Thursday, May 28, 2009

Jika Peraturan dan Ketetapan diketepikan, gunalah undang2 rimba

Percayakah anda masyarakat Malaysia yang diakui mudah senyum dan bermesra oleh pelancong luar negara, disebaliknya mempunyai sikap setaraf haiwan. Ini adalah sebahagian dari sifat kebinatangan yang bukan pelik lagi dengan berita-berita pembunuhan, rogol, penindasan dan berbagai jenayah berlaku saban hari di negara ini. Inilah yang mahu dibanggakan apabila kemewahan dan kemajuan yang lebih dipentingkan dari perjuangan menegakkan hukum Islam. Sikap tercela itu ada pada pemuja-pemuja dunia dan kebendaan.

KUALA LUMPUR 27 Mei – Zalim! Hanya kerana gagal membayar hutang, tiga lelaki diperlakukan seperti binatang apabila leher dan kaki mereka dirantai serta dikurung dalam ‘lokap’ buatan ah long. Lebih kejam, mangsa hanya dibekalkan dengan sebuku roti untuk setiap dua minggu dan terpaksa minum air paip dalam bilik kecil yang dilengkapi tandas itu.
Wang yang dipinjam pula bukanlah banyak mana, cuma di antara RM1,500 dan RM4,000 sahaja.

Kegiatan tidak berperikemanusiaan itu terbongkar apabila polis menahan dua lelaki dipercayai ah long hasil maklumat awam, di sebuah bank di Desa Jaya, Kepong, dekat sini kira-kira pukul 11 pagi ini. Ketika ditahan suspek yang berusia 30 dan 33 tahun itu sedang membuat urusan pembayaran hutang. Susulan daripada penahanan tersebut, polis menyerbu sebuah bangunan rumah kedai lima tingkat di Jalan PBS 14/2, Taman Perindustrian Bukit Serdang di sini, kira-kira pukul 2.30 petang.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, dalam serbuan di aras bawah itu, polis menyelamatkan tiga lelaki berusia 25 hingga 49 tahun yang dijadikan tahanan.

Katanya, ketiga-tiga mereka ditempatkan dalam dua bilik yang diubahsuai seolah-olah seperti lokap polis. Beliau berkata, hasil pemeriksaan terhadap mangsa turut menemui kesan-kesan lebam di seluruh badan, dipercayai menjadi mangsa dera Ah long.




1 comment:

  1. Masalah along dan isu mat rempit ni saje jer polis biarkan berleluasa. kalau mereka nak tangani dah lama dah kurang. Ini makin menjadi-jadi.Kalau hadir perhimpunan depa boleh tangkap; kena tidak pada along. Dapat komisyen kot...?

    ReplyDelete