Wednesday, October 28, 2009

Semasa: Kerusi Speaker DUN Perak dikawal ketat

10.16 am : Polis dikecam. Kami sekarang berehat setelah berlaku pergelutan yang melampau sehingga jubah YB Siva dirampas dan YB Siva sudah ada bersama kami sekarang dan akan masuk ke dewan. Kami mengecam tindakan polis yang melakukan tindakan sebentar tadi.
10.17 am : Kami menaiki tangga.
Lif tidak berfungsi dan semua Adun menggunakan tangga menuju dewan.
10.20 am : Polis Pukul ADUN ??
Laungan pada polis yang pukul Adun bergema dalam keadaan kami cuba melepasi halangan pemeriksaan akhir untuk masuk ke dewan.
10.21 am : Polis halang kami masuk.
Pemeriksaan ketat sebelum masuk.
Semua Adun masih bertahan dan tidak dibenarkan masuk ke dewan. Berlaku kekecohan.
10.32 am : Saya dilarang masuk dengan kamera.
Suasana kecoh....
Polis membantah tindakan saya untuk membawa masuk kamera ke dalam dewan. Pihak polis tidak dapat menunjukkan dokumen yang dikatakan ada larangan itu.
10.35 am : Kami sudah didalam dewan
Kami sekarang sudah berada didalam dewan dan dewan nampaknya berehat, kami diperhatikan oleh Adun BN lain dan Speaker haram.
10.38 am : Sidang dikendalikan oleh Sivakumar berjalan.
Saya menghabiskan bacaan doa menggantikan SU Dewan yang dihalang masuk.
10.40 am : Adun Buntong berucap tanpa diganggu.
Usul mengecam Speaker haram yang disampaikan oleh YB. Sivasubramaniam disampaikan dan sidang yang kami jalankan tidak diganggu oleh Speaker haram.
10.41 am : Sidang terus berjalan. YB. Buntong terus menyampaikan ucapan tanpa diganggu dengan hujah Ganesan tidak layak jadi Speaker.
10.48 am : Hujah PR langsung tidak dijawab Ganesan dan dia terus berada di tempatnya. Ganesan diminta untuk mengosongkan tempat duduknya oleh YB. Buntong tetapi dia masih enggan.
YB Speaker mengumumkan akan mengendalikan sidang di tempat duduk biasa kerana Ganesan tidak mahu mengosongkan tempat duduk sebentar.
10.51 am : Adun BN cuma memerhatikan sidang yang dikendalikan Speaker yang sah
Usul kedua yang dibentangkan oleh YAB MB Nizar mengenai takziah dan simpati kepada anak-anak sekolah di Kuala Dipang yang mengorbankan tidak kurang 3 orang.
Beliau memohon dewan mengucapkan takziah dan usulkan semula program yang melibatkan anak-anak sekolah dihentikan sama sekali untuk memenuhi kehendak PM sendiri supaya program dihentikan.
Dewan mengusulkan ucapan takziah.
10.53 am : Usul disokong oleh Adun Setiawan.
Usul yang disampaikan dibahas dan disokong oleh Adun Setiawan Dato' Ngeh. Pembesar suara sudah ditutup.
10.56 am : Sidang berhenti sebentar.
Sidang ditangguhkan oleh Speaker Sivakumar. Kami Adun PR masih berada di tempat duduk masing-masing dengan tertib sehingga YB Siva menyambung balik sidang.
11.06 am : Usul di bahas oleh MB Pakatan Rakyat
Usul sedang dibahas oleh YAB MB Pakatan Rakyat dengan mengemukakan data tentang prestasi tersebut. Beliau juga merakamkan penghargaan kepada penjawat awam sehingga prestasi itu dicapai.
Usul diterima....
11.07 am : Titi Serong mengusulkan tahniah dan penghargaan dengan prestasi kewangan Kerajaan PR 2008
ADUN Titi Serong membentangkan usul tahniah dan terima kasih atas prestasi kewangan Kerajaan Perak tahun 2008 di bawah kerajaan PR seperti yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara.
11.08 am : Sidang ditangguh oleh Speaker Sivakumar
Sidang yang dikendalikan oleh Speaker sah Sivakumar nampaknya tidak diganggu oleh Speaker haram dan Adun BN.
Ianya ditangguhkan sebentar tadi.11.29 am : Dua sidang dalam satu dewan sedang berjalan
Sekarang ini dua sedang berjalan iaitu sidang iaitu perbahasan Belalanjawan Negeri Perak yang dikendalikan oleh Speaker yang sah V.Sivakumar, dan Speaker haram Ganesan.
11.31 am : BN cuba lulus bajet haram
Laungan Speaker haram bergema Sidang BN yang cuba meluluskan bajet haram oleh Speaker Haram Ganesan.
11.38 am : Bajet haram oleh sidang haram yang dikendalikan Speaker Haram
BN akhirnya melanggar undang-undang dengan membentang dan mengesahkan bajet haram sebentar tadi.
11.43 am : Laungan haram bergema berterusan
Adun Pakatan Rakyat terus melaungkan kalimat haram dan lanun atas tindakan BN meluluskan bajet haram.
Tindakan Adun Pakatan Rakyat langsung tidak dapat diambil tindakan oleh Speaker haram kerana ternyata dia tidak ada kuasa apa lagi untuk meluluskan bajet.
11.50 am : Sidang ditangguh oleh Speaker Sivakumar
Speaker yang sah menangguhkan sidang dalam keadaan Speaker haram masih mengendalikan sidang haram sebentar tadi.
TAMAT -BP

4 comments:

  1. Syok sendiri kata sedang haram. Kome ni macam gila bayang.Tergelak teman bacanya

    ReplyDelete
  2. PR ni dah berdaftar ke belum?
    Kalau belum, maknanya kerajaan yang dikatakan PR ni haram le.
    DAP,PAS dan PKR bertanding secara berasingan. Parti mana yang Melebihi bilangan kerusi BN?
    Ir ada, peguam ada. ulama pun ada. Yang tak ada cuma akal aje.
    Teruskan main pondok2. Semoga bahagia.

    ReplyDelete
  3. memang bacul la PR ni.selaku orang muda yang tidak pro-kepada mana2 pihak,perbuatan mereka ni memalukan rakyatlah...inikah pemimpin mereka yang bodoh bergelar YB?adakah mereka nie yang akan menjalankan kewajiban kpd penundi d kawasan mereka dgn melaung tak tentu arah,addddoooiiiiii.... geki hati aku,tambahan pulakdgn kapten mamat cina si nizar yang ketagih ngan jawatan MB dulu.hahahahahaamdah la nizar ngan perangai POYO kau tuh!!!geli mata aku nengok.kepada si Nizarmcubalah berpijah padabumi yang nyata.ini adalah realiti la abg nizar hampeh ooiiiii,,,,yakguna akal ker nizar n the geng nih.hampeh2 smua.balik tdo la nizar ooiii.... dgn kau terus melaung sanasini,dulu kat parlimen sekarang kat dun perak lak,sele[asbawah pohon kayu dan nak sambung sidang dun yang dibuat kat hotel heritage lak..kau ni tak baca buku ker,tk tau perlembagaan ker?????
    PADA AKU SELAKU STUDENT LAGI YANG MENTAH DLM DUNIA KAU NI,DAH LA NGAN OMONGAN KAU TU.MUHASABAH DIRI,CERMIN DIRI HIASI PERIBADI DGN NILAI2 MURNI...

    KEAJAAN NIZAR = KERAJAAN SIDANG DUN BAWAH POKOK,DLM OTEL DAN AKU RASA SELEPAS NI ADA VAUKNYA BAWAK SEMUA PENIKUT KAU VUAT SIDANG DUN KAT TENGAH LAUT.HANG SEWA FERRY.SEMUA ORG TAK GANGGU TAJ BG AMARAN...HABIS!! SOMAPAPUN HANG SEMUA PIKIAQ LA SDIRI,
    ASSAMUALAUMM!!!!

    ReplyDelete
  4. PAKATAN RAKYAT ADALAH KEPIMPINAN YANG NAKAL,APAPUN KERJASAMA,HHHHHHAAAHAHAHAHAA
    AJAK NIZAR TGK KARTUN WONDERPET,

    ReplyDelete