Friday, March 13, 2009

RM500 juta bajet rangsangan ekonomi utk Perak

KUALA KANGSAR 12 Mac 2009. Pelbagai Jabatan dan egensi Kerajaan akan menerima peruntukan sejumlah RM500 juta tahun ini daripada Kerajaan Persekutuan melalui bajet rangsangan Ekonomi Negara berjumlah RM60 bilion yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri 10 Mac lalu .

Pengarah Jabatan Pembangunan Negeri Perak, Datuk Zainal Abidin Omar berkata antara yang menerima Jabatan Pelajaran Negeri sebanyak RM25 juta, Jabatan Polis RM23 juta, Pejabat Pembangunan Negeri RM60 juta, Jabatan Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah RM40 juta dan Jabatan Kerja Raya RM20 juta.

Kebanyakan projek dilaksanakan adalah berbentuk penyelenggaraan, baik-pulih bangunan, jalan dan kemudahan awam. Felda Bhd. Diberi tanggung jawab membina rumah PPRT rakyat termiskin bernilai RM33,000 sebuah melalui peruntukan yang disalurkan kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah. Beliau berkata demikian di perasmian Olahraga Tahunan di Sekolah Menengah, Simpang Beluru dekat sini.

1 comment:

  1. manisnya janji..bak kata cyberboron najib tu kan baik...tapi baik lagi rosmah...???? atau gula=gula kearah pembubaran DUN perak..ehem.

    ReplyDelete