Esok 21 Mei 2009 Pendengaran kes Mohamad Nizar di Mahkamah Rayuan di Putrajaya bagi mengenepikan permohonan menangguhkan perlaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengistiharkan Nizar Menteri Besar yang sah.
Semalam, Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar telah mengemukakan permohonan bagi mendapatkan panel 5 hakim Mahkamah Rayuan untuk mendengar permohonannya untuk mengenepikan perintah itu. Menurutnya, alasannya kerana ia melibatkan kepentingan awam, selain melibatkan isu dan persoalan perlembagaan.
Pada 11 Mei lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim mengistiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah kerana mendapati Mohammad Nizar tidak pernah mengosongkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majority Ahli Dewan Undangan Negeri.
Berikut keputusan itu, keesokan harinya pada 12 Mei, Dato Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengemukakan permohonan menangguhkan perlaksanaan pengistiharan itu yang telah didengar dan dibenarkan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali.
Dato’ Seri Nizar yang ditemui wartawan semalam berkata beliau tetap meneruskan kerja sebagai Menteri Besar sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi pada 11 Mei lalu. Ini kerana atas inisiatif dan tanggungjawap kepada rakyat untuk melihat dan mengetahui serta menyelesaikan segala masalah yang timbul di kalangan mereka.
“Jika Mahkamah memutuskan keputusan (dari mahkamah Tinggi) tidak menyembelahinya, saya akur keputusan berkenaan dan pemimpin Pakatan Rakyat berharap Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta Barisan Nasional dapat memahami kehendak Rakyat bubarkan Dewan Undangan Negeri Perak.
No comments:
Post a Comment