Tuesday, May 26, 2009

Puasa sunat dan mogok lapar Pakatan Rakyat di Ipoh dihalang

Ipoh 26 Mei 2009 bersamaan 1 Jamadilakhir 1430 bertempat di Medan Ipoh Raya yang terletak berdekatan Bangunan Darul Ridzuan yang menempatkan Pejabat SUK dan pejabat kerajaan Negeri Perak berlangsung Program Puasa Sunat untuk Muslim dan Mogok Lapar untuk bukan muslim anjuran Pakatan Rakyat berlangsung selama 3 hari.

Dato Seri Ir Nizar dalam ucapan pelancarannya menganggap ia sebagai solidariti penyatuan hati menyatakan satu rasa kepada yang Maha Berkuasa dan kepada pihak diamanahkan berkuasa. Mudah-mudahan dibuka hati kepada mereka yang berkenaan dan diberikan petunjuk kepada mereka. "Saya mengalu-alukan sesiapa ikut serta berdasarkan kemampuan masing-masing dan budaya serta agama sendiri. Generasi akan datang akan menyaksikan apa yang dilakukan oleh tuan-tuan" katanya.

Namun usaha ini dipaksa-lenyapkan dengan tindakan pihak polis dan Dewan Bandaraya Ipoh. Beberapa khemah dirobohkan dan belon yang ditulis ‘BUBAR DUN’ turut dirampas. Jumlah tangkapan bermula dengan pekerja syarikat event yang ditangkap awal pagi seramai 5 orang. Sehingga 11.00 pagi, sejumlah 14 orang termasuk 8 ADUN Pakatan Rakyat telah ditangkap dibawa dengan trak polis ke IPK Ipoh. Jadi jumlah keseluruhan yang ditangkap ialah 19 orang semuanya.

Jam 4.00 petang ini masih kelihatan ramai anggota polis mengawal kawasan berkenaan dan tidak kelihatan orang ramai berkumpul. STOP




No comments:

Post a Comment