Friday, December 26, 2008

Ir Nizar cadang Kuarantin Pesakit Positif AIDS dan HIV

Pesakit pembawa virus HIV masih belum ada penawarnya yang mana akhirnya akan mengakibatkan kematian lantaran sistem inmunisasi kurang daya tahan penyakit AIDS. Di Malaysia kesan jarum suntikan dari penggunaan dadah penyumbang kepada 72% namun sejak akhir ini perlakuan hubungan sexual tidak normal semakin meningkat.

Laporan dari unicef menyatakan Malaysia adalah salah satu negara di Asia Tenggara dan rantau Asia Pasifik yang paling tinggi berkembang pesakit AIDS dengan tempoh 3 tahun lalu telah meningkat sekali ganda.

Mengikut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, kes pertama AIDS dikesan pada tahun 1986 dan di akhir bulan Disember 2006, 76,389 orang telah dijangkiti HIV. Dari jumlah itu 9,155 orang telah meninggal dunia akibat AIDS.

Statistik ini menunjukkan purata 17 orang yang diuji positif bagi virus ini setiap hari. Dari jumlah 73,427 kes-kes HIV dilaporkan 38 peratus daripada terdiri daripada anak-anak muda yang berada di dalam lingkungan umur 13 sehingga 29 tahun. Nampaknya mereka penyebaran wabak telah berlaku ketika di pertengahan umur dua puluhan dan kemungkinan juga kalangan remaja.

Soalnya apa yang kita buat bagi menyedari dan membendung penularan penyakit ini. Tidak seperti pengidap penyakit kusta, tibi dan seumpamanya boleh diambil tindakan kuarantin di hospital tetapi pesakit AIDS bebas ke mana sahaja.

Kalau di Ipoh anda pasti akan terjumpa seorang pesakit AIDS meminta derma orang ramai di pejabat-pejabat dan Masjid Negeri sambil menunjukkan pengesahan hospital positif AIDS. Kenapa tidak dihadkan pergerakannya dan kenapa tidak diberikan tempat perlindungan. Sebab mereka ini mengemis kerana hidup disisihkan masyarakat.

Jadi apa salahnya Menteri Besar Perak mencadangkan pesakit AIDS dikuarantinkan mendapat bantahan yang dilaporkan akhbar-akhbar tempatan 23 Dis 2008 yang lalu. Ikuti jawapan Ir Nizar di sini.

Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaludin


"Di kala ini sibuk wartawan dan media bertanya kepada saya pendapat mengenai mangsa AIDS dan pembawa kuman positiv HIV.

Isu ini sengaja dibesarkan oleh akhbar khusus berbahasa Inggeris bagi menunjukkan kuno dan tidak liberalnya saya mengenai hak asasi manusia. Saya beri tahu mereka dalam konteks pesakit AIDS dan pembawa HIV positif sahaja iaitu mereka yang masih masa belum berumahtangga. Saya tidak menyentuh mereka yang telah berkahwin dan mungkin mempunyai anak.

Maka untuk pesakit bujang yang sah pembawa kuman HIV, saya cadangkan di "kurung"(quarantine) dalam was khas di hospital dan menerima rawatan dan perhatian khusus dari doktor. Ini dilakukan oleh banyak hospital di barat termasuk di Australia. Cadangan begini juga telah dicadangkan oleh Mufti Perak (Dato’ Seri Harussani Zakaria) pada satu ketika dahulu dan beliau telah dikecam hebat oleh mereka yang memperjuangkan hak asasi manusia.

Pendekatan saya mudah. Jangan dibenarkan mereka berumah tangga . Ini bukan sahaja kepada orang Islam, namun untuk semua warga dan rakyat. Ini dia keadilan. maka saya dikecam. Kononya menyekat hak mereka untuk kahwin.

Saya tanya balik mereka yang memperjuangkan hak asasi ini adakah mereka bersetuju jika anak2 dara mereka berkahwin dengan bakal suami yang pembawa kuman HIV atau pesakit AIDS?
Memang dalam Islam segala kedaifan bakal calun (lelaki dan perempuan)
mesti diberitahu dan di nyatakan. Selepas diumumkan, terpulang kepada pasangan sama ada bersetuju nak meneruskan berumah tangga atau tidak."

No comments:

Post a Comment