PAS hari ini memperjelaskan tindakan Majlis Syura tidak membincangkan
kontroversi sekitar bekas timbalannya Nasharudin Mat Isa atas prinsip
"sabahat" tidak harus dilayan seperti musuh.
"Janganlah
kemarahan kamu kepada sahabatmu menyamai kemarahanmu pada musuhmu,
kerana kemarahan kepada sahabat kerana kecintaan kamu kepadanya,
sedangkan kemarahan kamu kepada musuhmu adalah kerana kemurkaan Allah
kepadanya."
"Lantaran itu, menghadapi kesilapan sahabat tentulah tidak sama kaedahnya menghadapi musuh.
"Perasaan kita turut berubah dan seluruh citarasa akan berbeza," kata ketua penerangannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (kanan).
Presiden
PAS Datuk Seri Abdul Hadi pada 9 September lalu mengumumkan Nasharudin
kekal sebagai anggota Majlis Syura Ulama parti itu. Bagaimanapun, katanya, kedudukan Nasharuddin tidak dibincangkan dalam
mesyuarat jawatankuasa berkenaan, yang berlangsung selama dua jam
bermula jam 9 malam sehingga lewat malam malam.
Dalam
kenyataannya hari ini, Tuan Ibrahim berkata, pelbagai isu sengaja
diperbesar media untuk membentuk pemikiran rakyat untuk memerangkap ahli
dan pimpinan PAS.
"Mereka gila mengimpikan Pakatan Rakyat berpecah atau dalaman parti bergolak. Bagi sesebuah parti di ambang ajal, tiada yang lebih menyeronokkan baginya melainkan musuh mereka berpecah," katanya.
'Syaitan tak dikenali' menangis
Bagaimanapun,
tambahnya, pengalaman lama PAS dalam politik negara ini menjadikannya
berjaya mengenali perangkap yang didakwa dipasang "musuh" itu.
Mengulas keputusan yang diumumkan presisennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang (bawah, berbaju hijau) lewat Ahad malam, Tuan Ibrahim berkata, keputusan itu benar-benar mengecewakan musuh.
"Tindakan
ini menyebabkan ‘syaitan yang dikenali' menangis, manakala 'para
malaikat yang tidak dikenali' Insya-Allah akan gembira," sindirnya
merujuk kepada kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang memetik peribasaha
Inggeris sebelum ini.
Justeru, beliau mengingatkan penyokong PAS
supaya tidak menghabiskan masa, tenaga dan wang ringgit untuk
menghadapi isu yang sengaja dilontar oleh musuh.
"Mereka memang
dilatih untuk kerja jahat ini, dan janganlah keikhlasan kita menyebabkan
gagal mengenali mana sahabat dan mana musuh," katanya.
Nasharuddin
sebelum ini mengeluarkan kenyataan kontroversi dengan mencadangkan PAS
keluar daripada Pakatan jika DAP menentang hudud, yang dilaporkan oleh
TV3 dan Utusan Malaysia.
Dok mano hujah mu yob??? hok mano dok kato tak maruah tu...
ReplyDelete