Saya telah diarahkan oleh YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan untuk
membuat sedikit penjelasan berkenaan isu sekeping tanah seluas tanah
10,526 hektar milik kerajaan negeri Kelantan yang didakwa sebagai habuan
kepada pemimpin DAP Perak agar mereka sudi menyerahkan kerusi Menteri
Besar Perak kepada PAS selepas pilihanraya umum 2008. Ia dilaporkan di
dalam blog pisau.net yang kemudiannya dijadikan asas kepada laporan
polis oleh sebuah badan bukan kerajaan Barisan Bersatu Nambikkai
(Nambikkai) pada 19 Mac 2012. Ia juga turut dilaporkan oleh Utusan
Malaysia pada 20 Disember 2012.
Hakikatnya, ini satu lagi fitnah UMNO/Barisan Nasional yang cuba
memperdayakan rakyat dengan isu-isu ciptaan mereka khususnya menjelang
pilihanraya umum yang ke13. Peluru-peluru terakhir UMNO/BN ini kelihatan
berterabur kerana dilancarkan dalam keadaan panik dan kelam kabut
ekoran kebimbangan akan terlucut kuasa selepas pilihanraya nanti.
Barangkali UMNO lupa bahawa merekalah yang telah menukar status tanah
rizab melayu di bandar Baru Kubang Kerian ketika memerintah Kelantan.
Ini boleh dirujuk melalui Warta Kerajaan Kelantan 22 April 1990 (ketika
Kelantan masih diperintah oleh Barisan Nasional). Ini hanya sekelumit
dari 'jasa baik' UMNO terhadap tanah rezab Melayu.
Dalam isu tanah seluas 10,526 hektar yang didakwa sebagai habuan
kepada pemimpin DAP Perak, suka untuk dinyatakan bahawa kawasan tersebut
yang terletak di Hutan Simpan Relai, Gua Musang telah diluluskan kepada
Yayasan Islam Kelantan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan yang bersidang
pada 13 September 2000. Ia bertujuan untuk menjana pendapatan YIK bagi
tujuan menampung urusan pengajaran dan pembelajaran anak-anak di
sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan. Perlu diingatkan bahawa pada
tahun 2000, Pakatan Rakyat masih belum wujud dan masih belum membentuk
kerajaan di Perak.
Pada Disember 2000, Yayasan Islam Kelantan telah bersetuju menawarkan
Projek Usahasama memajukan tanah ini kepada sebuah syarikat.
Bagaimanapun syarikat tersebut ternyata tidak mampu untuk melaksanakan
kerja-kerja memajukan tanah terbabit dan ini menyebabkan Mesyuarat
Lembaga Yayasan Islam Kelantan pada 18 Ogos 2004 membuat keputusan agar
tawaran projek ladang hutan ini ditarik balik dan dibatalkan.
Tawaran kepada syarikat Upayapadu Sdn Bhd (pada masa itu
dipengerusikan oleh Dato Seri Wong Yeon Chai) pula dibuat melalui surat
Yayasan Islam Kelantan bertarikh 28 Ogos 2005 manakala perjanjian
ditandatangani pada 3 Mei 2006, hampir dua tahun sebelum pilihanraya
umum 2008. Ia merupakan usahasama projek melalui konsep pajakan dan
perjanjian selama 50 tahun dengan diberikan leasehold dan bukannya hak
milik. Ia juga menjana pendapatan YIK melalui kadar sewaan RM100.00
seekar setahun untuk kawasan getah klon dan RM150.00 seekar setahun
untuk kawasan kelapa sawit.
Pertukaran komposisi pengarah dan pegangan saham dalam Upayapadu
Plantation Sdn Bhd telah dimaklumkan kepada Yayasan Islam Kelantan pada
Mei 2012 di mana ekoran pertukaran tersebut, pihak syarikat dikehendaki
membayar sumbangan kepada YIK sebanyak RM1.5 juta.
Berasakan kepada kronologi di atas, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa :
1. Dakwaan yang menyatakan YAB Menteri Besar Kelantan telah
memberikan 'habuan' kepada pemimpin DAP Perak agar memberikan laluan
kepada calon PAS mengisis kerusi Menteri Besar adalah fitnah sama
sekali. Tarikh perjanjian dengan Upayapadu Sdn Bhd yang ditandatangani
pada 3 Mei 2006 dan pertukaran komposisi pada Mei 2012 adalah tidak
relevan dengan tarikh pilihanraya umum 8 Mac 2008 yang menyaksikan
Barisan Nasional hilang kuasa di Perak.
2. Dakwaan blog pisau.net bahawa 'sekelip mata mereka memperolehi
10,526 ekar dengan nilai pasaran melebihi 30 juta ringgit' juga adalah
dakwaan yang tersasar. Ini kerana tanah tersebut hanya dipajak dan tidak
diberikan hak milik. Pajakan pula hanya dalam tempoh 50 tahun sahaja.
Blogger terbabit wajib mendatangkan salinan geran tanah sebagai bukti
bahawa tanah tersebut telah dipindah milik.
3. Segala urusan perjanjian, pajakan dan transaksi dibuat dan
dilaporkan di dalam mesyuarat samada Mesyuarat Jawatankuasa Tetap
Kewangan, Tender, Pembangunan dan Pelaburan YIK atau Mesyuarat Lembaga
YIK. Ia dilakukan melalui prosedur yang sah dan tidak bertentangan
dengan undang-undang.
Saya kira, fitnah terbaru ini tentunya akan menyaksikan satu lagi
episod saman yang akan difailkan di mahkamah. Ia jelas merupakan satu
fitnah besar terhadap YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan. UMNO
hakikatnya sudah hilang punca untuk menonjolkan diri sebagai pejuang
Melayu sedangkan pada hakikatnya, merekalah pengkhianat kepada tanah
rezab Melayu.
Di Selangor misalnya, UMNO Bahagian Puchong telah cuba menjual
sebidang tanah rezab Melayu kepada sebuah syarikat Lagi Gemilang
Development Sdn Bhd yang mana pemiliknya adalah 75 peratus bukan
bumiputra. Ia disyorkan ditolak oleh Pengarah Tanah dan Galian Selangor
Darul Ehsan melalui sepucuk surat kepada Menteri Besar Selangor pada 25
Januari 2010. Inilah dia wajah UMNO yang sebenar!
Barangkali, UMNO meletakkan pihak lain seperti mereka di mana setiap
perkara memerlukan habuan dan balasan. Dalam hal ini, menarik juga untuk
dibincangkan apakah habuan yang diperolehi oleh UMNO ketika memberikan
laluan kepada parti GERAKAN untuk mengisi kerusi Ketua Menteri Pulau
Pinang satu ketika dulu... - 21 Disember 2012
Penulis ialah Setiausaha Akhbar YAB Menteri Besar Kelantan.
UMNO dan BN sudah memerintah Terengganu hampir 50 tahun..... Tapi Kenapa Pemuda UMNO, Puteri UMNO, Wanita UMNO dan Pemimpin2 UMNO Terengganu tetap memilih jadi bodoh?
ReplyDelete2013 - Tahun Paling Malang Rakyat Terengganu........ Lihat sendiri bukti kalau tak percaya...
~ BUKTI 1 ~
~ BUKTI 2 ~
~ BUKTI 3 ~
~ BUKTI 4 ~
Saya mohon sangat2 agar semua anak2 muda mengundi PR pada PRU ke-13. Mesti undi PAS, PKR dan DAP. Kita mesti ambil serius soal ekonomi dan perpaduan kaum. BN telah meninggalkan banyak hutang di setiap negeri. Ini akan membebankan kita.. Percayalah. Lihat sendiri selangor, bila PR memerintah kurang 5 tahun, hutang berkurang. Bandingkan dengan Terengganu yang diperintah BN sejak 50 tahun dulu... Kat mana hebatnya Pemimpin UMNO yang menafikan kewibawaan Pemimpin Pakatan Rakyat? Mereka pun tahu tapi tetap mahu menafikannya.. sememangnya betul.. ( Buktikan kalau saya bercakap bohong)
Terang2 tak wujud perpaduan dalam BN. MCA dan MIC terang2 menolak BN.
Pastikan anda memberitahu rakan2, emak ayah dan saudara yang kurang tahu soal ekonomi dan perpaduan kaum.... Walaupun terpaksa berada dlm kem BN dan UMNO, pastikan undi anda tetap kpd PR....
~ (( Budaya Samseng )) - Ahli2 Mahu Lari Dari UMNO ~
Biarkan UMNO bersendirian... Mereka tidak mahu bersatu, kita boleh bersatu sesama kita... Mereka pentingkan perpecahan... Biarkan mereka... Mereka lebih mengutamakan keganasan untuk mengekalkan kuasa... Biarkan mereka..... Mereka hanya mahu jadi samseng... Biarkan mereka samseng selamanya....
Biarkan pemimpin2 UMNO memperbodohkan ahli2 mereka selamanya...