Buka blog idhamlim untuk sorotan semasa
Gambar Polis merampas jubah Speaker Sivakumar
7.41am : Suasana Hujan Di Ipoh
Pemandangan Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan DUN Perak, dengan berlatar cuaca yang suram dan berkabus. Disinilah BN akan melakukan sekali pencabulan Undang-undang dengan menganjurkan sidang haram dengan membentang bajet haram dihadapan Speaker haram.
Sejak petang kelmarin hujan sesekali lebat dan renyai turun membasahi bumi Perak semacam mengiringi kesedihan korban jambatan di Kuala Dipang dan kesedihan sekali lagi undang-undang akan dilakukan oleh BN pada sidang haram hari ini.
8.44 am : Ramainya polis di sekitar Bangunan Perak Darul Ridzuan
Saya sampai di kawasan sekitar bangunan SUK yang menempatkan Dewan Negeri yang akan bersidang sebentar lagi.
Kelihatan deretan Black Maria dan kenderaan polis yang lain bersusun di sekitar bangunan itu.
Inilah suasana yang kelihatan dalam keadaan sekitar 50 meter telah diwartakan sebagai kawasan larangan bagi orang awam.
8.45 am : Suasana muram dalam keadaan mula sesak di Ipoh
Entah untuk pergi bekerja di pejabat masing-masing, entah rakyat Perak yang datang untuk menyaksikan sidang bersejarah hari ini. Sepanjang perjalanan dari hotel penginapan saya melewati beberapa persimpangan dan bulatan yang dikawal ketat oleh polis trafik.
8.47 am : Kawasan bangunan dikawal ketat oleh polis
Sekatan yang ketat dilakukan disekitar bangunan SUK. Kenapakah ini berlaku, kami dan rakyat datang untuk menghadiri sidang, bukannya berperang. Suasana semacam akan berlaku rusuhan yang dahsyat di Ipoh hari ini khususnya di sekitar bangunan Dewan Negeri.
Helikopter polis berlegar-legar di lingkaran bangunan SUK, Ipoh
9.20 am : 4 Adun Pakatan dilarang melintasi SUK
Empat Adun Pakatan Rakyat, Dato' Ngeh, YB. Zainuddin, YB. Sum dan YB. Thomas SU dihalang oleh pihak polis semasa cuba melintasi kawasan jalan menuju ke bangunan DAP di sini. Berlaku tikaman lidah antara mereka dan akhirnya mereka di dibenarkan melewati jalan tersebut.
Sebetulnya tidak ada alasan Adun dihalang melewati jalan tersebut, kalaupun ada kaitan dengan warta 50 meter ianya hanya melibatkan orang awam sahaja.
Adun Pakatan Sudah berkumpul dan bila-bila masa akan ke bangunan Dewan Negeri
Sebahagian besar ADUN Pakatan Rakyat termasuk YAB Menteri Besar Pakatan Rakyat berkumpul di satu tempat berhampiran dengan SUK dan bila-bila masa akan bergerak ke dewan bagi mengikuti sidang pada hari ini.
9.39 am : Kami mula bergerak ke dewan Kami mula bergerak ke dewan sekarang, doakan keselamatan kami.
Kawalan ketat menjelang sidang DUN Perak Masih tidak nampak sebarang perhimpunan tetapi ADUN mula memasuk bangunan sekretariat. Antara yang awal tiba ialah pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham Thomas Su tetapi mereka tidak dibenar masuk ke dalam bangunan, menyebabkan berlaku pertengkaran antara kedua mereka dengan polis. Akhirnya, polis membenar Ngeh dan Su masuk.
9.55 am : Siva dihalang kami pertahan YB Siva cuba dihalang oleh polis termasuk semua Adun PR yang cuba dihalang. Berlaku tolak menolak.
9.56 am : Kami mundur ke pintu utama. Semua ADUN PR dan Speaker Sivakumar mundur ke belakang apabila di halang oleh polis.9.58 am : Kami bergerak kembali. Kami cuba sekali lagi ke lif untuk masuk ke dalam dewan dan sekali lagi dihalang oleh Polis, berlaku perlawanan cakap, mereka benarkan semua Adun masuk kecuali YB Speaker.
10.00 am : Kami terus dihalang, undur ke belakang. Ada yang ditolak sampai jatuh dan Speaker cuba ditangkap dan dihalang, kami pertahan sehingga ada Adun yang jatuh.10.01 am : Kami keluar dari pagar SUK Setelah berlaku pergelutan tadi kami mundur dan terus keluar dari Bangunan dan pagar SUK.
Polis halang kami berkumpul di luar pagar dan adakan sidang akhbar MB Pakatan bercakap kepada wartawan swasta bahawa kami ditahan oleh Polis dan halang Adun PR dan Speaker masuk, dia juga Adun Tronoh.
Beliau mengecam tindakan polis itu yang melanggar undang-undang.
10.05 am : Suasana kecoh kembali. Polis terus menghalang kami dan kami bergerak ke pintu masuk untuk masuk ke dalam dewan dengan dikawal ketat oleh ratusan polis.10.07 am : Kami berada dalam pagar SUK sekarang Kami mempertanyakan songkok YB Siva yang dirampas oleh seorang SB bernama Bala.
10.08 am Siaran langsung di PerakFM - Radio Malaysia Ipoh membuat liputan langsung pembentangan Belanjawan Perak oleh DS Zambry Abdul Kadeer
10. 25 am Pembentang Belanjawan Negeri Perak disampaikan oleh Zambry selesai dan Speaker Ganesan menangguhkan sidang dan akan disambung jam 11.00 pagi tanpa kehadiran ADUN Pakatan Rakyat
No comments:
Post a Comment