IPOH 25 Mei 2009: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyifatkan tuduhan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa beliau adalah ‘Menteri Besar mahkamah’ sebagai tidak berasas dan mengelirukan.
Sebaliknya, Zambry berkata, gelaran ‘Menteri Besar Mahkamah’ patut diberikan kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang memulakan proses mahkamah bagi mendapatkan perisytiharan bahawa beliau adalah Menteri Perak yang sah.
Oleh itu, katanya, tuduhan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan itu tidak benar dan beliau perlu meneliti fakta berkaitan sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.
“Tuan Guru (Nik Aziz) perlu sedar bukan saya yang membawa kes pertikaian siapa Menteri Besar Perak yang sah ke mahkamah. "Saya yang dicabar oleh Nizar di mahkamah dan oleh itu saya perlu mempertahankan diri saya juga melalui proses undang-undang," katanya mengulas kenyataan Nik Aziz itu pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.
Kelmarin, Nik Aziz dipetik sebagai berkata, Umno dan Barisan Nasional (BN) sebagai sebuah parti yang tidak bermoral dan bertamadun kerana menguasai Perak melalui cara tidak terhormat.
Sehubungan itu, beliau berkata, Zambry adalah ‘Menteri Besar mahkamah’ dan bukannya mewakili seluruh rakyat Perak. Zambry berkata, beliau menghormati Nik Aziz sebagai tok guru, tetapi ketika sama beliau juga seorang manusia dan bukan maksum serta boleh melakukan kesilapan.
"Saya harap saya dapat memperbetulkan sedikit pandangan Tuan Guru (Nik Aziz) berhubung perkara sebenar yang berlaku di Perak," katanya.
Terdahulu, beliau menerima kunjungan dua beradik Zahra Masoumah Abdul Halim, 18 dan adiknya, Salman Ali Shariati, 12 yang akan menyeberangi Selat Inggeris sejauh 38 kilometer pada awal Julai ini.
Pada majlis itu, Zambry turut mengumumkan sumbangan kerajaan negeri sebanyak RM30,000 bagi menampung kos pembiayaan dua beradik berkenaan selama berada di England.
- Bharian
Keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Mei 2009 lalu, mengumumkan Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin diistiharkan beliau Menteri Besar yang SAH dan tidak pernah meletak jawatan semenjak menangi pilihanraya 8 Mac 2008. Sehinggalah pada 22 Mei 2009 Mahkamah Rayuan membenarkan Permohonan Zambry, beliau adalah MB yang sah.??
FIKIR-FIKIRKAN
SAH kot mana plak Zombie ni... Udah le bodoh, tak tahu malu plak ngaku dia MB yang SAH. MB mahkamah la tu udah mahkamah yang putuskan dia MB, bukannya rakyat yang pilih dia. Kang aku tampor kang bisu Zombie ni.
ReplyDeleteZombie ni kan PHD (Penyakit Hasad Dengki) dalam bidang politik.. dan agama kontemporari.. Tapi sebagai seorang yang profesional saya hairan universiti mana yang bagi PHD kat orang bangang dan membangangkan ni.. Dia ingat org Malaysia yang dah dididik puluhan tahun ni.. bodoh dan bangang macam dia yang hanya diperkuda dan dipergunakan oleh segolongan pemimimpin korup.. Harapan saya golongan profesional Malaysia dan seanteronya, bukalah mata dan minda anda, walaupun AUKU mengongkong kita tapi kita masih ada agama, hati dan perasaan. Janganlah dibiarkan Zombie sebegini menguasai diri anda....
ReplyDeleteSemua ni disebabkan nafsu serakah, tinggi mana belajar walau sampai atas pokok nyok pun, memang takleh buat aper. Bukan sajer bodoh bahkan bole jadik lagi teruk. Masalahnya rakyat Perak yg teraniaya.
ReplyDelete30000 tu kalu buat aktiviti yg bagi faedah kat rakyat miskin negeri Perak pun bagus. Ni dok bg kat utk tujuan tak pekdah. Buat apa lagi nak berenang selat Inggeris tu. Kena selsema khinzir baru padan muka.
ReplyDeletehero perak..
ReplyDeleteRasenye biarlah mamak ni dengan labu nye.. tak mustahil satu hari nanti perkara yang sama berulang dan sejarah akan dijadikan fakta dalam pertikaian ini.Kite tunggu PRU 13 nanti.