Dalam sesi pertemuan tersebut, Pemuda telah meminta penjelasan Ngeh mengenai isu kenyataan dalam tweeternya.
Ngeh menjelaskan, dalam tweet tersebut beliau mengajukan pertanyaan
kepada Kahiry - “untuk Islam atau kepentingan politiknya? Tidakkah orang
islam membuang terlalu banyak masa dan tenaga untuk ini?"
Maksud Ngeh, adalah membuang masa dan tenaga sekiranya mengadakan himpunan dan bantahan semata-mata untuk kepentingan politik ketua pemuda umno itu.
Maksud Ngeh, adalah membuang masa dan tenaga sekiranya mengadakan himpunan dan bantahan semata-mata untuk kepentingan politik ketua pemuda umno itu.
Antara pemimpin Umno, yang lantang dan kerap mengeluarkan kenyataan
menghina Islam ialah mantan PM, Dr Mahathir Mohammad.
Beliau menghina sunnah Rasulullah ynag menyimpan janggut, menghina dan
memecat ulama’ (Allahyarham Dato' Ishak Baharom) dan menghina
hukum-hukum Islam termasuklah menutup aurat.
Antara kenyataan-kenyataan Mahathir menghina Islam :
1) Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan
kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung
tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan
sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja. Tun Mahathir Mohamad,
temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992)
2) Hukum rejam kepada penzina adalah primitif (Tun Mahathir Mohammad
kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim)
3) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak
fasik. (Tun Mahathir Mohammad kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di
Nilam Puri, Kelantan Darul Naim)
4) Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan
kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung
tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan
sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.( Tun Mahathir Mohammad
pada 14 Julai 1992 kepada wartawan)
5) Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab jahilliah
mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering mencelik dan merogol wanita
daripada kabilah-kabilah lain.Akibatnya ialah peperangan antara mereka
yang tidak pernah tamat.( Tun Mahathir Mohammad di Maslis Tertutup,
Majlis Agama Kebangsaan, 1997)
6) Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda
yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih
Islam.( Tun Mahathir Mohammad di Majlis Tertutup Majlis Agama
Kebangsaan, 1997).
7) Hanya yang diperlukan ialah bersyukur kepada Tuhan. Nikmat dan
rezeki yang kita dapati bukan daripada orang yang menyampaikan. Jika
tidak orang itu, orang lain yang akan menyampaikannya. Jadi kita juga
tidak perlu berterima kasih kepada Nbi Muhammad SAW. Jika tidak Nabi
Muhammad, orang lain akan diutuskan untuk menyampaikan agama Islam. Oleh
itu perlulah kita mengagung-agungkan Nabi Muhammad. Memadailah dengan
bersyukur kepada Allah SWT sahaja.(Tun Mahathir Mohammad, Utusan Melayu,
12 Mei 2000)
Kenyataan-kenyataan dari pemimpin Umno yang lain.
1) Negara akan huru hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan. ( Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1983)
2) Kerajaan Pusat akan tetap menyekat sebarang usaha mahu melaksanakan
hukum Hudud. ( Datuk Seri Najib Tun Razak, 24 Sept 2011, di Tanjung
Tualang, Perak)
3) Umno terpaksa menggunakan Islam kerana jika parti itu tidak berbuat
demikian ia akan hilang undi kepada PAS.( Dato’ Nazri Aziz di satu forum
anjuran Majlis Peguam)
4) Dalam masyarakat majmuk) tiada orang yang boleh mendakwa bahawa
agamanya adalah agama terbaik dengan mengenepikan agama-agama lain
kerana dengan mengatakan demikian akan memusnahkan prinsip persamaan
(agama) dan prinsip kemanusiaan.( Dato’ Rais Yatim di Hotel Equatorial,
Bangi semasa merasmikan seminar Inter Faith Commission (IFC) antara lain
menyatakan (dalam bahasa Inggeris) yang diterjemahan) Ucapan Rais
Yatim ini telah diterbitkan di dalam Infoline Majlis Peguam.
Jelaslah sebagaimana yang Ngeh nyatakan, adalah membuang masa dan
tenaga kalau sekadar nak tunjuk marah kepada orang luar sedangkan orang
dalam parti sendiri menghina Islam, Khairy biarkan berleluasa begitu
sahaja.
Ngeh tidak maksudkan kepada himpunan yang akan dibuat oleh PAS pada
Jumaat ini di Kedutaan Amerika atau himpunan orang-orang Islam di
seluruh dunia sebab mereka istiqamah dengan sikap mereka.
Berlainan sekali dengan sikap Khairy yang mendiamkan diri bila pemimpin
Umno menghina Islam tetapi cuba mahu berlagak hero bila ada orang luar
menghina Islam.
Sebab itu Ngeh tanya Khairy – "untuk Islam atau kepentingan politiknya?”
Kita berharap Pemuda PAS Pusat tidak mudah terperangkap dengan
exploitasi yang dilakukan oleh Umno yang pandai menggunakan ruang dan
kesempatan yang ada.
Walau bagaimana pun, kita berharap setiap pemimpin supaya lebih berhati-hati bila mengeluarkan kenyataan berhubung dengan Islam.
No comments:
Post a Comment