Thursday, March 4, 2010

Ada kemungkinan Mohsin keluar parti kerana ada senarai-hitam

IPOH 3 Mac 2010 Pakatan Rakyat Perak mengutuk tindakan bekas Setiausaha Agong PKR Salehudin Hashim yang mengulangi ugutan mendedahkan segala maklumat rahsia peribadi anggota parti yang dia memiliki dan sekarang ini terbukti segala pengetahuannya itu bocor berikutan keputusan Ahli Parlimen (AP) Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri keluar dari PKR.

“Melihat kepada suasana politik tidak menentu dengan tekanan dan ugutan dibuat oleh Perdana Menteri Najib Razak, saya tidak terkejut masih ada lagi mereka yang lompat parti ” ulas Nizar Menteri Besar Perak yang disingkir pada sidang media di sini.

Perhubungan masa lalu antara saya dengan Mohsin tidak pernah menyerang saya seperti mereka yang mahu keluar parti semata-mata mahukan habuan wang ringgit. Kita tentunya mengenali rapat mereka, tidak mustahil perkara ini ada kaitan ugutan oleh seseorang seperti Salehudin.

Malah, Salehudin kelihatan bersama di sidang media ketika Mohsin mengumumkan tindakan keluar parti pada pagi tadi. Spekulasi telah kedengaran tentang siapa dalang disebalik keretakan yang berlaku dan Umno telah mengambil kesempatan ‘menjuarai’ bekas Setiausaha Agong PKR disebalik pengetahuan mendalamnya ramai anggota PKR tentang kekuatan dan kelemahannya.

Menurut satu laporan berita, sedangkan AP PKR Wangsamaju Wee Choo Keong pernah menerima ugutan dari Umno dengan ancaman boleh membongkar maklumat peribadinya.

“ Adalah sesuatu yang mengecewakan jika dia bertindak menodai segala jasanya dibina selama 6 tahun sebagai Setiausaha Agong PKR dengan mendedah maklumat rahsia anggota parti “ kata Nizar. Dasar Islam dibawa PAS juga turut mengutuk kaedah yang tidak bertamadun dan khuatir cara ini tidak hanya mencemarkan Umno tetapi juga maruah bangsa Melayu juga.

Nizar juga menyatakan hairan terhadap sikap Mohsin dengan menyatakan tindakan keluar parti kerana ingain pertahankan kalimah Allah, merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi yang mengistiharkan bukan Islam juga berhak menggunakan perkataan Allah sama kepada Tuhan.

Umno berkata penggunaan kalimah Allah hanya kepada orang Islam sahaja. Berbeza dengan gerakan PAS yang berteraskan dari kalangan ulama dan Tok Guru berpendapat Allah juga boleh digunakan kepada semua manusia selagi mana ia bertepatan dengan panduan agar tidak disalahkan.

“ Jika Mohsin sebenarnya mematuhi ajaran dari Al-Quran, perkara pertama perlu dia tolak adalah Umno sebab itu tuntutan Allah, yang menolak Al-Quran dan yang berjuang atas sentimen bangsa dan dasar tidak berlandaskan Islam.” ujar Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang dan ADUN Pasir Panjang.

“ Saya menyeru semua AP dan ADUN Pakatan Rakyat agar tidak mudah kucar-kacir dari apa yang berlaku. Jangan ambil jalan mudah untuk senang kerana ia akan memburukkan keadaan. Di Perak ada anggota PAS, DAP dan PKR ditawarkan RM10 ke 25 juta ringgit untuk tumbangkan Pakatan Rakyat. Seperti yang diketahui sebahagiannya menerima dan kebanyakan menolaknya. Kerana mereka sedar tidak mahu sejarah mengenangkan sebagai pengkhianat. Sanggupkah anda menjadi hina hanya kerana wang “.

9 comments:

  1. ADA...BELI MOTOR KAT KEDAI AH SENG TK BAYAR HAHAA
    PADTU KENA SENARAI ITAM...HEEE

    ReplyDelete
  2. asyik-asyik YB jaa dok lompat..

    emm.. aku ada cadangan.. apa kata semua pengundi/ahli PKR lompat jadi ahli PAS :)

    ReplyDelete
  3. Yong setuju dengan merbuk. amin.

    ReplyDelete
  4. Yop Pian rasa elok ahli PKR melompat balik ke UMNO....sbb..mereka tu asalnya dari UMNO. betul takkkk

    ReplyDelete
  5. ADUN/MP PKR berhijrah mengikut sunnah Rasullah sempena maulidir rasul.

    ReplyDelete
  6. Kena stroke, lepas tu coma seminggu lepas tu padam... lepas tu pilihanraya kecil... OK ke camtu?

    ReplyDelete
  7. Mohsin yg ku kenal bukan berwatak sptmana yg berlaku hari... kesian dia..kepala dia dah minik! (bahasa banjar la tu)

    ReplyDelete
  8. Senang cakap bahawa ludah sudahpun terkena muka tuannya yang menganjurkan lompat parti bertarikh 16 september 2008.

    Kalau lompat kepada PR (tak berdaftar) tidak dipanggil pengkhianat dan tidak perlu letak jawatan.

    Kalau lompat kepada BN dipanggil pengkhianat dan perlu letak jawatan.

    Pada halnya, mereka yang keluar parti bukannya melompat ke arah BN tetapi jadi BEBAS dari cengkaman buaya darat.

    Jadi apa kena mengena dengan BN dan UMNO?

    Sekian.

    ReplyDelete
  9. bioler...meker nk lompat yop....,itulh tandanyer..xlayak jadi pemimpin..,senang cerita..depa yg pekenalkn diri deper kt rakyat..,jadi..,rakyat dh kenal..,nk jadi pemimpin ,perkara asas yg mesti ada,jujur,ikhlas,fhm serba sedikit agama dari segi feqah n tauhid,sekurang2nyer xlh tewas dgn ganjaran wang ringgit..,apa yg berlaku ni sume ilmu pengetahuan jer..sebnrnyer..,lain kali hati2lah memilih calon..,sekarang dah jelas bhwa bkn sumer yg jadi calon tu nk beri khidmat yg di laung2knnyer...,ada udang kara di sebalik batu besau sbnrnya..,bagi penyokong2 bn..saya ucapkn tahniah kerana berjaya dlm agenda mereka..,tapi kepada penyokong2 pr.khasnya pkr.,inilh waktunya anda membersihkn dalaman anda..pkr sangat bercampur aduk..,jadi xheran mereka lompat..,spiritual langsung xda..melainkan kalau diterapkan kekuatan islam pada yg beragama islam..insyallah..,DAP yg saya kenal melalui kenyataan2 mereka..,sangat anti umno kerana perkauman,dan pertembungan persaan elit yg membawa kpd perasaan merekalah yg lebih modern n maju n segala yg kedepan atau dlm erti kata masing2 membesar diri..,namun disini saya lebih memilih umno..kerana mereka bangsa saya..itu saja,namun apabila PR mempunyai parti komponennye yg memperjuangkn islam(PAS), maka saya mesti utamakn agama saya kerana Allah,bkn kerana PAS,selagi PAS menjunjung Al Quran dan Hadhis..,tidak ada sbb utk saya menyokong yg lain..,dan saya sangt yakin walaupun PAS dituduh fitnah..,tp mereka lebih fhm dari segi hukum apa yg mereka kata..,saya berpendapat..manusia memang xbole n x mampu menghukum seseorg kerana itu urusan Allah swt,namun ada manusia yg di pertanggungjawapkn utk memberi tahu hukum kepada sesama manusia,tugas pendakwah jgn di sekat..melainkn yg songsang,bagi mereka yg berpegang kpd tauhid juga..xdpt lepas dari Al Quran n Hadhis,maknanya ..apabila sebut saja LAILAHAILLALLAH MUHAMMADURASULLULLAH ..maka xdapat tidak..islam itu wajip di kenali,di amalkn,di fhmkn..melalui Al Quran dan Hadhis Nabi Muhammad saw..,wlhualm.

    ReplyDelete