNO Sungai Siput dan secara logiknya sudah tidak ada tempat lagi dalam UMNO. Walaupun lakonan dua malam kelmarin sudah kira berjaya tapi semuanya sudah terlambat, jawatan Dato' telah melayang sudah.
Baiklah jadi wakil rakyat yang disayangi oleh semua sebelum Dato' bersara dari politik, makin tua makin menjadi dengan kerja amal bukan kerja bohong
heeeeeeeeeeee...teruk nye pemimpin umno niiiiiiii..muka x maluuuuuuuuuuuuu
ReplyDeletefitnah demi fitnah yg mereka lemparkan untuk menganggu gugat kerajaan pakatan rakyat...
ReplyDeletedengki la tu..
Biar Allah tentukan siapa yang benar kelak!
deme dengki tu le dia nyer.. fitnah demi fitnah deme lemparkan untuk menggaungu gugat kelancaran pimpinan kerajaan pakatan rakyat...
ReplyDeleteMudahan Allah akan serlahkan kebenaran jua kelak..