Tuesday, April 9, 2013

Integriti: PR Pulau Pinang serah balik kenderaan rasmi


GEORGE TOWN, 8 APR: Berbeza dengan amalan pemimpin Barisan Nasional (BN), kepimpinan negeri Pulau Pinang yang ditadbir Pakatan Rakyat (PR) hari ini menyerah kembali kenderaan rasmi kerajaan negeri kepada Setiausaha Kerajaan Negeri.

Penyerahan kembali kenderaan rasmi Kerajaan Negeri kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Farizan Darus memperlihatkan integriti hasil daripada prinsip urus tadbir yang telus, untuk tidak menggunakan harta kerajaan sesudah Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dibubarkan dengan rasminya Jumaat lalu.

“Kenderaan rasmi tidak harus disalahguna untuk kegunaan persendirian atau parti sebaliknya ia harus digunakan untuk urusan rasmi Kerajaan Negeri sahaja.
“Inilah intergriti yang dipegang Kerajaan Negeri sungguhpun kini hanya sebagai pemegang amanah,” ujar Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP pada sidang media di Komtar, hari ini.

Penyerahan kunci kenderaan rasmi Kerajaan Negeri turut membabitkan Timbalan Ketua Menteri I dan Timbalan Ketua Menteri II serta Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri lain yang kini berperanan sebagai kerajaan sementara dan pemegang amanah di negeri Pulau Mutiara itu.

“Sungguhpun menjelang Pilihan Raya Umum (PRU-13), kenderaan rasmi ini tidak akan diguna untuk ceramah dan kempen. Begitu juga pemandu, mereka hanya akan bertugas mengikut waktu pejabat dan apabila menghadiri majlis rasmi kerajaan,” katanya lagi. – Roketkini.com

1 comment:

  1. Salam,

    Walaupun rakyat ingin perubahan, tetapi calon pakatan
    sediada masih belum cukup menyakinkan bahawa perubahan
    yang bakal dilakukan betul-betul bermanfaat.

    Saya sendiri hanya yakin Islam sahaja yang benar dan akan
    membawa manfaat.

    Tidakkah pucuk pimpinan pakatan sebenar-benar yakin bahwa
    masih ramai keturunan ahlul bait yang memilih hidup sederhana
    itu berkualiti memimpin? Memang mereka bukan jenis menonjol
    diri seperti kebanyakkan manusia. Jika anda semua mencari
    kebenaran carilah mereka. Tepuklah dada.

    Untuk manifesto pula
    1. Kembalikan wang haram keluar berjumlah RM 1 Trillion
    http://www.keadilandaily.com/aliran-wang-haram-rm150-bilion-kerajaan-cuba-sembunyikan-sesuatu-azan/
    2. Gunakan sebahagian wang kembali tadi untuk langsaikan hutang isirumah RM 600 Billion
    http://www.keadilandaily.com/hutang-sebenar-negara-lebih-53-peratus-kdnk-azan-ismail/
    3. Baki RM 400 Billion pula guna untuk memulangkan simpanan ahli KWSP
    http://en.wikipedia.org/wiki/Employees_Provident_Fund_(Malaysia)

    Berpandulah hadis : "bayarlah upah mereka sebelum keringat mereka kering"
    Janganlah lagi berpandu pada undang-undang yang bukan Islamik.
    Dana sebenar di KWSP yang masih tidak diusik kerana pemulangan hanya mengguna wang terkembali,
    gunakanlah sebaga modal pembangunan negara tanpa hutang. Siapkan negara untuk hadapi fitnah
    dajal kelak

    Untuk syiar pula
    Undi anda sebagai jihad politik

    Janganlah menangguk di air keruh

    Ikhlas,
    HA

    ReplyDelete