Kepimpinan Ir. Nizar di Negeri Perak selepas Pilihanraya Umum ke-12 pada 8 Mac 2008 telah berjaya membawa satu perubahan hubungan erat rakyat berbilang kaum di Malaysia. Nizar seorang jurutera yang telah mereka-bentuk kesefahaman dan penyatuan rakyat dari berbilang kaum, budaya dan ugama. Yang jelas, hala-tuju yang dibawa Ir. Nizar membela nasib dan membawa keadilan untuk semua kaum.
Negeri Perak adalah contoh terbaik kesepakatan dan teloransi kepada seluruh rakyat Malaysia. Maka Slogan 1Malaysia yang mahu diaplikasikan di Negeri Perak sebenarnya menerima corak kepimpinan Ir. Nizar.
Benteng penyisihan kaum BN hampir berjaya dirobohkan Nizar tetapi rampasan kuasa tidak bermaruah pada awal Februari 2009 telah digagalkan usahanya.
Kini, Negeri Perak dipilih untuk pelancaran sambutan 1Malaysia peringkat kebangsaan oleh Kerajaan Persekutuan yang akan diadakan pada 18 Oktober ini di Ipoh. Stesyen TV RTM baru ini sibuk menemu-ramah rakyat Perak apa yang difahami 1Malaysia sebenarnya merujuk kepada kejayaan Nizar.
Ikuti kenyataan Media Dewan Pemuda PAS Perak
IPOH 8 Oktober 2009. Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) tidak terkejut dengan pemilihan Perak sebagai tempat pelancaran sambutan 1Malaysia peringkat kebangsaan oleh Kerajaan Persekutuan yang telah diumumkan oleh Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai sesuatu perkara yang pelik dan menunjukkan bahawa UMNO / Barisan Nasional (BN) telah tertekan dengan suasana yang telah berlaku di Perak ini sehingga terdesak untuk mengajurkan apa jua program besar di Perak bagi mendapat simpati dan ehsan rakyat.
DPPN Pk melihat usaha Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap rampasan kuasa awal Februari yang lalu sebagai satu penghinaan kepada seluruh rakyat Perak kerana pelancaran sambutan 1Malaysia peringkat kebangsaan pada 18 Oktober ini sebagai satu penipuan terhadap slogan rakyat diutamakan.
DPPN Pk merasakan slogan Datuk Seri Mohd Najib benar-benar mengguris hati rakyat Perak kerana UMNO / BN tatkala ketika beliau menjadi Timbalan Presiden UMNO tidak memberikan keutamaan kepada rakyat yang telah memilih Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 12 tahun lepas serta menafikan demokrasi yang menyebabkan seluruh rakyat sudah pasti akan menolak UMNO / BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.
DPPN Pk menjangkakan dengan pelancaran 1Malaysia oleh Datuk Seri Mohd Najib dengan memilih Perak adalah merupakan satu kesilapan kerana ingatan rakyat Perak masih segar dengan rampasan kuasa yang paling tidak bermaruah UMNO / BN, dan semestinya rakyat Perak akan bangkit untuk menegakkan demokrasi dan juga pencabulan hak mereka di dalam menentukan siapakah sebenar yang telah di beri kuasa memerintah Kerajaan Negeri Perak ini.
DR. RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
rampasan kuasa yang paling tidak bermaruah ..
ReplyDeletePENDUDUK PERAK:
WE'LL NEVER FORGET
WE'LL NEVER FORGIVE.