Asri, antara tokoh agama yang melihat arena politik tempatan dari dekat
berkata, pengalaman masa lalu menunjukkan bahawa sebahagian ulama yang
menyertai Umno tidak timbul dalam peranan disebabkan kewujudan amalan
politik wang.
Katanya, ulama-ulama terbabit tidak dapat mengadaptasikan pendekatan dan persekitaran politik diamalkan dalam Umno.
Sambil menekankan bahawa peranan ulama dalam pemerintahan bukan sesuatu
yang baru dan telah wujud sejak zaman nabi lagi, ahli akademik ini
menambah: "Tapi, masalah dalam parti pemerintahan, politik wang selalu
digunakan dalam Umno, ini akan menyebabkan para ulama hanyut."
“Selain itu, kalau kita lihat dalam persekitaran Umno, agama mereka
tidak kuat dan ini akan memberi kesan kepada para ulama sekiranya
menyertai Umno," kata Asri pada siri Wacana Sinar Harian ke-15 bertajuk
"Peranan Ulama, Menasihati Pemimpin” semalam. Wacana dianjurkan oleh
Sinar Harian.
Selain itu, Asri turut menegaskan, tugas ulama sepatutnya menegakkan
keadilan sosial dalam masyarakat, bukannya berpihak kepada mana-mana
parti politik.
“Jangan pula kita meraikan ulama yang mengampu mana-mana parti politik,
ini kerana agama tidak membenarkan ikut sesuatu yang kita tiada ilmu
mengenainya," jelas Asri.
Pada masa sama, Asri turut menegaskan bahawa sekiranya percaturan wang
dalam politik sering digunakan oleh mana-mana parti termasuk Umno
sendiri, tampuk pemerintahan itu seharusnya berundur.
“Dalam pemerintahan, kita tidak sepatutnya menggunakan wang untuk sesuatu agenda politik, tapi perlu menjaga kebajikan rakyat. Tapi apa yang dilihat sekarang, pemerintahan Umno masih menggunakan
wang. Amalan menghulur semakin subur dalam kalangan pemimpin.
“Jadi, sekiranya ini berterusan, Umno patut berundur,” jelas beliau lagi.
No comments:
Post a Comment