Thursday, June 4, 2009

Nizar Fail Rayuan ke Mahkamah Persekutuan Isnin ini

IPOH 3 Jun 09: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, akan memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan Isnin ini 8 Jun, berhubung keputusan Mahkamah Rayuan mengekalkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak.

Walaupun masih belum menerima penghujahan bertulis keputusan Mahkamah Rayuan 22 Mei lalu yang membenarkan Dr Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar, namun ini tidak menghalang langkah Mohammad Nizar Jamaluddin untuk memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.

"Kita masih belum menerima penghujahan bertulis daripada Mahkamah Rayuan. Walau bagaimanapun setelah berbincang dengan peguam pihak kami akan memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan pada hari Isnin 8 Jun ini," kata Nizar.

Beliau berkata, pihaknya turut membuat keputusan memohon Mahkamah Persekutuan menggunakan panel hakim maksimum iaitu sembilan orang bagi mendengar kes itu.
Hakim Mahkamah Rayuan Md Raus Sharif sebelum ini berkata penghakiman bertulis akan dikeluarkan pada 29 Mei.

Bagaimanapun faks daripada pejabat Mahkamah Rayuan memberitahu bahawa mahkamah tersebut masih dalam proses menyediakan penghakiman bertulis tersebut menurut peguam Nizar, Leong Cheok Leng.

"Kita berharap akan menerima dokumen tersebut pada minggu ini supaya kami dapat bersedia untuk proses rayuan kepada Mahkamah Persekutuan," katanya.
"Adalah agak sukar bagi peguam saya untuk merangka soalan berperlembagaan (dalam rayuan) tanpa melihat alasan bertulis penghakiman itu.

"Bagaimanapun, kami terpaksa meneruskan juga tindakan memfailkan rayuan atas dasar perlu disegerakan (urgency) sebab kami hanya ada masa yang singkat dan tidak mahu menunggu lagi,” katanya.
Nizar mempunyai tempoh masa sebulan daripada tarikh keputusan secara lisan untuk memfailkan rayuan beliau.

Beliau akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang apabila Parlimen menyambung sidang 15 Jun depan.


7 comments:

  1. PAS sememangnya tidak bijak berfikir kerana dipergunakan oleh DAP untuk mencabar kuasa raja dan menraik keistimewaan hak orang melayu.Kerana tamakkkan kuasa,Nizar bagai monyet yang dijanjikan pisang oleh DAP dan sanggup membuat apa saja sehingga tidak menunjukkan tatasusila orang melayu serta sebagai orang islam.Nik Aziz dengan kuat menentang kerjasama dengan UMNO tetapi dengan rela bekerjasama dengan DAP yang ternyata mempunyai agenda tersembunyi dan mereka tahu orang melayu PAS adalah bodoh,seperti yang ditunjukkan sekarang. Kalau Elizabeth Wong yang terlibat dengan skandal seks adalah dari BN,orang tua nyanyuk ini akan mengutuk dan menghina habis-habisan.Oleh kerana beliau dari PKR,orang tua gatal ini sanggup berjumpa dengan Elizabeth Wong dan membiarkan betina ini menghina budaya melayu dengan memakai baju kurung dan tudung dimana orang yang tidak bermoral speerti ini tidak layak memakai pakaian yang melambangkan kesucian dan kesusilaan. Kenapa tidak pakai saja cheongsam semasa jumpa orang tua PAS ini?Ternyata PAS akan menghancurkan masa depan orang Melayu dengan sifat hipokritnya.DAP sedang tertawakan gelagat orang Melayu PAS yang tidak ada akal.

    ReplyDelete
  2. Pas yang tidak bijak ataupun UMno yang bodoh.Itulah perkara yang sepatutnya kita renungkan.Kenapa kebanyakkan penulis komen berselindung disebalik anonymous,kenapa tidak menyerta dengan nama yang betul.Itulah perwatakan yang karat UMno boleh lakukan ibarat lontar batu sembunyi tangan.Adakah kita hendak menyamakan budaya cina dengan budaya melayu.Apakah salah beliau memakai baju kurung dan menutup sedikit rambut beliau anonymous kata telah menghina kaum melayu.Sepatutnya beliau malu dengan Elizabeth Wong yang berpakaian baju kurung.Itulah kalau dalam kepala otak dah sarat dengan sikap assobiah.Pas tidak pernah tamakkan kuasa seperti apa yang UMno lakukan dengan kerja jahatnya merampas Perak dengan tektik yang paling kotor dalam sejarah.Kerana tamakkan kuasa segala jentera kerajaan digunakan sewaktu merampas kuasa di Perak macam jentera kerajaan itu makbapak dia yang punya.

    Pas tidak akan sesekali bersama dengan UMno setelah apa yang UMno lakukan semasa Pas didalam BN.Setelah Umno merasakan ia kuat maka ditendangnya Pas dan merampas Kelantan dengan mengistharkan mageran.Bila Umno kalah didalam pilihanraya maka dicanangkan keseluruh negara yang bangsa melayu telah berpecah.Hakikatnya bukan melayu yang berpecah tetapi UMno yang sudah nazak.Sekarang ini pun UMno sudah mengali lubang kuburnya sendiri.Pasti pada PRU13 nanti,kita akan sama-sama talkinkan UMno.Dan kita akan letakkan UMno kedalam Muzium untuk tatapan genarasi akan datang.Inilah parti yang telah menjahanamkan bangsa melayu dimuka bumi ini.Inilah parti dokongan penjajah sebelum malaya diberi kemerdekaan.Inilah parti yang telah menghapuskan bahasa rumi dan mendewa-dewakan bahasa penjajah.Inilah parti yang cuba menjauhkan Islam daripada bangsa melayu.Inilah parti yang telah menjual Singapura kepada Lee Kuan Yew.Inilah parti yang telah menjual tanah rezab melayu,hinggakan bangsa melayu terpaksa berhijrah jauh daripada bandar.Inilah parti yang sekarang ini sedang giat menjual tanah negeri Johor kepada Singapore.Inilah parti yang mengkayakan diri,keluar dan kroni-kroninya.Inilah parti yang telah memcuri dan merampas harta rakyat.Bolehkah anonymous menjawab segala tuduhan saya.

    musafirlalu.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. ...pemimpin umno main isu perkauman terutamanya dgn cina tp projek2 berurusan jugak dgn tauke2 cina.kamu2 yang jd ahli biasa dan pencacai apa dpt.duk sgt menyokong apa kata org atas tanpa usul periksa dan guna akal.hipokrit. sedarkah kamu wahai ahli umno kamu beli sayur,ikan,shopping,beli topup,isi minyak kat sape?? orang dah masuk politik baru kamu2 masih minda lama.perkauman tak abis2.

    ReplyDelete
  4. bangangnya pengikut umno diwarisi pula perangai mereka,mereka itu sedang sibuk mewarisi kebiadaban umno pada agama islam....sibuk berkata mereka perjuang islam,tapi dosa besar(zina yg berbarah)tak mampu pun nak bendung kerana sibuk menegakkan hukum kafir..

    ReplyDelete
  5. sama-samalah kita kembali ke ajaran ISLAM yg sebenar-benarnya...

    errr anonymous tu tak sekolah ke?? kroni kot!!

    ReplyDelete
  6. Please sign on http://www.petitiononline.com/cyanide/petition.html to safe Bukit Koman villagers from cyanide poisoning! We care of all people in Malaysia because we are Malaysian!

    ReplyDelete
  7. Sebenarnya PAS atau PKR tidak menang besar pada PRU12 yang lalu, Yang menang besar ialah DAP. Kerana kemenangan PAS dibantu DAP, kemenangan PKR di bantu DAP. Itu sebab PAS dan PKR terpaksa menurut perintah DAP di negeri Perak dan Selangor. Di P Pinang pula PAS terus di pandang sepi oleh DAP.

    Setiap gerak dan perbuatan PAS dan PKR mesti selaras dengan kehendak DAP. Lihat saja berkenaan 'kerajaan perpaduan', DAP dengan lantang memberi amaran dan ugutan kepada PAS. Sepatutnya PAS boleh buat apa saja kerana PAS BUKAN sebahagian dari DAP. Mengapa DAP berani memberi amaran kepada PAS?

    ReplyDelete