Wednesday, October 28, 2009

19 orang murid Perkhemahan 1Malaysia nyaris dihanyutkan

KAMPAR Isnin 26 Okt 2009 jam 10.30 malam 19 orang murid nyaris dihanyutkan apabila jatuh ke dalam sungai di jambatan gantung runtuh dan seorang dijumpai lemas dan 2 lagi masih hilang, Mayat yang dijumpai dikenali Dina Deve Nathan, 11, dari SK Tamil Mambang Diawan ditemui 2 km ke hilir sungai jam 8.40 pagi ini. Manakala Kedua-dua mangsa yang hilang dikenali sebagai Diryasree a/p Vasudevan, 12, dari SJKT Gopeng dan Davadharshini a/p Maheswaran, 11, dari SJKT Mambang Di Awan.

Mereka adalah sebahagian 298 orang murid berumur 11 hingga 12 tahun dari 64 buah sekolah rendah dari Tronoh, Batu Gajah dan Kampar yang menyertai aktiviti perkhemahan 1Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan. Perkhemahan 1Malaysia ini terletak berhampiran Tebing Sungai Kampar, Kuala Dipang.yang ketika itu air deras.

Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku ketika pelajar terbabit menaiki jambatan gantung berkenaan selepas menikmati minum malam di seberang sungai untik balik semula ke khemah mereka.
Jambatan sepanjang kira-kira 50 meter itu baru siap dua minggu lepas dan menurut seorang anggota Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Kuala Dipang, ia dibina bagi menggantikan sebuah jambatan gantung lama yang telah runtuh sebelum ini.



No comments:

Post a Comment