Tuesday, May 19, 2009

Suhakam mahu kuasa Kerajaan Perak diserah kepada Rakyat


Sinar: 19 Mei 2009 Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) sebuah badan pemerhati yang ditubuhkan oleh Parlimen Malaysia yang dipengerusikan oleh Tan Sri Abu Talib Othman bekas Peguam Negara menyeru kembalikan Hak Rakyat menentukan Kerajaan negeri Perak.

Beliau berkata demikian dalam mesyuarat bulanan Suhakam yang dibangkit dan dibincangkan pada 11 Mei lalu di bandaraya Melaka.

“Mungkin sudah tiba masanya rakyat Perak diberi peluang menggunakan hak mereka bagi menetukan kerajaa pilihan mereka. Perkara ini adalah selaras dengan prinsip hak asasi manusia dan hanya kerajaan yang stabil akan dapat memastikan hak kepada keamanan dan pembangunan.” ujar Tan Sri Abu Talib Othman.

Katanya, pihak polis dan kakitangan awam telah bertindak bersama kerajaan yang memperolehi kuasa dengan keadaan yang kontroversi dan jelas membelakangkan prinsip hak asasi manusia. Kerajaan boleh berubah, namun mereka yang bertugas dalam polis dan pentadbiran mesti tetap setia kepada kepentingan awam dan menghormati hak asasi manusia..

Tindakan memecat dan mengusir Speaker Dewan yang sah keluar Dewan yang melibatkan polis menyebabkan kebimbangan ahli masyarakat keseluruhannya. Ini menimbulkan persoalan samada kepentingan politik mengatasi kepentingan awam, katanya.
Kecelaruan yang berlaku pasti meninggalkan titik hitam kepada usaha kita mengamalkan prinsip demokrasi dan hak asasi manusia.

Oleh itu, beliau berharap kerajaan dapat bertolak ansur dan menghargai kemahuan rakyat dalam bentuk demontrasi aman menyampaikan suara mereka.

-Sinar harian





No comments:

Post a Comment