Monday, December 5, 2011

Melayu angkuh dan sombong

Politik Ugutan dan Khurafat oleh Najib Razak pada ucapan penggulungan di Persidangan Agong Tahunan 2011 kepada rakyat kursusnya melayu akan binasa jika berlaku peralihan kuasa dan hanya UMNO yang mampu memerintah telah disiarkan secara langsung serentak di 5 saluran TV Malaysia.

Sedutan dari Ucapan Najib (Bernama) 3 Dis 2011

Ingat.. bila kita balik nanti, kita pastikan barisan kita ini kukuh kerana pilihan raya (umum) ini adalah paling getir dalam sejarah tanah air. Pilihan (raya umum) yang diharapkan oleh rakyat. Pilihan raya umum bukan sahaja tentang Umno dan Barisan Nasional (BN) tetapi kemuncak bagi semua itu adalah untung nasib umat Melayu serta rakyat Malaysia keseluruhan.

Lakukan Transformasi paling mencabar pada diri sendiri untuk membuat pembaharuan dalam parti. Hindari daripada sikap membuat fitnah dan mengadu domba kerana sejarah telah membuktikan bahawa fitnah dan nista telah berupaya merobohkan "lantai-lantai istana dan runtuhkan singgahsana.

Wahai orang Umno, bentenglah parti ini, dakap kukuh perjuangan ini dengan geraham, walaupun apa aral mendatang jangan tinggal bukit hud hud, kibarkan panji, pertahan ia, kendong hingga kudrat terakhir, ayuh ke medan pertarungan, InsyaAllah kemenangan milik kita demi Islam, bangsa dan negara.

Orang Melayu akan merempat di tanah sendiri, kehinaan akan tiba di muka pintu dan akan berlaku kehancuran jika mereka membuat pilihan yang salah dengan memilih pakatan pembangkang pada pilihan raya umum ke-13.

Andainya Umno tersungkur sudah dan andainya Umno lenyap, adakah masih terjunjung Islam yang suci, apakah masih terpandang mulia orang Melayu dan adakah masih tersanjung raja kita.

Jangan leka, alpa, lalai dan masih bersengketa jika rakyat mahu melihat masa depan negara yang cerah dan maju, mereka tidak mempunyai pilihan selain daripada memastikan kemenangan Umno dan BN pada pilihan raya umum akan datang.
-Bernama

Tanpa UMNO tiada Melayu adalah pemahaman karat yang sukar dikikis dari pemikiran sebahagian bangsa melayu. Biarpun orang melayu hidup susah melarat asalkan melayu pegang kuasa. Jika berlaku penyelewengan dan menyalahi hukum ugama pemimpin itu dengan mudah beranggapan siapapun melakukan yang sama bila berkuasa.

Maka tak hairan apabila Pas menyatakan kebenaran dan perlihatkan kejayaan, mereka mengatakan ia bayangan kafir kerana kerjasama selain UMNO. Sebenarnya mereka bukan tak tahu tetapi dihati mereka ada sikap sombong dan angkuh seperti riwayat Abu Jahal bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w yang enggan menerima Islam tahkala bertemu sahabatnya Abu Dzar Al Ghiffari yang menerima ajaran Islam Nabi Muhammad saw.

“Kau tahu, sahabatku Abu Dzar Al Ghiffari, jika aku menjadi pengikut anak saudaramuku sendiri, maka kedudukan dan wibawaku akan hancur. Dimana akanku letakan mukaku di hadapan bangsa Quraisy?”, kata Abu Jahal.
Begitulah Melayu! - Bumiperak

2 comments:

  1. Dah tau nak lingkup!!!! merayu sakan la dia....

    ReplyDelete
  2. Nk perintah tp ramai rakyat dh benci. Bwak2 la kasik org lain plak.. Aku pun dh meluat dh dgn gerombolan nihhh

    ReplyDelete