Friday, June 12, 2009

Demo bantahan kekejaman saudara Islam Thailand di Ipoh


IPOH 12 Jun 09. Satu Demo Bantahan dan Solat Hajat telah diadakan oleh umat Islam Perak selepas solat Jumaat di Masjid Negeri, Ipoh. Solat Hajat telah diipimpin oleh iman Masjid Negeri sejurus selepas solat Jumaat yang disertai lebih dari 1000 orang jemaah. Selepas itu para jemaah berhimpun di perkarangan Masjid dengan ucapan bantahan dan laungan mengutuk kekejaman golongan kuffar di negara Thailand yang diketuai oleh Ustaz Nor Azli Musa serta barisan Pemuda PAS Negeri Perak.
Nor Azli ketika ditemui berkata, tindakan ini sebagai menunjuk simpati dan menuntut usaha kerajaan Malaysia menyelesaikan jiran terdekat umat Islam. Bukan saja peristiwa kekejaman terbaru ini sahaja tetapi pembunuhan lebih 3700 orang dan pemusnahan harta benda semenjak peristiwa Tak Bai lalu. "Usaha bantahan ini akan diteruskan lagi di peringkat nasional di Kuala Lumpur nanti." ujarnya.
Selatan Thailand bergolak lagi pada 9 Jun lalu bila 11 jemaah ditembak ketika solat isyak di Masjid Al-Furqan di Kampung Air Tempayan, Sungai Golok kira-kira pukul 8.50 malam (waktu Malaysia).

Setelah melepaskan tembakan dari dua pintu masuk masjid, enam penyerang itu dikatakan masih tidak berpuas hati dan masuk ke dalam masjid sebelum melepaskan beberapa das lagi tembakan bagi memastikan jemaah terbabit benar-benar mati.
Tragedi terbaru yang menjadikan masjid sebagai sasaran, berlaku pada hari yang sama Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva melawat Malaysia dan memperbaharui komitmen untuk mengakhiri konflik yang berlarutan sejak 2004 di wilayah bergolak itu.
Kejadian itu menambahkan jumlah korban yang kini mencecah lebih 3,700 orang dan masyarakat Islam di wilayah itu bimbang kejadian lebih buruk akan menyusul semula dan ramai yang percaya kejadian terbaru didalangi pihak berkuasa.

3 comments:

  1. pening dgn kekejaman skrg tapi at last islam juga di salahkan..

    apapun, salam...

    tumpang ziarah. jika ada yang berminat dengan teori konspirasi, sejarah nusantara yang hilang, sufism, kebangkitan akhir zaman..sila lah ke nusanaga.blogspot.com

    harap salam ukhwah akan bertaut demi masa depan..sekian

    ......................................

    ReplyDelete
  2. rasulullah tak pernah berdemontrasi sepanjang hayatnya dan bukan menjadi sunnahnya

    ReplyDelete
  3. PAKATAN RAKYAT sebenar nya tidak pernah ujud. Perkataan 'keji' ini cuma di sebut apabila menghadapi PRU atau PRK sahaja. Tiada lambang parti Pakatan Rakyat yang sah pernah kita lihat. Kerana ianya tidak pernah ujud.

    Perkatan Pakatan Rakyat cuma di ujudkan untuk membantu dan menguatkan parti pembangkan melawan parti BN yang memerintah negara. Keujudan perkatan Pakatan Rakyat ini hanya menguntungkan parti DAP dan PKR.

    PAS cuma dapat untung segantang, tetapi DAP dan PKR mendapat untung se guni.

    ReplyDelete