Tuesday, December 2, 2008

Kongres Nasional ke-5 Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Shah Alam

30 Nov 2008 Ahad, Semasa menghabiskan cuti bersama anak-anak saya kesempatan singgah ke Pasar Minggu Shah Alam terbesar di Malaysia di dataran kompleks sukan Shah Alam. Di Stadium Malawati berhampiran sedang berlangsung Kongres Kebangsaan ke-5 Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berlangsung selama 3 hari bermula Jumaat 28 Nov 2008.

Selesai jalan-jalan di Pasar Minggu, pada jam 11.00 pagi, saya terus dewan persidangan di Stadium Malawati dan sessi perbahasan usul sedang berlangsung. Saja-saja nak tengok dan ambil tahu rakan dalam Pakatan Rakyat bersidang. Di pentas utama kelihatan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim Presiden PKR serta isteri Wan Azizah, Tan Sri Dato’ Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor dan pemimpin lain berada di pentas utama. Perwakilan di bahagian tengah nampak separuh penuh dan pemerhati cuma ditempatkan bahagia belakang sahaja, lain-lain tempat kosong.
Dalam 10 minit sebagai pemerhati saya keluar Stadium, meninjau persekitaran pusat jualan dan Tapak Karnival Mesra Rakyat penyertaan Pihak Berkuasa Tempatan dan Agensi Kerajaan Negeri Selangor. Kaya-kaya belaka Negeri Selangor ni, ada juga buku-buku dan risalah dibawa balik. Selepas penat berjalan duduk sebentar sambil berhibur dengan konsert hiburan di tapak kanival di sini.
itu saja... bumiperak


3 comments:

  1. Halatuju PKR parti yang berjuang berdasarkan falsafah tanpa melihat wajah diri sendiri. Terlalu mudah melontarkan janji penyedap telinga tetapi ke arah kepentingan diri . Keadilan sebagai wadah yang boleh di lontarkan oleh seekor burung tiung.anda lebih baik daripada UMNO tetapi anda juga adalah warisan UMNO

    ReplyDelete
  2. Makluman kepada semua Pemaya Bloggers Network @ Perak. Satu perjumpaan dengan EXCO-EXCO Perak akan diadakan seperti berikut:

    Tarikh: 5 December 2008 (Jumaat)

    Masa: 9.00 pagi

    Tempat: Bangunan Perak (SUK). Sila hubungi MSK bila sampai. 013-5935721

    Perjumpaan ini dihadiri oleh EXCO Kebajikan…Tuan Hj. Zainudin dan EXCO Penerangan..Tai Sng Ng. Turut hadir ialah Ustaz Zulkifli Ibrahim, Pengarah Urusetia Penerangan Negeri.

    Semua pemaya Bloggers Network @ Perak dijemput hadir. Jemputan ini juga dipanjangkan kepada semua bloggers yang menyertai Persatuan Bloggers Perak yang ditubuhkan baru-baru ini. Semoga dengan perjumpaan ini..akan dapat merungkaikan kekusutan dan silap faham yang timbul.

    Untuk maklumat lanjut…sila hubungi MSK.

    ReplyDelete
  3. MANA PEGI WAKIL DARI PAS, TAK SEBUT NAMA PUN, TAK SETUJU KOT ATAU BUAT2 TAK NAMPAK. KATA KONSERT POMPUAN TAK BOLEH. INILE NAMANYA CAKAP TAK SERUPA BIKIN, AMAR MAKRUF MUNGKAR? TAKKAN CAKAP NAHI NAHI AJE, BUAT LE BEBETUL. MALU AKU TENGOK GAMBO PAK AJI ATAS HEADER KO TU. BOLEH BERSANTAI SAMBIL BERHIBUR LAK TU. ISHH ISH MALU AKU, LAIN KALI LETAK GAMBO MANIS CKIT. KLU LIM GUAN ENG TENGOK PUN GELENG KEPALA CINA TU. TEPUK DAHI. SERONOK LE KATAKAN!!!

    ReplyDelete