Saturday, March 28, 2009

Kes Nizar: dari Mkh Persekutuan kembali ke Mahkamah Tinggi

Harakah yang Digantung, Jumaat 27 Mac 2009 Memuatkan Artikel menarik tulisan Mohamed Hanipa Maidin kisah di Mahkamah Persekutuan, Kuala Lumpur kes Nizar,
Krisis Perak: Dari pening menjadi migrain

Dari kolum 'Terbaik Dari Harakah' yang lalu, saya telah mengulas bagaimana Umno begitu pening dimainkan oleh speaker Perak, V. Sivakumar. Meskipun pelbagai cara dan kaedah digunakan untuk mengganggu tugas V. Sivakumar namun sehingga kini Umno masih belum berjaya. Satu persatu rancangan Umno digagalkan oleh V. Sivakumar.

Kalau Umno masih belum hilang pening dimainkan oleh Sivakumar kini pening Umno bertukar kepada migrain. Kenapa? Kerana hasrat Umno untuk mendapatkan perintah Mahkamah Persekutuan membuat keputusan bagi pihaknya bukan sahaja ditolak oleh Mahkamah, tetapi kelima-lima Hakim sebulat suara menyatakan bahawa tindakan Umno merujuk kes Nizar lwn Zambry terus ke Mahkamah Persekutuan adalah melanggar undang-undang.

Untuk manfaat para pembaca saya akan cuba menerangkan serba ringkas apa yang berlaku di atas kes Mahkamah antara Nizar dan Zambry.

Seperti mana kita tahu Nizar telah memfailkan Semakan Kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mendapatkan antara lain perintah deklarasi bahawa beliau ialah dan pada setiap masa material dan masih Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan.

usul tidak percaya

Perintah tersebut dipohon kerana berdasarkan tafsiran Fasal XVI(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak adalah jelas bahawa dalam keadaan di mana Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan ingin, dan telah member nasihat, untuk pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak dan tidak terdapat pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak dan juga tidak terdapat usul tidak percaya yang diambil dan diterima pakai dalam dan oleh Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak terhadap Menteri Besar Negeri Perak dan akhirnya tidak tidak terdapat juga perletakan jawatan Menteri Besar Perak, maka Nizar adalah masih Menteri Besar Perak yang sah.

Di dalam undang-undang mana-mana permohonan semakan kehakiman ianya memerlukan kebenaran Mahkamah. Semasa peringkat untuk mendapatkan kebenaran, pihak pemohon hendaklah menyerahkan permohonannya kepada Peguam Negara sahaja. Dalam konteks kes Nizar, beliau hanya perlu menyerahkan permohonannya kepada Peguam Negara. Nizar tidak perlu serahkan permohonannya kepada Zambry (sebagai responden) kerana secara teknikalnya Zambry masih belum dikira sebagai pihak. Oleh itu Zambri atau peguamnya tidak perlu hadir.

Pendengaran permohonan semakan kehakiman adalah antara Nizar dan Peguam Negara sahaja. Hanya setelah kebenaran diberikan mahkamah barulah Nizar kena serahkan permohonannya kepada Zambry dan barulah ketika itu Zambry boleh dikatakan sebagai pihak.

Apa yang berlaku semasa pendengaran permohonan kebenaran semakan kehakiman, pihak hakim telah bersetuju dengan pihak Peguam Negara bahawa kes Nizar sepatutnya dipindahkan ke Mahkamah Persekutuan. Bagi para peguam tindakan Peguam Negara dibaca sebagai satu tindakan 'short cut' untuk menyelesaikan kes ini dengan segera.

Peguam Nizar tidak bersetuju kes dipindahkan ke Mahkamah Persekutuan kerana undang-undang tidak membenarkan Mahkamah Tinggi melakukan perkara tersebut.

Berdasarkan Perkara 63 Perlembagaan Negeri Perak pihak Mahkamah tidak boleh merujuk perkara tersebut ke Mahkamah Persekutuan. Malangnya Hakim Mahkamah Tinggi bersetuju dengan hujah Peguam Negara bahawa kes tersebut boleh dirujuk ke Mahkamah Persekutuan di bawah Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman.

Peguam Negara tidak betul

Peguam Nizar berhujah bahawa hujah Peguam Negara adalah tidak betul kerana Seksyen 84 menyentuh tentang kes di mana Mahkamah Tinggi boleh merujuk isu penafsiran Perlembagaan kepada Mahkamah Persekutuan. Namun Perlembagaan di bawah Seksyen 84 merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan bukan Perlembagaan Negeri.

Hujah peguam Nizar kuat dan jelas tapi Hakim tidak ikut hujah yang kuat dan jelas sebaliknya setuju dengan hujah Peguam Negara yang kabur dan lemah.

Peguam Nizar yang tidak bersetuju dengan keputusan Hakim tersebut telah merayu ke Mahkamah Rayuan. Malangnya Mahkamah Rayuan tidak mahu ikut hujah kuat dan jelas peguam Nizar tetapi lebih selesa mengikut hujah Peguam Negara yang lemah dan kabur tersebut. Maka pada hari Jumaat lalu Mahkamah Rayuan menolak rayuan Nizar.

Sementara itu rujukan ke Mahkamah Persekutuan ditetapkan pada hari isnin. Peguam Nizar membuat bantahan awal. Pada hari Isnin itu para peguam Nizar telah pergi ke Mahkamah Persekutuan dengan perasaan berdebar-debar. Jika Mahkamah Persekutuan tidak menerima hujah kami, maka kami melihat perjuangan Nizar di mahkamah mungkin berakhir di situ pada hari itu.

Kami juga dapat rasakan betapa pasukan peguam Umno dan Peguam Negara sendiri bersungguh mahu kes Nizar lwn Zambry diputuskan hari itu. Sekiranya Mahkamah Persekutuan memutuskan memihak kepada mereka maka Nizar tidak boleh lagi merayu ke Mahkamah yang lain kerana Mahkamah Persekutuan adalah Mahkamah tertinggi di negara ini.

Zambry sendiri buat pertama kali hadir di Mahkamah. Mungkin beliau amat yakin akan disahkan sebagai Menteri Besar Perak oleh Mahkamah pada hari itu.

Peguam Nizar yang diketuai oleh Haji Sulaiman dengan tenang dan bergaya berhujah. Hujahnya amat jelas dan terang. Peguam Negara dan peguam Umno kelihatan sukar dan berbelit-belit ingin menjawab hujah peguam Nizar.

Setelah mendengar hujah, mahkamah berhenti rehat lebih kurang setengah jam. Kira-kira jam 2 petang kelima-lima hakim keluar ke galeri Mahkamah dan memutuskan antara lain berikut:

"Meskipun kami ingin sangat nak memutuskan kes ini dengan segera, namun kami terikat dengan undang-undang. Kami mendapati tindakan Mahkamah Tinggi merujuk kes ini ke Mahkamah Persekutuan adalah tidak betul dan melanggar undang-undang. Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman tidak boleh digunakan kerana kes ini melibatkan penafsiran Perlembagaan Negeri Perak bukannya Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu kes ini kami perintahkan untuk kembali ke Mahkamah Tinggi."

Peguam Umno nampak terkejut. Zambry dah keluar lebih awal. Harapan Umno mahukan kes ini disegerakan tidak kesampaian. Sehingga 15 Mei ini jika Dun Perak tidak dapat bersidang, ia akan terbubar secara automatik.

Itulah sebabnya saya kata Umno kini telah bertukar dari pening kepada migrain. Untuk Umno saya ingin nyatakan ada ubatnya. Bubarkan saja Dun. Insya Allah baik pening dan migrain kamu!- harakah



Wednesday, March 25, 2009

Tidur Mati dan Solat.... Entahlah


24 Mac 09 Masjid Negeri, IPOH tengahari selepas zohor. Gambar ini diambil kerana untuk anda tafsirkan. Tiada kena-mengena kepada mereka samada HIDUP atau MATI.

Sebelum memperkatakan sesuatu renungkan nasihat ini dari Riwayat Imam Al-Ghazali tentang persoalan HIDUP dan MATI:

ENAM PERSOALAN HIDUP

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya.

Lalu Imam Al Ghazali bertanya, pertama,
"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?" Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar.
Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran : 185).

Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua.
"Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"

Murid -muridnya ada yang menjawab Negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar.
Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak boleh kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari-hari yang mendatang dengan perbuatan yang tidak merugikan.

Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga.
"Apa yang paling besar di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali.
Tetapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu" (Al A'Raf : 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Pertanyaan keempat adalah,
"Apa yang paling berat di dunia ini?".

Ada yang menjawap batu, besi, dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali,
Tetapi yang paling berat adalah "amanah" (Al Ahzab :72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak menjalankan amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah,
"Apa yang paling ringan di dunia ini?".

Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali,

Tetapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan 'Solat'. Gara-gara sibuk dengan pekerjaan kita tinggalkan solat, gara-gara mesyuarat kita tinggalkan solat.

Lalu pertanyaan ke enam adalah,
"Apakah yang paling tajam di dunia ini?". Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghazali,
span>
Tetapi yang paling tajam adalah "lidah manusia".
Karena melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.


Friday, March 20, 2009

2 sebutan Kes Pakatan Perak di Mahkamah Wilayah Hari ini


20 Mac 2009 PUTRAJAYA, Siapa antara Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin merupakan Menteri Perak yang sah akan ditentukan oleh Mahkamah Persekutuan dijadualkan Isnin ini, demikian ditetapkan oleh Mahkamah Rayuan di sini hari ini.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri Datuk Md Raus Sharif, Datuk Abdull Hamid Embong dan Datuk Ahmad Maarop sebulat suara bersetuju bahawa Hakim Mahkamah Tinggi membuat keputusan tepat untuk merujuk persoalan mengenai isu perlembagaan dalam kes itu untuk ditentukan oleh Mahkamah Persekutuan.

Sulaiman sebelum itu memohon mahkamah agar menetapkan sama ada Hakim Lau membuat keputusan yang betul dalam merujuk kes itu ke Mahkamah Persekutuan berdasarkan Seksyen 84 itu kerana Seksyen 3 Akta Mahkamah Kehakiman menjelaskan bahawa perkataan "Perlembagaan" hanya merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan dan bukan Undang-undang Tubuh Negeri. "Hakim Lau tersilap menggunakan Seksyen 84 kerana pertikaian dalam kes itu hanya melibatkan Undangundang Tubuh Negeri Perak. Mahkamah Persekutuan tidak ada kuasa mendengar dan membuat keputusan dalam kes ini," katanya.
Dalam hujah balasnya, Abdul Gani berkata, Seksyen 84 perlu dilihat secara menyeluruh bagi merangkumi undang-undang tubuh negeri bagi mengelak sebarang kejanggalan dalam tafsirannya. Berhubung perkara itu, Hakim Md Raus, berkata, "Kami bersetuju bahawa perkataan 'perlembagaan' mengikut Seksyen 84 tidak hanya terbatas kepada Perlembagaan Persekutuan."
Pada 13 Feb, Mohammad Nizar, 52, yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, memohon diadakan semakan kehakiman bagi mengisytihar dirinya sebagai Menteri Besar Perak yang sah dan untuk mendapatkan injunksi melarang Zambry daripada melaksanakan tugas sebagai Menteri Besar.
Beliau juga memohon mendapatkan takrif mengenai Perkara 16 (6) Undangundang Tubuh Negeri Perak sama ada jawatan Menteri Besar boleh dikosongkan jika :
*Menteri Besar telah memberi nasihat kepada Sultan supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri;* Tidak berlaku pembubaran dewan;* Tidak ada undi tidak percaya terhadapnya di dewan undangan negeri;* Tidak berlaku peletakan jawatan oleh beliau. *
Mohammad Nizar juga mahu supaya Zambry membuktikan kesahihannya sebagai Menteri Besar.
BERNAMA

Kes Sivakumar ditangguh pada 27 Mac
20 Mac 2009 KUALA LUMPUR: Kes Semakan Semula Kehakiman Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V.Sivakumar dan tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) ditangguhkan sehingga 27 Mac untuk disebut, berikutan menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai isu perlembagaan dalam saman Nizar-Zambry.
Hakim Mahkamah Tinggi Lau Bee Lan membenarkan permohonan peguam pemohon Razlan Hadri yang meminta kes itu ditangguhkan dalam kamar beliau di sini hari ini. Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad tidak membantah permohonan tersebut kerana isu bagi dua kes itu mungkin ada kaitan dengan isu yang akan ditentukan oleh mahkamah yang lebih tinggi.
Saman Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mencabar kesahihan pelantikan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak dan kerajaan negeri baru telah dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan untuk menentukan empat isu perlembagaan.
Hari ini, Azizan berkata Pejabat Peguam Negara akan membantah terhadap kebenaran permohonan Sivakumar dan ADUN itu untuk satu semakan kehakiman. Sivakumar telah memfailkan satu permohonan semakan kehakiman terhadap tiga ADUN itu yang menjadi anggota Bebas dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang memohon agar suruhanjaya itu mengadakan pilihan raya kecil bagi kerusi Behrang, Changkat Jering dan Jelapang.
Pada 3 Feb, Sivakumar memberikan notis kepada SPR bahawa tiga kerusi DUN itu kosong berikutan bermaksud telah menerima surat peletakan jawatan Jamaluddin, Mohd Osman dan Hee sebagai ADUN. SPR, bagaimanapun, meragui peletakan jawatan itu dan enggan mengadakan pilihan raya untuk kerusi tersebut.
Permohonan yang sama dengan satu penyelesaian sama juga difailkan oleh tiga ADUN Chen Fook Chye (DAP-Keranji), Tai Sing Ng (Parti Keadilan Rakyat-Kuala Sepetang) dan A.Sivanesan (DAP-Sungkai) dan tiga pengundi Ahmad Sabry Wahab (Behrang), Abdul Latif Ariffin (Changkat Jering) dan Foo Hon Wai (Jelapang) terhadap Jamaluddin, Mohd Osman dan Hee.
Dalam permohonan itu, Sivakumar mahu mahkamah mengeluarkan perintah untuk certiorari keputusan SPR tidak mengadakan pilihan raya bagi ketiga-tiga kerusi itu dan mengeluarkan satu perintah baru (mandamus) memaksa mengadakan pilihan raya.
Beliau juga meminta satu writ "quo warranto" memaksa ketigatiga ADUN itu menunjukkan alasan bahawa mereka masih lagi mewakili kawasan pilihan rayanya dan boleh menjalankan tanggungjawab, fungsi dan tugastugas sebagai wakil rakyat.
BERNAMA

Siasatan SPRM terhadap ADUN dan Laporan ADUN kepada SPRM


ADUN Titi Serong buat Laporan Salah-laku Rasuah kepada SPRM
20 Mac 2009 IPOH: ADUN Titi Serong, YB.Drs Khalil Idham Lim telah hadir di Pejabat SPRM Ipoh pada jam 2.30 petang tadi bagi melaporkan jenayah rasuah yang dilakukan oleh Ketua Menteri Melaka, Ahli Parlimen Rembau dan pemimpin UMNO yang lain yang didapati bersalah oleh lembaga Displin UMNO pada 17 Mac yang lepas.

Beliau turut ditemani oleh ADUN Buntong, YB.Siva Subramaniam, ADUN Jalong, YB.Leong Mee Meng dan ADUN Menglembu, YB.Lim Pek Har.

Pihak SPRM telah mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya sedang menunggu laporan dari lembaga displin UMNO sebelum siasatan boleh dibuat, persoalan saya "Adakah kenyataan akhbar dari pengerusinya, Tan Sri Ahmad Rithauddin mengenai kesalahan dan mereka yang terlibat bukankan satu laporan dari lembaga displin" tanya YB.Khalil.

Drs. Khalil juga menegaskan sepatutnya SPRM terus menyerbu semua mereka yang terlibat bila ada kenyataan dari lembaga Displin.

Selain itu katanya, istilah politik wang yang digunakan adalah mengelirukan, sedangkan ia adalah jenayah rasuah." Saya mempersoalkan kenapa SPRM lambat bertindak dalam masalah ini atau pemimpin UMNO walaupun sudah bersalah oleh Lembaga Dispin Parti namun tidak bersalah dari sudut undang-undang"

SPRM siasat empat lagi AJK Hak dan Kebebasan DUN Perak
19 Mac 2009 IPOH:
Sementara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengambil keterangan daripada empat anggota Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang membuat keputusan menggantung Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exco daripada menghadiri persidangan dewan antara 12 bulan dan 18 bulan baru-baru ini.
Mereka yang memberi keterangan secara berasingan di ibu pejabat SPRM Perak di sini adalah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kepayang, Loke Chee Yan, Adun Tebing Tinggi, Ong Boon Piow, Adun Bercham, Sum Cheok Leng dan Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai.
Jawatankuasa berkenaan yang dipengerusikan Speaker dewan, V. Sivakumar, membuat keputusan berkenaan berikutan aduan Adun Canning, Wong Kah Woh, terhadap kesemua Zambry dan enam yang lain daripada Barisan Nasional yang didakwa menghina Dewan kerana menerima pelantikan jawatan masing-masing.
Seorang lagi ahli jawatankuasa itu, Adun Selinsing, Husin Din telah disoal oleh SPRM di rumahnya pada 17 Mac lalu manakala Sivakumar telah memberi keterangan di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di sini pada 26 Februari.
Pegawai SPRM enggan mengulas mengenai siasatan berkenaan. BERNAMA

Wednesday, March 18, 2009

MB Nizar sambut hari jadi dan ulang tahun Kerajaan Pakatan Rakyat

IPOH 17 Mac 2009 Di tapak bersejarah Sidang Dewan Undangan Negeri bawah pokok telah diadakan majlis ulang tahun Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak setahun selepas majlis angkat sumpah YAB Menteri Besar Ke 10 iaitu Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin pada 17 Mac 2008 lalu. Pada tarikh yang sama Ir Nizar menyambut hari jadinya ke-52 telah diraikan bersama ADUN Pakatan Rakyat antaranya Dato’ Ngeh Koo Ham, YB Nga Kor Ming, Speaker YB. Sivakumar dan beberapa ADUN, wartawan dan tetamu undangan.

Ucapan ringkas MB telah membaca satu ayat Al-Quran membawa pengertian dari Allah yang telah mendatang akan kebenaran yang dengannya menghapuskan segala kebatilan. Pokok Demokrasi tetap menghijau dan segar dihati rakyat yang telah bertahan 11 bulan yang lalu. Kesemua yang hadir nampak ceria tanda kepuasan bilamana menyatu-padukan rakyat berbilang kaum, ugama dan fahaman dapat dilakar dengan 5 prinsip; Adil, Amanah, Telus, Intergriti dan Berkebajikan yang akan dikenang oleh rakyat sepanjang masa.

Mengimbas kembali 17 Mac 2008 iaitu selepas 8 hari Pilihanraya umum ke-12, Ir Nizar telah disahkan menerajui penubuhan Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat selepas angkat sumpah MB di Istana Iskandariah. Semenjak itu, semua 27 ADUN dan penyokong Pakatan Rakyat yang seincipun tidak berganjak dari menyatakan sokongan YAB Dato Seri Ir. Nizar sebagai Menteri Besar yang lebih sah di Negeri Perak.

Apakah trajedi Jumaat 6 Februari 2009 telah berlaku kemuncak bantahan rakyat di pintu masuk Istana Kuala Kangsar tempat majlis angkat sumpah MB baru akan punah hilang sokongan rakyat kepada kerajaan Pakatan Rakyat.

Persidangan DUN bawah pokok pada Selasa 3 Mac 2009 disebabkan pintu pagar SUK dikunci menyaksikan Rakyat masih berdiri teguh mempertahankan sokongan. Demikianlah apa yang saya yakini sehingga ulang tahun pertama Pakatan Rakyat memerintah Perak pada hari, kuasa kerajaan masih dihati rakyat dan akan segera diterjemahkan di Pilihanraya kecil Bukit Gantang nanti.

Friday, March 13, 2009

RM500 juta bajet rangsangan ekonomi utk Perak

KUALA KANGSAR 12 Mac 2009. Pelbagai Jabatan dan egensi Kerajaan akan menerima peruntukan sejumlah RM500 juta tahun ini daripada Kerajaan Persekutuan melalui bajet rangsangan Ekonomi Negara berjumlah RM60 bilion yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri 10 Mac lalu .

Pengarah Jabatan Pembangunan Negeri Perak, Datuk Zainal Abidin Omar berkata antara yang menerima Jabatan Pelajaran Negeri sebanyak RM25 juta, Jabatan Polis RM23 juta, Pejabat Pembangunan Negeri RM60 juta, Jabatan Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah RM40 juta dan Jabatan Kerja Raya RM20 juta.

Kebanyakan projek dilaksanakan adalah berbentuk penyelenggaraan, baik-pulih bangunan, jalan dan kemudahan awam. Felda Bhd. Diberi tanggung jawab membina rumah PPRT rakyat termiskin bernilai RM33,000 sebuah melalui peruntukan yang disalurkan kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah. Beliau berkata demikian di perasmian Olahraga Tahunan di Sekolah Menengah, Simpang Beluru dekat sini.

Projek Landasan Keretapi berkembar Ipoh-Padang Besar

Taiping, 12 Mac 2009. Terowong Larut, Taiping salah satu pakej Projek Landasan Keretapi berkembar elektrik MMC Gamuda Ipoh-Padang Besar telah dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Ong Tee Keat hari ini. Terowong Larut sepanjang 900 meter merupakan jajaran landasan baru yang akan disambung dengan sebuah lagi Terowong Bukit Berapit-Padang Rengas sepanjang 2.9 KM yang akan dibina pakej keduanya.

Projek landasan berkembar elektrik Ipoh-Padang Besar, dijangka menjana aktiviti ekonomi hiliran bernilai RM15 bilion dalam tempoh lebih lima tahun, kata Pengarah MMC-Gamuda Joint Venture Sdn Bhd, Datuk Azmi Mat Nor.

Azmi berkata, projek itu menawarkan kesan berganda serta-merta terhadap ekonomi negara walaupun wujud situasi kewangan yang sukar ketika ini.

Sedikit maklumat Gamuda dari malaysiatoday

The largest shareholder of Gamuda is also the second richest woman on the 2008 Forbes 40 Richest Malaysians at #35 spot is Raja Datuk Seri Eleena Raja Azlan Shah, the daughter of the Sultan of Perak, Raja Azlan Shah.

Gamuda Directors (seated L-R) Mr. Ng Kee Leen, YAM Raja Dato’ Seri Eleena binti Raja Azlan Shah, YBhg Dato’ Ir. Haji Azmi bin Mat Nor, with the 20 recipients of Gamuda Scholarship 2007.

She was worth RM773 Million ($228 Million) at #25 spot in 2007’s 40 Richest Malaysians but this figure dropped to RM510 Million ($150 Million) in 2008 at #35 spot. Based on today’s stock price of RM1.91 a share her fortune is only at RM287.46 million based on her remaining stake of 7.5% in Gamuda via Generasi Setia (M) Sdn Berhad. Naturally when his father refused to dissolve the state assembly for a fresh election various rumors and speculations began its circulation."

Looking at Gamuda's 2006 Financial Report, the biggest shareholder is Generasi Setia (87.1%) and YAM Raja Dato’ Seri Eleena Azlan Shah also indirectly holds 76,710,000 shares as of 31 July 2006 .

Enam didakwa menghina Sultan Perak hari ini

PETALING JAYA 13 Mac 09: Seramai enam individu akan didakwa di mahkamah hari ini kerana menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dalam blog masing-masing.

Mereka akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Kota Kinabalu dan Butterworth di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Mutlimedia 1998 kerana perbuatan menyiarkan " isi kandungan sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat mengacau, mendera, menggugut atau mengganggu".

Sementara itu, dua lagi individu akan didakwa dibawah tuduhan yang sama di Terengganu Ahad ini. Mereka yang didapati bersalah akan dikenakan denda maksimum RM50,000 atau penjara selama setahun atau kedua-duanya.

Ini adalah kali pertama individu didakwa di bawah seksyen tersebut.

Difahamkan, pada 16 Februari beberapa orang pegawai eksekutif Teknologi Maklumat yang bekerja di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) selepas membaca komen yang menghina Sultan Perak dalam blog tersebut. Mereka didakwa menyiarkan komen yang menghina Sultan berhubung krisis politik di negeri tersebut.
- The Star

Wednesday, March 11, 2009

2 Kes Pakatan Rakyat Neg Perak di Mahkamah Tinggi K.Lumpur hari ini.

Empat Persoalan status MB Perak

K.LUMPUR 10 Mac 2009: Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa Khas) di sini semalam mengumumkan empat persoalan berperlembagaan yang perlu ditentukan Mahkamah Persekutuan dalam pertikaian undang-undang antara Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.
Persoalan dibacakan Hakim Lau Bee Lan spt berikut:

1. Samada DYMM Sultan Perak tidak memperkenan permintaan bagi membubarkan DUN Perak mengikut Perkara 16(6) dibaca bersama dgn Perkara 18(2b) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak BOLEH diadili?.
2. Yika YA, persoalan seterusnya ialah samada DYMM Sulatan Perak tidak memberi perkenan itu SAH di sisi Undang-undang?.
3. Samada perlantikan Menteri Besar yang BARU mengikut Perkara 16(2a) ) dibaca bersama dgn Perkara 18(2a) Undang-undang Tubuh Negeri Perak oleh DYMM Sultan Perak boleh diadili?.
4. Sekira YA, persoalan seterusnya ialah samada Menteri Besar yang baru itu dilantik secara sah disisi Undang-undang.

Persoalan itu dirumus oleh Peguam Kanan Persekutuan Datuk kamaludin Md Said bagi Pejabat Peguam Negara spt diminta Hakim Jumaat lalu.

Selepas Persoalan diumumkan Peguam Sulaiman Abdulllah uang mewakili Mohd Nizar mengemukakan bantahan atas alasan persoalan berkenaan tidak relevan dgn permohonan mereka. Bernama

Speaker Mohon deklarasi 2 DUN kosong

K. LUMPUR, 10 Mac 2009 : Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar semalam MEMFAILKAN PERMOHONAN untuk perintah deklarasi bahawa kerusi DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang kosong atas dakwaan peletakan jawatan tiga Adun itu dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melaksanakan pilihan raya kecil.

Sivakumar dalam saman yg difailkan di Pejabat Pendaftaran mahkamah Tingi di sini, menamakan ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi; ADUN Changkat Jering Kapten (B) Mohd Osman Jailu dan ADUN Jelapang Hee Yit Foong sebagai responden pertama hingga ketiga dan SPR sebagai responden keempat. Kerusi mereka adalah kosong akibat perletakan jawatan mereka pada 1 Mac dan Hee 3 Mac.

Sivakumar turut memohon satu perintah injunksi menghalang ketiga-tiga mereka bertindak, menjalankan dan melaksanakan tanggung jawap, fungsi dan tugas sebagai ADUN.

Saturday, March 7, 2009

2 Kes Mahkamah Pakatan Rakyat Negeri Perak Hari ini


20 Mac 2009 PUTRAJAYA, Siapa antara Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin merupakan Menteri Perak yang sah akan ditentukan oleh Mahkamah Persekutuan dijadualkan Isnin ini, demikian ditetapkan oleh Mahkamah Rayuan di sini hari ini.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri Datuk Md Raus Sharif, Datuk Abdull Hamid Embong dan Datuk Ahmad Maarop sebulat suara bersetuju bahawa Hakim Mahkamah Tinggi membuat keputusan tepat untuk merujuk persoalan mengenai isu perlembagaan dalam kes itu untuk ditentukan oleh Mahkamah Persekutuan.
Sulaiman sebelum itu memohon mahkamah agar menetapkan sama ada Hakim Lau membuat keputusan yang betul dalam merujuk kes itu ke Mahkamah Persekutuan berdasarkan Seksyen 84 itu kerana Seksyen 3 Akta Mahkamah Kehakiman menjelaskan bahawa perkataan "Perlembagaan" hanya merujuk kepada Perelmbagaan Persekutuan dan bukan Undang-undang Tubuh Negeri.
"Hakim Lau tersilap menggunakan Seksyen 84 kerana pertikaian dalam kes itu hanya melibatkan Undangundang Tubuh Negeri Perak. Mahkamah Persekutuan tidak ada kuasa mendengar dan membuat keputusan dalam kes ini," katanya.
Dalam hujah balasnya, Abdul Gani berkata, Seksyen 84 perlu dilihat secara menyeluruh bagi merangkumi undang-undang tubuh negeri bagi mengelak sebarang kejanggalan dalam tafsirannya. Berhubung perkara itu, Hakim Md Raus, berkata, "Kami bersetuju bahawa perkataan 'perlembagaan' mengikut Seksyen 84 tidak hanya terbatas kepada Perlembagaan Persekutuan."
Pada 13 Feb, Mohammad Nizar, 52, yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, memohon diadakan semakan kehakiman bagi mengisytihar dirinya sebagai Menteri Besar Perak yang sah dan untuk mendapatkan injunksi melarang Zambry daripada melaksanakan tugas sebagai Menteri Besar.
Beliau juga memohon mendapatkan takrif mengenai Perkara 16 (6) Undangundang Tubuh Negeri Perak sama ada jawatan Menteri Besar boleh dikosongkan jika :
Menteri Besar telah memberi nasihat kepada Sultan supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri;* Tidak berlaku pembubaran dewan;* Tidak ada undi tidak percaya terhadapnya di dewan undangan negeri;* Tidak berlaku peletakan jawatan oleh beliau. *
Mohammad Nizar juga mahu supaya Zambry membuktikan kesahihannya sebagai Menteri Besar.
BERNAMA

Kes Sivakumar ditangguh pada 27 Mac
20 Mac 2009 KUALA LUMPUR: Kes Semakan Semula Kehakiman Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V.Sivakumar dan tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) ditangguhkan sehingga 27 Mac untuk disebut, berikutan menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai isu perlembagaan dalam saman Nizar-Zambry.
Hakim Mahkamah Tinggi Lau Bee Lan membenarkan permohonan peguam pemohon Razlan Hadri yang meminta kes itu ditangguhkan dalam kamar beliau di sini hari ini.
Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad tidak membantah permohonan tersebut kerana isu bagi dua kes itu mungkin ada kaitan dengan isu yang akan ditentukan oleh mahkamah yang lebih tinggi.
Saman Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mencabar kesahihan pelantikan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak dan kerajaan negeri baru telah dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan untuk menentukan empat isu perlembagaan.
Hari ini, Azizan berkata Pejabat Peguam Negara akan membantah terhadap kebenaran permohonan Sivakumar dan ADUN itu untuk satu semakan kehakiman.
Sivakumar telah memfailkan satu permohonan semakan kehakiman terhadap tiga ADUN itu yang menjadi anggota Bebas dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang memohon agar suruhanjaya itu mengadakan pilihan raya kecil bagi kerusi Behrang, Changkat Jering dan Jelapang.
Pada 3 Feb, Sivakumar memberikan notis kepada SPR bahawa tiga kerusi DUN itu kosong berikutan bermaksud telah menerima surat peletakan jawatan Jamaluddin, Mohd Osman dan Hee sebagai ADUN. SPR, bagaimanapun, meragui peletakan jawatan itu dan enggan mengadakan pilihan raya untuk kerusi tersebut.
Permohonan yang sama dengan satu penyelesaian sama juga difailkan oleh tiga ADUN Chen Fook Chye (DAP-Keranji), Tai Sing Ng (Parti Keadilan Rakyat-Kuala Sepetang) dan A.Sivanesan (DAP-Sungkai) dan tiga pengundi Ahmad Sabry Wahab (Behrang), Abdul Latif Ariffin (Changkat Jering) dan Foo Hon Wai (Jelapang) terhadap Jamaluddin, Mohd Osman dan Hee.
Dalam permohonan itu, Sivakumar mahu mahkamah mengeluarkan perintah untuk certiorari keputusan SPR tidak mengadakan pilihan raya bagi ketigatiga kerusi itu dan mengeluarkan satu perintah baru (mandamus) memaksa mengadakan pilihan raya.
Beliau juga meminta satu writ "quo warranto" memaksa ketigatiga ADUN itu menunjukkan alasan bahawa mereka masih lagi mewakili kawasan pilihan rayanya dan boleh menjalankan tanggungjawab, fungsi dan tugastugas sebagai wakil rakyat.
BERNAMA

Perhimpunan 100,000 ke Istana Negara bantah PPSMI

Gerakan aktivis bahasa menentang dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mencipta sejarah apabila turun ke jalan raya, mengulangi peristiwa perarakan Keranda 152 beberapa dekad lalu. Peristiwa bersejarah pada 3 Mac 1967 itu bagi membantah Rang Undang-undang Bahasa Kebangsaan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), waktu itu antara lokasi penting kegiatan sasterawan dan intelektual Melayu.
Mereka merancang mengadakan bantahan ke Parlimen. Nombor '152' merujuk Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh fasal Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia.

Hari ini, selepas 42 tahun peristiwa penting dalam perjuangan mendaulatkan Bahasa Melayu, kira-kira 8,000 orang berarak dari Masjid Negara selepas jam 2 petang tadi.

Mereka bagaimanapun dihujani tembakan gas pemedih mata oleh polis di sekitar Kampung Attap, hanya beberapa ratus meter dari pintu masuk utama Istana Negara.

Peserta perhimpunan itu - yang asalnya hanya dibenarkan oleh polis diadakan di masjid tersebut - melanggar arahan polis yang melarang sebarang perarakan.

Mereka berhasrat membawa memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon campur tangan baginda dalam pemansuhan dasar kontroversi itu yang diperkenalkan sejak 2003.

Polis pada mulanya berkawal dekat mahkamah syariah Wilayah Persekutuan, beberapa ratus meter dari Masjid Negara, jalan menuju istana melalui Lebuhraya Mahameru.

Untuk memintas sekatan polis di situ, kumpulan ribuan penentang dasar tersebut - termasuk pemimpin dan penyokong PAS dan PKR - bergerak melalui jejantas depan masjid menuju ke arah Kampung Attap melalui Jalan Syed Putra.

Polis melepaskan berpuluh-puluh das gas pemedih mata ke arah kumpulan penentang dasar PPSMI di situ bermula jam 2.40 petang sehingga memecahkan kumpulan tersebut kepada beberapa kelompok kecil.

Suasana kelam-kabut, orang ramai yang berpakaian putih dengan tulisan merah "Mansuhkan PPSMI" dan "Selamatkan Bahasa Melayu" - sebagai lambang membantah PPSMI - di barisan hadapan bertempiaran lari.

Walaupun kelihatan asap gas pemedih mata berkepul-kepul di udara, barisan belakang peserta perhimpunan terus bergerak ke depan, dengan harapan dapat menuju ke Istana Negara.

Mereka bersurai seketika bagi mengelak kesan asap gas pemedih mata. Manakala sebahagian lagi terus berdegil cuba berarak ke istana walaupun diminta bergerak pulang ke masjid.

Polis antirusuhan pula memancutkan air kepada orang ramai di jalan pendek menuju mahkamah syariah dari arah Jalan Syed Putra sewaktu mereka ingin pulang ke lokasi awal perhimpunan.

Sebahagian peserta demonstrasi telah kembali ke Masjid Negara selepas jam 3 petang tadi.

Ratusan orang ramai yang berkumpul di perkarangan masjid sekali lagi ditembak dengan gas pemedih mata. Beberapa das tembakan kedengaran.

Sementara di Istana Negara, kawalan lebih 150 anggota polis dan unit pencegah rusuhan FRU, termasuk kenderaan pemancut air.

Polis membuka semula laluan hampir jam 4 petang di Lebuhraya Mahameru dari kedua-dua arah yang ditutup selama 90 minit bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Empat lelaki berusia, dijangka antara 30-an hingga 50-an, ditahan polis dan mereka dimasukkan di dalam sebuah trak di depan istana.

Butiran lanjut belum diperolehi. Usaha Malaysiakini mendapatkan ulasan pegawai polis di situ gagal.

Penasihat Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP), yang menganjurkan perhimpunan itu, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan pengerusinya Datuk Dr Hassan Ahmad berjaya menyerahkan memorandum anti-PPSMI.

Penolong Datuk Paduka Maharajalela, Azuan Effendy Zairakithnaini menerima memorandum bersejarah itu di pintu masuk utama Istana Negara kira-kira jam 2.50 petang.

Lima lagi pemimpin GMP yang dijadual menyerahkan memorandum tersebut tidak kelihatan, dipercayai tersekat dalam kumpulan penyokong gerakan itu.

Bercakap kepada media selepas penyerahan tersebut, A Samad berkata rombongan pemimpin GMP pada asalnya merancang ke istana dengan kereta, bagaimanapun ia gagal kerana kesesakan.

"Saya berjalan (ke istana), sepatutnya diiringi dengan motokar," katanya.

Tambahnya, inilah "pengalaman pertama" matanya pedih dan melalui keadaan tolak-menolak dalam kumpulan penentang PPSMI sewaktu menuju ke istana.

"Rupa-rupanya begini caranya untuk menyelamatkan bahasa," katanya (dua dari kanan).

Perjuangan menentang dasar ini tidak akan berhenti hari ini, katanya lagi, malah ia akan diteruskan pada masa akan datang.

Selain Ketua I Persatuan Penulis Nasional (Pena) Datuk Baha Zain dan beberapa sasterawan Melayu, pemimpin pembangkang yang kelihatan termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya Nasharuddin Mat Isa, naib presiden Mohamad Sabu, setiausaha agung Datuk Kamaruddin Jaafar, ketua penerangan Datuk Mahfuz Omar dan naib ketua Angkatan Muda PKR Khairul Anuar Ahmad Zainuddin.


Friday, March 6, 2009

Penjelasan Prof Agus mengenai: Sidang DUN Bawah Pokok

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang diadakan di bawah pokok baru-baru ini adalah satu perkembangan politik yang luar biasa di Malaysia. Pensyarah Sains Politik UKM, Prof. Madya Mohammad Agus Yussoff, adalah antara banyak pihak yang dihubungi oleh media untuk memberikan komennya. Bagaimanapun, komen Agus yang sepenuhnya tidak disiarkan oleh pihak media. Ini menyebabkan Agus dilanda kontroversi.

Di bawah ini adalah kenyataan penuh Agus yang diemailkan kepada blog ini untuk tatapan sahabat-sahabat sekalian. Moga-moga kekeliruan sebelum ini difahami oleh semua pihak, di manakah silap dan puncanya. – Ruhanie Ahmad.


Assalamualaikum wrth,

Terima kasih kerana telah dua kali berturut-turut dalam dua minggu ini laman blog Datuk menulis nama saya dan mengulas pandangan saya tentang isu politik semasa. Pertamanya, ulasan terhadap ranacangan Hujah di TV9 antara Datuk Seri Dr Zahid Hamidi dengan Tan Sri Isa Samad. Keduanya, ulasan Datuk tentang pandangan yang saya berikan kepada wartawan mengenai kesahihan persidangan DUN Perak di bawah pokok -- yang Datuk namakan 'pokok demokrasi.'

Pertama sekali, perlu saya nyatakan bahawa saya tidak ingat kepada wartawan dari akhbar atau stesen TV manakah yang saya katakan bahawa sah sidang DUN diadakan di atas pokok. Ini kerana pada hari itu, terlalu ramai wartawan yang menghubungi saya untuk bertanyakan pelbagai persoalan berkaitan dengan perkembangan politik semasa.

Kedua, saya mengaku saya berkata bahawa sah diadakan sidang DUN, bukan sahaja di bawah pokok, tetapi juga di atas pokok. Kepada wartawan yang sama juga saya jelaskan beberapa perkara berkaitan dengan rasa isi saya tentang politik supaya dituliskan, jika boleh, kerana saya sedih melihatkan krisis politik yang berlaku. Namun, apa yang saya katakan kepada wartawan berkenaan tidak dimasukkan secara sepenuhnya, melainkan disensasikan dengan satu kenyataan -- SIDANG DI ATAS POKOK PUN SAH.

Saya memang menyatakan sidang sah diadakan di mana-mana, tapi dengan tiga syarat utama seperti berikut:

(i) sidang itu mengikuti Peraturan Tetap Dewan;
(ii) sidang tersebut mengikuti undang-undang Tubuh Negeri, dan
(iii) sidang berkenaan ditetapkan oleh Speaker. Malangnya, ketiga-tiga syarat yang saya nyatakan ini tidak dilaporkan oleh pihak akhbar.

Saya juga ditanya oleh pihak akhbar, adakah perkenan Sultan diperlukan? Saya jawab, perkenan Sultan adalah wajib sekiranya sidang lepas adalah prorogue (dihentikan), tetapi, tidak perlu sekiranya sidang lepas 'was adjourned' (ditangguhkan). Hal ini dilaporkan oleh media berkenaan.

Selepas itu saya ditanya, sah atau tidaknya persidangan tersebut? Saya jawab persoalan ini sukar untuk dijawab dalam bentuk afirmatif kerana ia sudah menjadi satu krisis politik dan bukan lagi undang-undang. Jadi, payah untuk diselesaikan secara undang-undang, melainkan melalui penyelesaian politik. Alasan saya ialah, sekiranya melalui tindakan undang-undang, kedua-dua pihak yang bertelagah sukar untuk menerima keputusan mahkamah. Maksudnya, jika mahkamah memutuskan PR yang menang, maka BN sudah tentu tidak puas hati dengan keputusan tersebut. Sekiranya mahkamah memutuskan BN menang, PR pula sudah tentu tidak puas hati dengan keputusan tersebut. Maka konflik ini berterusan. Dan ini tidak baik untuk mahkamah, untuk rakyat dan untuk kestabilan politik negara.

Atas alasan itu, saya pun menyatakan rayuan saya supaya kedua-dua pihak yang bertikai dalam krisis ini mengambil dua pendekatan utama (kenyataan saya ini langsung tidak dilaporkan). Pertama, berunding dan bersedia untuk berkompromi dengan apa cara sekalipun untuk membentuk kerajaan gabungan dengan melupakan segala sejarah pahit antara hubungan mereka. Kedua, menyatakan bahawa pemimpin politik perlu berjiwa besar, berunding bersama-sama dan kedua-duanya sekali -- YAB Dr Zambry dan YAB Ir Nizar mengadap Tuanku Sultan memohon perkenan baginda untuk memperkenankan pembubaran Dewan.

Dalam percakapan telefon dengan pihak akhbar tersebut juga, saya tegaskan apapun keputusan DUN dan perundingan antara BN dan PR, DUN tidak akan terbubar kecuali dengan perkenan Tuanku Sultan atau telah tamat tempohnya selama lima tahun.

Begitulah antara lain, inti percakapan telefon saya dengan wartawan tentang krisis di Perak ini. Tapi, betul seperti Datuk kata, ia telah disiarkan dalam bentuk laporan terpilih yang mungkin tidak disengajakan. Apapun, kesannya tentu tidak baik kepada saya. Tidak baik kerana ia tidak menggambarkan hasrat sebenar saya untuk memberi pendidikan politik kepada rakyat. Tidak baik kerana ia tidak melaporkan pandangan sebenar saya supaya pemimpin politik kita -- sama ada dari BN atau PR -- berunding bagi membincangkan pendekatan terbaik bagi menyelesaikan krisis ini.

Jadi, apa yang perlu saya buat? Saya memilih untuk tidak berkata apa-apa, melainkan tadi pagi saya bercakap dengan wartawan NST untuk menagdu hal tentang statement saya yang dikeluarkan secara tidak lengkap. Saya juga memberitahu kepada dua kenalan rapat saya (orang politik) mengadu hal tentang isu ini yang sudah terlalu banyak dikupas oleh pemerhati, ahli akademik, peguam dan orang politik sehingga ia sudah menjadi semakin kompleks.

Sebenarnya, saya berbuat demikian kerana saya bimbang sekiranya krisis ini berlanjutan, ahli politik akan lupa untuk memberikan keutamaan kepada krisis ekonomi yang kita hadapi. Saya bimbang sekiranya kita terus berpolitik mempertahankan pandangan parti masing-masing, rakyat akan terabai dan kesejahteraan negara terjejas. Saya cukup bimbang tentang hal ini sekiranya ia boleh menjejaskan kestabilan yang kita nikmati.

Menariknya, apabila pandangan 'atas pokok saya' disiarkan, sesetengah blog -- ada yang memuji dan ada mengeji saya -- memetik dan menyiarkan kenyataan saya ini. Dengan itu, saya dapati bahawa hasrat asal saya untuk memberikan pandangan 'to educate' orang kita tentang politik supaya 'berbaik dan bertenang' sudah menjadi sebaliknya. Ini semata-mata kerana laporan terpilih yang Datuk maksudkan itu.

Tidak mengapalah soal saya dipuji atau dikeji. Itu hal yang kecil, tapi yang pastinya, saya harap Datuk sendiri, sebagai seorang bekas pemimpin UMNO, perlu memainkan peranan bukan lagi untuk mencurahkan api kepada keresahan rakyat, tapi jadilah sebagai pembimbing yang boleh membawa ketenangan kepada suasana politik yang panas hari ini.

Saya tidak boleh berperanan seperti Datuk kerana saya tidak mempunyai blog sendiri dan belum lagi berhasrat untuk mempunyainya. Saya juga tidak berhasrat untuk menjadi orang politik, dan seboleh mungkin sehingga ke tahap ini, saya hanya mahu menjadi pengulas politik yang memberikan pandangan politik berdasarkan ilmu yang saya punyai.

Kepada Datuk dan juga untuk peringatan kepada diri saya sendiri, satu perkara yang perlu kita ingati ialah pesanan Voltaire, ahli falsafah Perancis yang terkenal. Kata beliau, kesilapan kita ialah kerana "kita tidak belajar dari sejarah (baca: pengalaman)."

Sekian, terima kasih.

MOHAMMAD AGUS YUSSOFF