Wednesday, December 26, 2012

God tidak bermaksud Allah, kerana terjemahan tepat ialah Tuhan

KUALA LUMPUR: PAS hari ini menyatakan pendirian bahawa Bible Bahasa Melayu harus menggantikan istilah ‘God’ dengan 'Tuhan' dan bukannya 'Allah' untuk mencerminkan maksud sebenar daripada teks asal Bible.

Bagaimanapun, PAS boleh menerima bahawa orang Kristian berhak menggunakan nama Allah dalam gereja atau sebarang upacara agama mereka sebagaimana keputusan PAS sebelum ini.

“Memandangkan Bible Bahasa Melayu adalah terjemahan dari teks asal bahasa Inggeris, maka sewajarnya istilah God tidak bermaksud Allah, kerana terjemahan tepat ialah Tuhan. Maka sewajarnya ia diterjemahkan menurut maksud asal,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini.

Hujah Tuan Ibrahim, menterjemahkan God dengan Allah akan mengelirukan penganut Kristian dan menimbulkan rasa kurang senang di kalangan umat Islam serta boleh mengelirukan orang Islam jika digunakan di tempat awam termasuk dalam Bible terjemahan.

“PAS melihat isu penggunaan nama Allah di dalam terjemahan Bible dalam Bahasa Malaysia tidak mencerminkan maksud sebenar dari teks asal serta mengelirukan pelbagai pihak.  Bahkan cadangan tersebut juga telah mengundang pelbagai reaksi di kalangan orang Islam dan penganut Kristian,” kata beliau.

Sunday, December 23, 2012

'Amanat Haji Hadi tak pernah kafirkan Umno'

Petikan ucapan Datuk Seri Hadi Awang yang dinamakan sebagai 'Amanat Haji Hadi' tidak pernah sama sekali mengkafirkan mana-mana ahli-ahli Umno, kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Sebaliknya, Khalid berkata, dakwaan bahawa Hadi mengkafirkan orang Umno menerusi 'amanat' itu adalah "putar-belit media Umno" semata-mata.

"Ia (amanat itu) sebenarnya petikan ucapan Ustaz Hadi yang dinamakan 'amanat' oleh orang yang menyokong PAS dan dijual sebagai poster oleh penyokong atau ahli PAS," kata Khalid.

Beliau kemudian membacakan sedutan penuh amanat tersebut yang dibuat Hadi pada satu ceramah umum di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.

"Jadi, di mana yang dikatakan Ustaz Hadi menyatakan Umno kafir.

"Inilah yang dikatakan putar belit media Umno," katanya dalam sidang media di pusat khidmat beliau di Shah Alam semalam.

Tegasnya lagi, ucapan Hadi itu pada hakikatnya menggariskan prinsip-prinsip perjuangan PAS yang menentang Umno kerana mereka mempunyai wawasan berbeza yang tidak sama dengan kehendak hati ahli-ahli PAS.

"Dengan itu, tidak boleh dikatakan kita kata Umno kafir," katanya.

Tambahnya lagi, budaya kafir- mengkafir yang didakwa Umno diamalkan PAS sebenarnya adalah dakyah yang direka-reka oleh Umno sendiri.

"Budaya kafir-mengkafir bukan daripada PAS, tetapi Umno yang kata PAS kata Umno kafir," tegasnya.

Friday, December 21, 2012

Nik Aziz jawap fitnah isu tanah 10K ekar

Saya telah diarahkan oleh YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan untuk membuat sedikit penjelasan berkenaan isu sekeping tanah seluas tanah 10,526 hektar milik kerajaan negeri Kelantan yang didakwa sebagai habuan kepada pemimpin DAP Perak agar mereka sudi menyerahkan kerusi Menteri Besar Perak kepada PAS selepas pilihanraya umum 2008. Ia dilaporkan di dalam blog pisau.net yang kemudiannya dijadikan asas kepada laporan polis oleh sebuah badan bukan kerajaan Barisan Bersatu Nambikkai (Nambikkai) pada 19 Mac 2012. Ia juga turut dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada 20 Disember 2012.

Hakikatnya, ini satu lagi fitnah UMNO/Barisan Nasional yang cuba memperdayakan rakyat dengan isu-isu ciptaan mereka khususnya menjelang pilihanraya umum yang ke13. Peluru-peluru terakhir UMNO/BN ini kelihatan berterabur kerana dilancarkan dalam keadaan panik dan kelam kabut ekoran kebimbangan akan terlucut kuasa selepas pilihanraya nanti.

Barangkali UMNO lupa bahawa merekalah yang telah menukar status tanah rizab melayu di bandar Baru Kubang Kerian ketika memerintah Kelantan. Ini boleh dirujuk melalui Warta Kerajaan Kelantan 22 April 1990 (ketika Kelantan masih diperintah oleh Barisan Nasional). Ini hanya sekelumit dari 'jasa baik' UMNO terhadap tanah rezab Melayu.

Dalam isu tanah seluas 10,526 hektar yang didakwa sebagai habuan kepada pemimpin DAP Perak, suka untuk dinyatakan bahawa kawasan tersebut yang terletak di Hutan Simpan Relai, Gua Musang telah diluluskan kepada Yayasan Islam Kelantan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan yang bersidang pada 13 September 2000. Ia bertujuan untuk menjana pendapatan YIK bagi tujuan menampung urusan pengajaran dan pembelajaran anak-anak di sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan. Perlu diingatkan bahawa pada tahun 2000, Pakatan Rakyat masih belum wujud dan masih belum membentuk kerajaan di Perak.

Pada Disember 2000, Yayasan Islam Kelantan telah bersetuju menawarkan Projek Usahasama memajukan tanah ini kepada sebuah syarikat. Bagaimanapun syarikat tersebut ternyata tidak mampu untuk melaksanakan kerja-kerja memajukan tanah terbabit dan ini menyebabkan Mesyuarat Lembaga Yayasan Islam Kelantan pada 18 Ogos 2004 membuat keputusan agar tawaran projek ladang hutan ini ditarik balik dan dibatalkan.

Tawaran kepada syarikat Upayapadu Sdn Bhd (pada masa itu dipengerusikan oleh Dato Seri Wong Yeon Chai) pula dibuat melalui surat Yayasan Islam Kelantan bertarikh 28 Ogos 2005 manakala perjanjian ditandatangani pada 3 Mei 2006, hampir dua tahun sebelum pilihanraya umum 2008. Ia merupakan usahasama projek melalui konsep pajakan dan perjanjian selama 50 tahun dengan diberikan leasehold dan bukannya hak milik. Ia juga menjana pendapatan YIK melalui kadar sewaan RM100.00 seekar setahun untuk kawasan getah klon dan RM150.00 seekar setahun untuk kawasan kelapa sawit.

Pertukaran komposisi pengarah dan pegangan saham dalam Upayapadu Plantation Sdn Bhd telah dimaklumkan kepada Yayasan Islam Kelantan pada Mei 2012 di mana ekoran pertukaran tersebut, pihak syarikat dikehendaki membayar sumbangan kepada YIK sebanyak RM1.5 juta.

Berasakan kepada kronologi di atas, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa :

1. Dakwaan yang menyatakan YAB Menteri Besar Kelantan telah memberikan 'habuan' kepada pemimpin DAP Perak agar memberikan laluan kepada calon PAS mengisis kerusi Menteri Besar adalah fitnah sama sekali. Tarikh perjanjian dengan Upayapadu Sdn Bhd yang ditandatangani pada 3 Mei 2006 dan pertukaran komposisi pada Mei 2012 adalah tidak relevan dengan tarikh pilihanraya umum 8 Mac 2008 yang menyaksikan Barisan Nasional hilang kuasa di Perak.

2. Dakwaan blog pisau.net bahawa 'sekelip mata mereka memperolehi 10,526 ekar dengan nilai pasaran melebihi 30 juta ringgit' juga adalah dakwaan yang tersasar. Ini kerana tanah tersebut hanya dipajak dan tidak diberikan hak milik. Pajakan pula hanya dalam tempoh 50 tahun sahaja. Blogger terbabit wajib mendatangkan salinan geran tanah sebagai bukti bahawa tanah tersebut telah dipindah milik.

3. Segala urusan perjanjian, pajakan dan transaksi dibuat dan dilaporkan di dalam mesyuarat samada Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kewangan, Tender, Pembangunan dan Pelaburan YIK atau Mesyuarat Lembaga YIK. Ia dilakukan melalui prosedur yang sah dan tidak bertentangan dengan undang-undang.

Saya kira, fitnah terbaru ini tentunya akan menyaksikan satu lagi episod saman yang akan difailkan di mahkamah. Ia jelas merupakan satu fitnah besar terhadap YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan. UMNO hakikatnya sudah hilang punca untuk menonjolkan diri sebagai pejuang Melayu sedangkan pada hakikatnya, merekalah pengkhianat kepada tanah rezab Melayu.

Di Selangor misalnya, UMNO Bahagian Puchong telah cuba menjual sebidang tanah rezab Melayu kepada sebuah syarikat Lagi Gemilang Development Sdn Bhd yang mana pemiliknya adalah 75 peratus bukan bumiputra. Ia disyorkan ditolak oleh Pengarah Tanah dan Galian Selangor Darul Ehsan melalui sepucuk surat kepada Menteri Besar Selangor pada 25 Januari 2010. Inilah dia wajah UMNO yang sebenar!

Barangkali, UMNO meletakkan pihak lain seperti mereka di mana setiap perkara memerlukan habuan dan balasan. Dalam hal ini, menarik juga untuk dibincangkan apakah habuan yang diperolehi oleh UMNO ketika memberikan laluan kepada parti GERAKAN untuk mengisi kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang satu ketika dulu... - 21 Disember 2012

Penulis ialah Setiausaha Akhbar YAB Menteri Besar Kelantan.

Tuesday, December 18, 2012

Raja Rock Melayu Buka Kelab Malam Malai Rock Station Bistro di Ipoh

Dakwaan yang mengatakan artis Malaysia yang seorang ini, Awie buka kelab malam Malai Rock Station Bistro di Ipoh, Perak. Kalau sudah nama kelab malam yang “dipenuhi iblis dan syaitan” tidak sah kalau tidak menawarkan air kencing syaitan iaitu arak dan juga perempuan-perempuan seksi. Benarkah Awie?


Melihat koleksi gambar-gambar di bawah ini, anggapan kami mungkin di Jakarta ataupun di Thailand tetapi sangkaan kami meleset apabila lokasinya sebenarnya bertempat di Ipoh, Perak iaitu di negara kita Malaysia di mana terletak di belakang Jaya Jusco @ “Kinta City”.

Dakwaan artis Malaysia, Awie buka kelab malam di Ipoh Perak muncul apabila fanpage kelab malam Malai Rock Station Bistro, Ipoh sendiri berkongsi gambar di sini. Walaubagaimanapun, gambar-gambar di fanpage tersebut sekarang ini dilihat telah ditarik balik untuk tatapan umum…..

Dalam pada masa yang sama mungkin laporan berita Kosmo seperti di atas ini yang disiarkan pada 9 Disember 2012 yang lalu boleh membantu bagi menjawab persoalan ini….


Thursday, December 13, 2012

Asri: Persaingan PAS dan Umno demi Islam.. eh PKR bagaimana?

Umno dan PAS tidak perlu berhenti bersaing jika persaingan mereka itu bertujuan menawarkan khidmat yang lebih baik kepada rakyat. Persaingan untuk memberikan khidmat adalah persaingan yang sihat dan memberikan kebaikan bukan negara. Tidakkah kita lihat bahawa kewujudan persaingan di pasaran membolehkan orangramai mendapat barangan yang lebih berkualiti. Sementara monopoli tanpa saingan akan merosakkan kualiti khidmat dan merugikan orang awam.Persaingan PAS dan Umno jika atas dasar ingin menawarkan khidmat yang lebih baik, bukan kerana dendam dan permusuhan yang lahir dari politik kepuakan, akan memakmurkan masyarakat muslim secara khusus dan negara secara amnya. Jika persaingan itu atas slogan yang Allah firman (maksudnya) “Bersegeralah kepada kebaikan”(Surah al-Maidah, 48) maka ia menjadi pahala kebajikan untuk semua pihak yang terlibat.
Saingan politik

Monday, December 10, 2012

Laporan 'khalwat', PAS pertimbangkan tindakan undang-undang

KUALA LUMPUR, 9 Dis – PAS menafikan empat orang bukan Islam ditangkap kerana berkhalwat di Kelantan dan mengatakan bahawa kerajaan negeri mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap akhbar The Star kerana laporan yang tidak berasas untuk mewujudkan rasa takut di kalangan orang-orang bukan Islam.
Parti Islam itu turut berkata, akhbar milik MCA itu mengeluarkan laporan sedemikian untuk tuan politik mereka oleh kerana pilihan raya umum (PRU) yang bakal diadakan tahun hadapan.

Setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengecam keras laporan dalam The Star semalam sebagai “tidak berasas” dan “penipuan yang jelas” dengan mendakwa akhbar tersebut hanya bekerja demi tuan politiknya.

“Tanpa sebarang bukti, The Star melaporkan berita membuta tuli dan saya percaya kerajaan negeri Kelantan mempunyai asas untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar tersebut,” kata Mustafa kepada portal rasmi online PAS, Harakahdaily.
Beliau menjelaskan khalwat adalah kesalahan “yang hanya tertakluk dibawah pegawai penguatkuasa Islam dan perlu melalui mahkamah Syariah sebelum hukuman dijatuhkan”, sambil menambah laporan saman dikenakan ke atas orang bukan Islam kerana berkhalwat menunjukkan “kejahilan” pengarang akhbar tersebut mengenai undang-undang di negara ini.

Saturday, December 8, 2012

HEBAT.. Jalan ke Putrajaya semakin terbuka luas

ALOR SETAR: Para pemimpin Pakatan Rakyat yakin, jalan untuk ke Putrajaya semakin terbuka luas ekoran tanda-tanda yang ditunjukkan oleh para pemimpin Umno dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU 12) baru-baru ini.

Permohonan maaf Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dan tangisan perwakilan mereka yang berucap membayangkan tanda-tanda itu.

"Adakah perwakilan ini menangis kerana takut kehilangan kuasa," tanya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berucap di himpunan itu.

Pemimpin PAS di Kedah pula mengajak rakyatnya agar menjadikan usaha untuk ke Putrajaya sebagai kaedah untuk memudahkan pelaksanaan segala usaha untuk kepentingan negara dan rakyat.

Keyakinan dan harapan ini dikemukakan mereka dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti malam tadi. Lebih 20,000 rakyat Kedah memenuhi stadium terbuka ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak adalah pemimpin utama yang berucap di samping Haji Mohamad Sabu yang menjadi pengarah himpunan ini.
Selain memberikan ucapan, mereka juga mendengar ikrar dari wakil PAS, PKR dan DAP yang berjanji untuk memberikan kesetiaan kepada Pakatan Rakyat dan berjanji untuk bekerja bersungguh-sungguh bagi mempastikan Pakatan ke Putrajaya.

Himpunan kebangkitan rakyat peringkat negeri Kedah ini adalah yang ke empat selepas Seremban, Kota Bharu dan Batu Pahat, Johor. Esok himpunan akan diadakan di Melaka, Ahad ini di Pahang dan 14 dan 15 Disember depan di Paka, Terengganu.

"Saya berjanji akan berbuat apa saja untuk menaikkan martabat Islam dan orang Melayu di negara apabila berada di Putrajaya nanti," kata Anwar sambil menambah, "Saya berkata ini di depan semua pihak termasuk Cina dan India."

Anwar penuh keyakinan adalah tidak mungkin untuk PAS dan PKR untuk meminggirkan Melayu sebagaimana dituduh Umno.

Lim Kit Siang pula berkata, Umno di depan orang Melayu akan berkata, DAP akan memimpin negara ini dan menjadikan Malaysia negara Kristian. Anwar berjanji akan memastikan martabat Islam dan Melayu terjamin di bawah Pakatan. MCA pula di depan orang Cina berkata PAS akan menjadikan Malaysia negara Islam.

"Semua ini adalah cara nak pecah belah," kata Kit Siang.

Kit Siang juga mempersoalkan, apakah sebenarnya yang diminta maaf oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib ketika PAU 12 baru-baru ini.

"Adakah kerana menjadikan Malaysia negara yang paling korup di kalangan perdana menteri Malaysia yang ada," kata beliau mengulas indeks korupsi negara yang sedikit menurun tetapi masih tertinggi berbanding indeks korupsi Malaysia di bawah perdana menteri sebelum ini.

Thursday, December 6, 2012

Mana satu?? UMNO kata DAP anti islam/melayu, MCA kata sebaliknya!

Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow mempersoalkan sama ada kerajaan negeri kini menuju ke arah Islamisasi dengan membangkitkan bahawa peruntukan bagi hal ehwal agama Islam meningkat 300 peratus tetapi tidak banyak diberikan kepada Dewan Perbandaran Cina Pulau Pinang.
 

"Ketua Menteri Lim Guan Eng selalu mengusik pemimpin sebelumnya Koh Tsu Koon takut kepada Umno tetapi semasa pentadbiran (Koh), tidak ada begitu banyak peruntukan untuk majlis agama Islam,| katanya seperti dipetik dalam akhbar berbahasa Cina.

"Lim lebih takut kepada PAS. Mereka hanya menang satu kerusi di Pulau Pinang, kenapa mereka perlu takut (kepada PAS) seperti ini?," katanya dalam satu majlis makan malam anjuran MCA di Bagan – kawasan parlimen yang diwakili Lim – pada Isnin lalu.

Tuesday, December 4, 2012

Kuasa Eksekutif, Legislatif, dan Judisiari mula bergolak

KUALA LUMPUR, 28 Nov — Tan Sri Musa Hassan menuduh menteri Kabinet dan ahli politik sering cuba campur tangan dalam siasatan polis dan membuat penahanan semasa beliau berkhidmat sebagai Ketua Polis Negara dan mendakwa ia masih berlanjutan.

Musa yang bersara pada September 2010 menamakan salah seorang menteri tersebut ialah Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai antara ahli politik itu dalam satu sidang media hari ini dan mendakwa keenggannya mengikut arahan tersebut menyebabkan beliau tidak disambung kontrak.

Beliau turut mengkritik penggantinya, Tan Sri Ismail Omar sebagai seorang pegawai yang hanya mengikut perintah kepada ahli politik yang berpengaruh.

“Terdapat banyak keraguan daripada pegawai polis yang dikatakan menerima arahan bukan daripada (pegawai tertinggi mereka) tetapi daripada Kementerian Dalam Negeri.

Friday, November 30, 2012

MB Pahang : Potong telinga saya jika DAP menang

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob percaya loji Lynas merupakan isu di Kuantan sahaja dan tidak akan menjejaskan peluang BN di Pahang dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau memberi contoh kawasan Bentong yang menurutnya tidak akan dimenangi DAP.

"... DAP tidak boleh menang di Bentong. Tidak boleh menang. Jika DAP menang di Bentong, anda potong teliga saya, saya terjun Sungai Pahang. (DAP) tidak boleh menang," katanya.

Ditanya sama ada referendum mengenai Lynas itu hanya terhadap di Kuantan, Adnan menjawab: "... jika kita menang di Kuantan, selesai. Lynas bukan isu lagi."

Adnan yang juga pengerusi BN dan Umno Pahang menegaskan demikian ketika ditemui pemberita di perhimpunan agung Umno di PWTC hari ini.

Ditanya mengenai tahap keyakinannya dalam pilihan raya umum akan datang, Adnan berkata:

"Sangat, sangat yakin. (Kalau Lim) Guan Eng datang pun dia akan kalah. Betul. Jika MCA kalah di Bentong, MCA mesti tutup kedai.

"MCA adalah perimeter di Pahang, jika MCA kalah kepada DAP, lebih baik tutup kedai. Tapi jika MCA menang, DAP kena tutup kedai di Pahang," tegasnya.

Wednesday, November 28, 2012

Beristighfar banyak-banyak semasa mendengar ucapan dari UMNO dalam PAU kali ini

ASPAN ALIAS: Saya baru sahaja selesai mendengar bahagian akhir ucapan Muhyiddin Yassin dalam upacara perasmian Perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka PWTC. Dewan yang penuh sesak itu tidak pula menampakkan kehadiran yang ramai di luar dewan. Ucapan Muhyiddin terganggu sekejap kerana kesampaian Wanita nombor satu negara, Rosmah Mansor, bagi memberikan penghormatan kepada isteri Perdana Menteri yang jelita itu.

Pada keseluruhan ucapan itu, ia tidak ada apa-apa perbezaan dan kelainan dari ucapan-ucapan pada tahun-tahun yang lalu. Hanya yang kita dapati perbezaannya ialah ucapan yang menumpukan hentakkan terhadap Ketua Pembangkang Anwar dan mengejek-ngejek PAS dan DAP.

Itu sememangnya biasa kerana kalau tidak melakukan hentakkan kuat terhadap pembangkang ia bukanlah ucapan Muhyiddin atau pun Najib. Kalau tidak menghina pimpinan pembangkang mereka bukannya Najib atau Muhyiddin. Tetapi itu tidak mengapa. Dalam politik masakini janganlah kita harapkan mereka hendak mengakui kebaikan yang telah dilakukan oleh PR dalam negeri-negeri yang ditadbir oleh pihak Pakatan Rakyat itu.

Monday, November 26, 2012

Doa Kehancuran Dibolehkan Jika Dizalimi - Dr.Asri

Kota Bharu - Umat Islam boleh memohon doa kehancuran jika merasa diri mereka ditindas dan juga dizalimi.

Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, secara umumnya sesiapa sahaja boleh memohon doa kehancuran sekiranya merasakan diri dizalimi.
“Kita ada beberapa perkara yang perlu dipisahkan, isu politik dan fakta, jangan kerana kerana kita berpolitik, kita menafikan fakta.

"Pertama, persoalannya, adakah boleh kita mendoakan orang yang menzalimi kita agar ALLAH SWT mengambil tindakan kepadanya, itu persoalan yang biasa, jangan letak pada Pas atau Umno.

“Misal kata ada orang menganiaya atau menzalimi kita, boleh ke kita berdoa kepada mereka? "Jawapannya boleh, tidak timbul isu tidak boleh mendoakan kehancuran sesama Islam,” katanya kepada Sinar Harian pada Program Kembara Ilmu Bersama Dr Maza di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu doa kehancuran yang dibacakan adik Mursyidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat semasa mengimamkan solat hajat sempena muktamar tahunan parti itu 15 November lalu.

Asri berkata, doa memohon kehancuran ini bukan suatu yang baru, malah wujud sejak zaman Rasulullah lagi apabila terjadi kepada para sahabat, tetapi dilakukan secara berkias (berlapik).

Bagaimanapun mengakui kurang bersetuju dengan pendekatan doa tersebut yang dilihat keluar dari kesantunan, Asri berkata, ia sepatutnya mengikut adab- adab berdoa dan mengetepikan rasa amarah.

“Kadang-kadang tak nampak macam doa, dari segi adab-adab yang lain seperti terlalu menjerit, nampak macam terkeluar dari kesantunannya, kita boleh berdoa kepada orang yang menzalimi, bukan doa kerana marah perbezaan parti, tetapi doa kerana kezaliman,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai ulama Umno, Asri berkata, parti itu memerlukan suatu panduan untuk memandu pergerakan dan perjuangannya, dan satu majlis yang terdiri daripada golongan ulama perlu diwujudkan.

“Pas sebenarnya antara benda yang meletakkan kepercayaan orang ramai terhadapnya adalah Majlis Syura Ulama yang memandunya dalam banyak perkara,” katanya. 

“Ulama tidak semestinya menjadi pemimpin atau presiden, jadi ahli dewan yang memandu, itu perlu diambil kira supaya Umno juga ada pemandu dari satu majlis yang bukan untuk mempolitikkan agama tetapi membimbingnya supaya semua parti dikawal oleh elemen agama,” katanya.

Kontroversi doa yang dibaca oleh adik Menteri Besar Kelantan iaitu Nik Razi Nik Mat Mendoakan kalahkan UMNO selepas solat hajat dalam satu rapat rakyat di stadium Sultan Muhamad Ke IV malam Jumaat lalu

"Ya Allah mudahkanlah perjalanan kami ke putrajaya 3x
Ya Allah hukumkanlah UMNO BN 3x
Dalam pilihanraya ke-13 ini, kezaliman UMNO BN 50 tahun lebih kepada agama Mu, kepada hamba Mu kepada negeri kami. Ya Allah, Engkau lebih mengetahui tentang hal kami.

Kami hambaMu datang dari tempat jauh dan dekat, berkumpul di tempat yang penuh berkat, di malam bersejarah ini. Ya Allah Engkau lebih mengetahui mengenai kami. Kami hamba-hambaMu Ya Allah, datang dari jauh dan dekat berkumpul di malam yang berkat.

Ya Allah ampunila dosa kami. Dosa kedua ibu bapa kami 3x.
Janganlah Engkau mengazabkan kami Ya Allah, kami hamba-hambaMu.

Sekiranya Engkau ampuni dosa kami, Engkau Tuhan pengampun lagi maha penyayang penuh kasih sayang.
Ya Allah, kuatlah iman kami. murahkan rezeki, amankan rumahtangga, negeri dan negara kami, cemerlangkanlah anak-anak kami.

Anak-anak kami adalah amanah dariMu Ya Allah. Berilah mereka berjaya di dunia dan di akhirat nanti. Berilah mereka berjaya untuk menolong Sunnah Muhammad SAW.

Ya Allah hukumkan UMNO.
Ya Allah hukumkan UMNO BN.
KO BN, KO BN, BN KO, KO BN, BN KO, KO BN, BN KO, dalam pilihanraya ke - 13 ini Ya Allah.  
Mudah-mudahan perjalanan kami ke putrajaya Ya Allah dengan begitu mudah sekali, permudahkan dengan pertolongan Mu Ya Allah.

Kalau la Engkau Ya Allah pernah tenggelamkan Firaun di dalam laut, Engkau telah izinkan bumiMu telah Qarun, Ya Allah, Engkau telah melaknatkan Namrud.. dan begitu juga Abu Lahab, maka sungguh mudah untuk Engkau bagi jahanamkan UMNO dan BN dalam pilihanraya ke - 13.

Tidak larat kami nak lihat anak-anak kami dalam suasana tidak selamat, dalam dan luar rumah.. ragut, rogol, bakar, cincang manusia dan macam-macam jenayah, Ya Allah habislah negara kami ini dijual oleh UMNO.. Singapura dah habis Ya Allah, Batu putih.. putih Ya Allah.. Ya Allah Tanjung pagar.. rapat ke pagar Ya Allah ...

HANCUR UMNO.. TUMBANG BN.. [pengikut]

Saturday, November 24, 2012

Bekas KPN tidak setuju dengan saman AES

KUALA LUMPUR, 23 Nov (M'Insider) Penguatkuasaan undang-undang tidak seharusnya diswastakan kerana ia hanya akan menimbulkan persepsi bahawa kerajaan hanya mahu membuat keuntungan ke atas rakyat, kata bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan, selepas Parlimen meluluskan sistem penguatkuasaan automatik tersebut untuk mendenda pengguna jalan raya yang memandu melebihi had laju.

Beliau mengulas tentang isu kontroversi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dibantah orang ramai dan ahli parlimen pembangkang kerana motif keuntungan dalam perjanjian konsesi kepada dua syarikat swasta yang dilantik untuk memasang dan menguruskan kamera berkelajuan tinggi itu dalam masa lima tahun.

“Bagi saya, penguatkuasaan tidak boleh diswastakan.

Thursday, November 22, 2012

Sokongan Melayu di Perak, S'gor & Johor meningkat

KUALA LUMPUR: Hasil kajian terbaru mendapati sokongan orang Melayu kepada Pakatan Rakyat sejak kebelakangan ini meningkat dengan ketara sekali.

Kajian yang dibuat di tiga negeri iaitu Selangor, Johor dan Perak mendapati sokongan Melayu meningkat antara 3 - 8 peratus di ketiga-tiga negeri ini.

Di Selangor, sokongan kepada Pakatan di negeri itu meningkat sehingga lebih 55 peratus di kalangan pengundi Melayu. Sokongan Cina dan India di Selangor untuk Pakatan juga sangat membanggakan antara 60 - 75 peratus.

"Isu penting adalah kejayaan kerajaan negeri Selangor membukti pentadbiran yang cemerlang dalam semua segi," kata pengkaji itu tanpa mahu menyebut sumbernya.

Isu serangan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek terhadap Islam, rasuah dan salahgunakuasa yang semakin terdedah dalam BN, kebajikan yang diperolehi oleh rakyat dari kerajaan negeri dan sebagainya menjadi isu-isu penting di atas peningkatan ini.


Nik Aziz akan saman Utusan isu tuduhan murtad

Setiausaha akhbar Tuan Guru Nik Aziz iaitu Ahmad Fadhil Shaari hari ini menyatakan akan mengemukakan saman terhadap Utusan Malaysia kerana memfitnah dan memanupulasi kenyataannya seolah-olah mengatakan Nik Aziz menuduh UMNO murtad!

Sebenarnya tidak sekali menuduh demikian. Kenyataan itu adalah bersifat umum dalam batasan iman dan kufur supaya semua pihak bertindak dengan betul menjaga iman masing-masing. ujarnya. Baca berita penuh di Harakah hari ini.

TRANSKRIP kenyataan Nik Aziz dalam kenyataan media kepada pemberita di Muktamar PAS ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK) 18 November lalu itu diperbesarkan oleh UMNO dan menimbulkan isu kononnya Nik Aziz menuduh UMNO murtad.

"Bila UMNO buang Islam, maka UMNO ugama apa? Saya ulang sekali lagi, bila Umno tolak Islam dalam dasar hidup dia, maka ugama apa yang Umno pakai?
Bila Umno tolak Islam dalam dasar parti dia, maka Umno (asasnya) samada Kristian ke, Buddha ke, atau takde ugama?

Timbul masalah murtad ..... Murtad ni khabarnya (kepada) orang Kristian ... (dan kepada) paderi-paderi dia ... saya kata tidak. Yang menjadikan orang Melayu murtad ni kerana orang Melayu sendiri memperlekeh Islam.

"UMNO tolak Islam, maka NAMPAK dia lekeh, perlekehkan Islam."

Monday, November 19, 2012

Hujah 'Nik Aziz Dakwa UMNO Murtad'

"Tajuk muka hadapan Utusan Malaysia hari ini (Isnin 19 Nov) yang menulis 'NIK AZIZ DAKWA UMNO MURTAD' adalah satu pembohongan yang besar ke atas saya. Barangkali gaji mereka yang bertanggungjawab menabur fitnah ini cukup besar sehingga berbaloi utuk menebus dosa akibat fitnah. Insya-allah saya akan mengemukakan saman ke atas fitnah terbaru ini." ujar Nik Aziz di Facebook.
MSO: Kenyataan dan ulasan Nik Aziz, Umno sebagai murtad adalah benar dan persepsi cermin keyakinan agamanya. Apabila Umno tidak mahu melaksanakan Islam dan hanya bercakap saja, ianya ada ciri-ciri munafik dan murtad. Murtad bukan sahaja meninggalkan agama Islam dengan memeluk agam lain. Murtad ialah seseorang yang tidak patuh dan ingkar atau bertindak di luar batas-batas syariat Islam. Sesetengah ulamak menghukumkan pesalah murtad dengan hukuman mati.

Sunday, November 18, 2012

Israel bedil lebih 950 peluru ke Gaza sehingga sabtu lalu

 An explosion and smoke are seen after Israeli strikes in Gaza City

 Palestinian youths attend a rally held in the refugee camp of Ain el-Helweh on the outskirts of the southern Lebanese city of Sidon
 Palestinians inspect the rubble of a destroyed house after an Israeli airstrike next to a mosque, back, in the Jabaliya refugee camp, northern Gaza Strip
 The sister of Audi Naser, a 10 -year-old boy was killed in an Israeli air strike, cries during his funeral in Beit Hanun, northern Gaza Strip
 Overnight, Israeli strikes hit two media centres in Gaza city as Israel widened its range of targets to go after military commanders of the territory's Hamas rulers
Gaza's Hamas Prime Minister Ismail Haniyeh and Egyptian Prime Minister Hesham Kandil visit a man wounded in an Israeli strike, at the hospital in Gaza City

Thursday, November 15, 2012

Ketua Ulama PAS nasihat Harussani juga bertaubat..

KOTA BHARU 15 Nov: Ketua Dewan Ulamak PAS, Datuk Harun Taib berpendapat, jika Mufti Perak, Datuk Harussani meminta Nutul Izzah Anwar bertaubat kerana kenyataannya, dia (Harussani gambar) juga harus bertaubat juga.

"Bagi saya dia (Nurul Izzah) tidak perlu (taubat) kerana taubat kalau buat kesalahan besar. Jika itu kena bertaubat, Harussani juga kena taubat kerana dia tak sokong perjuangan Islam," kata Ustaz Harun Taib.

Ustaz Harun berkata demikian ketika ditanya oleh wartawan tentang kenyataan Harussani yang meminta Nurul Izzah bertaubat kerana berkata, tidak ada paksaan dalam agama.

Saturday, November 10, 2012

Nurul Izzah Tak Bernasib Baik Kerana Berada Dipihak Pembangkang

KOTA BHARU - Sekalipun mengakui bahawa Nurul Izzah Anwar mungkin telah mengeluarkan kenyataan yang 'celaru', tetapi Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih mempertahankannya dan menyifatkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak bernasib baik kerana berada di pihak pembangkang.

Nik Abdul Aziz berkata, pelbagai pihak sengaja memburukkan dan memberi maklum balas keterlaluan ke atas Nurul Izzah seumpama bunyi bising kuat daripada 'meriam buluh dan meriam besi' walaupun anak Ketua Pembangkang itu hanya menyuarakan sedikit pandangan.

Beliau turut membandingkan kesnya sebelum ini yang didakwa 'bapa kafir' oleh seorang bekas Ketua Polis Negara tetapi tidak pula mendapat sorotan media kerana tuduhan itu mengena ke atas seorang pimpinan pembangkang.

Friday, November 2, 2012

NAZRI AZIZ: Anak saya bukan isteri, tak perlu beritahu apa dia buat!

KUALA LUMPUR, 1 Nov (MInsider) — Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata beliau tidak melihat sebarang kesalahan dengan anaknya yang didakwa menggunakan kereta mewah yang dimiliki Michael Chia, dengan mengatakan hubungan Nedim dengan peniaga balak Sabah itu tidak berkaitan dengan jawatannya selaku menteri kabinet.

Beliau memberitahu wartawan bahawa beliau tidak mengawal setiap pergerakan Nedim kerana beliau sudah dewasa, dan menambah jika anaknya menggunakan kereta Chia, itu adalah urusan peribadi anaknya dengan Chia.

"Saya tidak tidur dengan anak saya, saya bukan homoseksual. Anak saya bukan isteri atau kekasih saya. Apa yang dia buat, dia tak perlu beritahu saya.

"Ini urusan anak saya dan Chia. Jika Chia mahu memberikan Nedim Hummer atau Ferrari, itu bukannya urusan dengan saya. Saya yang menteri, bukan anak saya," kata Nazri (gambar) kepada wartawan apabila ditemui oleh wartawan di Parlimen hari ini.

Monday, October 29, 2012

MCA mendedahkan siapakah UMNO

Datuk Seri Abdul Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Kenyataan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden MCA yang secara terbuka  menentang Syariat Islam,  khususnya undang-undang jenayah hudud,  adalah menyerlahkan sikap Barisan Nasional yang sebenar.

Perlu diingat bahawa UMNO adalah parti teras dalam BN, yang wujud bersama MCA, MIC, GERAKAN dan lain-lainnya sebagaimana yang kita ulangi sudah pun diberi amanah menerajui pemerintahan negara Malaysia ini selama lebih dari lima puluh tahun.

Hakikatnya ialah, bahawa UMNO memimpin kerajaan pusat dan kebanyakan kerajaan negeri, dengan adanya Biro Agama dalam UMNO itu sendiri, dalam kerajaannya ada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam - yang diletakkan  dibawah Jabatan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO,dan ada menteri penjaganya.

Layanan sempoi untuk MB Kelantan dan tetamu kehormat

(Datuk Ismail Kamus makan tengahari bersama TG Nik Aziz di Kota Darul Naim hari ini)
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menerima kunjungan hormat, Ustaz Datuk Ismail Kamus di pejabatnya.

Mereka berdua kemudiannya makan tengahari bersama di pejabat itu dengan hidangan nasi bungkus yang dibeli oleh kakitangan pejabat MB. Ustaz Ismail Kamus adalah tokoh agama terkenal yang pernah menjadi Adun Gombak Setia setelah menang dalam pilihan raya umum 1999.


Namun beliau kemudiannya kalah dalam pilihan raya umum 2004 di kerui yang sama. Ustaz Ismail terkenal dengan ilmunya dan popular dalam siri ceramah dan Forum Perdana Hal Ehwal Islam.


Beliau juga terkenal dengn rawatan As Syifa' dan mempunyai ramai anak murid dalam bidang perubatan ini.
-Hrkh

Thursday, October 25, 2012

Asri: Ulama sertai Umno HANYUT!

SHAH ALAM 24 Okt – Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, tokoh-tokoh ulama yang menyertai Umno "hanyut", antara kerana tidak boleh menerima persekitaran politik parti teras Barisan Nasional (BN) itu.

Asri, antara tokoh agama yang melihat arena politik tempatan dari dekat berkata, pengalaman masa lalu menunjukkan bahawa sebahagian ulama yang menyertai Umno tidak timbul dalam peranan disebabkan kewujudan amalan politik wang.

Katanya, ulama-ulama terbabit tidak dapat mengadaptasikan pendekatan dan persekitaran politik diamalkan dalam Umno.
Sambil menekankan bahawa peranan ulama dalam pemerintahan bukan sesuatu yang baru dan telah wujud sejak zaman nabi lagi, ahli akademik ini menambah: "Tapi, masalah dalam parti pemerintahan, politik wang selalu digunakan dalam Umno, ini akan menyebabkan para ulama hanyut."

Sunday, October 21, 2012

MCA ANTI ISLAM!!! UMNO mesti keluar BN

1. Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sejak kebelakangan ini dilihat begitu ketara mempamerkan sikap prejudis terhadap Islam dan syariatnya. Lebih malang, UMNO sebagai parti sekutunya pula kelihatan tidak bertindak bagi mempertahankan kesucian Islam mahupun mengambil tindakan tegas ke atas Presiden MCA tersebut.

2. Antara sikap prejudis Presiden MCA terhadap Islam ialah :

• Mengaitkan negara Islam sebagai negara teokratik.
• Mencerca dan menghina ajaran Islam yang melarang perempuan dan lelaki yang bukan mahram   dari bersentuhan.
• Memprovokasi dan menyindir sambutan Aidil Adha dengan menggambarkan seolah-olah pihak berkuasa tempatan di Kelantan memaksa supaya kedai-kedai di tutup pada Hari Raya.
• Mengaitkan Islam sebagai punca kepada negara yang mempunyai majoriti rakyat beragama Islam menjadi tidak demokratik, mundur, tidak mencapai taraf pembangunan global, dipalit rasuah dan lain-lain lagi.


3. Semasa Berkempen dalam Pilihanraya Kecil DUN Tenang, Presiden MCA pernah menyebut :

• “What’s so great about knowing Muslim values?”
“Apa baiknya untuk mengetahui tatasusila/nilai orang Islam?”
“Normala tidak akan datang ke Kuil Cina, dia juga tidak akan berjabat tangan dengan orang. Saya menerima aduan tentang ini. Dia (Normala) seperti Isteri Anwar Ibrahim yang memakai sarung tangan. Jika anda boleh terima nilai Islam yang sebegini silakan mengundi PAS”

5. Sebelum ini, pada 6 Ogos 2010 di Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star Dr Chua telah mendakwa bahawa Umno dan PAS menggunakan agama bagi meraih sokongan di kalangan masyarakat Melayu. Apabila dua parti Melayu yang dominan itu bersaing. Dr Chua mendakwa bahawa kesannya akan wujudlah dasar yang tidak progresif lalu menyebabkan negara terperangkap dalam kategori penduduk berpendapatan sederhana untuk lebih 10 tahun.(tidak maju)


6. Akhbar MCA Hina Islam: “Undang-undang itu (Enakmen Jenayah Syariah Selangor) jika dilaksanakan adalah langkah kebelakang dan terlampau bodoh untuk digambarkan” The Star.
7. “MCA sedia keluar BN jika HUDUD dilaksanakan”- Presiden MCA Chua Soi Lek 23 September 2011. Keesokkan harinya pula pada 24 September Datuk Seri Najib mengeluarkan kenyataan berikut untuk menjaga hati MCA : “Hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia, Hudud tidak berpaksi kepada realiti”

8. Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim Siang Chai tegas menghalang sebarang usaha penubuhan kerajaan Islam di Selangor . Penegasan dibuat kepada ahli-ahli MCA pada Konvensyen MCA Negeri Selangor bertarikh 18 Ogos 2012

9. Ng Kiam Nam seorang peguam dan ahli seumur hidup MCA membantah laungan azan yang berkumandang di Masjid Khadijah Pantai Dalam. Kononnya azan itu dengan suara yang kuat Lalu JAWI mengarahkan masjid perlahankan Azan.


10. Pada 16 Januari 2012- Menteri Pelancongan, merangkap naib presiden MCA, Dato' Sri Dr. Ng Yen Yen, memperlekeh dan 'menghentam' langkah Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yg melarang pekerja muslim dari bekerja di tempat - tempat hiburan yang terlibat dgn arak. Katanya langkah itu mesti dibatalkan kerana bertentangan dengan hak asasi manusia. (sedangkan Kerajaan Selangor berusaha dapatkan pekerjaan alternatif kepada orang Islam yang sedang bekerja di premis arak)

11. Bekas ADUN MCA Subang Jaya, Lee Hwa Beng telah menulis dalam Twitternya bahawa negara Islam seperti dicanangkan oleh PAS akan mengharamkan semua agama. Katanya, "Sebagai penganut Kristian, kita seharusnya takut akan negara Islam daripada perkara yang lain. Mengapa DAP menolong PAS mencapai tujuan itu." soal Lee kepada penyokong DAP. Katanya lagi "Salah satu Perintah Tuhan ialah menentang negara Islam.


12. The Star [ Akhbar MCA ] adalah antara akhbar yang kerap mempersendakan Islam. Sebagai contoh :

• Pertama ialah tulisan seorang editor The Star yang mempertikaikan tindakan Mahkamah Syariah di Pahang yang menjatuhkan hukuman sebat terhadap seorang wanita yang meminum arak.

• Kedua adalah kes daging babi panggang untuk berbuka puasa yang disiarkan bulan Ramadhan. (The Star pada 10 Ogos 2011. Di bawah tajuk tersebut ada ditulis penerangan iaitu "Authentic prime pork ribs will certainly delight your taste buds".)

• Ketiga penyiaran gambar penyanyi Amerika, Erykah Badu yang bertatoo nama Allah pada dadanya yang terdedah.


13. Terkini Pengerusi MCA Negeri Kedah Datuk Chong Itt Chew mempertikai dan memperkecil usaha Majlis Bandaraya Alor Star memperkenalkan Kod Pakaian model Papan Tanda Iklan yang meletakkan pakaian yang menutup aurat bagi model Muslim dan berpakaian sopan bagi non muslim.

14. Sekali lagi, apa yang malang ialah sikap membisu sejuta bahasa oleh UMNO sebagai sekutu rapat MCA dalam Barisan Nasional berdepan sikap pemimpin MCA yang konsisten memperlekeh dan mempersenda Islam dan syariatnya.


Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Friday, October 19, 2012

Slogan NAJ1B sekadar bodek

SLOGAN BODEK tak berilmiah dan terlebih cuka! Buat rakyat jadi menyampah dan tambah menyampah Saya YAKIN ramai yang baca tak kira tua atau muda reaksi pertama adalah - NAJIB.  

Abdullah Badawi dengan Islam Hadharinya, dan kini Datuk Seri Najib Razak dengan promosi 1Malaysia dengan iringan puluhan slogan yang telah digunakan BN hanya sebagai penyedap kata? , namun tetap gagal difahami meskipun orang sebijak Tun Dr Mahathir mengenai maksud slogan tersebut, apatah lagi rakyat Malaysia.


LUMUT, 18 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan "Gagasan NAJ1B", iaitu lanjutan kepada pendekatan Gagasan Aman Jaya yang selama ini dipraktikkan dalam pentadbiran kerajaan negeri Perak.

Gagasan NAJ1B yang merupakan akronim kepada Gagasan Negeri Aman Jaya 1Malaysia Bersatu, cetusan idea Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, dilancarkan sempena program Jamuan Janji Ditepati, di sini.

Majlis itu merupakan antara beberapa acara yang dihadiri Perdana Menteri sempena lawatan beliau ke Teluk Intan, Seri Manjung dan Lumut.

Zambry berkata Gagasan NAJ1B akan memperkukuh lagi slogan "Tiada Tertinggal Tiada Terpinggir" dalam memastikan semua rakyat mendapat nikmat daripada limpahan kemakmuran negeri di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional. Bernama

Monday, October 15, 2012

Ceramah TIBAI di Sungai Rokam penuh dengan maki hamun

 Zahid Mat Arip bekas Naib Pemuda PKR sebagai wakil TIBAI dan Zulkifli Nordin bekas ahli Parlimen PKR dari Kulim sebagai wakil JATI di ceramah bersama UMNO dan Perkasa
Sebahagiannya golongan remaja yang diangkut dengan lebih dari 10 buah bas bagi meramai orang
 Bas-bas menurunkan penumpang dari luar kawasan jika tidak ceramah Hamidah Osman sudah tentu tiada sambutan.
Bukan datang sahaja.. cukup dengan jamuan makan, kenderaan dan upah