Friday, October 30, 2009

Majlis Rakyat bersama Pemimpin di Ipoh Sabtu ini

Semua Rakyat Negeri Perak dijemput ke ceramah Pakatan Rakyat di Pusat tarbiah PAS, Pekan Chemor, Bt 11, Jalan Jelapang, Ipoh pada Sabtu 31 Oktober 2009 jam 9.00 malam.
Solat maghrib bersama Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Masjid Sungai Rokam, Ipoh sebelum berkonvoi ke tempat ceramah.

Thursday, October 29, 2009

Nizar sangkal dakwaan tidak dihalang dan dikasari memasuki sidang DUN Perak

Gambar rentetan ADUN Simpang Pulai, Chan Ming Kai dihalang, dikasari dan seret oleh pasukan polis di bangunan Dewan undangan Negeri Perak, Ipoh semalam
KUALA LUMPUR 29 Okt 09 "Kami disekat dengan lima 'check point' (pemeriksaan), di setiap check point itu kami hanya dibenar masuk seorang demi seorang.

"Keadaan itu sengaja dibuat supaya kami tidak masuk (dewan persidangan) sebelum pukul 10," katanya yang juga Adun Pasir Panjang. Selepas memasuki pagar bangunan SUK, kesemua Adun Pakatan katanya ditolak ke kawasan letak kereta di bawah bangunan tersebut.

Jelasnya, tindakan tersebut bagi menghalang oarang ramai dan pihak media melihat kekasan yang mereka lakukan kepada Adun pakatan. "Mereka menolak kami ke kawasan parking kereta supaya tidak dilihat umum.

"Di situlah mereka menjalankan 'operasi' mencekik sivakumar," ceritanya lagi.


Apa yang diketahui rakyat berhubung insiden semalam katanya, hanya antara secebis yang berlaku yang sempat dirakam oleh petugas media, malah masih banyak kekasaran lain diperlakukan kepada mereka khususnya kepada Speaker, V Sivakumar sebelum memasuki dewan persidangan.

"Saya lihat seorang anggota polis, ASP Bala nama dia, merampas songkok speaker Sivakumar di hadapan kami," katanya lagi.

Beliau juga mendakwa selain dicekik, Sivakumar turut dihentak diperut.

Selain itu, pelbagai tekanan lagi dilakukan kepada Adun pakatan termasuk dipaksa menggunakan laluan tangga kerana lif ke dewan persidangan diberhentikan, komputer riba dan kamera dirampas dan kesemua pintu masuk ke dewan dikunci dengan hanya satu laluan dibuka.
Kehadiran ratusan anggota polis mengawal bangunan SUK itu juga di ibarat Ipoh seperti berada dalam 'zon perang'.

Jelasnya jalan-jalan menuju ke bangunan tersebut yang ditutup, berpuluh trak polis dan simpanan persekutuan FRU merintangi pintu masuk ke bangunan SUK serta notis larangan berada di dalam kawasan 50 meter dari kawasan bangunan SUK seolah-olah wujud ancaman besar terhadap ibu negeri itu.

Ketua Polis Perak Datuk Zulkefli Abdullah semalam berbohong kerana menafikan anggota keselamatan mereka melakukan kekasaran dan menghalang Adun Pakatan Rakyat memasuki Bangunan SUK untuk menghadiri sidang.

Beliau turut menolak dakwaan yang mengatakan speaker yang juga Adun Tronoh V.Sivakumar dikasari sehingga menyebabkan jubah yang dipakainya terkoyak.

Hadir sama pada sidang media tersebut, Adun Pantai remis, Nga Kor Meng dan Adun Setiawan Ngeh Ko Ham.

Semalam, Adun Pakatan memberitahu selain Sivakumar, sekurang kurangnya dua lagi dikasari pihak polis termasuk Nga Kor Meng di mana alat sulitnya dipegang manakala seorang lagi Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai diseret di lantai.

Dalam persidangan berasingan semalam, Pakatan Rakyat telah meluluskan dua usul dan satu usul tergempar.

Usul tergempar adalah rakaman takziah kepada mangsa tragedi program 1Malaysia di Kuala Dipang dan semua kem program latihan khidmat negara dan program luaran lain digantung sehingga siasatan kes tersebut selesai.

Dua usul lagi adalah bersetuju melantik bekas pengerusi PKR Perak, Osman Abdul Rahman sebagai senator dan merakam penghargaan terhadap laporan Ketua Audit Negara, sewaktu pentadbiran Pakatan pada tahun 2008.

-harakahdaily

Wednesday, October 28, 2009

Semasa: Kerusi Speaker DUN Perak dikawal ketat

10.16 am : Polis dikecam. Kami sekarang berehat setelah berlaku pergelutan yang melampau sehingga jubah YB Siva dirampas dan YB Siva sudah ada bersama kami sekarang dan akan masuk ke dewan. Kami mengecam tindakan polis yang melakukan tindakan sebentar tadi.
10.17 am : Kami menaiki tangga.
Lif tidak berfungsi dan semua Adun menggunakan tangga menuju dewan.
10.20 am : Polis Pukul ADUN ??
Laungan pada polis yang pukul Adun bergema dalam keadaan kami cuba melepasi halangan pemeriksaan akhir untuk masuk ke dewan.
10.21 am : Polis halang kami masuk.
Pemeriksaan ketat sebelum masuk.
Semua Adun masih bertahan dan tidak dibenarkan masuk ke dewan. Berlaku kekecohan.
10.32 am : Saya dilarang masuk dengan kamera.
Suasana kecoh....
Polis membantah tindakan saya untuk membawa masuk kamera ke dalam dewan. Pihak polis tidak dapat menunjukkan dokumen yang dikatakan ada larangan itu.
10.35 am : Kami sudah didalam dewan
Kami sekarang sudah berada didalam dewan dan dewan nampaknya berehat, kami diperhatikan oleh Adun BN lain dan Speaker haram.
10.38 am : Sidang dikendalikan oleh Sivakumar berjalan.
Saya menghabiskan bacaan doa menggantikan SU Dewan yang dihalang masuk.
10.40 am : Adun Buntong berucap tanpa diganggu.
Usul mengecam Speaker haram yang disampaikan oleh YB. Sivasubramaniam disampaikan dan sidang yang kami jalankan tidak diganggu oleh Speaker haram.
10.41 am : Sidang terus berjalan. YB. Buntong terus menyampaikan ucapan tanpa diganggu dengan hujah Ganesan tidak layak jadi Speaker.
10.48 am : Hujah PR langsung tidak dijawab Ganesan dan dia terus berada di tempatnya. Ganesan diminta untuk mengosongkan tempat duduknya oleh YB. Buntong tetapi dia masih enggan.
YB Speaker mengumumkan akan mengendalikan sidang di tempat duduk biasa kerana Ganesan tidak mahu mengosongkan tempat duduk sebentar.
10.51 am : Adun BN cuma memerhatikan sidang yang dikendalikan Speaker yang sah
Usul kedua yang dibentangkan oleh YAB MB Nizar mengenai takziah dan simpati kepada anak-anak sekolah di Kuala Dipang yang mengorbankan tidak kurang 3 orang.
Beliau memohon dewan mengucapkan takziah dan usulkan semula program yang melibatkan anak-anak sekolah dihentikan sama sekali untuk memenuhi kehendak PM sendiri supaya program dihentikan.
Dewan mengusulkan ucapan takziah.
10.53 am : Usul disokong oleh Adun Setiawan.
Usul yang disampaikan dibahas dan disokong oleh Adun Setiawan Dato' Ngeh. Pembesar suara sudah ditutup.
10.56 am : Sidang berhenti sebentar.
Sidang ditangguhkan oleh Speaker Sivakumar. Kami Adun PR masih berada di tempat duduk masing-masing dengan tertib sehingga YB Siva menyambung balik sidang.
11.06 am : Usul di bahas oleh MB Pakatan Rakyat
Usul sedang dibahas oleh YAB MB Pakatan Rakyat dengan mengemukakan data tentang prestasi tersebut. Beliau juga merakamkan penghargaan kepada penjawat awam sehingga prestasi itu dicapai.
Usul diterima....
11.07 am : Titi Serong mengusulkan tahniah dan penghargaan dengan prestasi kewangan Kerajaan PR 2008
ADUN Titi Serong membentangkan usul tahniah dan terima kasih atas prestasi kewangan Kerajaan Perak tahun 2008 di bawah kerajaan PR seperti yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara.
11.08 am : Sidang ditangguh oleh Speaker Sivakumar
Sidang yang dikendalikan oleh Speaker sah Sivakumar nampaknya tidak diganggu oleh Speaker haram dan Adun BN.
Ianya ditangguhkan sebentar tadi.11.29 am : Dua sidang dalam satu dewan sedang berjalan
Sekarang ini dua sedang berjalan iaitu sidang iaitu perbahasan Belalanjawan Negeri Perak yang dikendalikan oleh Speaker yang sah V.Sivakumar, dan Speaker haram Ganesan.
11.31 am : BN cuba lulus bajet haram
Laungan Speaker haram bergema Sidang BN yang cuba meluluskan bajet haram oleh Speaker Haram Ganesan.
11.38 am : Bajet haram oleh sidang haram yang dikendalikan Speaker Haram
BN akhirnya melanggar undang-undang dengan membentang dan mengesahkan bajet haram sebentar tadi.
11.43 am : Laungan haram bergema berterusan
Adun Pakatan Rakyat terus melaungkan kalimat haram dan lanun atas tindakan BN meluluskan bajet haram.
Tindakan Adun Pakatan Rakyat langsung tidak dapat diambil tindakan oleh Speaker haram kerana ternyata dia tidak ada kuasa apa lagi untuk meluluskan bajet.
11.50 am : Sidang ditangguh oleh Speaker Sivakumar
Speaker yang sah menangguhkan sidang dalam keadaan Speaker haram masih mengendalikan sidang haram sebentar tadi.
TAMAT -BP

Semasa: Live dari DUN Perak

Buka blog idhamlim untuk sorotan semasa
Gambar Polis merampas jubah Speaker Sivakumar
7.41am :
Suasana Hujan Di Ipoh
Pemandangan Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan DUN Perak, dengan berlatar cuaca yang suram dan berkabus. Disinilah BN akan melakukan sekali pencabulan Undang-undang dengan menganjurkan sidang haram dengan membentang bajet haram dihadapan Speaker haram.
Sejak petang kelmarin hujan sesekali lebat dan renyai turun membasahi bumi Perak semacam mengiringi kesedihan korban jambatan di Kuala Dipang dan kesedihan sekali lagi undang-undang akan dilakukan oleh BN pada sidang haram hari ini.
8.44 am : Ramainya polis di sekitar Bangunan Perak Darul Ridzuan
Saya sampai di kawasan sekitar bangunan SUK yang menempatkan Dewan Negeri yang akan bersidang sebentar lagi.
Kelihatan deretan Black Maria dan kenderaan polis yang lain bersusun di sekitar bangunan itu.
Inilah suasana yang kelihatan dalam keadaan sekitar 50 meter telah diwartakan sebagai kawasan larangan bagi orang awam.
8.45 am : Suasana muram dalam keadaan mula sesak di Ipoh
Entah untuk pergi bekerja di pejabat masing-masing, entah rakyat Perak yang datang untuk menyaksikan sidang bersejarah hari ini. Sepanjang perjalanan dari hotel penginapan saya melewati beberapa persimpangan dan bulatan yang dikawal ketat oleh polis trafik.
8.47 am : Kawasan bangunan dikawal ketat oleh polis
Sekatan yang ketat dilakukan disekitar bangunan SUK. Kenapakah ini berlaku, kami dan rakyat datang untuk menghadiri sidang, bukannya berperang. Suasana semacam akan berlaku rusuhan yang dahsyat di Ipoh hari ini khususnya di sekitar bangunan Dewan Negeri.
Helikopter polis berlegar-legar di lingkaran bangunan SUK, Ipoh
9.20 am : 4 Adun Pakatan dilarang melintasi SUK
Empat Adun Pakatan Rakyat, Dato' Ngeh, YB. Zainuddin, YB. Sum dan YB. Thomas SU dihalang oleh pihak polis semasa cuba melintasi kawasan jalan menuju ke bangunan DAP di sini. Berlaku tikaman lidah antara mereka dan akhirnya mereka di dibenarkan melewati jalan tersebut.
Sebetulnya tidak ada alasan Adun dihalang melewati jalan tersebut, kalaupun ada kaitan dengan warta 50 meter ianya hanya melibatkan orang awam sahaja.
Adun Pakatan Sudah berkumpul dan bila-bila masa akan ke bangunan Dewan Negeri
Sebahagian besar ADUN Pakatan Rakyat termasuk YAB Menteri Besar Pakatan Rakyat berkumpul di satu tempat berhampiran dengan SUK dan bila-bila masa akan bergerak ke dewan bagi mengikuti sidang pada hari ini.
9.39 am : Kami mula bergerak ke dewan Kami mula bergerak ke dewan sekarang, doakan keselamatan kami.
Kawalan ketat menjelang sidang DUN Perak Masih tidak nampak sebarang perhimpunan tetapi ADUN mula memasuk bangunan sekretariat. Antara yang awal tiba ialah pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham Thomas Su tetapi mereka tidak dibenar masuk ke dalam bangunan, menyebabkan berlaku pertengkaran antara kedua mereka dengan polis. Akhirnya, polis membenar Ngeh dan Su masuk.
9.55 am : Siva dihalang kami pertahan YB Siva cuba dihalang oleh polis termasuk semua Adun PR yang cuba dihalang. Berlaku tolak menolak.
9.56 am : Kami mundur ke pintu utama. Semua ADUN PR dan Speaker Sivakumar mundur ke belakang apabila di halang oleh polis.9.58 am : Kami bergerak kembali. Kami cuba sekali lagi ke lif untuk masuk ke dalam dewan dan sekali lagi dihalang oleh Polis, berlaku perlawanan cakap, mereka benarkan semua Adun masuk kecuali YB Speaker.
10.00 am : Kami terus dihalang, undur ke belakang. Ada yang ditolak sampai jatuh dan Speaker cuba ditangkap dan dihalang, kami pertahan sehingga ada Adun yang jatuh.10.01 am : Kami keluar dari pagar SUK Setelah berlaku pergelutan tadi kami mundur dan terus keluar dari Bangunan dan pagar SUK.
Polis halang kami berkumpul di luar pagar dan adakan sidang akhbar MB Pakatan bercakap kepada wartawan swasta bahawa kami ditahan oleh Polis dan halang Adun PR dan Speaker masuk, dia juga Adun Tronoh.
Beliau mengecam tindakan polis itu yang melanggar undang-undang.
10.05 am : Suasana kecoh kembali. Polis terus menghalang kami dan kami bergerak ke pintu masuk untuk masuk ke dalam dewan dengan dikawal ketat oleh ratusan polis.10.07 am : Kami berada dalam pagar SUK sekarang Kami mempertanyakan songkok YB Siva yang dirampas oleh seorang SB bernama Bala.
10.08 am Siaran langsung di PerakFM - Radio Malaysia Ipoh membuat liputan langsung pembentangan Belanjawan Perak oleh DS Zambry Abdul Kadeer
10. 25 am Pembentang Belanjawan Negeri Perak disampaikan oleh Zambry selesai dan Speaker Ganesan menangguhkan sidang dan akan disambung jam 11.00 pagi tanpa kehadiran ADUN Pakatan Rakyat

19 orang murid Perkhemahan 1Malaysia nyaris dihanyutkan

KAMPAR Isnin 26 Okt 2009 jam 10.30 malam 19 orang murid nyaris dihanyutkan apabila jatuh ke dalam sungai di jambatan gantung runtuh dan seorang dijumpai lemas dan 2 lagi masih hilang, Mayat yang dijumpai dikenali Dina Deve Nathan, 11, dari SK Tamil Mambang Diawan ditemui 2 km ke hilir sungai jam 8.40 pagi ini. Manakala Kedua-dua mangsa yang hilang dikenali sebagai Diryasree a/p Vasudevan, 12, dari SJKT Gopeng dan Davadharshini a/p Maheswaran, 11, dari SJKT Mambang Di Awan.

Mereka adalah sebahagian 298 orang murid berumur 11 hingga 12 tahun dari 64 buah sekolah rendah dari Tronoh, Batu Gajah dan Kampar yang menyertai aktiviti perkhemahan 1Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan. Perkhemahan 1Malaysia ini terletak berhampiran Tebing Sungai Kampar, Kuala Dipang.yang ketika itu air deras.

Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku ketika pelajar terbabit menaiki jambatan gantung berkenaan selepas menikmati minum malam di seberang sungai untik balik semula ke khemah mereka.
Jambatan sepanjang kira-kira 50 meter itu baru siap dua minggu lepas dan menurut seorang anggota Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Kuala Dipang, ia dibina bagi menggantikan sebuah jambatan gantung lama yang telah runtuh sebelum ini.



Monday, October 26, 2009

Sidang DUN Perak Rabu ini bakal ulangi kekecohan











Program ulung Sekretariat Pakatan Rakyat Perak dapat sambutan hebat

Program Pelancaran Pemuda Pakatan Rakyat Perak tetap mendapat sambutan lebih 2,000 orang Pemuda PAS, PKR dan DAP di Lekir Lumut
Dato Seri Nizar di Jamuan anjuran Pakatan Rakyat Negeri Perak di Ipoh semalam

lebih 5000 orang ramai hadir di Program Jamuan Rakyat yang dihadiri dari berbagai bangsa






Saturday, October 24, 2009

Sukby Latif: ‘Penulis 'first news' bukan pengekor cerita orang’

Siapa yang tidak kenal dengan Subky Latif, insan yang menjadi pelopor penulisan buku-buku politik semasa dan peneroka ‘penulis baru’ (new journalism) di Malaysia sehingga digelar 'Mahaguru' kewartawanan oleh sebahagian besar pengamal media. Malah bagi pemimpin politik dan kerajaan namanya sudah tidak asing lagi bagi mereka.

Di sebalik kesederhanaan watak, gaya hidup dan kopiah merahnya itu, siapa sangka dia telah pun mencecah kaki ke Britian, Perancis, Belanda, Denmark, Swirtzerland, Greece, Brussel dan Amerika bagi menyorot bidang yang diceburinya. Lebih hebat, dia pernah menyertai Kursus Diploma Kewartawanan di Berlin Barat, Jerman.

Walaupun pun begitu, kehidupannya masih sama seperti dulu, seiring kehidupan Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat. Tanpa niat mengejar impian kereta dan rumah mewah, beliau masih berjuang dengan tinta tajamnya. Itulah kehebatan tindakan dan tulisan Subky yang tidak boleh diramal sesiapa.

Biodata:

Beliau yang berpendidikan Melayu dan Menengah Inggeris dilahirkan Setiawan Perak 28 Julai 1940, kini berusia 70 tahun pernah menjadi pemberita Utusan Melayu dan Warta Negara di Pulau Pinang mulai 1963.
menjadi penulis semenjak berusia 25 tahun.
Di era Perdana Menteri Tun Abdul Razak, tulisannya cukup kontroversi. Pedih dan perit kerana terpaksa berhadapan dengan hujah-hujahnya yang kukuh dan membuka mata. Kesannya, demonstrasi dan tangkapan menjadi aksi-aksi selepas itu.
Antara bukti ialah ketika dia membongkar kisah 'Dua Abdul' di bawah pentadbiran Tun Razak yang kononnya terbabit dengan subversif sehingga tertangkapnya yang mereka yang terlibat. Begitu juga dengan kritikannya terhadap isu ketiadaan air di Johor sehingga tercetusnya himpunan demontrasi menuntut air.
Selain bidasan dan 'pancungannya' ke atas sikap dan tindakan kerajaan, dia juga diberi kepercayaan membuat liputan kunjungan Tun Abdul Razak ke Peking bersama Utusan Malaysia sekitar tahun 1974 malah pernah mewakili Malaysia dalam Seminar ASEAN mengenai sebaran am di Manila.
Terus bersama PAS

“Demokrasi dibunuh oleh BN”. PAS dipecat oleh BN dari Kerajaan Perikatan sehingga terjadinya darurat di Kelantan tahun 1974. Untuk menyuburkan demokarsi saya masuk parti pembangkang" katanya. Usianya ketika itu baru 38 tahun tentulah mempunyai cita-cita yang cerah jika masih berada dengan kerajaan..
Subky pula mengambil keputusan melawan arus dengan menyertai parti yang memperjuangkan Islam itu. Ketika itu PAS parti sepah terbuang masakan tidak ketika PAS kalah teruk dalam pilihan raya 1978 dan saat dihalau daripada Barisan Nasional (BN),
Secara tegas Subky menceritakan tujuannya memasuki PAS adalah untuk memastikan demokrasi di Malaysia selamat.
Menceritakan pengalaman manis yang tidak dapat dilupakan oleh beliau ialah sewaktu menjawat Setiausaha Pemuda PAS Pusat sekitar tahun 1982, ketika memulakan usul dan menjadi pelopor konsep Kepimpinan Ulama.
"Cadangan saya diterima dan dibawa ke Muktamar dan akhirnya diluluskan menjadi dasar sehingga sekarang," katanya.
Beliau juga tidak lupa ketika mula 'mendekatkan' PAS dengan masyarakat bukan Islam pada tahun 1985 dan 1986 sehinggakan di Kuala Lumpur dibuat seminar-seminar yang memberi penerangan konsep pemerintahan Islam kepada kaum Cina.
"Sejak itu kita mengorak langkah dengan mengadakan ceramah-ceramah di Dewan Perhimpunan Cina sehingga tertubuhnya CCC Chinese Comunity Council yang dianjurkan PAS.
"Kita pernah dipanggil berceramah di tokong-tokong Cina sekitar Kuala Lumpur, Kepala Batas dan Ipoh. Senario itu cukup membimbangkan BN apatah lagi tentang konsep Islam yang diterangkan oleh PAS," katanya.
Selain menulis beliau sendiri pernah bertanding pada pilihan raya kecil Pelabuhan Kelang, 1 Disember 1979, merebut kerusi Menteri Pengangkutan yang kosong dengan kematian Mendiang Tan Sri V. Manikhavasagam. Subky merupakan antara pemimpin yang banyak menyertai pilihan raya.
Bertanding di Perak, Terengganu, Setapak Kuala Lumpur, dan pernah 'melawan' Tun Dr Mahathir di Kubang Pasu, Subky yang tidak pernah menang kerusi sekalipun tetap istiqamah dalam perjuangannnya.

Pengasas Akhbar Harakah

Sebagai pengasas akhbar lidah rasmi PAS iaitu Harakah pada tahun 1978, Subky tetap menyelitkan kisah susur-galurnya menerbitkan akhbar yang kini sentiasa panas dan 'hangat' di pasaran itu.
Katanya di awal penerbitan ianya dicetak sejumlah 12,000 sahaja namun beberapa hari selepas diedar di pasaran, Harakah akhirnya 'sold-out'. Tidak cukup dengan itu, ada pembaca dan peminat setia minta ianya diulang cetak.
Tetapi, di sebalik kehebatannya, tidak ada yang tahu bahawa ketika itu tidak ada syarikat percetakan yang bersedia mencetak Harakah kerana dua faktor iaitu kerana ianya akhbar PAS dan keduanya pengasas dan pengarangnya adalah Subky Latif.
"Hanya sebuah syarikat percetakan akhbar Tamil yang bersedia mencetak. Itu pun hanya sekali sahaja. Kemudian tidak sanggup kerana amaran, ancaman dan ugutan daripada kerajaan pada masa itu," jelas Subky yang pernah menjawat jawatan sebagai Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan.
Kemudian beliau bertemu dengan seorang kenalan berbangsa Cina yang sudah hampir tutup bisnes percetakannya sehingga tidak mampu membayar gaji pekerja.
"Saya buat rundingan dengannya iaitu membayar sejumlah RM5,000 untuk setiap minggu Harakah dicetak. Dan setiap bulan syarikat itu memperoleh sejumlah RM20,000 sampai boleh membayar gaji pekerjanya," katanya sesekali ketawa.
Kemudian katanya ada agen Umno yang jadi lembaga pengarah syarikat itu yang mengenakan sekatan dan syarat supaya Harakah tidak mengkritik kerajaan. Ada sekali, tidak dicetak sehingga, pengedar tunggu sampai pukul 1 pagi, kata Subky
"Kita bawa bahan itu ke Pulau Pinang kerana ada yang sanggup mencetak, dan akhirnya kita bawa pada malam yang sama untuk edaran dan 'sold-out' juga!," kata Subky

Kerjaya sebagai Penulis

Selain Harakah, sebelum itu, Subky pernah menjadi 'peneroka' tiga buah akhbar seperti dwi mingguan Suara Rakyat, Suara Merdeka dan Harian Watan. Begitu juga dengan beberapa majalah yang 'diciptanya' seperti Sarina, Keluarga, Kisah Cinta dan Kritik.
Sejarah telah menceritakan bahawa Subky seorang yang tidak pernah mengingkari tuntutan tanggungjawab malah dikenali sebagai kolumnis yang paling istiqamah dan tidak pernah 'bercuti' daripada menulis. Sehingga kini Subky tidak pernah gagal mengisi ruangan '1,2 dan 3...' dan 'Mens Sana in Corpore Sano' dalam Harakah dan juga Siasah namun semua itu memerlukan tahap displin yang tinggi
"Ketika saya jadi ketua, saya akan pastikan sesiapa yang mahu menjadi kolumnis, berdisplin dan isi ruang kolum bila sampai tarikhnya. Jika hanya menulis sekali sekala, lupakan sahaja," katanya.

Rutin kehidupan

"Bangun awal untuk baca Quran sebelum solat Subuh, lepas solat siapkan tulisan untuk Harakah, Siasah dan juga Buletin Rakyat. Kolum tetap maka displin mesti ada.
Semenjak empat tahun kebelakangan ini, Subky berusaha menyiapkan buku 'Analitikal' tentang hikayat para Nabi khususnya 25 Rasul yang dijangka akan terbit dalam jangka masa terdekat.
"Saya sudah pun siapkan buku 25 Rasul itu dan terpulang kepada pihak yang nak meneribitkannya nanti," katanya.
Ditanya tentang petua menjadi penulis dan wartawan yang berjaya, Subky teringat sebuah buku penulis berbangsa India yang mencebiskan kata-kata semangat untuk beliau terus menulis tanpa henti.
"By mearly wishing to be a writer you do not become once but by writing everyday you will and can become a good writer (Sekadar hajat nak menulis belum boleh menjadi penulis tetapi jika menulis setiap hari anda akan menjadi penulis yang baik)," lontar Subky memetik kata itu.
"Seperkara lagi, saya suka bertengkar, dari kecil lagi dan saya mahu menang. Dari pertengkaran itulah saya mendapat ilham dan idea baru untuk menulis," katanya mengimbau kenangan zaman kanak-kanaknya.
"Jadi lead... 'first news' bukan pengekor cerita orang. Sesiapa yang tidak puas hati dan kata salah, mesti buktikan kesalahan dan sanggah dengan penuh yakin. "
Matlamatnya sebagai penulis ialah menjadi 'starter' atau pencetus sesuatu isu dalam landskap politik negara malah sebagai pembimbing kepada para pembaca yang tidak tahu perkembangan terkini isu-isu semasa khususnya membabitkan politik.

Siaran akhbar Siasah keluaran terbaru 22 Okt 2009

Tuesday, October 20, 2009

Pemimpin Pakatan diarah jaga kenyataan masing-masing

KUALA LUMPUR, 20 Okt: Pemimpin Pakatan Rakyat hari ini memutuskan semua perbezaan pendapat antara ketiga-tiga parti harus diselesaikan menurut saluran yang betul sama ada di peringkat negeri ataupun pusat.

Bercakap dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di parlimen petang tadi, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu ianya bagi menjaga hubungan baik antara parti dalam Pakatan Rakyat.

"Kita putusakan dengan tegas bahawa semua pendapat diselesaikan mengikut ruang yang ada sama ada di peringkat negeri ataupun Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di peringkat pusat," katanya yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Langkah lain yang turut dipersetujui pada mesyuarat tersebut adalah supaya pimpinan tertinggi parti mengarahkan kesemua ahli parti masing-masing supaya tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh mengeruhkan hubungan ketiga-tiga parti dalam pakatan itu.


"Ketiga-tiga pimpinan parti telah memberikan arahan cukup jelas dan tidak akan bertolak ansur dengan mana mana usaha ataupun kenyataan yang dikeluarkan yang boleh menyebabkan keruhnya hubungan antara parti di peringkat bawah," katanya lagi.

Bagi memperkasakan lagi hubugan ketiga-tiga parti, Pakatan Rakyat juga mengumumkan untuk mengadakan Konvensyen Pimpinan Pakatan Rakyat pada 12 dan 13 Disember ini bertempat di Shah Alam.

Konvensyen tersebut akan disertai 1500 perwakilan masing-masing lima ribu dari setiap parti dalam Pakatan Rakyat.

Selain Anwar, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan kepimpinan tertinggi ketiga-tiga parti termasuk Datuk Zaid Ibrahim hadir pada sidang media tersebut.

Mesyuarat siang tadi antara lain memberi fokus kepada memperkukuh dan memperbaiki kelemahan yang ada di dalam pakatan.

Turut ditanya, desas desus wujud kemelut di antara dua pepimpin PKR membabitkan Datuk Zaid Ibrahim dengan Naib Presiden, Azmin Ali namun Anwar menafikan dakwaan tersebut.

"Zaid Ibrahim ada Azmin ada, tak ada masalah apa pun," jawab Anwar disambut gelak ketawa hadirin.

Perkara lain turut dibincang adalah berkaitan platform dasar bersama Pakatan Rakyat yang akan ditubuhkan.

Turut dimaklumkan mesyuarat itu juga bagi mendengar laporan awal bedah siasat kekalahan pakatan rakyat di Bagan Pinang.

Selain faktor rasuah dan penipuan, mereka turut mengakui kelemahan diperingkat parti masing masing turut menyumbang kepada kekalahan tersebut.


Friday, October 9, 2009

LANCAR 1MALAYSIA: Najib Hina Rakyat Perak

Kepimpinan Ir. Nizar di Negeri Perak selepas Pilihanraya Umum ke-12 pada 8 Mac 2008 telah berjaya membawa satu perubahan hubungan erat rakyat berbilang kaum di Malaysia. Nizar seorang jurutera yang telah mereka-bentuk kesefahaman dan penyatuan rakyat dari berbilang kaum, budaya dan ugama. Yang jelas, hala-tuju yang dibawa Ir. Nizar membela nasib dan membawa keadilan untuk semua kaum.

Negeri Perak adalah contoh terbaik kesepakatan dan teloransi kepada seluruh rakyat Malaysia. Maka Slogan 1Malaysia yang mahu diaplikasikan di Negeri Perak sebenarnya menerima corak kepimpinan Ir. Nizar.

Benteng penyisihan kaum BN hampir berjaya dirobohkan Nizar tetapi rampasan kuasa tidak bermaruah pada awal Februari 2009 telah digagalkan usahanya.

Kini, Negeri Perak dipilih untuk pelancaran sambutan 1Malaysia peringkat kebangsaan oleh Kerajaan Persekutuan yang akan diadakan pada 18 Oktober ini di Ipoh. Stesyen TV RTM baru ini sibuk menemu-ramah rakyat Perak apa yang difahami 1Malaysia sebenarnya merujuk kepada kejayaan Nizar.

Ikuti kenyataan Media Dewan Pemuda PAS Perak


IPOH 8 Oktober 2009. Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) tidak terkejut dengan pemilihan Perak sebagai tempat pelancaran sambutan 1Malaysia peringkat kebangsaan oleh Kerajaan Persekutuan yang telah diumumkan oleh Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai sesuatu perkara yang pelik dan menunjukkan bahawa UMNO / Barisan Nasional (BN) telah tertekan dengan suasana yang telah berlaku di Perak ini sehingga terdesak untuk mengajurkan apa jua program besar di Perak bagi mendapat simpati dan ehsan rakyat.

DPPN Pk melihat usaha Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap rampasan kuasa awal Februari yang lalu sebagai satu penghinaan kepada seluruh rakyat Perak kerana pelancaran sambutan 1Malaysia peringkat kebangsaan pada 18 Oktober ini sebagai satu penipuan terhadap slogan rakyat diutamakan.

DPPN Pk merasakan slogan Datuk Seri Mohd Najib benar-benar mengguris hati rakyat Perak kerana UMNO / BN tatkala ketika beliau menjadi Timbalan Presiden UMNO tidak memberikan keutamaan kepada rakyat yang telah memilih Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 12 tahun lepas serta menafikan demokrasi yang menyebabkan seluruh rakyat sudah pasti akan menolak UMNO / BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

DPPN Pk menjangkakan dengan pelancaran 1Malaysia oleh Datuk Seri Mohd Najib dengan memilih Perak adalah merupakan satu kesilapan kerana ingatan rakyat Perak masih segar dengan rampasan kuasa yang paling tidak bermaruah UMNO / BN, dan semestinya rakyat Perak akan bangkit untuk menegakkan demokrasi dan juga pencabulan hak mereka di dalam menentukan siapakah sebenar yang telah di beri kuasa memerintah Kerajaan Negeri Perak ini.

DR. RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Wednesday, October 7, 2009

Gempa di Indonesia pengetahuan Allah signifikan dari ayat al-Quran

MENAKJUBKAN Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Cuba lihat Al-Quran!. Siapa pun yang membuka Al-Qurâan dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayat-ayat Allah Swt tersebut:

17.16 (Surah Al Isra' ayat 16): Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.

17.58 (Surah Al Isra' ayat 58): Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya) , melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).

8.52 (Surah Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Firâaun dan pengikut-pengikutny a serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.

Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Firâaun dan pengikut-pengikutny a. Ini tentu sangat menarik.

sumber: eramuslim

Tuesday, October 6, 2009

Kenyataan keliru Tun Mahathir perlu diperbetulkan

Adakah betul PAS membenarkan orang Islam menternak babi kerana menjaga hati rakan bukan Islam dalam Pakatan Rakyat? Malah lebih teruk lagi, mengertikan ayat Al-Quran berkaitan larangan makan babi itu dibolehkan jual babi dan memasak babi. Masya Allah, benarkah PAS menggadaikan prinsip perjuangan semata-mata mendapat populariti dan sokongan rakyat.

Ikuti berita yang disiarkan kebanyakkan akhbar hari ini:

DUNGUN 5 Okt 2009: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata keadaan negara akan menjadi malap dan buruk sekiranya pentadbiran kerajaan berpindah daripada Barisan Nasional kepada pembangkang kerana kebanyakan pemimpin pembangkang sanggup menukar pendirian sematamata untuk mendapat populariti dan sokongan rakyat.

Katanya ada juga dalam kalangan mereka sanggup menghalalkan sesuatu yang dulunya mereka anggap haram semata-mata untuk memuaskan hati musuh yang kini menjadi rakan dalam pakatan pembangkang.

"Dulu Pas kata kerjasama dengan bukan Islam akan jadi kafir, sekarang bukan sahaja mereka bekerjasama dengan bukan Islam, tapi dia kata ternak babi pun tak apa, tapi orang Islam tak boleh makan babi.

"Dia (Pas) ambil tafsiran dalam Al-Quran kata (orang Islam) tak boleh makan babi, dia tak kata tak boleh ternak (babi).

"Kalau dah ambil tafsiran macam tu, maknanya kita boleh ternak, kita boleh jual babi, kita boleh masak babi, tapi jangan makan, pasal nak setuju jugak dengan orang ini, kita sanggup tukar pendirian kita sama sekali," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau sebelum itu menyampaikan wacana bertajuk "Dari Minda Tun, Ketuanan Melayu" di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Terengganu di sini hari ini.

Turut hadir Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah.

Dr Mahathir berkata Malaysia tidak mampu mempunyai pemimpin yang tidak berpendirian dan hanya mencari populariti diri.

"Kalau orang macam ini jadi pemimpin, susahlah," katanya.
-TheStar