Monday, December 15, 2008

MB Ir Nizar: JKKKP tidak boleh saman Kerajaan Negeri Perak

Selepas memenangi pilihanraya Mac lalu, Kerajaan Negeri Perak telah melantik Ketua-ketua Kampung dan Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) yang baru sebagai wakil sah di kampung-kampung. Mereka berperanan dalam pengurusan tadbir pembangunan dan hal ehwal keselamatan di setiap kampung.


Namun Kerajaan Pusat pimpinan Barisan Nasional cuba memainkan peranan dalam hal ehwal pengurusan tadbir pembangunan di Negeri-negeri Pakatan Rakyat. Di Negeri Perak umpamanya pada peringkat Negeri, Barisan Nasional mengujudkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan diperingkat kampung diujudkan Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP).

Tindakan JKKKP yang cuba menguasai kepentingan umum bagaikan pertindihan kerja dan jika tidak dibendung dikuatiri akan berlaku sikap berpuak dalam masyarakat. JKKKP adalah pertubuhan yang tidak termaktub dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak bagaimana mahu mencabar Kerajaan Negeri Perak ke mahkamah.

Demikianlah pandangan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), Dato’ Zainal Abidin Omar yang mahu Ketua-ketua JKKKP mencabar Kerajaan Negeri Perak ke mahkamah kerana mempertikaikan hak jagaan Dewan Orang Ramai dan Balai Raya di kampung-kampung seperti dilaporkan

The Star: 15 Dis 2008 Tindakan Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) di Negeri Perak yang mahu mengambil tindakan undang-undang di mahkamah tidak mungkin oleh kerana Jawatankuasa itu adalah pertubuhan tidak bertempat. Mengulas kenyataan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan, Dato’ Zainal Abidin Omar yang mahu Ketua-ketua JKKKP mencabar Kerajaan Negeri Perak ke mahkamah berkaitan penggunaan Dewan Orang Ramai (Balai Raya), Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ir Nizar berkata:

“Perundangan hanya mengiktiraf Jawantankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) jadi JKKKP tiada bertempat.” Beliau berucap kepada pemberita selepas mempengerusi Mesyuarat Exco Negeri di Ipoh, Jumaat lalu menambah, “sedangkan JKKK adalah entiti yang diiktiraf oleh Sidang Dewan.”

Kepada pendapat Dato’ Zainal Abidin, Dewan-dewan itu kepunyaan Kerajaan Persekutuan disebabkan bangunan tersebut dibina dengan peruntukan pusat, Ir Nizar berkata Kerajaan adalah pemilik setiap struktur yang dibina diatasnya dan ini dipersetujui dibawah ordinan Tanah Negara.

Ir Nizar tegaskan jika perwakilan Barisan Nasional ingin menggunakan dewan berkenaan, mereka hanya perlu mengajukan permohonan.“Kita tidak akan tegah mereka dari menggunakan kemudahan ini.”

Dari laporan awal diberitakan penggunaan Balai Raya dalam negeri ini menimbulkan perselisihan diantara Ketua Kampung yang baru lantik dengan JKKKP semenjak Pakatan Rakyat mengambil alih Kerajaan.

No comments:

Post a Comment