Monday, October 17, 2011

Himpunan Sejuta Umat bimbang beri gambaran salah tentang Islam

Isu ugama dikalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia dimainkan kepada isu sentimen dan sentiviti umat Islam yang sediada lemah dan ketinggalan banyak bidang. Lantaran dari isu JAIS buat pemeriksaan dalam gereja lalu, mempercayai kristianisasi berlaku ke atas umat Islam. 

Api pertembungan dicetuskan dan dibesarkan samada untuk cari titik pertemuan atau memporak-prandakan kesepakatan bangsa yang sedia terjalin. Para cendikiawan dan ulama diheret menyatakan tentang kebimbangan umat dan diseru kembali kepada keutuhan bangsa melayu. Kemuncaknya titah raja minta dijunjung agar peraturan dan perundangan Islam terpelihara dari anasir pembaharuan rakyat.

Kemuncaknya penganjur terdiri dari NGO pertubuan Melayu dan islam termasuk Perkasa merancang adakan Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Stadium Shah Alam, Sabtu 22 Oktober ini. Umat Islam dan diseru menyertainya mengira latar belakang politik demi "memperkukuh ukhwah dan kesatuan Islam."


KUALA LUMPUR, 18 Okt – PAS akan membuat pendirian rasmi sama ada menyertai atau tidak Himpunan Sejuta Umat di Shah Alam, Sabtu ini yang diadakan, antara lain untuk menyatukan umat Islam dalam satu saf bagi menegaskan pendirian mempertahankan akidah Islam dengan memfokus isu mencegah murtad.

Penganjur sebelum ini berkata ia akan merupakan “permuafakatan akbar” seluruh umat Islam tanpa mengira aliran mahupun kepentingan agar bersatu mempertahankan akidah.
Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman berkata, PAS pusat akan mengadakan mesyuarat khas malam esok untuk membuat pendirian sama ada menyertai himpunan itu ataupun sebaliknya.

“Setakat ini PAS Selangor belum membuat pendirian sama ada menyertai ataupun tidak, kami akan mengumumkan pendirian (kemungkinan Rabu ini) sebaik sahaja PAS pusat mengambil pendirian pada mesyuarat khas yang diadakan esok,” kata Dr Rani ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.
Kata beliau, buat masa sekarang tidak timbul soal PAS Selangor keluar daripada perhimpunan itu sebab “kami belum masuk lagi, tetapi ini bergantung pada hasil mesyuarat esok.”
“Pendirian kami masih statik... belum masuk (menyertai perhimpunan), jadi tak timbul isu PAS mengambil pendirian keluar,” kata beliau. Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Meru ini berkata mesyuarat esok, yang akan dihadiri beberapa pemimpin kanan parti, akan mengambil pendirian dengan melihat matlamat penganjuran perhimpunan.

Katanya, PAS tidak mahu satu perhimpunan diadakan untuk memecahbelahkan keharmonian kaum dan mencetuskan kacau-bilau. “PAS Selangor mahu mematuhi titah Sultan Selangor (baru-baru ini) yang menggesa agar keharmonian kaum dipertahankan dan dijaga,” kata Dr Rani sambil menambah bahawa “ada pihak-pihak tertentu dalam masyarakat mahu melaga-lagakan persefahaman yang wujud antara masyarakat Islam dan kaum bukan Muslim di negara ini.”

Sementara itu, Pertubuhan bukan kerajaan Islamic Renaissance Front (IRF) bimbang Himpunan Sejuta Umat (Himpun), yang diadakan di Shah Alam, Sabtu ini antara lain untuk menyatukan umat Islam bagi menegaskan pendirian mempertahankan akidah Islam dengan memfokus isu murtad, akan memberi gambaran salah dan buruk tentang Islam.

“Kami bimbang dengan mengadakan perhimpunan ini, ia akan memberi gambaran bahawa Islam ini agama tidak toleran, memberi gambaran buruk tentang Islam sedangkan Islam merupakan agama yang berteraskan akal, pemikiran yang waras, agama yang ditegakkan dengan akal dan hujah,” kata pemimpin-pemimpin IRF dalam satu kenyataan hari ini.

“Kami ingin menekankan bahawa usaha mengadakan Himpun untuk mempertahankan akidah hanya akan menunjukkan bahawa Islam sebagai agama yang tidak toleran. “Justeru, persoalan yang perlu dijawab ialah apakah hasil yang hendak dicapai dengan ucapan retorik yang lantarng perhimpunan ini,” katanya lagi. “Ia seolah-olah mahu menunjukkan kekuatan yang ada pada mereka.”

Kata mereka, tidak banyak maklumat dibekalkan untuk menyokong hujah mereka setakat ini, khususnya berkaitan dengan kes-kes murtad yang menjadi teras pertemuan hujung minggu ini.
“Kita tidak diberitahu berapa ramai yang telah murtad ataupun gereja atau gereja-geraja yang dengan aktif terlibat dalam isu tukar agama di kalangan Muslim ataupun sama ada hanya Kristian di kalangan bukan Muslim aktif terlibat,” kata kenyataan itu.

“Jika benar murtad merupakan isu yang serius sebagaimana didakwa, maka perlu ditanya, bagaimana dengan budaya Muslim dan pendidikan di Malaysia yang mengakibatkan seorang Muslim meninggalkan agama?

No comments:

Post a Comment