Tuesday, June 16, 2009

Hero Rakyat Perak komen penggantungannya di Parlimen

KLUMPUR 15 Jun 2009. YB. Dato' Seri Ir. Nizar Jamaludin, Ahli Parlimen Bukit Gantang apabila dihubungi berkata, tiada sebab bagi Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, untuk menggantung beliau dan enam wakil rakyat Pakatan yang lain.

Katanya, beberapa Ahli Parlimen pernah mengenakan lilitan putih bagi membantah penggunaan ISA pada tahun 2001 terhadap pemimpin pembangkang. "Saya mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen dan telah mendapatkan kebenaran Speaker untuk mengatakan sesuatu di Parlimen.

"Beliau meminta saya menanggalkan lilitan dan saya telah melakukan. Kemudian saya duduk di tempat saya dan tidak sampai 10 saat, beliau mengarahkan saya keluar Dewan," katanya.
Nizar menambah, beliau kemungkinan mempertimbangkan untuk menyoal penggantungannya apabila kembali ke Dewan Rabu ini.

Dalam pada itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, pihaknya menyokong kempen memakai lilitan "BUBAR DUN". PAS melancarkan kempen itu pada Muktamar Tahunan PAS Ke-55 minggu lalu.

"Apa yang dilakukan oleh Nizar hari ini menunjukkan manifestasi beliau tentang perkara yang berlaku di Perak. Beliau cuba nak sampaikan perkara itu," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

2 comments:

  1. HERO YG SEBENAR HERO DAN TIDAK PENGECUT UTK MEMBUAT SESUATU PERKARA YG TAK SEBESAR MANA PUN ISUNYA YG NAK DITIMBULAKN OLEH SPEAKER YG LEBIH KUAH DARI SUDUNYA,,,,KAU TUNGGULAH PEMBALASAN NANTI AKIBAT BERAT SEBELAH ,,HIPOKRIT DAN SALAH GUNA KEDUDUKAN KAU WAHAI SPEAKER,,TAKBIR DAN TERUS BERTAKBIR

    ReplyDelete