Beliau mengulas tentang isu kontroversi Sistem Penguatkuasaan
Automatik (AES) yang dibantah orang ramai dan ahli parlimen pembangkang
kerana motif keuntungan dalam perjanjian konsesi kepada dua syarikat
swasta yang dilantik untuk memasang dan menguruskan kamera berkelajuan
tinggi itu dalam masa lima tahun.
“Bagi saya, penguatkuasaan tidak boleh diswastakan.
“Ia hanya akan menimbulkan persepsi bahawa kerajaan hanya mahu membuat keuntungan keatas rakyat,” kata Musa (gambar) apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider.
Musa bersetuju dengan kritikan bahawa terdapat banyak kelemahan
pelaksanaan AES ini, termasuk keuntungan sebanyak 17 peratus kepada dua
pemegang konsesi — ATES Sdn Bhd dan Beta Tegap — yang memerlukan 2.72
juta saman setiap satu untuk lima tahun akan datang untuk memberi
pulangan modal kepada pelaburan RM700 juta mereka.
Beliau memberitahu terdapat kesukaran dari penguatkuasaan dan denda
yang dilaksanakan oleh syarikat swasta, jika orang ramai mencabar saman
mereka di mahkamah.
Kata beliau lagi, terdapat dua jenis saman, pertama saman yang tidak
boleh dikompaun dan yang kedua adalah saman yang boleh dikompaun.
Musa berkata saman yang kedua seharusnya diseliakan oleh badan
penguatkuasaan kerajaan seperti polis atau Jabatan Pengangkutan Jalan
(JPJ).
“Tetapi AES hanya perlu dibayar ke JPJ dan bukan polis, dari apa yang saya tahu. Orang ramai mempunyai dua cara, yang pertama bayar di kaunter JPJ,
dan kedua, hadapi perbicaraan di mahkamah dan biar mahkamah yang
putuskan,” katanya lagi.
Walaupun begitu, Musa berkata AES adalah “sistem yang bagus” dan
boleh digunakan untuk meningkatkan pemantauan keselamatan negara, tidak
hanya sekadar untuk mengawal kesalahan trafik.
“AES adalah sistem yang bagus, tapi sepatutnya ia tidak hanya terhad pada trafik.
“Saya berharap ia dapat diperluaskan ke pelbagai sektor, seperti
keselamatan,” dengan menyenaraikan tempat seperti di lapangan terbang
dan stesen keretapi untuk memantau keadaan di kawasan strategik.
Bagaimanapun, ahli parlimen BN mengundi untuk menyokong AES Rabu lalu
apabila Kementerian Pengangkutan membentangkan anggaran perbelanjaan
Bajet 2013 diluluskan parlimen, dimana ahli parlimen Pakatan Rakyat (PR)
mengatakan ia adalah undi untuk sistem kamera yang tidak popular.
Sebanyak 831 kamera AES akan dipasang oleh dua syarikat swasta di
seluruh negara dengan pengurusannya akan diserahkan kepada JPJ dalam
masa lima tahun.
Awal bulan ini, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Abu Seman Yusop
dilaporkan memberitahu Parlimen bahawa polis akan meneruskan kamera
perangkap laju bergerak walaupun AES diperkenalkan.
Kamera AES yang dibantah orang ramai, dalam fasa percubaan, dengan 14
dipasang di Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, dan
juga di Selangor walaupun kerajaan negeri PR mengatakan mereka menentang
sistem denda yang diswastakan itu.
No comments:
Post a Comment