Saturday, May 23, 2009

Hanya rakyat berhak tentukan MB, bukannya mahkamah

KUALA LUMPUR, 23 Mei. Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan bahawa kesemua Menteri Besar yang dilantik di negeri-negeri adalah dengan mandat yang diberikan oleh rakyat. Iklan

Menurutnya, keputusan yang dibuat Mahkamah Rayuan semalam mengisytiharkan Dato' Seri Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar adalah membuktikan bahawa ianya tidak berpandukan kepada mana-mana sistem iaitu Islam ataupun demokrasi.
"Kesemua Menteri Besar di Malaysia ini memegang jawatan ini kerana undi yang diberikan rakyat kepada kami, bukan keputusan mahkamah yang memutuskannya," katanya pada satu sidang media selepas merasmikan sambutan jubli perak kepimpinan ulama di Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar Gombak dekat sini.

Beliau juga mendakwa bahawa sekiranya kaedah 'rampas kuasa' yang dilakukan Umno-BN ke atas kerajaan Perak 'dihalalkan', maka ini bermakna ia mungkin akan dilaksanakan di negeri-negeri lain selepas ini.
"Selepas berjaya dibuat di Perak, maka ia akan dibuat di negeri-negeri lain pula selepas ini.
"Cara apakah ini? Islam pun tidak, demokrasi pun tidak," tegasnya.

Malah menurutnya, Menteri Besar Perak sebelum ini, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaludin mengambil jalan yang betul dengan mengadap Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.
Ditanya mengenai keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang berpihak kepada BN, beliau menyifatkan parti itu sebagai satu gerombolan dan bukan sebuah parti politik.
"Umno sekarang bukan lagi sebuah parti politik sebaliknya ia sebuah gerombolan pemikiran sahaja," katanya lagi.

Menjawab soalan pemberita mengenai kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib mengenai hasrat BN untuk bertanding di Manek Urai, pihaknya menyifatkan kenyataan tersebut mencerminkan parti itu sebuah parti bertaraf parti Bebas.
"Bila dia tidak mahu bertanding di Penanti, maka ia jadi taraf sebuah parti Bebas, tetapi selepas timbalan dia menyatakan bahawa dia akan bertanding di Manek Urai bermakna dia telah sedar akan taraf sebenar parti itu.

"Kenyataan yang dibuat Najib dan pemimpin BN sebelum itu membuktikan rendahnya moral dan maruah parti tersebut apatah lagi dengan keengganan mereka untuk bertanding di Penanti," ujarnya lagi.
Beliau yang juga merupakan Menteri Besar Kelantan menjelaskan bahawa PAS mempunyai senarai calon yang ramai untuk mengisi kekosongan pada pilihan raya kecil Dun Manek Urai nanti.

"Kita mempunyai senarai yang panjang kerana terdapat calon yang ramai dan insya-Allah ia adalah orang tempatan," demikian ujarnya.
Turut hadir pada sidang media tersebut, Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din.

- Harakahdaily

2 comments:

  1. Dimana biumi dipijak disitu langit dijunjung,itulah realitinya.Apabila UMno mengambil keputusan tidak bertanding di Penanti maka banyaklah kedengaran rasa tidak puas hati dikalangan ahli UMno diperingkat akar umbi.yang menjadi kemarahan ahli UMno adalah kerana tiada lagi duit yang akan ditabur ungtuk habuan mereka walaupun perkara tersebut diubati dengan janji akan bertanding diManik Urai,Kelantan.

    Itu semua masih tidak memuaskan hati ahli UMno diPematang Pauh.Kenapa hendak disamakan dengan Manik Urai,ini Penanti.Apa yang dinanti-nanti oleh ahli UMno untuk melihat calon mereka bertanding tidak kesampaian.Apapun alasan yang diberi tidak dapat mengubati hati yang semakin membuak-buak dihati.kerana tiada lagi wang yang akan ditaburkan.Maka semakin keringlah poket mereka yang sememangnya dah pun kering sejak kegawatan ekonomi.Para kontraktor pula akan mengeluh kerana tiada lagi projek "Mee Segera" untuk mereka.Sudahlah banyak projek dah dibekukan ekoran kegawatan dan kejatuhan pulau Pinang Kepada Pakatan Rakyat.

    Itulah keluhan ahli-ahli UMno yang memang telah dididik dengan meterial.Kemarahan mereka mnakin memuncak apabila pihak tertinggi parti sahaja yang semakin kaya ditambahkan lagi raya.Maka jadilah mereka hanturaya yang menghisap darah dengan berbagai kenaikan daripada minyak hinggalah sekecil-kecil barang.Rakyat semakin tertekan setelah rakyat diperkenalkan dengan slogan SATU MALAYSIA;RAKYAT DIDAHULUKAN DAN MATLAMAT DIUTAMAKAN.Satu slogan yang tidak tepat sama sekali.Apatah lagi apabila media memanparkan bagaimana PM sedang menunggu komuter bersama rakyat.Maka menyalaklah beliau yang menyuruh rakyat melebalkan beliau sebagai pemimpin berjiwa rakyat.Menunjukkan yang beliau sangat perihatin terhadap kesusahan rakyat.

    Takkanlah dah berpuluh-puluh tahun menjadi menteri,baru sekali menunggu komunter dah menyatakan yang beliau pemimpin berjiwa rakyat.Habis selama ini apa yang beliau lakukan.Duduk diIstana yang besar dan kalau nak keluar siap dengan polis-polis pengiring.maka ramailah pencacai-pencacai memperdebatkan dimedia cetak dan elektronik tentang slogan yang beliau laungkan.Dengan bersungguh-sungguh mereka berhujah tentang kebaikkan yang telah beliau laku.Kalau nak bodek tu biarlah berpada-pada.Janganlah gelaran yang univesiti berikan akan dipandang rakyat sebagai seorang yang tidak layak mendapat gelaran tersebut.

    Sekarang ini pun pakar biologi bercakap tentang politik,pakar sains bercakap tentang pelembagaan,pakar pertanian bercakap tentang analisis pilihanraya dan macam-macam lagi kerana hendak menjaga kepentingan periuk nasi sendiri.Biarlah berpada-pada.

    Bagi saya slogan yang layak dilaungkan ialah "SATU BN;KELUARGA DAN KRONI DIDAHULUKAN DAN KEKAYAAN DIUTAMAKAN.Satu slogan yang paling tepat untuk DS najib laungkan.

    Slogan yang terbaik b

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum....Apakhabar....anak sihat ke...Mungkin anda tertanya-tanya siapa saya.Bukankah kita sama-sama pergi krPRK Kuala Terengan dengan menaiki kenderaan saya.Bagaimana dengan ujian demi ujian terpaksa kita tempohi sampaikan terpaksa bermalam ditepi lebuhraya Gua Musang-Simpang Pulai.Walaupun segala dugaan yang terpaksa kita tempohi tetapi itu semua terubat dengan kemenangan bergaya Pas didalam pilihanraya tersebut.Insyaallah....saya akan memberi komen-komen diblog sahabat.Tetapi kalau boleh perbanyakkan lagi tulisan-tulisan anda diBlog ini.Kalau ada masa call lah saya dinombor yang telah saya berikan.Sekarang ini saya banyak memberi komen didalam Blog Cina Islam.........Salam berjuang.

    ReplyDelete