BATU GAJAH 7 Apr: PAS mendapat satu lagi ahli daripada bekas
pegawai tinggi kerajaan, kali ini Bekas Pegawai Risik PDRM Pulau Pinang,
Syed Hassan Syed Ali menyertai yang PAS semalam.
Borang
keahliannya diserahkan kepada AJK PAS Pusat, Datuk Seri Ir Nizar
Jamaludddin dalam satu majlis Minum Petang di Markas PAS Batu 1, Batu
Gajah, dekat sini. Beliau yang berkhidmat lebih 30 tahun dalam
PDRM adalah tokoh yang disanjungi oleh masyarakat kawasan “kubu kuat
Umno” itu dan kemasukannya ke dalam PAS sekaligus akan memberi kesan
kepada Umno di situ.
Katanya, kemasukannya ke dalam PAS adalah atas kesedaran sendiri setelah melihat dasar perjuangannya.
“Hari
ini 7 April genap umur saya 57 tahun dan secara rasminya saya
mengisytiharkan menyertai perjuangan PAS,” katanya dalam ucapan
ringkasnya dan disambut dengan laungan takbir para hadirin.
Dalam
pada itu, Nizar dalam ucapannya berkata, kemasukan Syed Hassan ke dalam
PAS membuktikan perjuangan PAS ketika ini diterima baik oleh
masyarakat. Kata beliau, sejak akhir-akhir ini PAS telah menerima
kemasukan daripada pelbagai golongan termasuklah dari kalangan artis
dan bekas-bekas pegawai tinggi kerajaan.
“Saya harap masyarakat dapat buat perubahan besar besaran kali ini kerana ini adalah peluang yang Allah beri kepada kita. Kalau bekas pegawai risik pun sertai PAS, takkan JKKK masuk nak duduk dalam Umno lagi,” kata beliau.
Turut
bersama menyerahkan borang keahlian PAS ialah 36 pemuda yang yakin PAS
dan Pakatan Rakyat mampu membela nasib rakyat yang masih ramai lagi
terpinggir khususnya di kawasan itu.
Hadir sama ialah Timbalan
Pegerusi DAP Perak, V Sivakumar; Naib Pengerusi PKR Perak, Baldip Singh;
dan Bekas Setiausaha Umno Pekan, Abdul Kadir Saleh. HrkDaily
Boleh percaya ke tu...silap silap esok nak pilihanraya hari keluar,,,lepas tu jaja pas sesat...kuda...
ReplyDeleteperak banyak katak...hati hati...
ReplyDeletebersangka baik.. baik untuk perang saraf
ReplyDelete