KUALA LUMPUR: Hasil kajian terbaru mendapati
sokongan orang Melayu kepada Pakatan Rakyat sejak kebelakangan ini
meningkat dengan ketara sekali.
Kajian yang dibuat di tiga negeri
iaitu Selangor, Johor dan Perak mendapati sokongan Melayu meningkat
antara 3 - 8 peratus di ketiga-tiga negeri ini.
Di Selangor, sokongan kepada Pakatan di negeri itu meningkat sehingga lebih 55 peratus di kalangan pengundi Melayu. Sokongan Cina dan India di Selangor untuk Pakatan juga sangat membanggakan antara 60 - 75 peratus.
"Isu
penting adalah kejayaan kerajaan negeri Selangor membukti pentadbiran
yang cemerlang dalam semua segi," kata pengkaji itu tanpa mahu menyebut
sumbernya.
Isu serangan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek
terhadap Islam, rasuah dan salahgunakuasa yang semakin terdedah dalam
BN, kebajikan yang diperolehi oleh rakyat dari kerajaan negeri dan
sebagainya menjadi isu-isu penting di atas peningkatan ini.
Keberkesanan media kerajaan negeri Selangor, Selangorkini yang
diedarkan lebih 150,000 naskah setiap minggu juga menjadi faktor
peningkatan sokongan ini.
"Yang menariknya, perubahan ini akan mempengaruhi sokongan Melayu di
negeri-negeri lain kerana ramai pengundi yang tinggal di Selangor adalah
pengundi lain-lain negeri termasuk Kelantan, Terengganu dan Kedah,"
kata sumber itu.
Di Johor pula, kajian yang dibuat oleh sebuah
pusat pengajian tinggi pula mendapati sokongan terhadap Umno di kalangan
pengundi Melayu negeri itu merosot sehingga 3 - 5 peratus.
"Saya
diberitahu oleh seorang profesor, sokongan Melayu Johor kepada Umno
merosot teruk berbanding pilihan raya 2008 lalu," kata Naib Presiden
PAS, Salahudin Ayub dalam satu majlis di Batu Pahat baru-baru ini.
Selain pengundi Melayu, pengundi Cina lebih ketara berubah sokongan kepada Pakatan Rakyat iaitu sehingga 85 peratus.
"Namun
kena ingat, walaupun hingga 85 peratus pengundi Cina sokong DAP di
Johor, hanya 65 peratus sahaja yang akan menyokong calon PAS sehingga
kini. Oleh itu, PAS perlu berbuat sesuatu untuk mendapat undi
ini (yang sokong DAP tetapi tidak sokong PAS)," kata seorang profesor
kajian politik kepada Harakahdaily.
Di Perak pula, kajian yang dibuat mendapati sokongan orang Melayu kepada Pakatan juga meningkat.
"Berdasarkan
maklumat yang diberikan kepada saya, kita boleh dapat 35 - 36 kerusi
DUN di Perak jika pilihan raya diadakan sekarang," kata Dr Mohamad Nor
Manuty kepada Harakahdaily berdasarkan satu kajian yang dibuat di negeri
itu.
No comments:
Post a Comment