Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob percaya loji Lynas
merupakan isu di Kuantan sahaja dan tidak akan menjejaskan peluang BN di
Pahang dalam pilihan raya umum akan datang.
Beliau memberi contoh kawasan Bentong yang menurutnya tidak akan dimenangi DAP.
"...
DAP tidak boleh menang di Bentong. Tidak boleh menang. Jika DAP menang
di Bentong, anda potong teliga saya, saya terjun Sungai Pahang. (DAP)
tidak boleh menang," katanya.
Ditanya sama ada referendum
mengenai Lynas itu hanya terhadap di Kuantan, Adnan menjawab: "... jika
kita menang di Kuantan, selesai. Lynas bukan isu lagi."
Adnan
yang juga pengerusi BN dan Umno Pahang menegaskan demikian ketika
ditemui pemberita di perhimpunan agung Umno di PWTC hari ini.
Ditanya mengenai tahap keyakinannya dalam pilihan raya umum akan datang, Adnan berkata:
"Sangat, sangat yakin. (Kalau Lim) Guan Eng datang pun dia akan kalah. Betul. Jika MCA kalah di Bentong, MCA mesti tutup kedai.
"MCA
adalah perimeter di Pahang, jika MCA kalah kepada DAP, lebih baik tutup
kedai. Tapi jika MCA menang, DAP kena tutup kedai di Pahang," tegasnya.
No comments:
Post a Comment