PETALING JAYA 13 Mac 09: Seramai enam individu akan didakwa di mahkamah hari ini kerana menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dalam blog masing-masing.
Mereka akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Kota Kinabalu dan Butterworth di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Mutlimedia 1998 kerana perbuatan menyiarkan " isi kandungan sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat mengacau, mendera, menggugut atau mengganggu".
Sementara itu, dua lagi individu akan didakwa dibawah tuduhan yang sama di Terengganu Ahad ini. Mereka yang didapati bersalah akan dikenakan denda maksimum RM50,000 atau penjara selama setahun atau kedua-duanya.
Ini adalah kali pertama individu didakwa di bawah seksyen tersebut.
Difahamkan, pada 16 Februari beberapa orang pegawai eksekutif Teknologi Maklumat yang bekerja di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) selepas membaca komen yang menghina Sultan Perak dalam blog tersebut. Mereka didakwa menyiarkan komen yang menghina Sultan berhubung krisis politik di negeri tersebut.
- The Star
takut ak nk k0men ape2 da...
ReplyDeletekang x psl2 ke dlm...