Khamis 15 Jan 2008, Kami kumpulan dari ahli-ahli PAS Sungai Rokam, Ipoh seramai 10 orang dari 2 buah kereta. Bagaimanapun arah berbeza. Kereta Naza Ria mengikuti jalan Simpang Pulai ke Cameron Highland dan Gua Musang sementara sebuah van lagi kereta mengikuti jalan Batang Kali ke lebuhraya Karak kerana mengambil seorang penumpang di Tapah.
Jam 10.30 malam dari Ipoh menuju ke Cameron Highland . Di tanah tinggi Loging ada jalan yang ditutup dan terpaksa melalui jalan lencongan yang sempit dan berliku di lereng bukit. Tiba di bandar Gua Musang, Kelantan untuk berhenti rehat dan rawat di jalan utama Kota Bahru-Kuala Lipis jam 1.00 pagi.
Selepas berehat jam 2.00 pagi, meneruskan perjalanan kearah Kota Bahru dan masuk simpang jalan Felda Aring mengarah ke Kuala Ping, Terengganu. Keadaan jalan yang kadang-kadang berlopak menyebabkan kenderaan terubang-ambing sukar untuk melelapkan mata. 2 kali terpaksa menempuh sekawan lembu yang berbaring di jalanraya. Laluan menyusuri Tasik Kenyir terdapat pos sekatan polis mengambil maklumat pemandu dan bilangan penumpang dan satu lagi pos sekatan polis sebelum menghampiri Kuala Berang, Terengganu.
Dari Kuala Berang terus perjalanan ke Bandar Marang dengan keadaan jalanraya yang agak selesa dan sampai jam 5.30 pagi Masjid Rusila ke untuk solat subuh setelah 7 jam perjalanan. Masjid Rusila penuh sesak dengan jemaah yang datang dari luar Terengganu hingga ruang solat melimpah keluar. Pagi Jumaat ada kuliah subuh yang disampai Tuan Guru Hj Hadi Awang membicarakan kegagalan sistem ciptaan manusia, samada politik, ekonomi dan perundangan.
Selepas itu mencari sarapan pagi nasi dagang Terengganu di Pasar Payang. Kemudian menjelajah sekitar pasar dan bertemu mesra orang-orang yang ada. Selepas tu beredar mengelilingi bandar melihat suasana kempen PRK P036 Kuala Terengganu. Jam 10.30 pagi berkumpul ke rumah Perak di Kuala Ibai menanti arahan penempatan membantu kempen pilihanraya.
Solat fardhu Jumaat di masjid terapung kuala Ibai . banyak risalah kempen diedarkan dari kedua parti kepada jemaah. Umno dengan risalah ‘GANUKITE’ sementara PAS dengan ‘KUALA’ dan beberapa risalah lain. Tajuk kutbahnya bersyukur dan ciri-ciri pemimpin dengan tayangan multimedianya kena dengan suasana pilihanraya akan diadakan esok.
Selepas solat Jumaat dan makan tengahari, masa untuk ‘cover’ tidor malam tadi di penginapan Rumah Perak. Jam 4.00 petang mendapat arahan bertukar pada mulanya di Surau Kg. Kolam kemudian berpindah ke Surau Padang Luar berhampiran tempat mengundi. Selepas isya ada taklimat oleh Pengarah pilihanraya yang juga Timbalan Presiden, Ustaz Nasaruddin dan pegawai setempat. Suasana malam itu meriah dengan ramai orang seolah-olah menyambut hari perayaan untuk persiapan terakhir sebelum tamat menjelang pagi esok.
Sabtu 17 Jan 2008, hari pengundian masih ada kesempatan beri kuliah subuh yang disampaikan Ustaz Ahmad Awang Pesuruhjaya PAS Perak sebelum sarapan. Bilangan petugas parti dan perayu undi lebih ramai dari pengundi dari kedua parti yang bertanding kerana seluruh negara bertumpu ke Kuala Terengganu. Setiap pengundi yang datang akan dirayu mengharap secebis harapan dan diiringi bagaikan pemimpin.
Berlainan dengan Pilihanraya Umum, pilihanraya kecil ini ada kumpulan sorak yang berkumpul bertentangan jalan masuk sambil memegang sepanduk dan bendera dengan kata-kata semangat yang kadangkala menimbulkan kemarahan dan terpaksa diredakan pihak keselamatan.
Pemimpin-pemimpin seluruh negara berkunjung datang menemui petugas parti dan pengundi memberi perangsang dan semangat. Namun ada sesuatu yang pelikkan, bagaimana ketika suasana panas ni, Menteri Besar Terengganu Dato’ Ahmad Said boleh meluangkan masa berkunjung bertemu penyokong dan petugas parti PAS dengan begitu mesra. Sempat pula minta bergambar bersamanya.
Jam 6.30 petang kami bergerak ke pusat bandar Bandar Terengganu, masalahnya banyak jalan-jalan ditutup oleh sekatan polis dan perlu melalui jalan alternatif ke pusat bandar. Selepas maghrib kami terpaksa berjalan kaki sejauh 2 km untuk sampai ke tempat pengiraan undi di Stadium Tertutup. Di hadapan Hospital Nur Zahirah orang ramai mencecah 10,000 orang disekat masuk oleh di sekatan polis FRU sehingga jam 9.15 malam dibenarkan menghampiri Stadium apabila majoriti kiraan undi telah memihak kepada PAS.
Sampai dihadapan Stadium Negeri laungan takbir dan sorakan kegembiraan apabila keputusan rasmi diumumkan dari keputusan pembesar suara dan tayangan lintas langsung dari dalam Stadium Negeri di layar disediakan. Calon PAS, Abdul Wahid Endut memperolehi 32,883 dengan majoriti 2631 menewaskan Wan ahmad Farid calon BN.
Bermula jam 9.30 malam jalanraya di bandar Kuala Terengganu penuh sesak dengan kenderaan keluar-masuk perarakan motosikal dan kereta yang mengibar bendera PAS dan membunyikan hon. Di tepi-tepi jalan ramai penduduk setempat bersorak gembira sambil lambaian tangan dan mengibar bendera kepada kenderaan yang lalu. Keringat tenaga dan kerja saban hari sepanjang tempoh berkempen akhirnya dibalas linangan air mata kemenangan.
Oleh notan
ReplyDelete"Assalamualaikum,,..
Selawat dan Salam ke atas Junjungan..,,Hari ini 27/01/2009, majlis kesyukuran PRK P 36 sedang berlansung di Kemaman, tetapi aku rasa aku tidak sempat bersama kekawan yang bertugas di KT dulu.Bukan apa keletihan masih lagi terasa kerana semalam aku kembali ke KT untuk menziarahi kakak yang masih koma di wad ICU hospital Nur Zahirah.Selamat menjamu selera kepada kekawan sekelian.Kesempatan berehat di rumah ini aku gunakan untuk membaca beberapa artikal dalam TKO dan ketika membaca ini, aku tertatik dengan artikal tulisan Bumi Perak dibawah tajuk "cacatan pengalaman di PRK P36 Kuala Terengganu".
Aku tertatik kerana Bumi Perak dan kekawannya bertugas di kg.Kolam, Kuala Ibai di mana di situ tercacat kemenangan tertinggi PAS/PR.Aku juga tertatik dengan pengalaman Bumi Perak melihat MB Terengganu bermesra dengan penyokong PAS kerana nampaknya beliau menjadi satu satunya pemimpin UMNO yang berbuat demikian.Najib tidak turunpun dari kereta ketika melawat pusat mengundi, Wan Farid, calonnya hanya kelihatan bersalaman dengan penyokong UMNO sahaja.