Memang mudah, setakad ada alamat email dan boleh menulis, kita layak mempunyai satu laman (webpage) dan penyampai maklumat dalam jaringan teknologi komunikasi (IT). Tanpa dikenakan bayaran dan mudah, siapapun tanpa mengira usia dan latar-belakang anda sudah layak mendapat ruang tapak di alam siber. Kemudian untuk menjadi Penyampai Maklumat berwibawa dan dikenali ramai perlu ada tahap pencapaiannya.
Untuk pencapai status terbaik penyampai maklumat, anda mesti ada rangkaian akses yang tinggi dari pengunjung dan ada maklum balasnya. Ia diibarat perniagaan, anda mencuba perbagai cara untuk melariskan jualan. Caranya tidak sahaja mengindahkan dengan perbagai aksessori, corak-rupa malah bahan diniagakan sentiasa segar, memuaskan dan memenuhi selera pengunjung yang perbagai.
Produksi perlu ada identiti tersendiri untuk popular bukan dengan cara muat turun sahaja melainkan ada nilai menguatkan hujah anda. Ibarat Artis menjadi pujaan kerana ada gaya tersendirinya bukan diceduk hasil dari hasil orang lain. Ini etika yang perlu dipatuhi untuk kreabiliti penulis.
Maka untuk melaris atau penyampai maklumat yang berwibawa, perlu dipastikan bahan bacaan sentiasa dikemaskini, tepat, lengkap dengan fakta dan hujah. Untuk menyiapkan tajuk tertentu, penulis kadang-kala terpaksa bersusah payah mencari bahan, menghabiskan masa, mengabaikan sedikit kelapangan. Hasil belum tentu dapat pujian, silap-silap jadi sasaran kecaman.
Inilah penulis bebas atau blogger bukan berorientasikan keuntungan berbeza dengan penulis berita di akhbar. Usaha blogger diibarat penjaga pokok yang baru tumbuh. Dia perlu memastikan pokok ini, membesar dengan baik, subur dan terhindar dari anasir perosak yang boleh merencat pertumbuhannya. Kesungguhannya kerana yakin pokok terbaik ini, bila besar nanti akan mengeluarkan buah yang digemari dan redupannya bakal melindungi orang daripada panas terik dan hujan kepada orang ramai.
Khidmat baktinya adalah untuk kepuasan dan curahan usahanya, satu masa mungkin terpandang jua.
Lamanweb saya, ‘bumiperak’ mungkin tak sepopular, tak sehabat mana berbanding blogger lain. Namun usaha saya selama nampaknya mendapat perhatian Kerajaan Negeri Perak yang saya umpamakan ‘pokok baru tumbuh’. Pada 26 Nov 2008 Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ir Nizar sudi bertemu para-para blogger di Negeri Perak termasuklah saya. Ini merupakan satu kenangan bersejarah buat saya.
Menteri Besar mengakui peranan dan sumbangan kami sebagai penyampai maklumat Kerajaan Negeri Perak memandangkan ruang penyampaian maklumat di akhbar-akhbar harian, radio dan TV telah dinafikan penyiaran, malahan berita-berita yang negatif dan laporan diputar-belitkan faktanya mendapat liputan. Jesteru, Kerajaan Negeri melihat sumbangan para-para blogger sebagai penyambung maklumat dan menangkis tohmahan yang berat sebelah.
Bergambar bersama Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Nizar, Pengarah IT Kerajaan Negeri, YB Idham Lim bersama blogger antaranya; perakdaily, alhusseyn, bumiperak, telokbakong, ajijoi, anaksengat, pastambun, budakipohtimur, wartasgrapat dan lain-lain.
Perak tubuh sekreteriat blogger
IPOH 26 Nov 2008: Dengan alasan tidak mendapat liputan adil media arus perdana, kerajaan Perak menubuhkan Sekretariat Blogger bagi menyebarkan maklumat dan dasar kerajaan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat.Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata hasil pertemuan beliau dengan Persatuan Blogger Perak semalam, kesemua 26 penulis blog yang hadir berjanji menyokong dan bekerjasama dengan kerajaan negeri menyebarkan maklumat menerusi tulisan mereka.
“Segala maklumat dan berita akan disebarkan secara meluas sehingga ke seluruh dunia menerusi penulis-penulis blog ini,” katanya ketika berucap pada majlis jamuan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat negeri Perak di sini malam tadi.Mohammad Nizar berkata sekretariat itu, yang diketuai oleh setiausaha akhbar beliau, Anuar Hashim, dapat menepis tomahan, kritikan dan tuduhan yang dilemparkan terhadap kerajaan negeri menerusi media arus perdana. - HarianMetro/Bernama.
Salam ziarah
ReplyDeleteAnak Bulan
Bulan Penuh 2012