IPOH 15 Apr. PKR membariskan sebahagian besar muka baru sebagai calon Parlimen dan
Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak bagi menghadapi pilihan raya umum
pada 5 Mei nanti.
Senarai itu diumumkan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan kira-kira 5,000 hadirin selepas memberikan ceramah di Kampung Manjoi, Ipoh, Perak malam tadi
Ketua pembangkang bagaimanapun tidak mengumumkan calon bagi Parlimen Sungai Siput dan DUN Changkat Jering, yang sedang dalam rundingan dalam Pakatan Rakyat.
Dengan menampilkan muka-muka baru, termasuk lebih banyak profesional, dilihat sebagai strategi parti itu untuk menawan Perak di negeri yang menyaksikan majoriti tipis bawah 1,500 di banyak tempat.
Parlimen
Lumut: Laksamana (B) Imran Abdul Hadi
Tapah: Vasantha Kumar
Tanjung Malim: Tan Yee Kew
Padang Rengas: Dr Meor Ahmad Asharra Ishak
Bagan Serai: Dr Mohd Nur Manuty
Tambun: Siti Aishah Shaik Ismail.
DUN
Pengkalan Hulu: Mejar (B) Abdullah Hassan
Temengor Supian Nordin
Kenering: Tarmizi Abdul Hamid
Kota Tampan: Zahrul Nizam Abdul Majid
Batu Kurau: Fadhil Alias
Kuala Sepetang: Chua Yee Ling
Bukit Chandan: Fathmawaty Salim
Hulu Kinta: A Tinagaran
Simpang Pulai: Tan Kar Hing
Tualang Sekah: Baldip Singh
Alor Pongsu: Rosli ibrahim
Chenderiang: Bah Tony
Behrang: Brigadier Jeneral (B) Hadi Abdul Khattab
Sungai Manik: Osman Abdul Khattab
Pangkor: Saifullah Mohd Zulkifli
Bota: Zulkifli Ibrahim
No comments:
Post a Comment