Sunday, December 18, 2011

Konvensyen Media Sosial, rakan yang tak boleh dibeli

Pulau Pinang 17 Dis Saya dan rakan-rakan dari Perak berpeluang menhadiri Konvensyen Media Sosial anjuran bersama Kerajaan negeri Pulau Pinang yang telah diadakan seharian di Strait Quay Marina, Tanjong Tokong. 

Program ini sebagai pertemuan suai-kenal, bertukar pandangan ia juga sebagai pengiktirafan kepada penggiat media alternatif di ruang teknologi maklumat (IT) kerajaan Pakatan Rakyat. Lebih dari 100 peserta ‘cyber bloggers’ ini datang dari seluruh Malaysia termasuk Sabah/Sarawak dengan penginapan dan pengangkutan disediakan penganjur.

Moderator yg otai seperti Tukar Tiub (Hishamudin Rais), Milosuam, TopengPerak, Malaysiawaves, Sokmakol-47, dan lain-lain menghangat konvensyen yang bertema ‘Frenz of Penang’ ini. Manakala blogger ahli politik terdiri dari Ahli Parlimen Lembah Pantai -Nurul Izzah, Ahli Parlimen Shah Alam -Khalid Samad dan Ahli Parlimen Ipoh Timur -Lim Kit Siang.

Ada juga sessi soal-jawap perbincangan mengenai di berita semasa, penggunaan facebook, tweeter yang berkesan sebagai medium sebaran maklumat.

Ketua Menteri YAB Lim Guan Eng pada ucapan aluannya menyatakan keterbukaan menerima kritik  dan teguran tetapi biarlah dengan fakta dan bukti.

“Saya manusia biasa yang tak sempurna dan saya rela dikritik dan saya bertanggungjawap jika ada salah, tetapi biarlah ada fakta dan bukti sebelum membuat tuduhan. Jangan kerana tidak sealiran fahaman dan sebab berbeza bangsa seseorang boleh bertindak membenci dengan fitnah”, katanya.

Lim Guan Eng turut menyentuh blogger jahat Papagomo yang pro-BN memfitnah anaknya yang langsung tak terlibat politik dengan tuduhan anaknya melakukan serangan seksual, sedangkan gambar mangsapun adalah orang lain. Beliau turut dikatakan berurusan dengan keluarga mangsa untuk membayar gantirugi.

Berkaitan wang gantirugi RM200,000 yang diarah bayar Utusan kepadanya, beliau akan memdermakan kepada badan amal kerana menurutnya yang penting adalah pengiktirafan dan pengesahan Mahkamah yang DAP bukan anti melayu dan anti Islam. Keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang 14 Dis lalu Utusan Malaysia diperintah membayar RM200,000 bentuk ganti rugi kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng kerana laporan tidak benar, berniat jahat dan fitnah menggambarkan beliau dan DAP sebagai parti anti-Malay dan anti-Islam.

“Penulis mestilah menjadi penyebar maklumat yang berprinsip, berintegriti dengan mengkritik samada kawan ataupun lawan atas dasar demokrasi. Matlamatnya untuk kebenaran dan keadilan rakyat. Jiwa rakyat sentiasa prihatin membela nasib rakyat tentunya tidak akan berdiam diri. Askar upahan boleh bayar tetapi kawan bolehkah mereka beli” kata Lim merujuk kepada blogger upahan BN.

Kepada blogger PR mereka patut jauhi isu-isu sensitif melibatkan kepimpinan dengan mengadu-domba yang akhirnya merugikan akibat pecah belah. Kewibawaan terletak pada kebenaran dan keadilan bukan berkepentingan tertentu.




Terima kasih kepada pengelola dan petugas negeri Pulau pinang yang memjayakan konvensyen ini. Diharap kerajaan Negeri Pakatan Rakyat lain dapat mengadakan konvensyen seperti ini di masa lain pula.
bumiperak

2 comments:

  1. Hi,blogger je abis media sosial lain cm f/book tak penting ke? nak banding fb n esp grup pg sosial lg ramai follower terdiri dr ank2 muda yg merupakan cyber trooper s/rela PR..n mempertahnkn PR dri tohmahan n cacian serta serang balas terhadap cacai BN..gi le mmn grup pg esp grup politik cm RTPJ,Meja Bulat.kami benci utusan ect..spa yg menhmbat cacai2 ameno sampai lintang pukang? sebabnya cacai Bn tu terhad n di gaji..bbudak ni suka rela , bebas n ramai..n tidak ada kepentingan apa2 kecuali ideals n perjuangan..

    ReplyDelete
  2. Bukan hanya bloggers sahaja tetapi penggiat 'media alternatif' - termasuklah twitters dan face bookers.

    ReplyDelete